You are on page 1of 31

Bidang Kajian Sintaksis

1. Struktur Binaan Ayat 2. Pembahagian Subjek dan Predikat 3. Ayat Dasar dan Ayat Terbitan 4. Susunan dalam Ayat Disediakan Oleh: Amirul Haizat Khair bin Sahrom

Pengenalan kepada Sintaksis


Bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Struktur Binaan Ayat


Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa itu dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenang dan tidak tersusun, tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.

Contoh ayat:
1. Ahmad tertidur. 2. Ahmad 3. tertidur

Jelas bahawa dalam contoh binaan ayat 1,terdapat hanya dua perkataan, iaitu Ahmad dan tertidur. Namun,pada umumnya,ayat Bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada ayat 1.

PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Setiap penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat. Kebolehan memenggal ayat kepada bahagian-bahagiannya iaitu pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.

Bil 1 2

Subjek Petani itu Abu

Predikat membajak sawahnya setiap hari. bermain bola.

3
4

Ali
Guru itu

guru sementara di sekolah itu.


menyemak rekod kehadiran muridnya setiap hari.

Apa yang dikatakan sebagai subjek kepada sesuatu ayat ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Subjek bertindak atau berfungsi sebagai frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Dalam kebanyakan bahasa, subjek bertindak atau berfungsi sebagai frasa nama. Setiap ayat yang tidak mempunyai frasa nama sebagai subjek tidak dapat diterima dalam ayat bahasa Melayu.

Bil

Subjek

Predikat

1
2 3 4

Gemuk
Tinggi Bersukan

sekali pergi ke sekolah.


sungguh membina bangunan itu. menjadi kegemarannya.

Mencari rotan adalah hobinya pada waktu lapang.

Petani itu membajak sawahnya setiap hari


Ayat

Subjek
Petani itu

Predikat
membajak sawahnya
sawah nya

setiap hari
setiap hari

Pembahagian atau pemenggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc. Contohnya, unsur itu dan membajak tidak boleh digabungkan menjadi sesuatu binaan kerana bentuk tersebut termasuk ke dalam kelompok berasingan.

Contoh lain: Pemuda itu mengecat rumahnya setiap hari. Kereta itu memecut dengan laju. Ahmad membayar hutangnya setiap bulan. *penggosok itu memandikan rumahnya setiap saat.

*ayat tersebut menunjukkan bentuk dan makna yang ganjil. Tetapi merupakan satu binaan ayat dalam tatabahasa bahasa Melayu dan dianggap gramatis kerana mematuhi peraturan atau rumus binaan ayat bahasa Melayu.

Setiap mengecat tahun pemuda itu rumah


Ayat di atas dianggap tidak gramatis kerana perkataan-perkataannya tidak tersusun mengikut rumus struktur ayat bahasa Melayu walaupun ia adalah perkataan bahasa Melayu.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang struktur unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur asli membolehkan ia mengenal pasti dan menentukan ayat yang gramatis dengan yang tidak gramatis dalam bahasa.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan

Walaupun bilangan ayat sesuatu bahasa itu memang tidak ada hadnya, demikian juga panjang pendeknya dan kemajmukannya, semua ayat yang terbentuk masih tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Dalam bahasa Melayu, misalnya, semua ayat, sama ada yang pendek atau yang panjang, yang berbentuk ayat mudah atau ayat kompleks, yang berstruktur biasa atau songsang, pasti dapat dikembalikan kepada bentuk asalnya, iaitu salah satu daripada empat pola ayat dasar yang berikut :

Subjek Pola 1 Pola 2 Pola 3 Pola 4 Frasa Nama (Ali Frasa Nama (Adikku Frasa Nama (Pegawai itu Frasa Nama (Rumahnya

Predikat Frasa Nama guru) Frasa Kerja sedang tidur) Frasa Adjektif amat rajin) Frasa Sendi Nama di Kampung Baru)

Kalau bahasa Melayu mempunyai empat pola ayat dasar, tidak bererti bahasa-bahasa yang lain mempunyai bilangan pola ayat dasar yang sama. Bahasa Inggeris misalnya hanya mempunyai satu pola ayat dasar iaitu pola frasa nama + frasa kerja, seperti :

Frasa Nama Ali My brother The officer His house

Frasa Kerja is a teacher. is sleeping. works downtown. is by the roadside.

Daripada ayat dasar kita dapat membina ayat-ayat yang lebih panjang atau lebih kompleks, yang kita namai ayat terbitan. Ayat terbitan terbentuk apabila beberapa unsur, baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Misalnya, bentuk ayat dasar bahasa Melayu, seperti yang diberikan dapat diperkembang menjadi ayat-ayat terbitan berikut :

Subjek
Ali Adik bongsuku

Predikat
guru sementara di sekolah itu. sedang tidur di serambi rumah.

Pegawai kanan pejabat itu


Rumah kediamannya

amat rajin dan cekap pula.


di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan.

Susunan Dalam Ayat

Huraian
Ayat dibahagikan kepada dua jenis iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek mendahului frasa predikat. Susunan songsang pula terhasil apabila frasa predikat yang mendahului frasa subjek.

Contoh Ayat Susunan Biasa


Subjek
1. Adik bongsuku

Predikat
Sedang tidur di serambi rumah.

2. Cikgu Ahmad

Sedang menanda kertas jawapan peperiksaan.

Contoh Ayat Susunan Songsang


Predikat
1. Sedang tidur di serambi rumah
2. Sedang menanda kertas jawapan peperiksaan

Subjek
adik bongsuku.

Cikgu Ahmad.

TAMAT!

Sesi Soalan
1. Ayat dalam bahasa Melayu boleh diperluaskan melalui pelbagai proses. Namun secara asasnya ayat Bahasa Melayu mempunyai ayat dasar dan pola yang tertentu. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar dalam bahasa Melayu dan dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan pola-pola ayat dasar bahasa Melayu.

2. Sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji tentang bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Berdasarkan kenyataan ini, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan Subjek dan Predikat di dalam sesebuah ayat. Keterangan anda mestilah disertakan dengan contoh yang sesuai.

3. Huraikan dan banding bezakan secara terperinci antara ayat tunggal dan ayat terbitan berserta contoh.

Sekian Terima Kasih

You might also like