You are on page 1of 2

Andaikan anda ternampak seorang budak daripada kelas anda ingin mencuri basikal kawan anda, budak itu

telah meminta maaf dengan anda dan dia berjanji tidak akan mencuri lagi. Apakah tindakan anda? Masa anda berjalan ke sekolah, anda ternampak seorang orang buta yang ingin melintasi jalan. Sekiranya anda membantu orang buta itu, anda akan lewat ke sekolah. Apakah tindakan anda? Anda mempunyai dua orang kawan baik tetapi kawan anda hanya berdua sahaja, mereka langsung tidak mempedulikan anda. Apakah yang anda kena buat? Kawan anda telah mengajak anda merokok. Sekiranya anda menolak, anda tidak boleh berkawan dengan dia lagi. Apakah tindakan anda? Anda ternampak rakan anda telah diugut oleh gangster. Apakah tindakah anda? Anda ternampak rakan anda dirampak beg oleh seorang pemuda yang menaiki motor dan dia telah mencederakan rakan anda. Apakah tindakan anda? Anda ternampak anak jiran anda dipukul oleh maknya setiap hari. Apakah tindakan anda? Anda ternampak seorang budak mencuri buah rambutan jiran anda dan anda telah menasihatinya tetapi dia tidak dengar. Apakah tindakan anda? Ahli keluarga rakan anda telah meninggal dunia dan rakan anda tidak mempunyai niat untuk datang ke sekolah. Apakah tindakan anda? Anda dan rakan anda bersama-sama mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan tetapi keputusan yang dikeluar, anda telah mendapat keputusan yang lebih baik daripada rakan anda dan rakan anda berasa cemburu. Apakah tindakan anda? Apakah tindakan anda sekiranya anda telah difitnah dan rakan anda tidak percaya pada anda? Sekiranya anda bertemu dengan penggoda dan dia telah menunjukkan bahagian kemaluannya kepada anda, apakan yang anda kena buat? Sekiranya rakan anda tidak membuat kerja sekolah, dia telah pinjam kerja sekolah daripada anda. Adakah tindakan anda? Apabila anda mengesan rakan di sebelah anda meniru semasa peperiksaan, apakah tindakan anda? Apabila anda ternampak beberapa orang lelaki hisap rokok di dalam tandas, apakah tindakan yang anda akan ambil? Semasa anda sedang mengulang kaji pembelajaran untuk peperiksaan, rakan anda yang telah putus cinta ingin mengajak anda keluar, apakah tindakan anda?

Seandainya anda tidak hadir ke kuliah tanpa sebab dan kena berjumpa dengan Encik Wang, apakah yang anda buat? Sekiranya anda menjadi pekerja stesen minyak, anda ternampak orang yang membuang punting rokok di sana, apakah tindakan yang anda buat? Sekiranya musuh anda telah memijak tangan anda semasa anda mengutip pemadam di lantai dan anda tahu dia sengaja punya, apakah tindakan anda? Sekiranya rakan anda telah pinjam anda punya pen dan tidak memulangkannya kepada anda walaupun anda telah minta dengannya banyak kali. Apakah tindakan anda?

You might also like