You are on page 1of 28

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

(KOD KURSUS : GBM1103 )

PENSYARAH:
HJ ULIN @ OLEN BIN TABOR
PENDAHULUAN
• Komunikasi amat penting dalam kehidupan kita
sebagai seorang manusia.Manusia selaku agen
perubahan sosial biasanya tidak dapat hidup
secara bersendirian dan memerlukan manusia
lain untuk berinteraksi dalam melakukan setiap
urusan harian sama ada yang bersifat formal atau
pun tidak formal.Pelbagai usaha telah dilakukan
untuk menjelaskan maksud ataupun definisi
komunikasi tetapi ini bukanlah satu perkara yang
mudah kerana perlu dilihat dalam pelbagai
perspektif dan fungsi komunikasi itu
sendiri.Istilah komunikasi itu sendiri sangat
abstrak dan mempunyai pelbagai tafsiran.
Definisi Komunikasi
• Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin ,
communiatus yang bermaksud berkongsi sesuatu.Dalam
pengertian ini, jelaslah bahawa komunikasi ini adalah
perkongsian untuk mewujudkan satu persefahaman
dengan orang lain semasa berinteraksi.Takrif mudah bagi
komunikasi yang dilihat daripada perpekstif penyebaran
ialah komunikasi merupakan proses pemindahan
maklumat, pemikiran, sikap dan emosi daripada seseorang
kepada penerima dengan menggunakan simbol-simbol
seperti yang dikemukakan oleh Theodorson & Theodorson
(1969). Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif
penyebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak bersifat
sehala.Definisi yang lebih menumpu kepada komunikasi
yang berkesan memberikan penekanan kepada
perkongsian makna dan maklum balas.
• Mengikut takrif yang dikemukakan
oleh Wilbur Schramn (1971) beliau
melihat komunikasi itu sebagai saru
perkongsian orientasi terhadap satu set
isyarat maklumat.Daripada pelbagai
definisi yang telah diberikan, jelas
menunjukkan bahawa komunikasi ialah
satu pemindahan maklumat, idea dan
emosi oleh penyampai kepada penerima
melalui pelbagai saluran dengan tujuan
mencapai persamaan makna.
 
• Kewujudan salah faham dan
kekeliruan akibat komunikasi
yang tidak berkesan boleh
mengagalkan hasrat dan aspirasi
keluarga, bangsa dan negara.Oleh
itu, penguasaan kemahiran 4M
iaitu mengetahui, memahami,
menghargai, dan menghormati
sangat penting untuk mencapai
hubungan baik antara penyampai
dan penerima.
• a) Mengetahui
Mengetahui latar belakang individu
penerima untuk mencari titik
persamaan yang boleh memudahkan
proses komunikasi.
• (b) Memahami
Memahami minat, nilai dan cara
berfikir penerima. Ini boleh
mewujudkan suasana yang lebih
mesra dan selesa di antara si
penyampai dan si penerima.
• (c) Menghargai
Memberikan penilaian yang positif terhadap
tingkah laku dan maklum balas yang diterima
daripada oleh orang lain. Contohnya, sebagai
guru, banyakkan amalan memuji kepada murid-
murid supaya  merasa usaha mereka dihargai.
• (d) Menghormati
Sikap saling menghormati antara manusia tidak
kira usia dan status penting kerana manusia
mempunyai hati dan perasaan. Contohnya, guru
berhak menghormati muridnya yang lebih muda
supaya mereka lebih berani mengemukakan
hujah-hujah yang bernas dan meyakinkan.
Takrif Komunikasi Interpersonal

• Komunikasi interpersonal berlaku apabila


kita berkomunikasi dengan orang lain dan
berlaku dalam keadaan yang
membolehkan orang lain membalas
secara terus antara satu sama lain.
Komunikasi seperti ini kebiasaanya
berlaku dalam bentuk dialog dan
bercirikan tolak ansur lisan, atau
verbal.Komunikasi interpersonal biasanya
berlaku jika ada dua atau lebih orang
berinteraksi dalam satu masa.
• Menurut Devito (1989), komunikasi
interpersonal adalah penyampaian maklumat
oleh satu orang dan penerimaan maklumat
oleh orang lain atau sekelompok kecil orang,
dengan pelbagai kesannya dan dengan peluang
untuk memberikan maklum balas segera. Pada
hakikatnya komunikasi interpersonal adalah
komunikasi antara penyampai dengan
penerima, komunikasi jenis ini dianggap paling
efektif dalam keberkesanan mengubah sikap,
pendapat atau perilaku seseorang, karena
sifatnya yang dialog dan secara langsung
dapat menyampaikan maklumat atau pun
teguran kepada seseorang itu.
• Proses komunikasi ini bukan sahaja melibatkan
penyampai dan penerima tetapi juga melibatkan
medium lain seperti media teknologi seperti
telefon, video ataupun radio untuk bertukar-tukar
maklumat.Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran pula, biasanya guru akan banyak
menggunakan komunikasi interpersonal untuk
berinteraksi dengan murid-muridnya. Contohnya,
guru memberi penerangan dan bersoal jawab
dengan murid-murid di dalam kelas.Seseorang
guru haruslah menguasai kemahiran
berkomunikasi dengan baik kerana kualiti
pengajaran seseorang guru itu dinilai melalui
caranya berkomunikasi dengan murid-murid. Oleh
itu, ada yang melihat komunikasi interpersonal ini
sebagai ‘people process rather than a language
process.’
•  
Takrif Komunikasi Intrapersonal

• Komunikasi intrapersonal berlaku apabila kita


berkomunikasi dengan diri kita sendiri
ataupun komunikasi yang berlangsung dalam
diri individu. Komunikasi tahap ini lebih
kepada memproses dan mentafsir data yang
mentah dan membuat keputusan. Komunikasi
ini juga memberikan tumpuan kepada
pemahaman ingatan dan interpretasi
terhadap simbol-simbol lengakap yang
diterima oleh panca indera
manusia.Komunikasi intrapersonal ialah
proses perolehan maklumat yang merangkumi
empat tahap iaitu:
Proses pencerapan segala
(a) Sensasi
maklumat melalui panca indera.

Mentafsir pengamatan dan


(b) Persepsi membuat kesimpulan berdasarkan
pengalaman sedia ada.

Satu proses penyimpanan


(c) Memori
maklumat.

Aktiviti mengingat kembali dan


(d) Berfikir
bertindak atas maklumat.
Ciri-ciri Komunikasi

• Komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang bukan


sekadar bercakap, tetapi mampu mencapai titik persamaan
makna dan persetujuan. Dalam proses komunikasi, manusia
bukan sekadar ingin menyampaikan sesuatu maklumat,
tetapi juga memahami apa yang disampaikan oleh
penyampai.
• Dalam konteks di bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi
dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum
balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja
terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-
olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang
dan berfikir. Oleh itu, apabila berhadapan dengan murid-
murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi
mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam
menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life :
Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).
• Dengan komunikasi yang berkesan guru akan
dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu
pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta
nasihat kepada murid-murid dengan baik dan
tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan,
kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru
berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja
akan menyebabkan murid-murid menjadi
kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif
yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran
itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran
pembelajaran menjadi hambar dan
membosankan.
Ciri-ciri Komunikasi Interpersonal

• Antara ciri-ciri komunikasi interpersonal


adalah:
• (a) Mempunyai penyampai sebagai punca
sesuatu maklumat, emosi, idea dan pendapat.
• (b)Ada penerima maklumat yang hendak
disampaikan yang boleh terdiri daripada
individu, atau pun dalam bentuk kumpulan
individu.
• (c)Ada maklumat yang hendak disampaikan.
Maklumat ini boleh dalam bentuk kata-kata,
tulisan, gambar, lagu dan sebagainya.
• (d)Ada saluran ataupun medium penyampaian
sesuatu maklumat seperti telefon, televisyen
dan komputer.
• (e) Ada maklum balas yang diterima oleh penyampai
daripada si penerima. Reaksi yang mungkin
ditunjukkan oleh penerima ialah memberikan maklum
balas positif, memberikan maklum balas yang tidak
sesuai dan mungkin tidak memberikan sebarang
maklum balas.
• (f) Terdapat gangguan-gangguan tertentu yang
menghalang pencapaian persefahaman antara
penyampai dengan penerima terhadap maklumat yang
cuba disampaikan. Komunikasi yang berkesan ialah
terdapatnya kesefahaman antara penyampai dan
penerima, keseronokan pada setiap individu semasa
proses komunikasi, pengaruh yang oleh mengubah
sikap seseorang, dapat memperbaiki hubungan dan
menimbulkan tindak balas ke atas maklumat yang
diterima.
•  
Antara ciri komunikasi intrapersonal

(a) Berlaku secara satu Komunikasi dalam bentuk ini hanya


hala melibatkan seseorang individu
sahaja.Seseorang itu akan bercakap
dengan diri sendiri dan hanya
dirinya yang tahu dan
memahaminya.
(b) Penyampai juga Komunikasi jenis ini tidak
berperanan sebagai memerlukan individu kedua. Justeru,
penerima maklumat penyampai juga boleh menerima
maklumat yang disampaikan.

(c) Maklumat yang Kebiasaanya maklumat yang bersifat


disampaikan bersifat peribadi lebih kepada sifat atau pun
peribadi dan khusus rahsia individu tersebut.Contohnya,
kesalahan, kemarahan dan
(d) Wujudnya Proses pencerapan, pemprosesan
proses sensasi dan analisis segala informasi
melalui panca indera.
(e) Berlakunya Proses mentafsir pengamatan &
persepsi Membuat kesimpulan
berdasarkan pengalaman sedia
ada.
(f) Disimpan Berlaku apabila proses
dalam bentuk penyimpanan segala maklumat
memori yang diterima.
(g) Berfikir Bertujuan untuk mengimbas
kembali perkara yang telah
berlaku dan pada masa yang sama
berfikir untuk bertindak atas
informasi yang ada.
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI

1)Penyampai
2)Penerima
3)Mesej
4)Saluran
5)Maklum balas
6)Gangguan
Semuka
Alat
Ucapan
siaraya

Sidang
Mesyuarat
Video

Saluran
Surat
TV
Memo

Radio Emel

Laporan Telefon

Program Komunikasi PV
HALANGAN

LUARAN DALAMAN

Persekitaran Peyampai/penerima

Objek sikap

Jarak Kebudayaan

Kepincangan fizikal

Kurang kemahiran

Maklumat tidak tepat

Program Komunikasi PV
Bagaimana Atasi
Faham Halangan Komunikasi ? Akui & Hargai

Bahasa

Dengar
Bersemuka

Kesimpulan

Teliti Galak Maklumbalas


Pendapat
Program Komunikasi PV
Gangguan Komunikasi

• Gangguan teknikal – faktor yang dapat


menyebabkan pendengar tersalah
faham atau tidak faham.
• Gangguan makna/ semantik – Penutur
dan pendengar tidak sependapat
tentang makna yang dimaksudkan.

23
Iklim Komunikasi
Iklim Positif
Kedua-dua belah pihak berasa dirinya
dihormati
Kedua-dua belah pihak saling mempercayai
Kedua-dua belah pihak saling menghargai

24
Iklim Komunikasi
Iklim negatif
Ekoran emosi negatif/prejudis
Tidak suka akan sasarannya
Tidak seronok/ tidak tertarik untuk
berkomunikasi dengan sasaran

25
Mesej Dalam Komunikasi

• Mesej ialah isi kandungan dalam


komunikasi (Apa yang hendak
disampaikan)

26
Mesej Dalam Komunikasi

• Mesej lisan/ verbal – disampaikan


menggunakan medium pertuturan/
kata-kata.
• Mesej bukan lisan – semua bentuk
komunikasi yang disampaikan tanpa
menggunakan pertuturan.

27
Ciri-Ciri Komunikasi Yang Berkesan

• Menggunakan bahasa secara positif


• Bersifat empati
• Menjadi mendengar yang baik
• Menguasai teknik menyoal untuk
mendapatkan maklumat
• Menjaga air muka
• Bersikap terbuka
• Bahasa tubuh yang berkesan

You might also like