You are on page 1of 26

Tokoh-Tokoh

Pendidikan Negara
Dr. Tan Huat Tian
Zainal Abidin Ahmad (Pendeta
Za’aba) 1895-1973
 Seorang sasterawan dan pemikir Melayu yang
giat menulis sekitar tahun 1940_an.
 Dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,
Negeri Sembilan
 Pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu
di Linggi.
 Menyambung pembelajarannya di Institusi St.
Paul, Seremban dan merupakan orang Melayu
pertama menduduki peperiksaan Senior
Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915.
Kerjayanya Sebagai Tokoh
Pendidikan
 Memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor
Baharu pada tahun 1916
 1918: Guru Bahasa Melayu, Kolej Melayu Kuala Kangsar
 1923: Penterjemah, Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur
 1924: Pensyarah, Kolej Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim
 1939: Jabatan Maklumat, Singapura sehingga 1942
 1942: Pusat Pengajian Kajian Timur dan Afrika,
Universiti London sehingga 1951
 1954: Universiti Malaya, Singapura sehingga 1959.
Sumbangan
 Karya terjemahan dalam Majalah Guru dan Al-Ikhwan
 Pembentukan Pertubuhan Bahasa Pelajar

 Penubuhan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti

Malaya
 Pelita Bahasa Melayu (buku teks sehingga Perang

Dunia Kedua)
 Ilmu Mengarang Melayu

 Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi

 Falsafah Takdir Penggal 1

 Pendapat Perbahasan Ulama Berkenaan Dengan Kadha

dan Kadar
Ciri-Ciri Kualiti Diri Yang
Menyerlah
 Menggabungkan semua aspek bahasa,
kesusastraan, gama, ekonomi, pendidikan
dan politik dalam penulisan beliau. (penulisan
holistik)
 Pengasas tatabahasa Bahasa Melayu
 Perancang kurikulum sekolah
 Penulis buku teks untuk Persekutuan Tanah

Melayu dan Sumatera semasa era Jepun


Ciri-Ciri Kualiti Diri Yang
Menyerlah…samb…
 Khidmat masyarakat:
 Penasihat Umum untuk Persaudaraan Sahabat

Pena Malaya
 Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor
 AJK Penggubal Rang Piagam UMNO semasa

penentangan Malayan Union


Anugerah-anugerah
 Doktor Persuratan daripada Universiti Malaya
 Doktor Persuratan daripada Universiti

Kebangsaan Malaysia
 Anugerah “Tan Sri” daripada DYMM Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung pada


tahun 1962
Dr. Burhanuddin Helmi: “Pak
Doktor”
 Ahli ulamak, ahli tasawuf, pidato, sasterawan
dan ahli perubatan homeopati
 Pejuang politik
 Suka menganalisis kehidupan manusia serta

kedudukan bangsa Melayu di Persekutuan


Tanah Melayu
DR. BURHANUDDIN HELMI
 Dr. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-
Helmi merupakan bekas Yang Dipertua
Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
 Burhanuddin merupakan anak pertama dari

pasangan Haji Mohamad Nor dan Sharifah


Zaharah bt Habib Osman.
 Dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada

tahun 1911, dan belajar di Universiti Muslim


Aligarh di India.
Pendidikan
 Mengikuti kelas al-Quran dan Agama di kampung halaman
 Menjurus dalam pendidikan Islam di Sekolah Agama Sungai
Jambu, Sumatera Barat
 Didedahkan kepada semangat nasionalis dan cita-cita politik
berasaskan Islam
 Menyambung pendidikan di Pondok Pulau Pinang di Jitra,
Kedah & Madrasah Al-Masyur Al-Islamiah di Pulau Pinang
 Melanjutkan pelajaran di India dan memilih bidang homeopati
 Anak Melayu yang pertama berijazah homeopati
 Semasa di India, beliau didedahkan kepada pengajian
falsafah, kebudayaan dan kesenian India di universiti yang
diasaskan oleh Rabindranath Tagore
Sumbangan Kepada Pendidikan

 Menghasilkan banyak karya dalam pelbagai bentuk


seperti rencana dalam buku, majalah dan akhbar
 Mutu Kerajinan dan Asuhan Kesihatan
 Mencari Allah
 Perjuangan Kita
 Agama dan Politik
 Ideologi Politik Islam
 Falsafah Kebangsaan Melayu
 Simposium Tasauf dan Tariqat
 Arah Perjalanan Politik Tanah Melayu Sekarang
 Menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Melayu
 Mengusahakan kamus Jawi Melayu-Inggeris-Arab
Ciri-Ciri Kualiti Diri Yang
Menyerlah
 Bersifat lemah lembut, jujur, bertolak ansur,
sabar, bersopan santun dan tenang.
 Seorang yang suka membaca, menulis dan

beribadat.
Aminuddin Baki:
Bapa Pendidikan Malaysia
 Pendidikan awal: Sekolah Melayu Chemor, Perak
 Sekolah Menengah Anderson, Ipoh
 Kolej Raffles, Singapura (BA Hons.)
 Menubuhkan GPMS (Gabungan Pelajar-pelajar
Melayu Semenanjung)
 Karier sebagai guru: Sekolah Inggeris Sultan Yusuff,
Batu Gajah; kemudian ke Sekolah Anderson, Ipoh
 Melanjutkan pengajian ke Univeristy of London
(M.Ed.) balik semula untuk bertugas sebagai
pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim
Karier Dalam Bidang Pendidikan
 Ketua Pegawai Pendidikan Selangor
 Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia
 Ahli Senat Universiti Malaya
 Menanggotai Dewan Bahasa dan Pustaka
 Persatuan Sejarah Persekutuan Tanah Melayu
Sumbangan kepada pendidikan
 Memperkenalkan Sejarah Islam kepada guru
pelatih MPSI pada ketika itu
 Ahli panel Penyata Razak
 Ahli panel Penyata Abdul Rahman Talib
 Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi


Pelajaran Malaysia (STPM)
Awang Had Salleh
 Anak jati Pulau Pinang
 Terkenal dengan hasil kesusastraan
 Menerbitkan cerpen, sebuah novel dan

sebuah drama
 Pendidikan awal di Sekolah Melayu Pulau

Betong, kemudian di Sekolah Melayu Kuala


Ketil, Kedah
 Mengikuti latihan perguruan di MPSI, Tanjung

Malim
 Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam
bidang sastera
 Mendapat PhD daripada Stanford University, California
 Karier dalam bidang pendidikan:
 Guru pelatih di Sekolah Melayu, Kedah
 Guru terlatih di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
 Penolong Pensyarah di Maktab Bahasa, Lembah Pantai
 Penolong Pensyarah sehingga menjadi Dekan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya
 Pengarah, Institut Teknologi MARA
 Nain Canselor, UKM
Sumbangan
 Penulis cerpen, drama, esei dan novel
 Perbendaharaan kata Itali-Melayu
 Mengikuti Novel (esei)
 Selindung Bulan Kedah Tua (sebuah cerpen)
 Merah Kuning Biru (kumpulan cerpen)
 Biru Warna (novel mengenai hubungan etnik)
 Buat Menyapu si Air Mata (drama)
 Pelarian Seorang Tua (drama)
HAMDAN SHEIKH TAHIR
 Tun Haji Hamdan bin Sheikh Tahir dikenali
umum bukan saja sebagai Tuan Yang
Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
tetapi juga sebagai tokoh pendidik dan
pegawai pendidikan yang terkemuka serta
sebagai Naib Canselor kedua USM.
 Beliau dilahirkan pada 27 April 1921 di
Pulau Pinang dan mendapat pendidikan
awal di Madrasah Haji Taib, Parit Jamil,
Muar, Johor, Sekolah Tanglin Kecil,
Singapura dan Sekolah Kebangsaan Sultan
Idris Dua, Kuala Kangsar , Perak.
 Pada 1947 hingga 1948, beliau berkhidmat
sebagai guru Geografi dan Sejarah di
Sekolah Menengah Clifford, Kuala Kangsar.
 Beliau juga bergerak aktif dalam pelbagai
badan sukarela dan persatuan, misalnya,
jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pengakap
Daerah Parit, Perak
 1957 hingga 1960 berkhidmat sebagai Guru Besar
Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.
 Dilantik sebagai Pengelola Kanan Bahagian
Sekolah-Sekolah Menengah pada 1960.
 Ketua Penolong Setiausaha (Biasiswa dan Latihan),
Kementerian Pelajaran dari tahun 1961 hingga
1963.
 Pada tahun 1963 hingga 1966 Pengerusi
Jawatankuasa Kerja Persatuan Sejarah Malaysia dan
Pengawal Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Ketua Penasihat Pelajaran dan Pengarah Pelajaran
Malaysia
 Pengerusi Lembaga Pengelola,Dewan Bahasa dan
Pustaka.
 Pada tahun 1973, beliau menerbitkan buku 'Hari Ini Untuk
Hari Esok' yang memperlihatkannya sebagai seorang penulis
yang cintakan seni sastera bangsanya.
 Beliau menyandang jawatan Presiden,Persatuan Penyelamat
Diraja Cawangan Malaysia.
 Berkhidmat sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia yang
kedua dari tahun 1976 hingga 1982.
 Mempelopori penubuhan Pusat Pengajian Sains Perubatan
dan penubuhan Kampus Cawangan Kelantan.
 Menganggotai Majlis Yayasan Pelajaran MARA. Beliau pernah
dihantar oleh pentadbiran Inggeris, Jepun dan kerajaan
Malaysia untuk mendalami ilmu pendidikan dan pengurusan
pendidikan ke England.
 Pada tahun 1983 hingga 1985 beliau berkhidmat sebagai
Wakil Tetap dan Duta Malaysia ke UNESCO di Paris.
 Ketokohan beliau yang terserlah dalam bidang pentadbiran
membawa kepada perlantikan sebagai Tuan Yang Terutama
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1 Mei 1989.
 Sumbangan beliau yang luas dalam dunia pendidikan
mendapat penghargaan dan pengiktirafan di peringkat
nasional dan antarabangsa.
 Pada tahun 1976, beliau dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor
Undang-Undang (LLD) dari Universiti Malaya.
 Beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan
(D.Litt) oleh USM pada tahun 1984.
 Pada tahun 1977, beliau dianugerahi Bintang Kebesaran
Darjah Mulia Pangkuan Negari (D.M.P.N.) dengan gelaran
Datuk oleh T.Y.T.
Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan pada 1 Mei 1989,
Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.). Seterusnya pada 7
Jun 1989 pula beliau dianugerahi bintang kebesaran Darjah
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa
gelaran Tun sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
HAMKA
 Nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Karim
Amrullah.
 Beliau bukan sahaja diiktiraf sbg tokoh ulamak
& sasterawan negara asalnya, iaitu Indonesia
malahan jasa beliau dikenang di seluruh alam
Nusantara, termasuk Malaysia & Singapura.
 Pernah dilantik sbg Pegawai Tinggi Agama
oleh Menteri Agama Indonesai tapi letak
jawatan apabila President Sukarno
mengarahkan beliau utk pilih antara jadi
pegawai negeri atau bergiat dlm politik Majlis
Syura Muslimin Indonesia.
SUMBANGAN HAMKA
 Seorang yg aktif dlm gerakan Islam serta politik.
 Minat mengkaji karya ulamak & tokoh2 utama
Timur Tengah termasuk Zaki Mubarak, Jurji Zaidan,
Abbas al-Aqqad dan sbgnya yg ditulis dlm bahasa
Arab.
 HAMKA tekun membaca & gemar bertukar-tukar
idea & pendapat dgn tokoh2 terkenal Indonesia spt
Raden Mas, Surjopranoto, Haji Fakhrudin
menjadikan beliau seorang ahli pidato yg disegani
ramai.
SUMBANGAN HAMKA
 HAMKA juga seorang wartawan, penulis,
penyunting dan penerbit.
 Sbg tnda penghormatan atas sumbangan beliau
dlm bidang sastera, HAMKA danugerahkan
anugerah kehormatan drpd 2 buah university, iaitu
Doktor Honoris Causa, Universiti al-Azhar (1958) &
Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan
1974.
 Beliau terima gelaran Datuk Indono & Pangeran
Wiroguno daripada Kerajaan Indonesia

You might also like