You are on page 1of 1

DR.

MUHAMMAD HAJI SALLEH


 Muhammad dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan.
 Beliau mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab
Melayu Kuala Kangsar.
 Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford
Lodge, England.
 Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura),
ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D.
dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973.
 Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah
rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University,
Raleigh, Amerika Syarikat.
 Muhammad Haji Salleh pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan
Persuratan Melayu dan pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu.
 Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia
36 tahun. Pada tahun 1977 – 1978, Muhammad menjadi Profesor Pelawat, di North
Carolina State University, Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat; menjadi “Asian
Scholar in Residence” di University Michigan.
 Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di
University of California, Berkeley, dan seterusnya menyandang Kerusi Pengajian
Melayu di Universiti Leiden, Netherlands, dari tahun 1993-1994.
 Ketokohan Muhammad dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu
dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya,
terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya
Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di
Jakarta.
 Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya
Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah
Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si
Tenggang II.
 Bercakap tentang puisi-puisi yang dihasilkannya, puisi-puisinya selalu dihubungkan
dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius.
 Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk
baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi
yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu.
 Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu
yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.
 Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan
menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997. Kini
Muhammad penulis sepenuh mas

You might also like