You are on page 1of 24

INSTITUT PENGURUAN RAJA MELEWAR

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA Disediakan oleh : Cheong Jeng Shuan Wong Leh Ying Yap Pei Woon

NAMA PENSYARAH

PUAN HAJAH FAIZAH BINTI A. KARIM

Pengenalan

Tokoh Pendidikan merupakan orang yang telah berjasa kepada negara dalam bidang pendidikan yang boleh dijadikan contoh kepada generasi kini dan akan datang. Kejayaan yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan kepada negara dapat dijadikan motivasi kepada semua lapisan masyarakat. Pengorbanan dan penat lelah mereka dalam mencurahkan bakti membangunkan negara terutamanya selepas negara mencapai kemerdekaan wajar dijadikan iktibar.

Pengenalan Tokoh-tokoh Pendidikan Negara

Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) Aminuddin Baki Awang Had Salleh Burhanuddin Helmi Hamdan Sheikh Tahir

Ciri-ciri Tokohtokoh Negara

Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba)


Rajin belajar untuk mendapatkan ilmu Beliau belajar di sekolah Melayu pada waktu pagi. Pada sebelah petang, beliau belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Tinggi. Kebijaksanaan Muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima di Linggi. Memperolehi Sijil Senior Cambridge & muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan pertama yang berjaya dalam peperiksaan di St. Pauls Institution, Seremban.

Berkeyakinan diri & berorganisasi Beliau pernah menjadi penterjemaah di pejabat Pengarah Sekolah-sekolah Negeri-negeri Selat & Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ketua pengarang & penterjemah berita radio Jepun, menyelenggara penerbitan buku bagi Jabatan Pelajaran & Agama Berbakat Beliau merupakan penulis yang berbakat. Penulisannya mencakupi pelbagai bidang seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi & politik. Berusaha untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan Beliau memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan Bahasa Melayu walaupun beliau sudah berjaya dalam kerjaya dan terkenal.

Aminuddin Baki Mempunyai sifat patriotisme Beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat dengan para pemimpin pelajar yang lain untuk menentang Malayan Union bagi mempertahankan negara. Menekankan pendidikan Beliau bergiat aktif dalam pertubuhan seperti Senat Universiti Malaya, Dewan Bahasa & Pustaka dan Persatuan Sejarah Tanah Melayu

Dapat membuat keputusan secara rasional Berhenti kegiatan persatuan walaupun Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berjaya ditubuhkan kerana mendapat tawaran untuk belajar di Universiti Malaya, Singapora Mempunyai daya kepimpinan & berkeyakinan diri Menubuh Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) Penglibatan dalam GPMS aktif semula apabila beliau dilantik menjadi Yang Dipertuan GPMS Kebijaksanaan & Berpandangan Jauh Beliau terlibat dalam penyediaan Laporan Razak & Laporan Rahman Talib dan laporan ini telah mengubah sistem pendidikan dan diguna hingga hari ini.

Tan Sri Dato Dr Awang Had bin Salleh Berdikari Beliau belajar secara sendirian dan telah mengambil peperiksaan Federation of Malaya Certificate of Education. Rajin & Berusaha Beliau mendapat kepujian dalam program Ijazah Sarjana Muda dan nengikut Ijazah Sarjana Pendidikan. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Standford University dan akhirnya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan & Sosiologi

Menekankan pendidikan Beliau menulis buku-buku untuk kegunaan murid-murid prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau juga melibatkan diri dalam kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan sehingga sekarang. Kepekaan dan kecintaan terhadap sastera Beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif secara aktif (tahun 1954-1990) Penulisan yang pernah dihasilkan ialah cerpen, novel, drama dan puisi.

Dr Burhanuddin al-Helmi Berpegang kepada agama Beliau alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Beliau dapat menguasai semua pelat bahasa Arab malah beliau juga merupakan ahli tafsir al-Quran. Berpengetahuan luas dalam pelbagai bahasa Beliau boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman.

Bersikap patriotisme & peka dengan isu politik Beliau menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM) Selepas perang dunia kedua, beliau memimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk memperjuangkan kemerdekaan. Mempunyai daya kepimpinan Memimpin Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) selepas perang dunia kedua. Beliau memimpin Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bergabung dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) dan menggagaskan 10 Perlembagaan Rakyat. Beliau juga pernah menganjur beberapa persatuan seperti PEPEMAS, LEPIR, MATA di Perak.

Tun Hamdan bin Sheikh Tahir Rajin & Berusaha Beliau bersekolah di Sekolah Menegah Clifford, Kuala Kangsar di Special Malay Class 1 hingga ke tahap Senior Cambridge Mempunyai daya kepimpinan Beliau dilantik sebagai Ketua Penasihat Pelajaran, Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka

Pada 1976 hingga 1989, beliau juga menyandang jawatan Presiden Persatuan Penyelamat Diraja Cawangan Malaysia Dari tahun 1976 hingga 1982, beliau pula dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia yang kedua. Sanggup menyumbang dan berkorban Beliau mempelopori penubuhan Kampus Cawangan Kelantan. Beliau juga menubuh Unit Pengajian Matrikulasi, Balai Islam dan Masjid, Kompleks kolam renang, kompleks sukan, Pusat Penyelidikan Dadah Kebangsaan, projek INSPIRE dan lain-lain.

Sumbangan tokohtokoh pendidikan Negara

Zainal Abidin bin Ahmad Beliau seorang ahli bahasa Melayu. Hasil karya termasuk Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu Jawi/ Rumi, Falsafah Takdir Penggal 1, Pendapat Perbahasa Ulama Berkenaan Dengan Kadha dan Kadar. Beliau menggabungkan aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisan beliau. Beliau mendapat gelaran peneroka tatabahasa Melayu.

Beliau aktif dalam penulisan mengenai khidmat masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, Yang Dipertua Persatuan Melayu, ahli Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO. Beliau pernah menerima gelaran : Pendita dalam bentuk songkok (1956) Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya(1959) Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1973) Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk.

Aminuddin Baki
Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Idris. Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955. Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran(SPR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Awang Had Salleh


Beliau berjaya menyiarkan sajak pertama dalam Majalah Guru (1954). Skop penulisan beliau merangkumicerpen,drama, esei dan novel. Hasil karya: Perbendaharaan kata Itali-Melayu. Mengikuti novel (sebuah esei) Selindung Bulan Kedah Tua (cerpen) Merah Kuning Biru (Kumpulan cerpen) Biru Warna (novel)

Burhanuddin Helmi
Beliau berjaya menghasilkan banyak karya yang berbentuk rencana untuk akhbar dan majalah dan buku-buku. Mutu Kerajian dan Asuhan Kesihatan (tahun 30-an) Mencari Allah Perjangan Kita (1946) Agama dan Politik (1954) Ideologi Politik Islam (1957) Falsafah Kebangsaan Melayu (195) Simposium Tasauf dan Tariqat (1960) Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963) Beliau telah memulakan projek menterjemah alQuranke dalam Bahasa Melayu.

Hamdan Sheikh Tahir


1953-1954 Menyandang jawatan Timbalan Pesuruhanhjaya Pengakap Daerah Parit, Perak. 1960 Dilantik sebagai Pengelola Kanan Bahagian Sekolah-sekolah Menengah & Ketua Penolong Setiausaha (Biasiswa & Latihan) 1963-1966 Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Persatuan Sejarah Malaysia & Pengawal Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dianugerah Pendidik Istimewa oleh Kementerian Malaysia

1976-1989 Menyandang jawatan Presiden Persatuan Penyelamat Diraja Cawangan Malaysia. 1976-1989 Dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia kedua. Beliau menubuh Unit Pengajian Matrikulasi, Balai Islam dan masjid, kompleks kolam renang, kompleks sukan, Pusat Penyelidikan Daerah Kebangsaan, projek INSPIRE dan lain-lain. 1977-1983 Berhidmat sebagai wakil tetap duta Malaysia ke UNESCO di Paris.

You might also like