You are on page 1of 12

Tokoh- tokoh pendidik Negara

Amirul Haizat Khair B. Sahrom Khairul Hizami B. Alias Mohd Sari Hidayat B. Mohammad Isa

Tokoh-tokoh pendidik negara

Zainal Abidin b. Ahmad (ZABA)

Burhanuddin Helmi

Aminuddin Baki

Awang Had Salleh

Zainal Abidin b. Ahmad (ZABA)


Dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas , Jempol, Kuala Pilah. Menerima pendidikan formal dan didikan agama di sekolah Melayu dan menyambung pendidikan di St Pauls Institution, Seremban. anak Melayu pertama yang lulus Peperiksaan Senior Cambridge berjaya menghasilkan rencana pertama berjudul Temasya Mandi Safar. berjaya menulis majalah dalam surat khabar , majalah dan periodikal Bahasa Inggeris. bertugas sebagai penterjemah di Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu. berjaya menyumbangkan karya terjemahan dalam Majalah Guru dan Al-Ikhwan. Beliau berjaya membentuk Peubuhan Bahasa Pelajar dan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Pada tahun 1973, ZABA meninggal dunia pada umur 78 tahun.

Sumbangan
Beliau seorang ahli bahasa Melayu. Hasil karya termasuk Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi, Falsafah Takdir Penggal 1, Pendapat Perbahasa Ulama Berkenaan Dengan Kadha dan Kadar. Beliau menggabungkan aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam penulisan beliau. Beliau mendapat gelaran peneroka tatabahasa Melayu.

Beliau aktif dalam penulisan mengenai khidmat masyarakat. Beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaya, Yang Dipertua Persatuan Melayu, ahli Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO. Beliau pernah menerima gelaran Pendita dalam bentuk songkok (1956) Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya (1959) Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (1973) Bintang Panglima Mangku Negara bergelar Datuk.

Burhanuddin Helmi(1911-1969)
Dilahirkan di Changkat Tualang,perak (1911) Menggunakan gelaran Al-Helmi (orang yang tidak pemarah.) bersifat lemah lembut, jujur, bertolak ansur, sabar, santun dan tenang sepanjang hayat. Pada tahun 1924,Burhanuddin Helmi menjurus dalam pendidikan Islam. Pada tahun 1926, beliau meneruskan pendidikan di Pondok Pulau Pinang dan berpindah ke Madrasah AlMasyhur Al-Islamiyyah dan tamat tingkatan menengah atas. merupakan anak Melayu yang pertama berijazah homeopati. Beliau mengenali pejuang-pejuang Kebangsaan India seperti Gandhi, Nehru, dan Mohd Ali Jinnah. Beliau juga terdedah kepada pengajian falsafah, kebudayaan dan kesenian India dan aspek-aspek keperibadian bangsa dan pribume India.

Sumbangan
Beliau berjaya menghasilkan banyak karya yang berbentuk rencana untuk akhbar dan majalah , dan buku-buku. Mutu Kerajian dan Asuhan Kesihatan (tahun 30-an) Mencari Allah Perjangan Kita (1946) Agama dan Politik (1954) Ideologi Politik Islam (1957) Falsafah Kebangsaan Melayu (195) Simposium Tasauf dan Tariqat (1960) Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang (1963) Beliau telah memulakan projek menterjemah al-Quran ke dalam Bahasa Melayu.

Aminudi Baki(1926-1965)
Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak. Bmenubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI)dan Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). pernah menjadi guru sambilan di Sekolah Malam AngloMelayu. beliau dilantik sebagai Yang Dipretua pertubuhan GPMS. Pada tahun 1951, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera. Beliau pernah bertugas di Sekolah Inggeris Sultan Yusuff dan bertukar Sekolah Anderson dan melanjutkan pelajaran di Universiti London. Pada tahun 1953, beliau bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Selangor dan kemudian sebagai Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia. Beliau juga menganggotai Senat Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan sebagainya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1965 atas sebab serangan jantung.

Sumbangan
Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Idris. Melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak pada tahun 1955. Menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib pada tahun 1960. Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran(SPR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dan sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Awang Had Salleh


Dilahirkan di Kampung Pulau Betong pada tahun 1934. Beliau memulakan pendidikan rendah di Sekolah Melayu Balik Pulau. Beliau pernah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau memperolehi Malaysian Certificate of Education(MCE). Pada tahun 1972, beliau berjaya memperoleh Doktor Falsafah daripada Universiti Stanford California di Amerika Syarikat. Beliau menjadi guru Bahasa Kebangsaan di Maktab Sultan Abdul Hamid, penolong pensyarah di Maktab Latihan Harian. Beliau juga menjadi Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Pada tahun 1978,beliau sebagai pengarah Institut Teknologi MARA. Beliau menjadi Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumbangan
Beliau berjaya menyiarkan sajak pertama dalam Majalah Guru (1954). Skop penulisan beliau merangkumi cerpen,drama, esei dan novel. Hasil karya: Perbendaharaan kata Itali-Melayu. Mengikuti novel (sebuah esei) Selindung Bulan Kedah Tua (cerpen) Merah Kuning Biru (Kumpulan cerpen) Biru Warna (novel)

You might also like