You are on page 1of 26

GGGE3403 FOTOGRAFI

BIOGRAFI TOKOH AKADEMIK

Dr. Iszan Hana Kaharudin

Disediakan Oleh:
HAFIZUDDIN KHAIR BIN JAMALUDDIN (A190580)
MUHAMMAD NUR IZZAT BIN NOR SHAHIDAN (A19131)
MUHAMMAD SYUKRI BIN MOHD SOFI (A186628)
ATMAM WIDAD BIN AZANOL ( A187492)
NIK ALISA BINTI MUHAMADDIN @ NIK MUHAMADDIN (A187428)

Pensyarah:
ENCIK MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN

1
PRAKATA

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam kajian tokoh akademik
GGGE3403 Kursus Fotografi. Kami, Hafizuddin Khair Bin Jamaluddin, Muhammad Nur Izzat
Bin Nor Shahidan, Muhammad Syukri Bin Mohd Sofi, Atmam Widad Bin Azanol dan Nik Alisa
Binti Muhamaddin berasa bersyukur kerana diberi peluang untuk menjalankan kajian tokoh
akademik yang sangat hebat di dalam Universiti Kebangsaan Malaysia. Syukur kepada Allah
SWT kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Iszan Hana Binti
Kaharuddin yang sanggup meluangkan masa beliau untuk memberi kerjasama dalam kajian
tokoh akademik ini. Sesungguhnya kami amat beryukur atas kesanggupan pihak Prof. untuk
meluangkan masa dengan kami. Kami tidak akan pernah mensia-siakan peluang yang diberikan
oleh Prof. Prof. Iszan Hana Binti Kaharuddin

Tidak juga dilupakan kepada Encik Mohd Jasmy bin Abdul Rahman yang sanggup
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa Encik Jasmy disisi, kajian tokoh ini
mesti menjadi huru-hara dan mungkin tidak dapat kami siapkan.

2
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Prakata 2

2. Isi Kandungan 3

3. Pendahuluan 4

4. Latar Belakang Keluarga 6

5. Latar Belakang Pendidikan 9

6. Pembinaan Kerjaya 13

7. Kejayaan dan Sumbangan 15

8. Perancangan dan Harapan 18

9. Penutup 21

10. Rujukan 22

11. Lampiran 26

3
PENDAHULUAN

Tokoh akademik bermaksud pencapaian seseoraang individu pada tahap tertentu yang
diperolehi dalam pelbagai bidang seperti bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap
tersebut dipengaruhi oleh beberapa aspek iaitu berdasarkan aspek umur, proses pembelajaran
yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dalam aspek pendidikan atau kelayakan.
Bagi memenuhi tugasan yang diberikan, kumpulan kami telah menemu bual seorang tokoh
akademik dan juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh

4
akademik pilihan kami ialah Dr Iszan Hana Bt Kaharudin seorang pensyarah daripada fakulti
Pusat Pengajian Citra Universiti. Kumpulan kami telah ditugaskan untuk menceritakan biografi
beliau seperti latar belakang keluarga, pendidikan, pembinaan kerjaya, kejayaan dan sumbangan
dan juga perancangan serta harapan.
Pada bab yang seterusnya kami akan menceritakan tentang latar belakang beliau yang
berkaitan tentang maklumat ahli keluarga tokoh akademik, adik beradik, ibu ayah dan ikatan
perkahwinan yang telah dibina bersama suami tercinta. Selain itu, kami akan mengupas
maklumat berkenaan latar belakang pendidikan beliau dan menceritakan latar belakang
pendidikan beliau bermula dari bangku sekolah rendah hingga ke tahap pengajian tinggi.
Laporan penulisan ini juga akan menceritakan beberapa pencapaian yang telah berjaya
beliau perolehi sepanjang perjalanan beliau dalam menuntut ilmu dan seterusnya menceritakan
perjalanan beliau dalam pembinaan kerjaya.

5
LATAR BELAKANG KELUARGA

Dr Iszan Hana Binti Kaharudin, atau lebih dikenali sebagai Dr Iszan telah dilahirkan
pada tanggal 14 Mei 1982 di Sepang, Selangor. Beliau telah dibesarkan di Bandar Baru Salak
Tinggi, Selangor. Ibu beliau merupakan orang asal Kampung Labu Lanjut, Sepang. Bapa beliau
pula merupakan orang asal Sungai Pelek, Sepang. Bapa beliau merupakan seorang pengawai
bersara yang berkhidmat di Pejabat Pos Malaysia manakala ibu beliau pula merupakan seorang
suri rumah sepenuh masa, Beliau mempuanyai tiga orang adik beradik, dimana beliau merupakan
anak kedua daripada tiga orang adik beradik, namun keluarga beliau telah kehilangan anak
bongsu merangkap adik kepada Dr Iszan yang telah meninggal sejak kecil lagi. Walaupun berada
dalam sebuah keluarga kecil,beliau bersyukur kerana telah dianugerahkan sebuah keluarga yang
bahagia. Adik beradik beliau yang pertama bernama Isfarida Binti Kaharudin merupakan seorang
jururawat yang berkhidmat di Klinik Kesihatan berdekatan dengan daerah Sepang . Kakak
sulungnya telah melanjutkan pelajaran di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang sebelum menjadi
seorang jururawat.

Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.

6
Dr. Iszan Hana juga telah menamatkan zaman bujangnya sebaik sahaja menamatkan
pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi sumber manusia di Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 2001 hingga 2004. Suami Beliau merupakan seorang Professional
Engineer yang berkhidmat sebagai pensyarah fakulti kejuruteraan dan alam bina di Univesiti
Kebangsaan Malaysia. Mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata, dua orang anak lelaki dan
seorang anak perempuan.

Gambar Dr. Iszan Hana .

7
Gambar Dr, Iszan Hana bersama keluarga besar.

8
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek, Sungai Pelek,
Selangor dari Tahun 1 hingga Tahun 6 sekitar tahun 1988-1994. Beliau telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam UPSR iaitu 4A. Kemudian beliau telah meneruskan pendidikan
menengah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor yang terletak di Pasir
Penambang, daerah Kuala Selangor, Selangor dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 pada tahun
1995-1997. Sepanjang disekolah ini beliau telah menetap di asrama dan menyebabkan beliau
“homesick”. Dengan itu, emosi beliau terganggu dan tidak fokus dalam pelajaran yang
menyebabkan beliau hanya mendapat 3A sahaja dalam PMR.

Logo dan gambar Sekolah Kebangsaan Sungai Pelek

9
Logo dan gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor

Seterusnya beliau telah berpindah ke sekolah harian biasa iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Sepang, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor dari Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 pada tahun 1998-1999 yang pada asalnya nama sekolah ini ialah Sekolah Menengah
Salak. Beliau telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu secara keseluruhan 9
Agregat.

Logo dan gambar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang

10
Sementara beliau menunggu keputusan SPM beliau telah menyambung pelajaran diploma
di Kolej Matrikulasi Melaka dalam tempoh setahun setengah dari tahun 2000-2001 dengan
menggunakan keputusan percubaan SPM. Kolej ini terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor
Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini merupakan kolej matrikulasi pertama dibina oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Logo dan gambar Kolej Matrikulasi Melaka

Kemudian beliau telah menyambung pendidikan ijazah sarjana muda (Degree) di


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan ekonomi sumber manusia di bawah
fakulti ekonomi dan pengurusan sekitar tahun 2001-2004. Selepas selesai pendidikan ijazah
sarjana muda, beliau terus menyambung ijazah sarjana (Master) di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) juga di bawah fakulti yang sama tetapi dalam bidang berbebeza iaitu ekonomi
awam pada tahun 2005-2006. Sebelum beliau menyambung pelajaran PHD beliau telah bekerja
di Nilai Universiti Kolej pada tahun 2006-2008. Beliau menyambung pelajaran PHD pada tahun
2009-2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan ekonomi awam juga
dibawah fakulti ekonomi dan pengurusan.

11
Logo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Gambar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari pandangan atas

Gambar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

12
PEMBINAAN KERJAYA

Dr. Iszan Hana Kaharudin merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam melakukan
sesuatu perkara demi mencapai sasaran beliau. Sikapnya yang tabah dan bijak menguruskan
masa telah membantu beliau untuk sampai ke tahap yang cemerlang dalam hidupnya. Beliau juga
bukanlah seorang yang berasal dari keluarga yang berada. Oleh itu, beliau mempunyai hasrat
keinginan yang tinggi untuk mengubah nasib hidup sekeluarga menjadi lebih baik selaras dengan
semangat berkobar untuk menimba ilmu dan mengecapi kejayaan yang diingini beliau.

Gambar Dewan Canselor Tun Abdul Razak

Namun, permulaan karier beliau sudah tentu bukan suatu perjalanan mudah untuk sampai
ke kedudukan beliau sekarang, ianya dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Walau
bagaimanapun, dengan sikap rajin dan bijak mangatur masa, beliau berjaya menempuhi setiap
cabaran dengan jayanya. Beliau menamatkan pengajian PHD di Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan memperoleh Doctor of Philosophy Economics pada tahun 2017.

13
Sebaik sahaja beliau tamat pengajian PHD, beliau cuba membuat permohonan untuk
menjadi seorang pensyarah di sekitar kawasan Lembah Klang. Antaranya adalah, UiTM Shah
Alam dan kolej - kolej swasta. Faktor utama beliau memilih kawasan tersebut ialah kemudahan
untuk berulang alik dari rumah kediaman beliau. Sementara menunggu maklum balas
permohonan, beliau bertugas sebagai seorang pembantu pendidik di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).
Pada 2018, beliau menerima maklum balas dari Universiti Islam Dahari yang mengatakan
permohonan beliau sedang disemak untuk penilaian dan keputusan lanjut akan dimaklumkan
dalam masa terdekat. Namun begitu, permohonan beliau seakan tergendala berikutan hal
pertukaran pensyarah di universiti tersebut.

Gambar Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Setahun kemudian, beliau mengemukakan permohonan di Pusat Citra UKM. Hasrat dan
impian beliau tercapai pada 2020 di mana beliau diterima untuk bekerja sebagai seorang
pensyarah yang pakar dalam Ekonomi Awam dan Ekonomi Sumber Manusia.

14
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN

Beliau telah menanamkan hasrat untuk menjadi seorang pensyarah sedari kecil lagi
kerana matlamat beliau untuk menjadi seorang pensyarah adalah untuk menyumbang khidmat
bakti kepada anak bangsa supaya anak didik beliau menjadi seseorang yang berjaya. Selain itu,
tugas sebagai seorang pensyarah adalah bagi membuat kajian. Dengan kajian tersebut, beliau
berharap ia dapat membantu setiap orang mendapat manfaat daripadanya.

Dalam tempoh setahun beliau berkhidmat sebagai seorang pensyarah, beliau telah
menukarkan kajian yang beliau lakukan semasa di peringkat Doktor Falsafah (PhD) kepada buku
di bawah teribitan UKM agar ia dijadikan sebagai rujukan dan dapat memberi impak kepada
orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai kajian yang beliau telah jalankan.

Salah satu buku karya Dr. Iszan Hana Kaharudin di bawah terbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM)

15
Dua buah buku lain karya Dr. Iszan Hana Kaharudin di bawah terbitan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM)

Selain Itu, buku yang telah beliau hasilkan tersebut telah memenangi anugerah tempat
ketiga dalam sebuah pertandingan yang beliau sertai iaitu Anugerah Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA) 2020 dan 2021: Hadiah Sanjungan Kategori Buku Karya Asli. Tajuk
buku yang telah memenangi anugerah tersebut adalah Dasar Fiskal dan Kesan Asakan Keluar
Terhadap Perbelanjaan Swasta

16
Poster Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2020 dan 2021: Hadiah
Sanjungan Kategori Buku Karya Asli

Majlis Anugerah PERSAMA dan Perasmian Penutup SKSM

17
PERANCANGAN DAN HARAPAN

Perancangan beliau untuk 5 tahun akan datang sebagai pensyarah ialah mengasah bakat
dalam bidang pendidikan. Beliau merancang untuk menggilap bakat dalam membentuk jati diri
yang lebih baik sebagai pensyarah. Beliau merasakan lebih banyak bakat terpendam yang belum
diserlahkan. Beliau ingin mengasah bakat melalui memberi ceramah dan motivasi dalam
program yang dianjurkan oleh pihak UKM mahupun persendirian. Beliau menegaskan bahawa
ilmu yang dikongsi tidak akan rugi. Beliau merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang
lebih berkaliber.

Selain itu, beliau merancang untuk menghasilkan produk dan servis yang berkualiti
sepanjang menjalankan tugasnya sebagai pensyarah. Produk yang dimaksudkan ialah
keberhasilan para mahasiswa dan mahasiswi di UKM terutamanya para pelajar yang menjadi
anak didik beliau. Bagi memastikan sasaran ini tercapai, Dr Iszan Hana akan sentiasa
memberikan tunjuk ajar kepada anak didiknya dan berusaha untuk meningkatkan kualiti
pengajarannya mengikut peredaran masa. Hal ini demikian kerana ingin melahirkan graduan
yang berpelajaran tinggi dan berjaya dalam kerjaya mahupun kehidupan mereka.

Beliau juga merancang untuk menjadi seorang pensyarah yang dapat menjadi ‘role
model’ kepada mahasiswa dan mahasiswi. Bagi mencapai hasrat tersebut beliau perlu mengikut
kpi yang telah ditetapkan oleh pihak UKM. Ini membolehkan beliau menjadi seorang pensyarah
yang berjaya. Beliau memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai sasaran yang dirancang
tersebut. Beliau mengikut susun atur dan strategi yang telah ditetapkan oleh pihak UKM. Beliau
memberikan usaha yang sepenuhnya bagi membentuk jati diri sebagai pensyarah yang baik.

Beliau juga merancang untuk menghadiri lebih banyak program penyelidikan yang
dianjurkan oleh pihak UKM. Ini kerana bagi melihat perkembangan dan kemajuan dalam bidang
yang diceburi. Dalam aktiviti seperti ini, beliau berpeluang untuk menambah pengetahuan dan
pengalaman dalam perkembangan penyelidikan. Kajian-kajian ini sering dilakukan di dalam
negara mahupun di luar negara. Melalui perkongsian idea dan maklumat baru ini dapat
menyokong perkembangan berterusan pendidikan dunia.

18
Beliau merancang untuk memperbanyakkan lagi penulisan tentang hasil penyelidikan.
Sebagai seorang pensyarah, beliau perlu menulis hasil penyelidikan agar dapat memberi
pengetahuan kepada orang lain. Hasil penyelidikan ini ditulis di media massa kerana senang
diakses. Hasil penyelidikan beliau berdasarkan apa yang dikaji dan terhasilnya penulisan ilmiah
di media massa. Penulisan hasil penyelidikan ini juga dapat menyelesaikan masalah yang
dihadapi masyarakat. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menyelesaikan apa
yang dihadapi.
Beliau juga sebagai pensyarah merancang untuk menyertai pelbagai pertandingan reka
cipta. Pertandingan reka cipta sering dianjurkan di pelbagai peringkat sama ada secara berkala
atau tidak. Dalam aktiviti reka cipta ini, beliau tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan
menyumbangkan idea yang berkaitan bagi menghasilkan satu ciptaan atau inovasi baru. Suatu
reka cipta tersebut mungkin ialah alat, perkara, atau benda baru yang mempunyai kualiti lebih
baik yang sedia ada.
Harapan beliau sebagai seorang pensyarah di UKM kepada para graduan ialah agar
mereka dapat membawa nama baik UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau sering memberi
kata-kata semangat kepada para pelajar. Sebagai contoh beliau sering menasihatkan para
pelajarnya supaya menjadikan kehidupan di universiti sebagai satu platform untuk mengasah
bakat dan kemahiran diri supaya menjadi lebih berkualiti dan berazam tinggi.
Beliau juga mengharapkan pelajar pada masa kini peka dengan perubahan keperluan dan
pasaran kerjaya. Beliau sering mengingatkan kepada para pelajarnya agar tidak lalai apabila
menceburi bidang pekerjaan. Pada masa kini, pasaran kerjaya mendapat permintaan yang tinggi.
Ini kerana masyarakat sekarang sudah mementingkan kerjaya. Beliau juga menegaskan bahawa
para pelajar perlu menitikberatkan dalam aspek keperluan untuk memenuhi syarat-syarat kerjaya
yang dipilih.

Selain itu, beliau mengharapkan para pelajarnya mempelbagaikan kemahiran dalam diri
masing-masing. Ini kerana apabila para pelajar mempunyai kemahiran yang pelbagai akan
mudah menarik perhatian majikan untuk dipilih bekerja. Apabila berada di universiti ini, beliau
menggalakkan para pelajarnya menyertai pelbagai program atau aktiviti yang dianjurkan. Hal ini
kerana untuk mencungkil dan mengasah bakat dalam diri para pelajar. Beliau juga mengharapkan

19
para pelajar mengkaji keperluan pekerjaan untuk masa hadapan. Para pelajar harus mempunyai
matlamat hidup agar hidup lebih teratur. Para pelajar harus mengambil cakna tentang keperluan
untuk memasuki alam pekerjaan yang semakin mencabar pada masa kini. Beliau menegaskan
bahawa para graduan yang telah tamat belajar harus mempunyai pilihan untuk memilih alam
pekerjaan yang sesuai dengan diri masing-masing.

Harapan beliau terhadap dirinya sendiri sebagai pensyarah ialah dapat membanggakan
nama UKM ke peringkat antarabangsa. Beliau mengharapkan agar lebih banyak jurnal atau buku
ilmiah dapat dikongsikan kepada orang ramai. Beliau juga meletakkan harapan agar beliau dapat
menyertai lebih banyak program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pihak 30 universiti mahupun
pihak luar. Melalui penyertaan tersebut beliau mengharapkan agar dapat membawa nama UKM
ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau amat berbangga bergelar salah seorang pensyarah di
UKM.

20
PENUTUP

Secara ringkasnya, kami dapat simpulkan bahawa Dr. Iszan Hana Kaharudin merupakan
seorang yang begitu hebat bukan sahaja dari segi kerjanya malah, personaliti beliau yang rendah
diri, baik hati dan sikap peribadinya yang lain adalah merupakan contoh yang kita sebagai
mahasiswa / mahasiswi boleh diterapkan di samping menjadikan ia sebagai pendorong untuk
berjaya.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa / mahasiswi untuk sentiasa
berusaha jika kita mahu mencapai suatu kejayaan atau matlamat yang ingin dikecapi. Dalam
konteks ini, beliau mengingatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi seorang pensyarah
universiti seperti beliau, usaha lah dan tidak mudah putus asa dalam melakukan sesuatu perkara
dan tugasan, kerana semua penat lelah itu pasti terurai dengan kejayaan kita di hari akan datang.
Di samping itu, beliau juga menasihatkan untuk peka akan masa. Ini berikutan kita
sebagai mahasiswa / mahasiswi yang sering kali sibuk dengan pelbagai tugasan yang perlu
disiapkan. Kata beliau, kita harus bijak dalam menguruskan masa, aturan masa yang baik
semestinya akan membantu seseorang individu itu untuk menjadi lebih produktif dalam
menghasilkan suatu tugasan.
Setelah menemu bual beliau, kami terinspirasi dengan kisah kejayaan beliau dan sedar
bahawa masih banyak liku yang perlu kami diharungi untuk menjadi seorang yang berjaya serta
mampu untuk membantu masyarakat. Segala halangan dan rintangan haruslah kita harungi
dengan semangat diri yang tinggi kerana dengan semangat inilah pendorong kita untuk berusaha
dan tidak mudah mengalah.
Kami bersyukur atas segala nikmat-Nya, kami akhirnya berjaya untuk menghasilkan
tugasan ini dengan penuh jayanya. Ribuan terima kasih kepada Dr. Iszan Hana Kaharudin atas
komitmen beliau meluangkan masa bersama kami untuk memberikan perkongsian yang
bermakna mengenai diri beliau di samping memberi tunjuk ajar dan membuka mata kami akan
erti kehidupan. Akhir kata, usaha dan kerjasama daripada setiap ahli kumpulan ini telah memberi
sumbangan yang amat besar dalam menghasilkan laporan ini.

21
RUJUKAN

Iszan Hana Kaharudin, Mohammad Syuhaimi Ab Rahman, Roslan Abd-Shukor, Azami Zaharim,
Mohd Jailani Mohd Nor, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan, Shahrom Md Zain, Afiq Hipni,
Kamisah Osman, Ruszymah Idrus. (2022). How Does Supervision Technique Affect Research?
Towards Sustainable Performance: Publication And Students From Pure And Social Sciences. –
Sustainability 14. Pp. 1-18.

Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, I-Shyan Hwang, Abdul Rahman Mohd Yusoff, Abdul
Wahab Mohamad, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan, Juwairiyyah Abdul Rahman, Mohd Jailani
Mohd Nor & Iszan Hana Kaharudin. (2022). A Global Program-Educational[1]Objectives
Comparative Study For Malaysian Electrical And Electronic Engineering Graduates.
Sustainability. 14(3). Pp. 1-29.

Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Athirah Mohd Ridzuan, Iszan Hana Kaharudin, I.-Shyang
Hwang. (2022). Real Time Ftth Network Monitoring Using Binary Coded Fiber Bragg Grating.
Optik 251. Pp.1-13.

Mohammad Syuhaimi Ab. Rahman, Hadi Guna, Mohd Hazwan Harun, Iszan Hana Kaharudin &
Roslan Syukur. 2020. Wavelength Division Multiplexing Over Plastic Optical Fiber Technology
- Small Effort Huge Impact. International Journal of Industrial Electronics and Electrical. 8(5).
Pp. 14-21.

Iszan Hana Kaharudin, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi & Mohd Adib Ismail.
2017. Dasar Fiskal Terhadap Perbelanjaan Swasta: Analisis SVAR di Malaysia. Jurnal Ekonomi
Malaysia. 51(1). Pp. 89-106.

22
Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Hadiguna, Hazwan Harun & Iszan Hana Kaharudin,
Kasmiran Jumari. 2011. Implementation of Maintanable and Extendable Green Communication
Technology to Deep Rural Area Indigenous People Development Proposal. Journal of Applied
Sciences Research. 7(6). Pp.885-890.

Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Shahrom Md Zain, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Ihsan,
Azami Zahrim, Mohd Jailani Mohd Nor, Mohd Fauzi Mohd Zain, Nor Sha’adah Roslani, Afiq
Hipni, Nurfarah Liza Ramli, Muhammad Fadhil Che Sukarna & Iszan Hana Kaharudin. 2011.
Effective Supervision Strategies in Improving the Quality and Quantity of Research.
International Business Management. 6(5). Pp. 312-318.

Abdul Rahman Yusof, Iszan Hana Kaharudin, Mohd Syuhaimi Ab Rahman. 2021. Kepentingan
Objektif Pendidikan Program (PEO) dalam Pengurusan Akademik Prasiswazah. Penerbit UKM.
(ISBN: 978-967-251-443-5)

Iszan Hana Kaharudin & Zulkefly Abd Karim, 2019. Dasar Fiskal dan Kesan Asakan Keluar
Terhadap Perbelanjaan Swasta. Penerbit UKM. (ISBN: 978-967-412-827-2).

Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Iszan Hana Kaharudin & Mohd Jailani Mohd Nor, 2019. Akar.
Umbi Penyelidikan. Penerbit UKM. (ISBN: 978-967-412-826-5).

Shahida Shahimi, Iszan Hana Kaharudin & Nik Noorhazila Nik Mud, 2013. Murabahah Working
Capital Financing and Islamic Export Credit Refinancing. In. Abdul Ghafar Ismail, Shahida
Shahimi & Mat Noor Mat Zin (editor). Applied Shair’ah in Financial Transactions, volume II,
Pp. 145-157. Germany: LAP LAMBERT Academic Publishing GmbH & Co. KG.

23
Mashitoh Yaacob, Nurina Anuar, Latifah Amin, Muhammad Hilmi Jalil & Iszan Hana
Kaharudin. 2020. Social Indicators for Certification of Shariah Compliance Vaccine: A
Preliminary Analysis. Halal Pharmaceutical Symposium 2020. 25 February 2020. Aloft Hotel,
Kuala Lumpur Sentral.

Mohammad Syuhaimi Ab. Rahman, Hadi Guna, Mohd Hazwan Harun, Iszan Hana Kaharudin &
Roslan Syukur. 2020. Wavelength Division Multiplexing Over Plastic Optical Fiber Technology
- Small Effort Huge Impact. 2nd World Conference on Applied Sicnce, Engineering and
Technology (WCASET). 6-7 February 2020, Bangkok, Thailand. (Keynote Speaker)

Mashitoh Yaacob, Iszan Hana Kaharudin, Nurina Anuar, Latifah Amin & Muhammad Hilmi
Jalil. 2020. Pengaplikasian Media Sosial Dalam Pembelajaran Aktif Untuk Pendidikan Vaksin.
Kongres & Pertandingan Inovasi P&P (kNOVASI 2020). 5 – 6 February 2020. Pusat Pengajaran
& Teknologi Pembelajaran (Pengajaran[1]UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Syuhaimi Ab. Rahman, Roslan Abd Shukor, Kamisah Osman, Ruzymah Idrus,
Juwairiyyah Ab Rahman & Iszan Hana Kaharudin. 2020. Pendekatan Berasakan Hasil (PBH)
Memberikan Nilai Tambah Melalui Output Pelajar. Kongres & Pertandingan Inovasi P&P
(kNOVASI 2020). 5 – 6 February 2020. Pusat Pengajaran & Teknologi Pembelajaran
(Pengajaran[1]UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mashitoh Yaacob, Nurina Anuar, Latifah Amin, Muhammad Hilmi Jalil & Iszan Hana
Kaharudin. 2019. A Perspective Study on Vaccination based on Facebook Post Analysis. 10th
International Symposium on Islam, Civilization and Science (ISICAS 2019). 14 – 15 October
2019. Institute of Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia.

24
Iszan Hana Kaharudin, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan Shah Zaidi & Mohd Adib Ismail,
2017. The Effect of Fiscal Policy Shocks on Private Investment: Panel VAR Analysis in
Developing Countries. International Academic Conference on Business and Economics 2017
(IACBE 2017), 7-8 October 2017, Faculty of Economics and Management Sciences, UNISZA.
(ISBN 978-967-0899-77-0)

Zulkefly Abdul Karim, Iszan Hana Kaharudin, Mohd Azlan Shah Zaidi & Mohd Adib Ismail,
2017. The Effect of Fiscal Policy on Private Expenditure: A Panel VAR Study from Selected
Developing Countries. 18th Malaysia[1]Indonesia International Conference on Economics,
Management and Accounting (18th MIICEMA), 4-5 October, IPB International Convention
Centre, Bogor Indonesia.

Iszan Hana Kaharudin, Zulkefly Abdul Karim & Mohd Azlan Shah Zaidi, 2013. Kejutan Dasar
Fiskal Terhadap Pelaburan Swasta: Analisis SVAR Di Negara ASEAN-3. Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII – Volume 2, Pp. 1074-1089 (ISSN:2231-962X)

25
LAMPIRAN

26

You might also like