You are on page 1of 18

KPF 3012

Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar


1

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU





Nama : CHANDRAKALA A/P MUNIANDY
No. Kad Matrik : PPGBI00025/2011/I/KI
No. Kad Pengenalan : 771203-02-6020
Nama : NITHIASHINI A/P NELLAYAN
No. Kad Matrik : PPGBI00026/2011/I/KI
No. Kad Pengenalan : 850214-06-5514

Pembuktian Polisi Akademik :
Saya / Kami dengan ini membuktikan bahawa kandungan dan lampiran kertas kerja in adalah kerja
saya / kami sendiri. Rujukan, artikel, seni, program, kertas atau mana-mana bahagiannya adalah
diakui sah dan dilampirkan pada akhir kertas ini sebagai rujukan. Ini termasuk data yang diambil dari
Internet, rangkaian swasta lain, cakera orang lain atau sistem komputer.

Tandatangan Student : .................................................................................................
M. Chandrakala N. Nithiashini
ULASAN PENSYARAH / MARKAH

Tajuk : FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Kod dan Nama Pelajaran : KPF 3012 ( FALSAFAH & DASAR )
Nama Pensyarah : Pn. Sabariah
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
2

Bahagian A :
i ) Ciri-ciri insan guru yang terdapat pada diri Tokoh Pendidikan Tan Sri Zainal
Abidin bin Ahmad
Tokoh pendidikan yang saya amat kenali dan sanjungi adalah Tan Sri Zainal
Abidin bin Ahmad yang dikenali dengan nama samaran Zaba. Beliau lahir pada 16
September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Zaba juga merupakan anak
Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge
pada tahun 1915 dan memperolehi keputusan yang cemerlang, malah beliau menjadi
pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan Bahasa Inggeris
dan Geografi Fizikal.
Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad mempunyai ciri-ciri insane guru yang perlu
dicontohi oleh setiap orang guru. Beliau merupakan tokoh cendekiawan dan patriot
Melayu yang ulung dan amat prihatin terhadap masalah masyarakat dalam pelbagai
bidang terutama bahasa, pendidikan, agama dan ekonomi. Zaba mempunyai
kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf.
Beliau pernah bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya dan memasuki
perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu. Beliau lulus peperiksaan
ikhtisas perguruan dengan cemerlang. Sebagai guru yang memperolehi kemahiran
professional, beliau bertauliah dan cekap menjalankan tugasan beliau seperti
pengajaran, bimbingan, dan menjalankan aktiviti kokurikulum berlandaskan teori
pendidikan semasa mengajar di sekolah.
Zaba juga berperanan sebagai pembina Negara. Beliau membantu
pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara
dengan mengerakkan pelajar-pelajar Melayu supaya bersatu mendapatkan hak mereka
untuk melanjutkan pendidikan tinggi. Selain itu, beliau juga telah meniup semangat
orang Melayu untuk memberikan perhatian yang serius kepada pendidikan. Zaba juga
sebagai guru menyesuaikan diri dalam semua keadaan di setiap sekolah yang
mengajar dan mampu menangani cabaran era globalisasi untuk menolong
membentuk masyarakat Malaysia yang bersemangat dan berpendidikan.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
3

Sebagai seorang pendidik Zaba juga berperanan sebagai agen perubahan.
Beliau mengubah pendirian dalam pengurusan dan kepimpinan yang bersifat
autokratik kepada demokratik. Beliau sentiasa memberi peluang kepada penuntut-
penuntut beliau untuk memberi pandangan mereka. Kebanyakan pengajaran beliau
berlandaskan dua hala berbincangan dan beliau sentiasa bersedia untuk menerima
idea dan pandangan penuntut beliau. Walaupun Zaba dikenali sebagai sasterawan
yang handal, beliau selalu bersedia menerima segala kritikan yang ditujukan padanya.
Jika kritikan itu munasabah dan benar, maka beliau bersedia menerima kebenaran dan
mengakui kesalahannya.
Selain itu, Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad juga bersikap terbuka secara
proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan khususnya dalam bidang
pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam pernyataan beliau, Saya dulu menentang
penggunaan bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu, tetapi sekarang saya kalah.
Ia kerana beliau menentang beberapa penggunaan kata bahasa Indonesia ke dalam
bahasa Malaysia seperti organisasi dan demonstrasi dan akhirnya diterima oleh beliau
sendiri.
Zaba juga mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat dan
sentiasa menggunakan statusnya untuk menyebarkan nilai-nilai positif seperti
bersatupadu, mendorong penuntutnya berpendidikan tinggi dan sebagainya. Beliau
sentiasa menjadi agen sosialisasi dengan memupuk sikap, nilai dan sahsiah
penuntut-penuntut beliau yang sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.
Semasa menjadi pensyarah, beliau telah membuka fikiran penuntutnya untuk melihat
peranan Islam dalam tamadun dunia dan sentiasa menekan kepentingan memperolehi
pengetahuan dengan banyak membaca.
Sebagai pengamal ilmu, Zaba sentiasa mengemaskinikan serta
mempertingkatkan ilmu pengetahuan beliau dengan melanjutkan pelajaran di
University of London dan dianugerahkan Postgraduate Certificate of Education dan
Raffles College, Singapura. Beliau mejadi roll model yang selalu diteladani oleh
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
4

penuntutnya serta orang di sekelilingnya kerana sikapnya yang tegas dan giat dalam
kerja dan juga memajukan diri dengan pelajaran.
Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad sentiasa memotivasikan pelajar-pelajarnya
untuk hidup dengan cara yang betul dan memiliki akhlak yang mulia mengikuti
ajaran agama. Beliau selalu mendorong penuntutnya supaya berfikiran terbuka dan
meningkatkan pengetahuan denagn banyak membaca. Zaba sebagai guru Bahasa
Melayu di English College, selalu menyelidik masalah pelajar melayu dalam menguasai
matapelajaran tersebut dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan menulis dan menerbitkan buku-buku dalam Nuhu dan Tatabahasa contohnya
Malay Literature,system Ejaan, Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu(1-3),
Daftar Ejaan Melayu dan sebagainya. Karya-karya beliau ini memberikan
penyelesaian masalah kepada murid dengan cepat dan berkesan untuk mendalami
hal ehwal Bahasa Melayu.
Selain itu, beliau juga menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang mudah
dalam setiap judul buku beliau supaya murid-murid menguasai Bahasa Melayu dengan
mudah dan berkesan Beliau menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
beliau perolehi menerusi karya-karya beliau. Akhirnya, karya-karya beliau berjaya
melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan suka membaca. Ia
menyebabkan beliau digelar sebagai cendekiawan Melayu dan juga Pendeta Bahasa.
Oleh yang demikian, adalah wajar bagi kita sebagai warga pendidik mengaplikasi
ciri ciri insan guru yang terdapat pada Tokoh Pendidikan Tan Sri Zainal Abidin bin
Ahmad supaya menjadi seorang pendidik yang berwibawa.





KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
5

Bahagian A :
ii) Bagaimana ciri ciri insan guru yang anda pilih itu dapat anda aplikasi supaya
anda boleh menjadi seorang guru yang berwibawa.
Keguruan ialah satu jawatan profesional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya
dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan
nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007)
Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia
Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis
p&p) menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan
negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam
kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut
perkembangan ilmu.
Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsur,tanda) yang
khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo
(1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan.
Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat
kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan
perkhidmatan (ISO8402).
Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri
guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek
sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu
antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan
bertaraf dunia, guru perlulah:


KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
6

Ciri sebagai Penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah.
Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas,
sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan
menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Jadi,ciri insan guru
sebagai penyebar ilmu yang terdapat dalam diri Allayarham Tan Sri Zainal Abidin
bin Ahmad dapat saya aplikasi dalam diri saya supaya menjadi seorang guru
yang berwibawa.
Sebagai seorang guru, saya harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya
dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar
yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar
dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
Ciri sebagai Pembentuk Nilai / Role Model dan Agen Sosialisasi
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut
Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang
mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah
moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, ciri insan guru sebagai Pembentuk
Nilai dan Agen Sosialisasi yang terdapat dalam diri Allayarham Tan Sri Zainal
Abidin bin Ahmad dapat saya aplikasi dalam diri saya supaya menjadi seorang
guru yang berwibawa. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan
masyarakat dan sentiasa menggunakan statusnya sebagai pendidik untuk
menyebarkan nilai-nilai positif dan menjadi agen sosialisasi dengan memupuk
sikap, nilai dan sahsiah sempurna selaras dengan kehendak masyarakat.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
7

Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model
kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk
beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
Ciri sebagai Pengamal Budaya Ilmu
Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan
ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat
kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan
luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan
bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)).
Ciri insan guru sebagai pengamal budaya ilmu yang terdapat dalam diri
Allayarham Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad dapat saya aplikasi dalam diri saya
supaya menjadi seorang guru yang berwibawa. Ini adalah kerana Zaba sentiasa
mengemaskinikan serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan beliau dengan
melanjutkan pelajaran di University of London dan dianugerahkan Postgraduate
Certificate of Education dan Raffles College, Singapura.
Ciri sebagai Pengamal kemahiran profesional
Guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang
tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Ciri insan guru sebagai pengamal kemahiran professional yang terdapat
dalam diri Allayarham dapat saya aplikasi dalam diri saya. Zaba mempunyai
kemahiran dan mempunyai sijil bertauliah dan latihan ikhtisas yang diiktiraf.
Beliau pernah bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya dan memasuki
perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu. Beliau lulus peperiksaan
ikhtisas perguruan dengan cemerlang. Sebagai guru yang memperolehi kemahiran
professional, beliau bertauliah dan cekap menjalankan tugasan beliau seperti
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
8

pengajaran, bimbingan, dan menjalankan aktiviti kokurikulum berlandaskan teori
pendidikan semasa mengajar di sekolah.
Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah
pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu
ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Kemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa
(Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia).
Ciri sebagai seorang Agen Perubahan
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,
seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang
profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan
terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru.
Sebagai agen perubahan, beliau telah mengubah pendiriannya daripada
kepimpinan yang bersifat autokratik kepada demokratik. Beliau sentiasa memberi
peluang kepada penuntut-penuntut beliau untuk memberi pandangan mereka. Zaba
selalu bersedia menerima segala kritikan ditujukan padanya. Jika kritikan itu
munasabah dan benar, maka beliau bersedia menerima kebenaran dan mengakui
kesalahannya.
Ciri sebagai Perancang, Pelaksana dan Penilai pengajaran
Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada
perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Cohn
et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai
melaksanakan pengajaran.
Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
9

menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan
seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan
pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk
mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan
mengajar.
Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj
mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk
mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif
p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat
penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah
yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi
pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.
KESIMPULAN
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting
dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di
tahap yang lebih tinggi. Pengisian ciri ciri insan guru yang terdapat pada diri
Tokoh Pendidikan Allayarham Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad sebagai penyebar
ilmu, pengamal budaya ilmu, role-model, pengamal pengajaran efektif, peka dengan
perkembangan pendidikan, dan berkemahiran profesional akan dapat menjadikan
saya seorang guru yang berwibawa yang mampu menyediakan generasi muda
untuk menghadapi cabaran cabaran dalam arena industri, ekonomi global,
kebanjiran teknologi tinggi yang sentiasa bertambah canggih, penggunaan
komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.



KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
10

RUJUKAN :
Adnan Haji Nawang, ( !994 ), Zaba Patriot Dan Pendeta Melayu, Yayasan Penataran
Ilmu, Kuala Lumpur.
Jurnal Jabatan Sejarah, ( 1996 ) Universiti Malaysia, No.4
Majalah Dunia Baru, (1996), No.11 Bil 4, Tahun 2
Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007.
Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan
Negara Menuju abad 21
http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008
Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on 24/02/2008
Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional
Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.
Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan
Menghadapi Alaf Baru.
Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan
Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan
Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi.
http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008

KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
11

Bahagian B: ( REFLEKSI INDIVIDU 1)- CHANDRAKALA A/P MUNIANDY
Kurikulum
Aspek pendidikan adalah teraju yang amat penting dalam mencapai persaingan
arus globalisasi dunia masa kini. Maka perancangan yang teliti dan berkesan perlu
dilakukan agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai daya saing yang tinggi. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat
penting untuk melahirkan anak didik yang cemerlang dengan sokongan semua pihak
iaitu pihak ibu bapa dan seluruh warga sekolah.
Dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam bidang kurikulum,
pelbagai aktiviti yang disediakan di sekolah seperti Minggu Bahasa, English Days, kuiz
dan pertandingan, program motivasi, kelas intensif UPSR untuk murid tahun 6, kelas
tambahan pada waktu cuti dan banyak lagi. Strategi yang mantap haruslah dirancang
dan dilaksanakan dengan penuh komitmen dan memerlukan semangat kerja
berpasukan yang tinggi oleh warga sekolah untuk menjana kurikulum yang cemerlang.
Pengurusan kurikulum yang baik dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam
semua bidang sama ada akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Jadi, sekolah
berperanan penting dalam melaksanakan dan menterjemahkan FPK dengan
meningkatkan keberkesanan dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Sebagai contoh, peranan sekolah menaik tarafkan pusat sumber
sekolah dengan menambah bilangan buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat
sumber seperti alat penghawa dingin, sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat
menarik minat murid dan guru-guru untuk ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan murid-murid selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
warganegara yang berilmu pengetahuan.
Guru memainkan peranan yang penting dalam menjayakan P&P yang berkesan.
Oleh itu guru perlu menggunakan modul pengajaran KBKK semasa P&P berjalan
kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat menarik minat murid-murid. Guru juga
perlulah memberi latihan dari sumber luar agar teknik pengajaran dapat dipelbagaikan.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
12

Murid-murid akan berasa lebih seronok dengan teknik pengajaran yang berbeza.
Namun guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar yang sesuai dengan situasi
murid agar dapat mencapai objektif pengajaran yang dihasilkan.
Selain itu, kurikulum sekolah dapat dipertingkatkan dengan mengadakan
program-program khas seperti program motivasi, program juara 7A, program kelas
pemulihan dan banyak lagi. Program-program sebegini dapat mempertingkatkan
pencapaian dan keseluruhan dalam bidang akademik murid di semua peringkat
khususnya dalam (UPSR). Sekolah juga perlu mengadakan majlis anugerah
kecemerlangan akademik sebagai pengiktirafan kepada pencapaian murid - murid.
Penganugerahan ini secara tidak langsung akan meningkatkan prestasi mereka agar
lebih bersungguh-sungguh.
Akhir kata, Pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang
bagus dan mantap dari segala aspek. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid
untuk membina ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam
pelbagai bidang di sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta
melahirkan individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia
sebagaimana yang terkandung di dalam FPK.
Ko - kurikulum
Aktiviti ko - kurikulum adalah kegiatan pendidikan yang dijalankan di dalam dan
luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum terdiri daripada gerak kerja pasukan unit beruniform
(GERKO), persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.
Ia bertujuan untuk mengukuhkan dan pengayaan pembelajaran, saling lengkap
melengkapi pembelajaran di dalam bilik darjah bagi menyuburkan nilai-nilai murni dan
mengembangkan bakat kepimpinan murid-murid. Selain itu, ko - kurikulum ini juga
dapat menyediakan murid-murid yang sedia berkhidmat untuk masyarakat.
Kokurikulum amat penting di sekolah kerana aktiviti ini merupakan pelengkap
pengetahuan dan pengalaman murid-murid ketika mereka di sekolah. Menerusi gerak
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
13

kerja kokurikulum, mereka dapat mengembangkan bakat dan minat, seterusnya
meningkatkan perkembangan sosial serta mental murid-murid. Jadi, aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah dapat memajukan dan meningkatkan perkembangan
jasmani dan sosial murid-murid sejajar dengan matlamat dalam FPK.
Semua murid mempunyai bakat dan potensi yang boleh dimajukan. Jadi sekolah
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan memajukan
masyarakat secara menyeluruh dari segala aspek. Aktiviti ini juga berperanan
menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif murid selaras dengan FPK dan
Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakaian uniform yang seragam dan
kemas. Di sekolah kebiasaannya terdapat hari yang telah ditetapkan untuk memakai
pakaian seragam. Pakaian seragam yang pelbagai jenis seperti uniform pengakap,
puteri islam, pandu puteri dan lain-lain dapat melahirkan budaya sekolah yang menarik
dan menggembirakan.
Sukan dan permainan adalah aspek penting dalam sistem pendidikan hari ini.
Aktiviti sukan dan permainan yang dilaksanakan di sekolah perlu melibatkan semua
murid. Matlamat sukan untuk semua murid adalah untuk memberikan peluang kepada
pelajar melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan di
sekolah. Secara tidak langsung, individu yang sihat dan cergas serta individu yang
prihatan terhadap kesihatan diri dapat dilahirkan. Jadi benarlah aktiviti sukan bukan
sahaja dapat membantu murid-murid dalam perkembangan jasmani semata-mata
namun secara menyeluruh dari segala aspek.
Persatuan dan Kelab merupakan salah satu bidang dalam kokurikulum.
Matlamat utama Persatuan dan kelab ini ditubuhkan adalah untuk menyemai kesedaran
dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan sebagaimana yang
dinyatakan dalam FPK. Hal ini dapat dilihat dengan penubuhan persatuan agama Islam,
dan kelab Tarannum di sekolah. Selain itu, matlamat gerak kerja kokurikulum yang
dijalankan adalah untuk mewujudkan keseimbangan perkembangan mental (akademik)
dengan perkembangan sosial, jasmani, dan rohani murid-murid sejajar dengan FPK.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
14

Murid-murid juga dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah serta
dapat melahirkan kesejahteraan diri dengan penglibatan mereka di dalam aktiviti ini.
Jadi dapatlah dirumuskan bahawa kegiatan ko - kurikulum amatlah penting untuk
melahirkan masyarakat yang seimbang dari segala aspek sejajar dengan matlamat
FPK. Aktiviti yang dirancang itu pula mestilah dapat memajukan serta mengembangkan
bakat, minat serta kemahiran murid-murid secara menyeluruh.
Kesimpulannya, pihak sekolah merupakan pihak yang mempunyai peranan yang
terbesar untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat itu
diserapkan ke sekolah-sekolah demi untuk melahirkan insan yang seimbang bukan
sahaja dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani malah seimbang dalam pergaulan,
akhlak dan sahsiah.











KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
15

Bahagian B: ( REFLEKSI INDIVIDU 2)- NITHIASHINI A/P NELLAYAN
Berdasarkan pemerhatian dan interaksi saya dengan komuniti sekolah , peranan sekolah
begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Di
sekolah jugalah nilai-nilai murni harus diterapkan dalam diri murid-murid untuk
melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK. Untuk
merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-
kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara
menyeluruh.
Dari pengalaman saya pengurusan kurikulum yang baik berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang
sama ada akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Jadi, sekolah berperanan penting
dalam melaksanakan matlamat FPK ini dengan meningkatkan keberkesanan dan
pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sebagai contoh,
peranan sekolah menaiktarafkan pusat sumber sekolah dengan menambah bilangan
buku dan kemudahan-kemudahan di dalam pusat sumber seperti alat penghawa dingin,
sudut kognitif dan sudut bacaan akhbar dapat menarik minat murid dan guru-guru untuk
ke sana. Jadi hal ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid selaras
dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan.
Seterusnya, pengurusan kurikulum yang baik dapat menghasilkan acuan yang
bagus dan mantap. Kurikulum juga memberi peluang kepada murid untuk membina
ilmu pengetahuan melalui pengalaman dan mengasah bakat dalam pelbagai bidang di
sekolah. Suasana yang harmoni dan mesra dapat diwujudkan serta melahirkan individu
yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan taat setia sebagaimana yang terkandung
di dalam FPK.
Proses P&P di dalam bilik darjah juga dapat dipertingkatkan dengan
penyelarasan rancangan mengajar. Oleh itu guru perlu menggunakan modul
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
16

pengajaran KBKK semasa P&P berjalan kerana ingin mewujudkan suasana yang dapat
menarik minat murid-murid. Guru juga perlulah mempelbagaikan cara ajaran supaya
murid-murid tidak bosan. Murid-murid akan berasa lebih seronok dengan teknik
pengajaran yang berbeza. Namun guru perlulah memilih teknik pendekatan mengajar
yang sesuai dengan situasi murid agar dapat mencapai objektif pengajaran. Sekolah
juga perlu mengadakan sebuah majlis anugerah kecemerlangan sebagai pengiktirafan
kepada pencapaian murid-murid. Penganugerahan ini secara tidak langsung akan
meningkatkan prestasi mereka agar lebih bersungguh-sungguh.
Selain itu, untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan peranan
yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-
kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di
luar waktu sekolah. Aktiviti kokurikulum ini juga dapat menyediakan murid-murid yang
sedia berkhidmat untuk masyarakat. Aktivitinya terdiri daripada gerak kerja pasukan
unit beruniform (GERKO), persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.
Kokurikulum amat penting di sekolah kerana ia merupakan aktiviti pelengkap
pengetahuan dan pengalaman murid-murid ketika mereka di sekolah. Menerusi gerak
kerja kokurikulum pula mereka dapat mengembangkan bakat dan minat, meningkatkan
perkembangan sosial dan mental murid-murid. Jadi aktiviti kokurikulum yang dijalankan
di sekolah dapat memajukan dan meningkatkan perkembangan jasmani dan sosial
murid-murid sejajar dengan matlamat dalam FPK.
Semua murid mempunyai bakat dan potensi yang boleh dimajukan. Jadi sekolah
memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan memajukan
masyarakat secara menyeluruh dari segala aspek. Aktiviti ini juga berperanan
menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif murid selaras dengan FPK dan
Rukun Negara. Hal ini dapat dilihat dari segi pemakaian uniform yang seragam dan
kemas. Di sekolah kebiasaannya terdapat hari yang telah ditetapkan untuk memakai
pakaian seragam. Pakaian seragam yang pelbagai jenis seperti uniform pengakap,
puteri islam, pandu puteri dan lain-lain dapat melahirkan budaya sekolah yang menarik
dan menggembirakan.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
17

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa
matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek
sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah
diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan
murid;memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan
kemahiran,minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri;
mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas
kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan
menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk
mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan
murid-murid. Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu
melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta
mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.

Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti
pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi
individu,membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat,
meningkatkan mutudisiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan
mereka. Selain itu,pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada
murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat
serta
Kesimpulannya,kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara
tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk
kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati
diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi untuk berfikir secara kritis dan kreatif serta berkebolehan untuk berhadapan
dengan persekitaran. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranansekolah amat penting
dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia
yang sempurna. Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
KPF 3012
Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah & Dasar
18

You might also like