You are on page 1of 27

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

KONSEP INTERAKSI
Bermaksud saling tindakan di antara sekurang-kurangnya dua pihak. Pihak pula bermaksud sama ada ia merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia. Ned Flanders ( 1963 ) merumuskan bahawa: -dua pertiga daripada semua pelajaran yang diperhatikan adalah dalam bentuk percakapan. -dua pertiga daripada percakapan adalah dilakukan oleh guru -dua pertiga daripada percakapan guru adalah berbentuk syarahan. Interaksi bilik darjah yang sempurna yang sempurna dan yang berbentuk 2 hala kurang terdapat.

Sambungan..

Flanders memperkenalkan sepuluh kategori percakapan yang sering berlaku dalam interaksi bilik darjah : 1.Menerima perasaan 2.Memuji / menggalakkan 3.Menerima / menggunakan idea para pelajar 4.Menyoal dengan tujuan pelajar menjawab 5.Bersyarah /mengemukakan fakta 6.Memberi arahan, perintah 7.Mengkritik / menerangkan tindakan yang diambil 8.Percakapan pelajar, tindakbalas kepada inisiatif guru 9.Percakapan pelajar inisiatif pelajar sendiri 10.Berhenti sekejap, kekeliruan jangkamasa pendek yang menyebabkan pemerhatiannya tidak dapat memahami komunikasi di dalam bilik darjah.

JENIS-JENIS INTERAKSI BILIK DARJAH Di dalam bilik darjah terdapat beberapa bentuk interaksi berlaku. Interaksi tersebut adalah berbentuk lisan, antara corak interaksi di dalam bilik darjah ialah : 1.Guru dengan seorang pelajar 2.Guru dengan kelasnya ataupelajar-pelajar 3.Pelajar dengan pelajar 4.Pelajar dengan pelajar-pelajar lain

Sambungan.. Jenis-jenis interaksi yang berlaku dalam bentuk lisan dan dalam kegiatan-kegiatan amali sepatutnya berlaku secara 2 hala seperti berikut : 1.a)Interaksi dua hala seperti di bawah ini berlaku apabila pengajaran bercorak individu dijalankan oleh guru. Misalnya apabila guru menjalankan kegiatan pemulihan dan pengayaan.
G P

b).Interaksi sehala seperti di bawah merupakan kaedah mengajar cara lama misalnya kaedah tutorial bercorak individu. Ia merupakan arahan, penerangan dan tunjuk ajar.
G P

Sambungan. 2.a)Dalam interaksi seperti di bawah, guru banyak mendorong pelajarnya untuk mengambil bahagian yang cergas seperti menyoal dan mengeluarkan pendapat. Ia biasa berlaku di dalam bilik darjah iaitu apabila guru berhadapan dengan pelajar bertujuan untuk menyampaikan ilmu P P P

b)Interaksi sehala seperti di bawah merupakan pendekatan yang berpusat kepada guru. Pengajaran bercorak lama dan pasif, lebih berbentuk arahan dan penerangan serta tidak mengembangkan pemikiran pelajar. P P P

Sambungan. 3.a)Interaksi seperti di bawah berlaku apabila pelajar duduk bersebelahan di dalam bilik darjah. Guru harus peka adakah pelajarnya berbual atau bertanya sesuatu yang kurang difahaminya. Persoalan juga timbul mengapa pelajar tidak bertanya terus kepada gurunya. P P

b)Interaksi seperti berikut pula, pelajar cuba bertindak sebagai guru dengan memberi arahan dan penerangan kepada rakannya. Dalam hal ini, kewujudan kemesraan dan kerjasama diragui. P P

Sambungan 4.a)Interaksi seperti berikut terjadi apabila ada gerak kerja berbentuk kumpulan. Sekiranya dikawal dan dikelolakan dengna baik ia dapat membantu pelajar dalam pelajaran mereka.

P P P

b)Interaksi sehala seperti d bawah ini menunjukkan dengan jelas seseorang itu adalah ketua dan yang lain pengikutnya. Keadaan ini mewujudkan suasana yang pasif dan tidak menghidupkan semangat gotong royong dan kerjasama.

P P P

Sambungan.. 5.a)Gambarajah berikut menggambarkan komunikasi yang berbentuk pengajaran secara individu oleh seorang guru. Guru hendaklah menukarkan corak pengajarannya kepada bercorak interaksi kumpulan iaitu guru bertindak sebgagai pemimpin kumpulan tersebut. Hubungan antara pelajar juga turut berkembang. G

Sambungan b)Rajah di bawah pula menunjukkan bagaimana sesuatu proses pengajaran yang baik berlaku, di sini peranan murid adalah diberatkan. Mereka dapat memberikan pengalaman dan fikiran berhubung dengan tajuk yang dibincangkan. Kawalan guru adalah penting supaya kelas berada di dalam keadaan berdisiplin dan mesra. Apa yang penting guru bertindak sebagai pembimbing dan bukan sebagai seorang yang ingin menunjukkan kuasanya sahaja. G

P P P P

G P P

CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH


1.SUSUNAN BILIK DARJAH
Kedudukan kerusi dan meja memainkan peranan penting untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di dalam bilik darjah. Terdapat 3 jenis susunan meja dan kerusi iaitu: i) Susunan Tradisi -amat sesuai bagi guru untuk menguasai interaksi di dalam kelas -Guru akan menjadi pusat perhatian kerana pelajar duduk sebaris. -kebanyakan interaksi yang berlaku adalah antara guru dengan pelajar dan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.

ii) Susunan Horse Shoe -susunan ini paling sesuai untuk mendapat interaksi kelas yang sepenuhnya. -interaksi antara pelajar dan antara pelajar dengan guru mungkin bertambah.

iii)Susunan Modular -susunan ini lebih sesuai jika interaksi antara pelajar dipentingkan. -ia membolehkan pelajar membentuk kerja kumpulan tanpa mengganggu orang lain

CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI BERKESAN DI DALAM BILIK DARJAH Sambungan.. 2. KEADAAN EMOSI BILIK DARJAH Haruslah boleh membawa interaksi yang sihat. Suara guru yang jelas boleh menyebabkan suasana yang baik bagi interaksi di dalam bilik darjah. Sikap guru yang positif terhadap pelajar, mampu menyelesaikan masalah atau boleh menjawab soalan akan menimbulkan interaksi yang diingini. 3.KAWALAN YANG SEMPURNA Kawalan yang sempurna dan gaya kepimpinan bercorak demokratik boleh melahirkan interaksi yang berkesan. Guru yang memimpin pelajar dengan kasih sayang akan menggalakkan hubungan mesra di antara mereka yang berada di dalam bilik darjah. Guru yang memimpin pelajar dengan ciri autokratik besar kemungkinan akan melahirkan pelajar yang pasif, penakut dan menarik diri dari menyertai apa-apa kegiatan.

Sambungan.. 4.Menggunakan kaedah kumpulan dalam pengajaran dapat membuat pelajar berinteraksi dengan berkesan. Pelajar akan berfikir, merancang dan menilai kerja dengan semangat gotong royong yang digalakkan oleh guru. 5.Memperbanyakkan pengajaran yang bercorak amali daripada menyampaikan kuliah berbentuk teori sahaja membolehkan interaksi yang lebih berkesan dicapai. 6.Menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menghidupkan suasana pembelajaran seperti main peranan, sosiodrama dan soal jawab boleh membentuk interaksi sesama pelajar dan guru.

Sambungan

7.Menggunakan alat bantu mengajar seperti filem, slaid, pita video dan pengunjur overhead(OHP) sepenuhnya boleh memberikan kesan positif sama ada dari segi perkembangan mental, emosi dan sosial. Kekerapan peningkatan interaksi akan berlaku.
8.Sikap guru seperti memberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat keputusan dan memberi peluang membuat kerja-kerja dengan sendiri boleh meningkatkan interaksi serta dapat menunjukkan bakat masingmasing. 9.Guru yang juga berperanan sebagai pembimbing boleh mengamalkan kegiatan pemulihan untuk membantu pelajar yang bermasalah seperti pemalu,merasa rendah diri, penakut dan tidak suka berkawan meningkatkan interaksi mereka.

Konsep Komunikasi

Komunikas bermaksud perhubungan. Tujuan komunikasi ialah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Alat-alat komunikasi: suratkhabar, radio, televisyen, komputer, surat , lisan dan sebagainya. Komunikasi yang kerap berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bertulis. Mengikut Highet, komunikasi ialaj pemancaran maklumat @ idea daripada pemikiran seorang kepada pemikiran orang lain. Di bawah konteks pendidikian pula, komunikasi ialah sesuatu proses penyampaian atau pertukaranmaklumat di antara dua individu, atau di antara seorang individu dengan sekumpulan orang. Di dalam bilik darjah, komunikasi berlaku antara guru dengan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran @ diantara murid dengan murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan.

Komunikasi secara lisan

melibatkan proses pemindahan maklumat @ idea secara lisan daripada seorang individu kepada seseorang @ sekumpulan pendengar. di dalam bilik darjah, guru memainkan peranan sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai pendengar dan penerima . Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan apabila maklumat @idea diterima oleh murid-murid dengan jelas mudah difahami. . Suara guru hendaklah jelas, kuat dan lantang. . Perkataan yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah difahami murid.

Komunikasi secara bukan lisan

. Penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. . Cth: mengangguk kepala sebagai tanda setuju, menggeleng sebagai tidak mahu menerima, senyuman sebagai memberi galakan peneguhan, menunjuk masam muka sebagai kemarahan. . Guru mengangguk kepala dan memberi senyuman, boleh meningkatkan usaha murid dalam aktiviti pembelajarannya.

Model Shannon Dan Weaver merupakan hasil kajian dalam pengajaran matematik tahun 1949. Dikenali sebagai Teori Matematik Komunikasi. Proes komunikasi bermula dari sumber maklumat (disimpan dalam ingatan) yang menghasilkan mesejnya melalui alat pemancar seperti suara, kemudian melalui saluran dan sampai ke alat penerima (telinga). Alat penerima serta merta mentafsir mesej yang diterima dan kemudiannya disalurkan ke destinasi yang dituju, iaitu otak orang.

1
Sumber maklumat disimpan dalam ingatan

5 3
Sumber gangguan (situasi) Isyarat mesej mesej Destinasi (Otak)

mesej

mesej

Alat pemancar (suara)

Alat penerima (telinga)

Adalah hasil kajian yang berasaskan interaksi antara individu. Dikenali sebagai Model Komunikasi Kemanusiaan yang dikemukakan pada tahun 1953. Keberkesanan komunikasi banyak bergantung kepada sikap dan kepercayaan terhadap individu dan juga mesej yang hendak disampaikan. Ketiga-tiga unsur ini membentuk suatu sistem komunikasi yang beroperasi daripada empat orientasi, iaitu: 1. Orientasi A terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan A terhadap perkara X. 2. Orientasi A terhadap B, iaitusikap A terhadap B. 3. Orientasi B terhadap perkara X, iaitu sikap dan kepercayaan B terhadap perkara X. 4. Orientasi B terhadap A, iaitu sikap B terhadap A.

X (mesej)

A (individu)

B (individu)

Ia merupakan lanjutan daripada Model Schramm I. Schramm mengaitkan proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang yang menyampaikan mesej dan orang yang menerimanya. Proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku apabila bahagian bidang pengalaman bertindih antara dua pihak, iaitu di antara sumber dengan destinasi. Ransangan dienkod dan mesej didekod adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing. Komunikasi berkesan hanya boleh berlaku apabila sumber dienkod adalah sama dengan mesej didekod oleh si penerima.

Bidang Pengalaman Sumber (ransangan) (penyampai)

Bidang Pengalaman

Isyarat (mesej) ( penerima )

Sumber (ransangan)

Dikembangkan daripada model pertama dan model kedua. Menghuraikan komunikasi sebagai interaksi antara dua pihak, iaitu kedua-dua pihak yang memainkan peranan sebagai penyampai mesej serta penerimanya. Di dalam bilik darjah , aktiviti perbincangan dan aktiviti soal jawab di antara guru dengan murid, @ murid dengan murid sering berlaku.

mesej

Pengekodan Pentafsiran Pendekod

Pendekod Pentafsir Pengenkod

mesej

Kekurangan minat belajar

Kebisingan

Suasana bilik darjah

Gangguan Komunikasi

Guru yang kekurangan pengalaman mengajar

Emosi yang kurang baik

Perhubungan guru dengan murid-muridnya kurang baik@ kurang mesra

Kebisingan Kebisingan di dalam bilik darjah adalah faktor utama mengurangkan keberkesanan proses komunikasi. untuk mengatasi: Guru hendaklah menggunakan komunikasi bukan lisan dan menunggu murid henti membuat bising sebelum meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru yang kekurangan pengalaman mengajar mungkin dipandang rendah oleh muridnya, ini akan menjejaskan komunikasi yang berkesan. Untuk mengatasi: melalui bacaan, mengikuti kursus dalam perkhidmatan dan mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada guru yang berpengalaman. Perhubungan guru dengan murid-muridnya kurang baik @ kurang mesra Boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi dua hala. Murid sentiasa merasa bimbang, takut dan gelisah, dan interaksi dua hala di antara guru dan murid-murid tidak dapat diwujudkan. Untuk mengatasi: Guru haruslah menukar corak pengurusan kepada kepimpinan demokratik melalui berkongsi kuasa dengan murid-muridnya. Perhubungan guru dan murid akan bertambah baik dan mesra.

Suasana bilik darjah Suasana bilik darjah yang kurang kondusif pula menjejaskan komunikasi yang berkesan berlaku. Untuk mengatasi: bilik darjah hendaklah dilengkapi dengan meja-kerusi yang disusun dengan ruang yang selesa serta cukup untuk bergerak, tingkap dan pintu dibuka. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah akan menimbulkan perasaan selesa. Kekurangan minat belajar Boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid yang mempunyai pemikiran tetutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang tidak diminati oleh mereka. Untuk mengatasi; guru harus merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran bercorak aktiviti permainan serta teknik menyoal.

Di antara cara berkomunikasi yang berkesan di dalam bilik darjah ialah: 1. Menguruskan aktiviti kumpulan 2. Mengamalkan strategi berpusatkan murid. 3. Menggunakan kaedah mengajar seperti perbincangan, bercerita, kaedah socrates dan penerangan. 4. Menggunakan alat bantu mengajar untuk menyampaikan mesej dan konsep. 5. Menggunakan teknik menyoal yang berkesan. Guru yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah guru yang boleh bertutur atau bertulis dengan jelas dan tepat.

You might also like