You are on page 1of 6

1.

DEFINISI SINTAKSIS

Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu ayat. Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat. Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkai kata membentuk klausa dan frasa. Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang hukum tatabahasa atau ayat yang

berkaitan kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan untuk menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna. Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasim dalam buku Morfologi Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna. Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan dan Tatabahasa

Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat yang dapat berfungsi dan bermakna. Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa bebas atau klausa tidak bebas.

POLA AYAT DASAR Semua perkataan hakikatnya berasal daripada ayat dasar. Daripada ayat dasar ini akan melahirkan ayat terbitan pula. Ayat ini menjadi asas kepada kata terbitan yang tidak terbilang banyaknya dalam disiplin bahasa. Dalam disiplin bahasa Melayu, semua ayat yang panjang mahupun pendek, ayat majmuk, ayat tunggal, ayat songsang mahupun ayat biasa semestinya dapat dikembalikan dalam bentuk dasar. Ayat ini juga dikenali juga dikenali sebagai ayat mudah dan ayat inti. Antara contoh ayat dasar ialah: a) Samad suka main bola b) Ali suka berlari c) Dia suka belajar d) Abu ada kebun di Tanjong Langsat Ayat ini merupakan ayat dasar apabila ia tidak mengalami proses untuk menjadi ayat terbitan. Dalam mengenali ayat dasar ini, kita hendaklah juga mengetahui bahawa ayat dasar mempunyai 4 pola iaitu : a) FN+FN b) FN+FK c) FN+FA d) FN+FSN. (a) Contoh ayat bagi pola FN+FN ialah Ahmad ialah guru. Ahmad merupakan kata kata nama begitu juga dengan guru. Ayat tersebut tidak menjadi terbitan kerana tidak mempunyai imbuhan. (b) Contoh bagi pola FN+FK ialah Ahmad berlari. Ahmad merupakan kata nama manakala berlari merupakan kata kerja iaitu daripada kata dasar lari. (c) Contoh bagi pola FN+FA ialah Ahmad tinggi. Ahmad merupakan kata nama manakala tinggi merupakan kata adjektif ataupun kata sifat iaitu sifat Ali yang tinggi. (d) Dan seterusnya pola FN+FSN ialah Rumahnya disebelah balai Polis. Rumah merupakan kata nama manakala di merupakan kata sendi sendi nama. Manakala balai polis hanyalah predikat ayat.

Ayat dasar ini juga mengandungi beberapa ciri iaitu, boleh terdiri dari satu klausa utama sebagai satu susunan biasa.Ini kerana ayat dasar terdiri dari satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga bertindak sebagai ayat penyata bagi menyatakan sesuatu. Selain itu, ayat dasar juga bertindak sebagai ayat aktif .Ayat dasar ini biasanya adalah ayat yang ringkas maka ayat ini berpotensi untuk diperluaskan. Ayat ini juga tidak mempunyai kata hubung yang menyambung antara dua ayat.

AYAT TUNGGAL Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat. Contoh: Subjek (1) (2) (3) (4) Bapa saudara Ali Peninju itu Darwis Wahab Predikat pensyarah. sangat tangkas. membaca kitab jawi. ke kedai runcit.

Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang. Contoh: (1) (a) Mariam ke pasar raya hari ini. (b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

(2)

(a) Baju itu di dalam almari. (b) Di dalam almari baju itu.

(3)

(a) Kuih itu dimakannya. (b) Dimakannya kuih itu.

(4)

(a) Pokok kayu itu ditebangnya. (b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa.

AYAT TERBITAN

Peranan Guru dalam Melonjak Transformasi Pendidikan Negara


Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk memmbangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisyen dan berdaya saing alam menempuh dunia moden disamping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan .

Dalam lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan keratif.Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kuakiti dalam e-pembelajaran.

Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah. Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar bebentuk visual. Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai dengan perkembangan pendidikan masa kini. Bahan inovasi pendidikan pemulihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah. Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkat kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam

memastikan pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa akan datang.

You might also like