You are on page 1of 22

MUHAMMAD TAKRIM BIN AB. RAHMAN.

SUMBANGAN DARI TAHUN 2004

HINGGA TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ia mendefinisikan pendidikan ialah perihal mendidik 1.

Dengan adanya ilmu, individu dapat berfikir secara kritis dan analitis bagi menangani sesuatu

masalah. Ilmu turut membantu individu untuk membuat keputusan yang bijak dan strategik

sebelum melakukan sesuatu perkara atau tindakan. Dalam konteks ini, tokoh pendidikan

memainkan peranan yang besar dalam melahirkan masyarakat yang cerdik pandai dan mereka

telah menyumbang banyak jasa kepada negara. Tokoh merupakan orang yang kenamaan dalam

mana-mana bidang seperti politik, kebudayaan, agam dan lain-lain2. Antara penulisan ilmiah

yang berkait rapat dengan tokoh Pendidikan ialah buku yang berjudul “Kepimpinan Profesional

Dalam Pendidikan” karya Kamarudin Hj.Kachar di bawah penerbitan Teks Publishing Sdn. Bhd.

Penulisan ini menceritakan tentang pengalaman Profesor Dato’ Dr.Kamarudin Hj. Kachar dalam

bidang kepakaran seorang pendidik. Pengurusan pendidikan merupakan suatu perkara kompleks

yang kian berubah mengikut peredaran zaman. Oleh hal yang demikian,pengalaman beliau boleh

dimanfaatkan dan menjadi bahan renungan kepada pencinta dunia Pendidikan3. Jelaslah bahawa,

tokoh dalam bidang pendidikan boleh dijadikan contoh kepada generasi masa kini dan generasi

yang akan datang. Segala pencapaian dan sumbangan yang diberikan wajar dijadikan aspirasi

dan motivasi kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda masa kini.
2.0 SEJARAH LATAR BELAKANG MUHAMMAD TAKRIM BIN AB. RAHMAN

2.1 SEJARAH PENDIDIKAN RENDAH

Encik Muhammad Takrim bin Ab. Rahman dilahirkan pada 5 julai 1978 di Kampung Padang

Purut, Beta Hulu, Ketereh Kelantan kini telah berusia 43 tahun. Mendapat pendidikan awal

persekolahan peringkat sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Beta Hulu pada tahun 1985 dan

menamatkan darjah 6 di sekolah yang sama pada tahun 1990. Semasa di bangku sekolah rendah

beliau aktif mewakili sekolah dalam acara sukan bola sepak dan juga sepak takraw. Beliau juga

turut mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz dan juga acara pertandingan keagamaan seperti

hafazan dan bercerita. Beliau juga terkenal di kalangan guru sebagai murid yang mahir melukis

dan banyak membantu guru menghasilkan bahan lukisan untuk pembelajaran dan latihan di

sekolah. Beliau turut dilantik sebagai pembaca doa setiap kali perhimpunan sekolah diadakan.

Ketika berada dalam darjah 6 beliau dilantik sebagai Ketua Murid yang bertanggungjawab

mengetuai para murid Sekolah Kebangsaan Beta Hulu dalam acara peringkat sekolah dan

daerah4.

2.2 SEJARAH PENDIDIKAN MENENGAH

Setelah menamatkan persekolahan peringkat rendah, pada tahun 1991 beliau ditawarkan untuk

menyambung pengajian di sekolah menengah Sains Berasrama Penuh Sultan Ismail Petra Kota

Bharu, Kelantan namun beliau menolak tawaran tersebut atas permintaan ayahnya yang inginkan

beliau menuntut di Sekolah Menengah Ugama Arab Maahad Muhammadi Lelaki (MML) yang

terletak di Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan bermula dengan tingkatan Peralihan.

Berdasarkan keputusan peperiksaan Pertengahan tahun yang cemerlang beliau ditawarkan Kelas

Peralihan Khas yang memberi kelebihan kepada pelajarnya untuk menyingkatkan tempoh
pengajian dalam kelas peralihan selama 6 bulan sahaja dan terus mengikuti pelajaran Tingkatan

1 selama 6 bulan yang berbaki dalam tahun yang sama. Semasa di SMU (A) Maahad

Muhammadi Lelaki beliau terlibat aktif dalam Persatuan Bulan Sabit Merah dan telah menjuarai

pertandingan Kawad kaki peringkat Sekolah-sekolah Agama Yayasan Islam Negeri Kelantan

selama 2 tahun berturut-turut. Beliau juga aktif dalam badan Redaksi Majalah sekolah serta

Persatuan Falak Syar’ie. Beliau turut menganggotai Badan Dakwah dan Latihan Islamiah

(BALKIS) sekolah tersebut dan aktif mengadakan program dan latihan kepimpinan peringkat

sekolah dan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

2.3 SEJARAH PENDIDIKAN TINGGI

Setelah menduduki peperiksaan SPM, pada tahun 1996 beliau selanjutnya ditawarkan

menyambung pelajaran ke Pusat Matrikulasi Akademi Islam Universiti Malaya (APIUM)

cawangan Nilam Puri, Kelantan dengan tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA). Semasa di Akademi Islam Nilam Puri (APIUM) beliau dilantik sebagai Ketua Biro

Penerbitan Persatuan Mahasiswa Akademi Islam Universiti Malaya (PMAIUM) Cawangan

Nilam Puri yang menjalankan tanggungjawab menerbitkan Majalah, Risalah dan bahan-bahan

terbitan yang bertujuan menyampaikan aspirasi mahasiswa dan perjuangan kebajikan mahasiswa

sehingga tahun 1997.

Pada tahun 1998, beliau selanjutnya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Kampus

Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) di Kuala Lumpur dalam Jabatan

Syariah Fiqh dan Usul. Semasa di kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur beliau dilantik

sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam (PMAPIUM). Beliau

juga terlibat dalam pemilihan Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dan memenangi
Pilihanraya Kampus Universiti Malaya yang diadakan pada tahun 2000 sebagai calon mewakili

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Dengan kemengan tersebut, beliau kemudiannya

dilantik sebagai Ketua Biro Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sesi

2000/2001. Antara tanggungjawab utama yang digalas ialah menerbitkan Majalah Varsiti

Universiti Malaya. Majalah ini merupakan majalah ulung yang membawa aspirasi Mahasiswa

Universiti Malaya ke pentas kebangsaan. Beliau turut terlibat dalam pasukan PALAPES

universiti Malaya yang mendedahkan beliau bidang ketenteraan namun atas kekangan tugas

selaku Ahli majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya beliau hanya dapat mengikuti

kursus ini selama dua tahun dan tidak dapat menamatkan kursus PALAPES tersebut.

Pada tahun 2001 beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya sebagai

graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah Fiqh & Usul. Setelah menjadi graduan beliau ditawarkan

bekerja di Yayasan Al Khairiah Kenali yang terletak di Kubang Kerian Kelantan. Yayasan ini

merupakan cawangan Asia Tenggara Lujnah Ihya At Turath Al Islami Kuwait. Beliau diberikan

tugas selaku Ketua Jabatan Kebajikan Yayasan Al Khairiah yang menjalankan tugas-tugas

kebajikan menjaga anak-anak yatim, menguruskan projek pembinaan masjid, melaksanakan

program agihan juadah berbuka puasa dan juga program agihan daging korban Aidil Adha

dengan sumbangan dana dari Lujnah Ihya At Turath yang terletak di negara Kuwait.

2.4 SEJARAH KERJAYA

Pada tahun 2003, beliau ditawarkan mengikuti Kursus Latihan Perguruan Lepasan ijazah (KPLI)

di Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak dalam bidang Diploma Perguruan Pendidikan Islam

Sekolah Rendah. Setelah setahun mengikuti kursus tersebut beliau menamatkan kursus dan

menerima Anugerah Guru Pelatih KPLI Terbaik Maktab Perguruan Batu Lintang Sesi 2003.
Majlis penganugerahan tersebut diadakan di Dewan Tun Ahmad Zaidi (TAZA) Maktab

Perguruan Batu Lintang yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak semasa majlis

graduasi dan penyampaian Diploma Perguruan.

Gambar 1: Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan dan Sijil Anugerah Pelajar Terbaik

Praktikum, Maktab Perguruan Batu Lintang Kuching, Sarawak

Pada tahun 2004, beliau menerima lantikan pertama selaku Guru Pendidikan Islam Gred

DG41 dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sampadi, Lundu Sarawak. Semasa berada di

Daerah Lundu, beliau aktif dalam persatuan guru-guru pendidikan Islam daerah tersebut dan

terlibat dalam merancang dan menganjurkan aktiviti di peringkat daerah seperti Majlis tadarus Al

Quran dan Festival Nasyid, Majlis Khatam Al Quran, Nadwah Kepimpinan Pelajar dan Kem
Kepimpinan Murid peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Lundu. Pada tahun 2012 beliau

menerima kenaikan pangkat dengan gred DG 44 (KUP).

Setelah 10 tahun berkhidmat di bumi kenyalang beliau berpindah pula ke Negeri

Sembilan dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek pada tahun 2014 yang

terletak di daerah Rembau. Semasa di daerah Rembau beliau diberi amanah sebagai Setiausaha

Panitia Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Rendah Daerah Rembau. Beliau turut terlibat dalam

penghakiman pertandingan program dakwah seperti Majlis Tadarus Al Quran, Festival Nasyid,

Kalam jama’ie, Kuiz Khalifah Cilik dan lain-lain lagi. Pada tahun 2020 beliau dinaikkan

pangkat gred DG48 (KUP) dan menjalankan tugas selaku Ketua panitia Pendidikan Islam di

sekolah. Beliau turut dilantik sebagai Jurulatih Utama ePelaporan jQAF (Perdana) daerah

Rembau yang menjalankan tangungjawab mengumpulkan data epelaporan jQAF peringkat

Daerah Rembau5.
3.0 SUMBANGAN DAN PERANAN MUHAMMAD TAKRIM BIN AB. RAHMAN

3.1 SUMBANGAN SEMASA BERTUGAS DI DAERAH LUNDU

Jika dilihat dari segi sumbangan, beliau telah begitu banyak memberikan sumbangan

kepada masyarakat terutamanya dalam bidang pendidikan. Pada tahun 2007, beliau menjadi

individu yang penting kerana banyak mengendalikan program-program keagamaan dan dakwah

di daerah Lundu. Hal ini dikatakan demikian kerana, beliau banyak terlibat dalam merencana dan

menguruskan program Pendidikan islam daerah Lundu dengan kerjasama yang cukup mantap

daripada Pegawai Pendidikan Daerah Lundu, Sarawak. Oleh hal yang demikian, beliau

diamanahkan tugas sebagai Penyelaras dan Setiausaha Majlis Guru Islam Daerah Lundu. Ketika

memegang jawatan Penyelaras Majlis Guru Islam Daerah Lundu beliau memulakan program

Majlis Tahsin Al Quran peringkat Daerah Lundu buat kali pertama pada tahun 2007 bagi

meraikan murid-murid Daerah Lundu yang telah Khatam Al Quran dan juga bagi menghargai

guru-guru al Quran sama ada guru-guru Pendidikan Islam dan jQAF di sekolah, mahupun guru-

guru al Quran di kampung-kampung sekitar daerah Lundu. Program ini selanjutnya diteruskan

sebagai program tahunan Daerah Lundu sehingga ke hari ini.

Seterusnya, dalam lingkungan tahun 2007 hingga tahun 2008, beliau dilantik sebagai

Ketua Jawatankuasa Panel Hakim Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Sekolah-sekolah

Daerah Lundu yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia para hakim bagi pertandingan

Majlis tadarus Al Quran dan Festival Nasyid yang dijalankan sebagai acara tahunan sekolah-

sekolah KPM di daerah Lundu. Beliau turut mengadakan bengkel penjurian Majlis tadarus Al

Quran yang memberi pendedahan kepada para guru pendidikan Islam daerah Lundu tentang

tatacara penghakiman bagi semua acara yang dipertandingkan.


Sejak tahun 2006, beliau sebagai Bendahari PIBG Sekolah Kebangsaan Sampadi Lundu,

Sarawak telah mengusahakan pencarian dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan

Sampadi. Dengan kerjasama dan sumbangan dari pihak pengurusan Felda Sampadi akhirnya

sebuah surau berjaya dibina di sekolah itu. Surau yang diberi nama Surau Darul Ansar SK

Sampadi menjadikan sekolah ini sekolah rendah pertama Zon Sampadi yang mempunyai

bangunan surau sekolah yang tersendiri pada tahun 2008. Pembinaan surau ini telah memberikan

pelbagai manfaat dan kemudahan kepada para murid Islam dan masyarakat sekeliling.

Sehubungan dengan itu, beliau dilantik sebagai Ketua Panel Penggubal Teks Bercerita

Kisah Daripada Al Quran pada tahun 2009 sehingga 2013 yang menjadi rujukan kepada sekolah-

sekolah Bahagian Kuching dan Negeri Sarawak melalui program yang dikelolakan oleh Unit

Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Bahagian Kuching dan juga Sektor Pendidikan Islam Jabatan

Pelajaran Negeri Sarawak. Teks Bercerita Kisah Daripada Al Quran ini telah diedarkan dalam

bentuk buku dan menjadi panduan kepada para guru pendidikan Islam untuk melatih peserta di

peringkat sekolah masing-masing sebagai persiapan untuk pertandingan peringkat Daerah,

Bahagian dan Negeri Sarawak. Selain itu, beliau turut terlibat sebagai panel penulis buku Al

Wajiz dan juga buku Panduan Berdoa yang diterbitkan oleh Unit Pendidikan Islam Pejabat

Pelajaran Bahagian Kuching untuk edaran kepada para murid dan pelajar di sekolah-sekolah

Bahagian Kuching, Sarawak.


Gambar 2: Buku Al Wajiz yang ditulis oleh Muhammad Takrim bin Ab. Rahman

Di samping itu, beliau dilantik sebagai Jurulatih Utama Kursus Semakan Pendidikan

Islam KSSR yang bertanggungjawab membimbing dan memberikan pendedahan berkaitan

perubahan yang terkandung dalam Kursus Semakan Pendidikan Islam KSSR bagi guru-guru

pendidikan Islam daerah Lundu, Sarawak. Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ketua

Pengawas Peperiksaan UPSR bermula tahun 2007 sehingga 2013 bagi menguruskan dan

mengawal calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR di daerah Lundu, Sarawak.

Pelantikan sebagai ketua pengawas UPSR ini berlanjutan sehingga 2018 setelah beliau berpindah

ke daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan dalam bidang pendidikan di Daerah

Lundu, pada tahun 2013 beliau ditawarkan jawatan Penyelia Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran
Daerah Lundu, Sarawak. Namun begitu, tawaran tersebut terpaksa ditolak disebabkan beliau

memohon untuk berpindah ke semenanjung Malaysia bagi memenuhi hasrat dan permintaan

ayahnya Tuan Haji Ab Rahman bin Majid untuk kembali ke kampung halaman setelah 11 tahun

merantau dan berkhidmat di bumi kenyalang.

3.2 SUMBANGAN SEMASA BERTUGAS DI DAERAH REMBAU

Pada tahun 2014, beliau telah berpindah ke daerah Rembau Negeri Sembilan. Pada

mulanya, beliau berhasrat untuk kembali ke negeri kelahiran iaitu Kelantan, namun impian itu

tidak berjaya kerana tiada kekosongan tempat di negeri tersebut. Walaupun tidak dapat kembali

ke negeri Kelantan, beliau terus menabur budi di daerah Rembau dalam bidang pendidikan. Pada

tahun 2017, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Daerah Rembau.

Beliau turut dilantik sebagai Ketua hakim pertandingan bercerita kisah daripada Al Quran yang

dipertandingkan dalam Majlis Tadarus Al Quran sekolah-sekolah Daerah Rembau. Beliau turut

terlibat dalam menguruskan aktiviti keagamaan sekolah-sekolah rendah Zon Kota Daerah

Rembau melalui program Akil Baligh, Pengurusan Jenazah, Kuiz Khalifah Cilik dan Kem

Bestari Solat.

Beliau turut terlibat dengan badan bukan kerajaan NGO pada tahun 2017 sebagai ahli

jawatankuasa Persatuan Kebajikan Anak Kelantan Rembau (PAKAR). Persatuan ini bergiat aktif

dalam aktiviti kemasyarakatan seperti memberi bantuan kepada mangsa banjir, bantuan kepada

fakir miskin dan saudara baru yang berada di sekitar daerah Rembau dan sekitarnya6.
4.0 CABARAN YANG DIHADAPI MUHAMMAD TAKRIM BIN AB. RAHMAN

Setiap pekerjaan pasti ada cabarannya, lebih-lebih lagi pekerjaan yang melibatkan

sumbangan langsung kepada masyarakat. Dalam bidang pendidikan, seseorang guru perlu

menyahut cabaran untuk melihat keupayaannya melaksanakan tugasnya bukan sahaja dalam bilik

darjah di sekolah namun juga kepada masyarakat setempat secara amnya. Perkara ini turut

ditempuhi oleh Encik Muhammad Takrim bin Ab. Rahman semasa menjalankan tugas beliau

sebagai seorang guru baharu yang ditempatkan di perkampungan Daerah Lundu yang terletak di

kawasan pendalaman Sarawak. Beliau memegang jawatan sebagai seorang guru seawal tahun

2004 sehingga 2013 di Sekolah Kebangsaan Sampadi. Beliau turut menyatakan bahawa cabaran

ini amat berbeza apabila beliau berpindah ke semenanjung dan berkhidmat di Daerah Rembau

Negeri Sembilan pada tahun 2014.

4.1 CABARAN SEMASA BEKERJA DI DAERAH LUNDU

Antara cabaran yang dihadapi beliau semasa berkhidmat di Sarawak pada tahun 2004

hingga tahun 2013 ialah kesukaran untuk berkomunikasi dengan para murid sekolah rendah yang

bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu bahasa melayu Sarawak, bahasa iban dan bahasa

bidayuh yang jauh berbeza dengan Bahasa Melayu. Situasi ini amat menyukarkan beliau untuk

memberi kefahaman kepada para murid tentang isi pembelajaran yang ingin disampaikan beliau.

Lebih-lebih lagi apabila ingin berkomunikasi dengan murid-murid kelas Pra Sekolah yang diajar

oleh beliau. Hal ini dikatakan demikian kerana murid-murid yang berumur 5 dan 6 tahun yang

sentiasa bersama dengan keluarga mereka yang berbangsa Iban dan Bidayuh. Mereka tidak

terdedah dengan pergaulan bersama bangsa melayu kerana mereka menetap di perkampungan

iban dan bidayuh di rumah panjang. Kemahiran berbahasa melayu Sarawak, Bahasa iban dan
bidayuh juga tidak didedahkan semasa menjalani Kursus Perguruan di Maktab pada tahun 2003.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Encik Muhammad Takrim telah mempelajari bahasa melayu

Sarawak, bahasa Iban dan Bidayuh dengan sentiasa bergaul dengan masyarakat kampung. Beliau

turut menyertai aktiviti harian masyarakat setempat bagi memungkinkan komunikasi berterusan

dengan penduduk kampung untuk menguasai bahasa mereka. Setelah hampir 3 bulan bergaul

bersama penduduk kampung beliau akhirnya mampu bertutur bahasa melayu Sarawak dengan

fasih dan dapat memahami bahasa iban dan bidayuh dengan baik.

Selain itu, cabaran kedua yang dihadapi oleh beliau ialah terpaksa mengajar mata

pelajaran bukan opsyen yang didedahkan di Maktab Perguruan semasa sesi latihan perguruan

pada tahun 2004. Perkara ini berlaku disebabkan kekurangan guru di sekolah. Para guru yang ada

terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan bidang mereka demi memastikan murid-murid

terus dapat mengikuti sesi pembelajaran tanpa sebarang halangan. Bagi mengatasi masalah ini,

beliau telah mengambil inisiatif dengan membuat kajian kendiri serta berhubung dangan guru-

guru pakar mata pelajaran berkenaan untuk mengetahui teknik yang bersesuaian dan berkesan

dalam penyampaian ilmu.

Cabaran ketiga yang dihadapi oleh En. Muhammad Takrim ialah kekurangan

kelengkapan infrastruktur yang terdapat di sekolah kawasan pendalaman pada tahun 2004.

Keadaan ini menyebabkan sesi penyampaian ilmu kepada para murid tidak dapat diberikan

dengan baik, khususnya dalam bidang ICT. Kedudukan kawasan sekolah yang jauh di pedalaman

tanpa rangkaian capaian internet dan kelengkapan komputer membantutkan perkembangan para

murid dalam bidang teknologi maklumat. Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau telah

memohon sumbangan peralatan komputer dari Felda Plantation Berhad Zon Sampadi melalui
kerjasama PIBG. Hasilnya, pihak sekolah telah menerima 6 set Komputer pada tahun 2006 bagi

kegunaan para murid.


4.2 CABARAN SEMASA BEKERJA DI DAERAH REMBAU

Setelah berpindah ke Negeri Sembilan pada tahun 2014, beliau turut menghadapi

beberapa cabaran sewaktu menjalankan tugas beliau sebagai seorang guru. Antara cabaran yang

dihadapi oleh beliau ialah agihan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh

seseorang guru. Satu daripada masalah tersebut ialah beliau terpaksa memegang beberapa

portfolio dalam sesuatu jawatankuasa secara adhoc yang tidak berkaitan dengan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bebanan jawatan ini menyebabkan kualiti

dan tumpuan bagi sesi pembelajaran dan pengajaran menurun, terutamanya apabila tiada

kemahiran dalam melaksanakan tugasan tersebut. Bukan itu sahaja, malah beliau juga terpaksa

membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit

mesyuarat. Dalam lingkungan tahun 2014 hingga tahun 2018, beliau turut diberikan tugasan

sampingan seperti sebagai penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja-

kerja sebegini jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan seseorang guru menghadapi

tekanan yang amat besar dan ini akan menjejaskan tumpuan dan fokus kepada tugasan hakiki

guru iaitu menyampaikan ilmu kepada para murid. Bagi menangani cabaran ini beliau telah

memperuntukkan masa tambahan sewaktu cuti dan juga hujung minggu bagi memastikan semua

tugasan yang diamanahkan berjaya diselesaikan.

Apabila negara dilanda wabak pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020, sekali lagi

lanskap pendidikan melalui cabaran baru iaitu sesi pembelajaran di sekolah yang sebelum ini

secara bersemuka telah bertukar kepada sesi pembelajaran secara atas talian. Dengan kekangan

capaian internet dan sebahagian besar para ibubapa yang tidak mampu untuk menyediakan

kemudahan internet dan juga peralatan ICT di rumah, Encik Muhammad Takrim sukar untuk

menjalankan tugasnya untuk mengajar murid-murid. Para guru termasuk beliau, terpaksa
berkorban wang, tenaga dan masa untuk menyediakan bahan pembelajaran yang boleh diakses

dengan mudah oleh para murid. Antaranya menyediakan modul pembelajaran yang diedarkan

secara langsung ke rumah para murid. Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau

terpaksa menyediakan rakaman video untuk rujukan para murid bagi memudahkan mereka

mengikuti sesi pembelajaran di rumah masing-masing. Beliau juga menggunakan aplikasi baharu

sebagai medium sesi PDPR iaitu melalui aplikasi google meet dan zoom. Namun begitu,

kehadiran murid dalam sesi atas talian ini amat mendukacitakan atas kekangan capaian internet

dan kewangan para ibubapa yang terjejas pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Menyedari

hakikat ini, beliau mengambil inisiatif menyediakan lembaran kerja yang diberikan kepada murid

pada setiap minggu mengikut kesesusaian. Para murid juga dihubungi menggunakan aplikasi

whatsapp dan telegram melalui perbualan dan video7.


5.0 KEJAYAAN MUHAMMAD TAKRIM BIN AB. RAHMAN SEPANJANG

KERJAYANYA

5.1 KEJAYAAN SEMASA BERTUGAS DI SARAWAK

Pencapaian terbaik Encik Muhammad Takrim bin Ab Rahman bermula semasa mengikuti

kursus latihan perguruan lepasan ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching

Sarawak lagi. Beliau telah dinobatkan dengan Anugerah Cemerlang Pelajar Terbaik Keseluruhan

KPLI (Sekolah Rendah) Ambilan Januari 2003 dan Anugerah Cemerlang Pelajar Terbaik

Praktikum KPLI (Sekolah Rendah) Ambilan Januari 2003 sempena Majlis Konvokesyen ke 54

Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak. Berbekalkan anugerah ini, beliau memilih

untuk meneruskan khidmat bakti di bumi Sarawak dengan penuh semangat demi mendidik anak

bangsa.

Setelah hampir 4 tahun menyumbang tenaga, mencurahkan bakti kepada bidang

pendidikan di sekolah pertamanya, Encik Muhammad Takrim Ab. Rahman telah menempa

beberapa kejayaan. Antaranya beliau telah berjaya membawa pasukan nasyid SK Sampadi

Lundu menjadi Johan dalam pertandingan Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid

Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Lundu sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2007 dan tahun

2008. Beliau berjaya meraihkan tempat ketiga Festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat

Bahagian Kuching pada tahun 2007. Beliau turut berjaya melatih peserta Tilawah Al Quran

kategori Perempuan bagi acara yang sama dan menjadi johan pada tahun 2008 bagi pertandingan

MTAQ Peringkat Daerah Lundu. Bukan itu sahaja, malah peserta tersebut mendapat Naib johan

acara yang sama dalam Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Bahagian Kuching pada tahun

2008. Atas sumbangan dan jasa yang dicurahkan kepada pihak sekolah, pada tahun 2007 beliau
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan

Pelajaran Negeri Sarawak dalam satu majlis yang diadakan khusus di Kuching Sarawak.

5.2 KEJAYAAN SEMASA BERTUGAS DI NEGERI SEMBILAN

Setelah berpindah kembali ke daerah Rembau, Negeri Sembilan Selaku guru ICT

dan admin Frog Vle SK Tun Haji Abdul Malek, beliau telah menjalankan tugas membimbing

dan memberi pendedahan penggunaan Frog Vle. Dengan pencapaian penggunaan mingguan para

murid yang memberangsangkan, beliau terpilih sebagai penerima anugerah pencapaian terbaik

Penggunaan Frog Vle sekolah rendah Daerah Rembau pada tahun 2016. Dengan pencapaian ini,

beliau berjaya menempatkan SK Tun Haji Abdul Malek selaku penerima Anugerah Teknobestari

Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2016. Beliau merangkul dua anugerah iaitu Anugerah

Penggunaan Frog Vle Terbaik (zoom) Sekolah Rendah (SKM) dan Anugerah Frog Vle Terbaik

Negeri Sembilan kategori Sekolah Rendah yang dianjurkan oleh Bahagian teknologi Pendidikan

Negeri, Negeri Sembilan.


Gambar 3: Anugerah Frog VLE Terbaik Negeri Sembilan Sekolah Rendah dan Anugerah

Penggunaan Frog VLE Terbaik (Zoom) Sekolah Rendah (SKM)

Selaku ketua Panitia Pendidikan Islam SK Tun Haji Abdul Malek, atas pengalaman

semasa berada di bumi kenyalang, beliau sekali lagi berjaya melatih pasukan nasyid SK Tun Haji

Abdul Malek dan berjaya meraih Naib Johan dalam acara festival Nasyid Sekolah-sekolah KPM

Peringkat Daerah Rembau 2019. Pada tahun 2020, apabila pandemik Covid19 melanda

keseluruhan acara yang dipertandingkan telah dijalankan secara atas talian. Beliau sekali lagi

melatih peserta Nyanyian solo kerohanian sempena Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah

KPM Daerah Rembau dan berjaya merangkul Naib Johan bagi kategori lelaki pada tahun 2018.

Hasil usaha beliau menggalas tugas sebagai guru pendidikan Islam di SK Tun Haji Abdul Malek,

sekolah ini turut mendapat Anugerah Pencapaian Khatam Al Quran terbaik Peringkat Daerah

2020 yang dianjurkan oleh PPD Rembau8.


6.0 KESIMPULAN

Encik Muhammad Takrim Bin Ab. Rahman merupakan seorang tokoh yang banyak

berjasa dalam bidang pendidikan melalui peranan dan sumbangannya. Beliau telah banyak

menabur bakti bukan sahaja kepada bidang pendidikan tetapi juga sosial masyarakat. Segala jasa

dan pencapaian beliau boleh dijadikan sebagai inspirasi bagi generasi muda yang akan datang.

Hal ini dikatakan demikian kerana, dengan menghayati sejarah tokoh-tokoh Pendidikan, generasi

muda akan mendapat motivasi dan dorongan yang baik bagi menjadi individu yang tersemuka

pada masa yang akan datang.


NOTA HUJUNG
1
Hajah Noresah binti Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,2013) Halaman 350
2
Hajah Noresah binti Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka,2013) Halaman 1703
3
Kamarudin Hj. Kachar, Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan, (Selangor Darul Ehsan: Teks
Publishing Sdn. Bhd, 1989) Halaman 1
4
Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti Muhammad
Takrim, Sejarah Latar Belakang Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (15 Mei 2022)
5
Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti Muhammad
Takrim, Sejarah Latar Belakang Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (17 Mei 2022)
6
Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti Muhammad
Takrim, Sumbangan dan peranan Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (24 Jun 2022)
7
Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti Muhammad
Takrim, Cabaran yang Dihadapi Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (28 Jun 2022)
8
Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti Muhammad
Takrim, Kejayaan Muhammad Takrim bin Ab. Rahman Sepanjang Kerjayanya (1 Julai 2022)

BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER

1. Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti
Muhammad Takrim, Sejarah Latar Belakang Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (15 Mei
2022)
2. Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti
Muhammad Takrim, Sejarah Latar Belakang Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (17 Mei
2022)
3. Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti
Muhammad Takrim, Sumbangan dan peranan Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (24 Jun
2022)
4. Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti
Muhammad Takrim, Cabaran yang Dihadapi Muhammad Takrim bin Ab. Rahman (28 Jun
2022)
5. Muhammad Takrim bin Ab. Rahman, ditemuramah oleh Wan Nureen Ayiesha binti
Muhammad Takrim, Kejayaan Muhammad Takrim bin Ab. Rahman Sepanjang Kerjayanya (1
Julai 2022)

SUMBER SEKUNDER

1. Hajah Noresah binti Baharom. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka,2013
2. Kamarudin Hj. Kachar. Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan:
Teks Publishing Sdn. Bhd, 1989

You might also like