You are on page 1of 2

Prof. Emeritus Datuk Dr.

Nik Safiah binti Karim atau lebih dikenali sebagai Nik Safiah
Karim merupakan salah seorang tokoh dan cendikiawan bahasa Melayu yang tersohor.
Nama beliau sudah tidak asing dan sering meniti di bibir-bibir masyarakat terutamanya
golongan dan kumpulan pengkaji bahasa Melayu. Beliau merupakan seorang yang aktif
memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan beliau disegani ramai
dan menjadi idola kepada anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang
linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan linguistik ini, beliau juga gigih
memperjuangkan kedudukan serta kebajikan kaum Wanita di tanah air.
Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau merupakan anak bonsu daripada 5 orang adik -beradik. Beliau telah mendirikan
rumah tangga dengan Mohd Zain Omar dan telah dikurniakan cahaya mata seramai empat
orang. Selain itu, setakat ini, beliau telah mempunyai cucu seramai 11 orang. Datuk sebelah
bapa beliau yang dikenali sebagai Tok Malek Sungai Pinang merupakan antara ulama besar
yang memainkan peranan penting dalam meluaskan dakwah ke seluruh tanah air serta
pernah menjadi penasihat agama kepada Sultan Kelantan pada masa itu. Hal ini demikian
menyebabkan beliau dibesarkan dalam suasana didikan agama walaupun tidak dihantar ke
pondok pengajian agama malah beliau menuntut ilmu di sekolah biasa.
Beliau mendapat pendidikan awal di Government Girls English School yang
kemudiannya ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Zainab yang terletak di Kota Bharu,
Kelantan. Kemudian beliau mendapat tawaran untuk memasuki Maktab Perempuan Melayu,
Kuala Lumpur pada 1953. Beliau merupakan antara insan yang terpilih dan beruntung
kerana Ketika itu jarang sekali pelajar dari Kelantan dapat merantau ke negeri lain untuk
melanjutkan pelajaran. Selepas itu, beliau meneruskan pengajian Tingkatan Enam di St
Francis Institution, Melaka dalam aliran sastera. Beliau mengambil mata pelajaran
Kesusasteraan Inggeris, Geografi dan Sejarah bagi menduduki peperiksaan Higher School
Certificate (HSC) pada 1959. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya
(UM) pada 1960 dalam bidang ekonomi dan pada tahun kedua beliau telah membuat
keputusan dengan memilih pengkhususan dalam bidang Pengajian Melayu yang
menyebabkan minat beliau terhadap linguistik bercambah. Beliau telah menamatkan
pengajian pada tahun 1963 dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian
Melayu. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian sehingga mendapat Ijazah Sarjana
Sastera pada tahun 1965 seterusnya Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang linguistic di
Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Antara jawatan yang pernah dijawat oleh beliau ialah Profesor Kersi Pengajian Melayu
yang ke-4 selain Pengarah Akademik Pengajian Melayu yang pertama pada tahun 1990
sehingga 1992. Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan pentadbiran di UM sebagai
Timbalan Dekan II dan telah dilantik sebanyak dua kali untuk jawatan dekan.

Tatabahasa Dewan merupakan salah satu karya yang dihasilkan oleh beliau bersama-
sama tiga orang penulis lain. Buku ini telah dicetak berulang-ulang kali sejak terbitannya
yang pertama pada tahun 1986. Buku ini telah memberikan impak yang besar kerana telah
menjadi buku tatabahasa pegangan. Buku ini juga telah menjadi buku rujukan oleh semua
pihak, terutamanya sekolah- sekolah di Malaysia. Misalnya, murid-murid bahkan guru-guru
sendiri menjadikan buku ini sebagai rujukan terutamanya ketika terdapat kekeliruan tentang
tatabahasa. Tanpa kita sedar, buku ini telah menjadi salah satu asbab untuk anak-anak
pada zaman era globalisasi ini terutamanya golongan remaja belajar dengan lebih
mendalam tentang tatabahasa bahasa Melayu. Dengan ini, mereka dapat membezakan
antara golongan kata nama, pembentukan kata nama dan juga kata adjektif. Secara tidak
langsung , BM dapat dimartabatkan di negara kita.
Selain itu, beliau telah menerajui Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) selama 18 tahun
dari tahun 1982 sehingga tahun 2000. PLM ini ditubuhkan padA 1977 untuk menggalakkan
pengkajian terhadap bahasa dan masalah bahasa di Malaysia serta mengeratkan hubungan
antara pengkaji dengan peminat bahasa. Pelbagai kegiatan telah disusun oleh PLM meliputi
penerbitan, pertemuan ilmiah (seminar persidangan, forum, ceramah ,syarahan dan
sebagainya) dan penyelidikan. Penubuhan PLM ini sebenarnya telah meninggalkan kesan
yang positif kepada generasi kini. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti seperti forum
masih diteruskan sehingga kini. Sebagai contoh, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
telah mengadakan pertandingan forum untuk mendedahkan dan menggalakkan pelajar
menggunakan bahasa Melayu dengan betul selain dapat meningkatkan keyakinan diri untuk
bercakap dengan petah di khalayak umum. Impaknya, pelajar akan berusaha untuk
menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan sebaik mungkin tanpa ragu-ragu.
Seterusnya, Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 1 juga merupakan karya beliau. Buku
ini diterbitkan bertujuan untuk memberikan bimbingan kepada mereka yang mengalami
masalah penyalahgunaan kata dan ayat. Kata nafi, kata pemeri dan kata sendi nama
merupakan antara isi kandungan dalam buku tersebut. Dengan wujudnya buku ini, kita
sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum sama ada Melayu ,Cina mahupun India dapat
menjadikannya sebagai salah satu rujukan bagi membaiki kesalahan tatabahasa atau ayat
yang digunakan. Hal ini kerana kita sebagai manusia sering alpa dan leka dengan
kesalahan diri sendiri dan memerlukan medium atau alat untuk dijadikan rujukan. Tambahan
pula, buku ini dapat memberikan peringatan dan kesedaran kepada kita bahawa betapa
pentingnya mempelajari dan mengkaji ilmu bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

You might also like