You are on page 1of 3

Teori Pembelajaran Bahasa

Teori: Teori Behaviorisme


Tokoh: Skinner

Ciri-Ciri
1. Bahasa dikenali sebagai hasil operasi daripada rangsangan yang diberi.
Kanak-kanak mempunyai tindak balas terhadap rangsangan.
2. Bahasa bergantung kepada ciri-ciri naluri dan bukan ciri-ciri mental.
3. Kanak-kanak belajar bahasa disebabkan persekitaran mereka dan didikan
sejak kecil.
4. Kanak-kanak belajar bahasa daripada ibu bapa sejak kecil.
5. Individu belajar bahasa berdasarkan pengalaman sendiri.
6. Proses mempelajari bahasa menggunakan mental tidak diterima.
7. Bahasa dikaji berdasarkan data yang boleh diukur seperti yang diucapkan.
8. Tingkah-laku tidak berbentuk linguistik percakapan bentuk-bentuk ayat yang
dituturkan dan intonasi suara kanak- kanak.
9. Kemahiran berbahasa diperoleh hasil latihan, latih tubi atau pengulangan
(bahasa yang selalu disebut).
10. Kemahiran mekanis (meniru bahasa) tiada kaitan dengan mental.
11. Mementingkan aspek lisan.
12. Tidak mempunyai sistem bahasa.
13. Analisis bahasa menggunakan konsekuan iaitu mengikut rentak.


Teori: Teori Mentalis
Tokoh: Chomsky

Ciri-ciri
1. Bahasa dihasilkan melalui proses otak (mental).
2. Kanak-kanak boleh merumus bahasa berdasarkan keupayaan semula jadi
yang berlaku secara biologi.
3. Perkembangan bahasa kanak-kanak mengikut aspek yang dikuasai.
4. Belajar bahasa secara tidak formal.
5. Penguasaan bahasa berdasarkan logik / boleh difahami kerana mempunyai
makna.
6. Belajar bahasa tidak melalui kebiasaan, ulangan / latih-tubi.
7. Penguasaan bahasa berkaitan dengan mental dan semula jadi.
8. Digunakan dalam analisis dalam proses transperasi.
9. Mempunyai struktur dalaman dan luaran.
10. Ungkapan yang hendak diucapkan difikir dulu sebelum diucap.
11. Kesalahan pelajar membentuk rumusan dianggap bukan satu kesalahan,
sebaliknya cubaan untuk membentuk satu sistem bahasa (tanggapan awal)
terhadap sesuatu perkara (andaian).
12. Kanak-kanak boleh membuat pilihan sebelum bertutur.



Teori: Teori Interaksionalis
Tokoh: Halliday

Ciri-Ciri
1. Kanak-kanak menguasai bahasa kerana mereka ingin memenuhi keperluan
untuk berinteraksi dalam masyarakat.
2. Selepas kanak-kanak berjaya menguasai fungsi ujaran bahasa, mereka akan
menguasai pula fungsi informatif bahasa itu.
3. Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi,
sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi.
4. Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak.
5. Membantu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa.
6. Menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa.
7. Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.
8. Mementingkan komunikasi / interaksi yang berasaskan pendekatan
komunikatif.
9. Sistem tatabahasa kanak-kanak boleh menyatakan dua perkara dalam satu
masa.



Teori: Teori KognitiI
Tokoh: Jean Piaget

Ciri-Ciri
1. Menekankan kefahaman struktur bahasa yang dipelajari.
2. Membantu pelajar menguasai bahasa yang dipelajari secara lebih berkesan.
3. Digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
4. Mementingkan pengetahuan dan kesedaran tentang pola-pola sintaksis dan
leksikal.
5. Dapat memilih bentuk yang diterima dalam bahasa dan menolak bentuk yang
bukan struktur dalam bahasa.
6. Menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.
7. Menekankan aspek analisis dan pembelajaran melalui deduktif.
8. Dapat memilih bentuk yang diterima dalam bahasa dan menolak bentuk yang
bukan struktur dalam bahasa.
9. Pengetahuan mengenai tatabahasa bahasa kedua dititikberatkan.
10. Kanak-kanak mempunyai satu daya penguasaan bahasa yang bertindak
melalui hipotesis dan cuba uji.
11. Pengetahuan tentang pemahaman struktur bahasa itu memudahkan
pembelajaran dan penguasaan bahasa.

You might also like