You are on page 1of 26

Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin,
1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi
juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a.

saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

b.

saling berinteraksi secara bersemuka,

c.

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

d.

kemahiran koperatif, dan

e.

pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan
dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.
Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya
Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar
Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round
Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini,
pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan
pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari
satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam
kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti
dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan
yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru
dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.
Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam,
sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Apabila guru-guru pelatih merancang kerja kumpulan, sering kali tiga jenis lembaran kerja diberi
kepada 3 kumpulan murid (cerdas, sederhana dan kurng sederhana!). Murid-murid dalam setiap
kumpulan diminta membuat latihan masing-masing tanpa menggangu orang lain. Selepas itu, lembaran
kerja dipungut dan guru pelatih berkenaan membuat sedikit rumusan. Apakah itu kerja kumpulan? Ini
menunjukkan pelatih tersebut tidak memahami prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan dinamika
kumpulan.
Berikut dijelaskan prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif. Model yang diutarakan oleh Johnson
& Johnson (PIGS) serta Kagan (PIES) mempunyai persamaan yang nyata.
Johnson & Johnson

Kagan

Positif Interdependence

Positif Interdependence

Individual Accountability

Individual Accountability

Group Interaction

Equal Participation

Social Skills

Simultaneous Interaction

Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)


Mengikut model Stephen Covey tentang perubahan peribadi, (Seven Habits of Highly Effective
People) pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan seterusnya ke
tahap saling kebergantungan. Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia
memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Walaupun seseorang pelajar
berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih tinggi cuna boleh dicapai melalui usaha, input dan
sinergi orang lain.
Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah
bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.
Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
Pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, mengongsi dan
menggalakkan usaha pembelajaran. Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk
menerangkan, membincang dan mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
Social Skills (Kemahiran Sosial)
Agar pembelajarn koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial kepada pelajar.
Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat keputusan, membina kepercayaan,
komunikasi dan pengurusan konflik.

Struktur Koperatif - Pasport Parafrasa


(Liz Warner)
Pelajar berkongsi ideanya hanya selepas mereka memparafrasa dengan tepat orang yang
bercakap sebelumnya.
Pelaksanaan:
1. Guru memperuntukkan satu topik.
2. Pelajar A memberi pendapatnya.
3. Pelajar B memparafrasa pendapat itu, kemudiannya memberi pendapatnya.
4. Teruskan pemberian idea dan memparafrasa.
Hak untuk menyampaikan idea diperoleh dengan memparafrasa dengan tepat idea yang telah
disampaikan oleh ahli pasukan lain. Orang yang telah menyampaikan idea adalah pengadil
tentang ketepatan parafrasa.
Pengurusan
Lakukan percambahan idea untuk kata-kata parafrasa seperti 'Apa yang saya dengar
tentang pendapat anda ialah ...', 'Apa yang saya fahami tentang pendapat anda ialah ...',
'Adakah anda bermaksud ...?'.
Kemahiran Sosial
- Mengambil giliran
- Pendengaran aktif
- Memparafrasa pendapat orang lain
Idea-idea Untuk
*Membina Pasukan
- Apakah yang anda suka tentang kelas kami?
- Apakah yang anda ingin ubahkan tentang kelas ini?

*Bahasa
- Cerita yang digemari
- Apakah motivasi watak dalam cerita?
*Sains
- Langkah-langkah dalam siri
- Interpretasi hasil dapatan daripada ujikaji makmal.
*Matematik
- Cara-cara menyelesaikan masalah
- Cara-cara menggunakan matematik dalam hidup
*Seni dan Apresiasi Muzik
- Apakah perasaan anda apabila anda mendengar sesuatu muzik atau melihat karya seni?

Struktur Koperatif - Persemukaan


(Liz Warner)
Selepas membaca masalah pasukan, ahli kumpulan menulis jawapan masing-masing.
Kemudiannya ahli-ahli pasukan mengadakan persemukaan atau 'showdown' dengan
menunjukkan jawapan masing-masing.
PELAKSANAAN
Setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad.
1. Semua kad diterbalikkan dan diletak dalam pertengahan meja pasukan.
2. Pelajar No. 1 membalikkan soalan No. 1 dan membacanya dengan kuat.
3. Semua ahli pasukan menulis jawapan secara individu atas kertas atau papan batu. (Sekira pelajar
tidak tahu jawapan, ia dikehendaki menulis '?').
4. Ahli pasukan menunjukkan ibu jari jika ia sudah bersedia.
5. Pelajar No. 1 sebut 'SHOWDOWN' dan semua ahli pasukan menunjukkan jawapan dengan
meletakkannya di tengah meja.
6. Pelajar No 1 memimpin pasukan dalam menyemak dan mengajar semula jika perlu.
7. Pasukan meraikan kejayaan.
8. Berganti peranan. Pelajar No. 2 memimpin pasukan.
KEMAHIRAN SOSIAL - menunggu dengan senyap, membimbing dan memuji.

IDEA-IDEA KANDUNGAN:
Bahasa - soalan kefahaman, ejaan, tata bahasa, simbol-simbol fonetik, jenis isi
Matematik - masalah, formula, bentuk
Sains - kenal pasti batuan, formula, prosedur
Kajian Sosial - tata bahasa, peristiwa, watak-watak bersejarah

Struktur-struktur Interaksi Koperatif


Struktur-sturktur Koperatif Yang Ringkas dan Mudah
Struktur-struktur berikut boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk menggalakkan
interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Ia mudah digunakan oleh guru pelatih yang menjalankan
praktikum mahupun dalam kelas biasa.

1.

Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta

2.

Semakan Pasangan

3.

Roundrobin/Roundtable

4.

Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan

5.

Tulis-Berpasang-Berhadapan

1. Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta

- Karl A. Smith, University of Minnesota

Membentuk sesuatu jawapan secara individu.


Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi.
Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda.
Mencipta jawapan baru selepas perbincangan.
2. Semakan Pasangan- Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.
Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan.
Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B.
Kumpulan diberi dua atau lebih masalah.
Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing.
Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing.
Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan.

Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya.


Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu.
Peringatan:
(a) Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil. Pembimbing
akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran.
(b) Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya
memberi jawapan.

3. Roundrobin/Roundtable

- Susan Ledlow, Arizona State University

Arahan untuk Roundrobin


Ini merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran.
Dengar soalan dengan baik.
Fikirkan semua jawapan yang sesuai.
Sumbangkan satu jawapan secara lisan.
Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan.
Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampai giliran anda.
Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan.
Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa.
Arahan untuk Roundtable
Ini merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran.
Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan.
Dengar soalan dengan baik.
Fikirkan semua jawapan yang sesuai.
Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas.
Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri.
Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan.
Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa.
4. Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan

- Karl Smith, University of Minnesota

Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai.


Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahli pasukan mesti
bersetuju dan dapat menerangkannya.
Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskan jawapan
pasukan.
Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untuk konsensus,
ketidaksetujuan yang bersopan.

5. Tulis-Berpasang-Berhadapan

- Ruth Yabes, ASU

Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi.


Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir.
Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda.
Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak sama dengan
jawapan anda.
Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripada pasangan anda.
Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda.
Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan
yang sedia ada.
Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru.

Teori Konstruktivisme
1.

Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid
secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan
berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu
mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah
yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas
dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau
kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara
membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

2.

Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun


dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak
ditekankan.
Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada
guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut
mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu
skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan
dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam

persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya
telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap
persekitaran mereka.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik
dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu
bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir
semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap
kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh
guru.
John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.
Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan
oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan murid
membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah
tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran
sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3.

Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma
ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan
konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud
pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan
pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk
menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif
konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang
patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini
menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak
`pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru

sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan
luas.
Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk
membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau
mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja,
sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi
perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan
mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang
saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains.
Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih
memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru
akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses
berterusan dalam kehidupan.
Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber
pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan
sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka
bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt
dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator
dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan
dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid
mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.
Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian
yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan
tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya
menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk
membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan
munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah
Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.
Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah sebagai pengurus kelas dan
boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan sempurna. murid diterima sebagi individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses
pembelajaran dan perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat

keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses ini, mereka
akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai pengawal disiplin
kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka
yang ingkar akan didenda.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang
diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat
penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang
pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme

Tanggapan Utama

Kesan

Respons Guru

Konstruktivisme

Pengetahuan wujud bebas dari


persekitaran dalaman dan luaran
pelajar

Pengetahuan bukan objektif, apa yang


kita benar-benar tahu dan faham
hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan
oleh kita semua. Pengetahuan tidak
mempunyai struktur mutlak

Guru menolong murid membina


pengetahuan dan rangka konteks di
mana ia wujud. Mereka mengguna
analogi, contoh dan pelbagai kaedah
mengingat. Mereka tanya soalan untuk
membantu murid

Guru menolong murid membina


kefahaman baru dan menolong murid
merakamkannya ke dalam struktur
kognitif sedia ada. Mereka
melakukannya dengan menolong murid
membentuk analogi, contoh dan kaedah
mengingat murid sendiri, dan guru
menolong murid membentuk soalan yang
perlu ditanya bagi membimbing mereka
ke arah kefahaman yang lebih tinggi

"ada perkara yang anda hendak tahu


dan saya akan ajar kepada anda apa
yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka
belajar apa saja yang saya ajarkan"

"Ada perkara yang anda hendak tahu


dan saya akan tolong anda mengetahui
bagaimana anda boleh belajar
mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka
belajar perkara yang saya tidak pernah
rancang untuk ajar mereka"

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science
Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa
pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa
penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea
rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih
mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa
penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan
menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa
terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir.
Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali
proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat
memperkembangkan kemahiran meta kognitif.
Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:Bil

Fasa

Tujuan/Kegunaan

Orientasi

Menimbulkan minat dan menyediakan Amali penyelesaikan masalah


suasana
sebenar, tunjukcara oleh guru,
tayangan filem, video dan keratan
akhbar

Pencetusan Idea

Supaya murid dan guru sedar tentang Amali, perbincangan dalam


idea terdahulu
kumpulan kecil, pemetaan konset
dan laporan

Penstrukturan
semula idea

Mewujudkan kesedaran tentang idea


alternatif yang berbentuk saintifik.
Menyedari bahawa idea-idea sedia
ada perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti dengan
idea yang lebih saintifik.

II

III

Kaedah

Mengenalpasti idea-idea alternatif


i. Pernjelasan dan dan memeriksa secara kritis ideaPerbincangan dalam kumpulan kecil
pertukaran
idea sedia ada sendiri
dan buat laporan
Menguji kesahan idea-idea sedia ada
ii. Pendedahan
kepada situasi
Pengubahsuaian, pemgembangan atau
konflik
penukaran idea
Perbincangan, pembacaan, input
guru.
iii. Pembinaan idea Menguji kesahan untuk idea-idea
baru
baru yang dibina
Amali, kerja projek, eksperimen,
tunjukcara guru
iv. Penilaian

IV

Penggunaan idea

Pengukuhan kepada idea yang telah


dibina dalam situasi baru dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea


Penulisan kendiri, perbincangan
murid. Murid dapat membuat refleksi kumpulan, catatan peribadi dan
sejauh manakah idea asal mereka
lain-lain.
telah berubah.

Adakah Anda Mempraktikkan


Pendekatan Konstruktivisme

Anda telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya:


Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah
Pelajaran berpusatkan murid
Aktiviti berasaskan 'hands-on' dan 'minds-on'
Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan kefahaman idea
tersebut
Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya
Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina
Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori
Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan murid mencari jawapan
Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid
Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru
Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
Murid bekerja dalam kumpulan

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang berdasarkan premis bahawa kognisi
(pembelajaran) diakibatkan oleh "pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari

dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli konstruktivis
menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks sesuatu idea diajar serta kepercayaan
dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip pembelajaran ala konstruktivisme:

1.

Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak jenis maklumat termasuk fikiran, emosi
dan pengetahuan budaya. Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.

2.

Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru tidak boleh menumpukan kepada intelek
sahaja.

3.

Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi. Pengajaran efektif menyedari bahasa
pengertian bagi seseorang adalah personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar
bergantung kepada pengalaman uniknya.

4.

Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan. Pengajaran efektif


menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan tema global.

5.

Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan
sikap.

6.

Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara serentak. Orang menghadapi
masalah membelajari sesuatu jika bahagian kecil atau keseluruhan diabaikan.

7.

Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi keliling (peripheral). Pembelajaran


dipengaruhi oleh persekitaran, kebudayaan dan iklim.

8.

Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar. Pelajar memerlukan masa untuk memproses
'apa' dan 'bagaimana' isi pelajarannya.

9.

Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem ingatan ruang (spartial) dan sistem
ingatan untuk pembelajaran hafalan. Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran
hafalan tidak memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman boleh
menghalang pemahaman murid.

10.Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta dan kemahiran diselitkan dalam
ingatan natural dan ruang. Pembelajaran eksperimen adalah paling efektif.

11. Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
harus mencabar tetapi tidak mengugut pelajar.

12.Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah dipelbagaikan agar murid-murid dapat
menyatakan kecenderungan masing-masing.

Ciri-ciri P&P Konstruktivisme


Elizabeth Murphy (197) merumus dan mencantumkan ciri-ciri p&p konstruktivisme berasaskan
pendapat Jonassen (1991 & 1994), Wilson & Cole (1991), Paul Ernest (1995), Honebein (1996), dan
Vygotsky (1978) untuk menghasilkan senarai berikut:
Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi kandungan didedah dan digalakkan
Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam perundinan dengan guru atau sistem
Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau, jurulatih, tutor dan pemudahcara
Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-,
kawalan-, refleksi- dan penyedaran kendiri.
Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan mengawalkan pembelajaran
Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi kandungan dan tugasan adalah relevan,
realistik, autentik dan mewakilkan kompleksiti semula jadi dunia sebenar
Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan ketulenan dan kompleksiti dunia
sebenar
Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta diutamakan
Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu dan melalui rundingan, kolaborasi dan
pengalaman sosial.
Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu diambilkira dalam proses pembinaan
pengetahuan semasa
Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi dan pemahaman mendalam ditegaskan
Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami pembinaan pengetahuannya yang lalu
Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara
berdikari dan mengurus pencapaian matlamatnya
Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat latihan perantisan; di mana tugasan,
kemahiran dan pengetahaun bertambah kompleks.
Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling hubungan konsep dan pembelajaran antara
disiplin
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan agar pelajar didedahkan kepada
pandangan alternatif
Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar mencapai di seberang (beyond) had
kebolehannya
Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan pengajaran

Perbezaan Instruksi:
Behaviorisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek

Behaviorisme

Kognitivisme

Konstruktivisme

Berfokuskan pembentukan
tingkah laku pelajar

Berfokus kepada transmisi


proses pemikiran pelajar

Instruksi & Manipulasi

Pengajar memanipulasikan
perubahan tingkah laku dengan
pengukuhan terpilih

Pengajar fasilitasikan pemodelan


konseptual pelajar. Pengajar
mesti memahami struktur
kognitif sedia ada pada pelajar
dan membekalkan aktiviti
pembelajaran yang sesuai untuk
membantu pelajar membina
Pengajar memanipulasikan
pengetahuannya.
proses pemikiran pelajar dengan
Menggunakan konteks dan
membekalkan model mental yang
strategi yang benar serta
perlu diikuti oleh pelajar.
coaching. Mencipta pelbagai
persekitaran untuk pelajar agar
ia dapat melatih berfikir dengan
berbagai-bagai kaedah. Hasilnya
ialah pelajar yang lebih bersedia
untuk menangani situasi
berbeza-beza.

Realiti Yang dipromosikan

Realiti pelajar adalah konvergen


Realiti pelajar adalah divergen.
- semua realitinya dipusatkan
Pelajar digalakkan untuk
kepada satu realiti yang sama.
Realiti pelajar adalah konvergen.
memajukan realiti yang berbezaPengajaran berpusatkan realiti
beza.
tersebut

Fokus Pengajaran

Berfokuskan pembinaan mental


realiti pelajar.

Perbezaan Proses Pembelajaran:


Behaviourisme, Kognitivisme & Konstruktivisme

Aspek
Pengetahuan dan tingkah laku Apakah kaitannya?

Behaviourisme

Kognitivisme

Pelajar mengadaptasikan tingkah Perubahan tingkahlaku walaupun


lakunya kepada kontingensi
boleh dikaji tetapi ia hanya
peristiwa dan objektif.
merupakan indikator-indikator
tentang apa yang berlaku dalam
otak pelajar.
Pembelajaran merupakan
pengukuhan hubungan antara

Konstruktivisme
Terdapat hubungan antara
isyarat dengan tingahlaku tetapi
tingkahlaku hanya indikator tak
langsung tentang keadaan
struktur pengetahuan seseorang.

isyarat dan tingkahlaku yang


dicorakkan oleh akibat. Proses
ini disebut pembentukan
(shaping). Dengan latihan yang
cukup, hubungan ini bertambah
kuat dan masa antara isyarat
dan tingkahlaku bertambah
singkat.

Realiti dan Peraturan

Kawalan Pelajar

Pembelajaran berlaku apabila


tertubuhnya hubungan yang
boleh diramalkan antara sesuatu
rangsangan dalam persekitaran,
suatu tingkahlaku, dan suatu
akibat. Semua orang mempunyai
'sejarah pengukuhan'.
'Sejarah pengukuhan'
merupakan keseluruhan
pengalaman serta semua
hubungan antara rangsang,
tingkahlaku dan akibat. Ini akan
mempengaruhi tindakan
seseorang apabila ia menemui
corak rangsangan yang pernah
dialami.
Contohnya, anda akan mamandu
mengikut cara dahulu yang
berjaya walaupun ia bukan cara
yang terbaik.

Pelajar mengawal latihan


tingkahlaku baru berasaskan
rangsangan baru sehingga
tingkahlau itu menjadi
automatik.
Jenis-jenis hubungan antara
rangsangan dan tingkahlaku:
Hubungan

Heuristik
Suatu jenis pengetahuan tentang
pemikiran dan pengetahuan yang
memandu strategi yang anda
boleh gunakan demi membantu
pelajar menyelesaikan masalah.
Anda merupakan pengadil sendiri
untuk mempertimbangkan
keputusan sendiri.

Realiti dikuatkuasakan secara


sosial dan dipersetujui secara
universalnya. Pelajar
mencerminkan realiti objektif
dengan menggunakan realiti
luaran sebagai model mental.

Pelajar menginterpretasi realiti


luaran berasaskan pengalaman
individu.
Pengetahuan adalah berdasarkan
premis bahawa kita membina
perspektif dunia kita dengan
Contohnya, jika anda dibesarkan menggunakan refleksi
di Sandakan, anda akan
pengalaman individu. Kita
menerima realiti berasaskan
mencipta peraturan sendiri
pandangan sosial Sandakan. Ini untuk mencari makna tentang
akan mempengaruhi pandangan pengalaman sendiri. Dengan
anda terhadap semua situasi
menyesuaikan model mental kita
yang dihadapi.
untuk merangkumi pengalaman
baru, kita mengalami proses
Peraturan melibatkan tindakan. pembelajaran.
Sekiranya anda melakukan
langkah-langkah dengan kerap,
prosedur akan menjadi tindakan
yang berjalan licin.

Pelajar memproses simbol dan


bergelut dengan pengertian
simbol tersebut. Ia
berkebolehan membezakan
pengetuan konsep dan
pengetahuan langkah-langkah
prosedur yang terlibat dengan
konsep. Pengetahuannya
diorganisasikan dalam skemanya.

Realiti dikawal secara dalaman.


Ini mengizinkan pelajar
mengawal apa dan bagaimana ia
belajar. Manusia mencipta
interpretasi sendiri terhadap
realiti objektif berasaskan
skemanya.

Misalnya, jika seorang menerima


'C' bagi tugasanya, reaksinya
Contohnya, jika seorang ingin
mungkin puas hati atau
Hubungan mudah antara
bangun
ketika
jam
berdering
kehampaan, bergantung kepada
rangsangan unik dan tingkahlaku
maka ia perlua mengekalkan
skemanya. Jika ibu bapanya
membawa akibat tertentu.
pengetahuan tentang konsep
tidak mementingkan gred maka
'jam berdering' tetapi
'C' boleh dianggap sebagai baik.
Contohnya, apabila telefon
mencantumkan konsep ini dengan Skema pelajar telah menganggap
berdering, anda akan menjawab tindakan bangun. Pengertian
panggilan.

Rantaian
Hubungan di mana suatu
tingkahlaku merupakan
rangsangan seterusnya untuk
tingkahlaku yang lain.
Contohnya, apabila ingin
mengingati numbor telefon,
seseorang tidak dapat menyebut
empat number akhir tanpa
menyebut tiga numbor awal.

atau interpretasi mental


tentang 'jam berdering'
bertukar kepada 'bangun'.
Interpretasi mental yang baru
diintegrasikan dalam
tindakannya.
Mula-mulanya wujud peraturan.
Kemudiannya terdapatnya
tindakan.

bahawa 'C' sebagai memuaskan.


Sebaliknya, jika pelajar diasuh
oleh ibu bapa yang
memandangkan gred kurang
daripada 'A' adalah tidak
memuaskan maka skema pelajar
itu akan mencerminkan perkara
itu. Jadi apabila pelajar terima
'C' maka ia berasa dirinya
kurang berjaya.

Peraturan baru: Apabila jam


berdering, bangun.

Diskriminasi
Tindakan baru: Bangun.
Ini seolah-olah hubungan tetapi
ia melibatkan leibh daripada
satu rangsangan yang untuk
mencetuskan satu tingkahlaku
Contohnya apabila seseorang
menjawab telefon, ia bertindak
balas terhadap dua rangsangan:
1. Telefon berdering
2.Dia di rumah (bukan di luar).

Strategi P&P Konteksual - R.E.A.C.T


Pengajaran dan kurikulum yang berteraskan strategi p&p konteksual sebaik-baiknya distruktur untuk
menggalakkan lima bentuk asas pembelajaran: Relating (Menghubung), Experiencing (Mengalami),
Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Berkoperasi), dan Transferring (Pindahan).
RELATING
Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk
pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak
membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna.
Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan
perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian. Kemudiannya, taakulan,
peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat baru untuk diinternalisasikan
atau menyelesaikan sesuatu masalah.

EXPERIENCING
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan nadi
pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti
video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran
yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat
memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
APPLYING
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan pelajar
ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang tidak begitu
biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan
aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah
akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
COOPERATING
Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar
lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman berkoperasi
bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan
konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majian mementingkan pekerja
yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di
tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran koperasi di sekolah.
Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus konteksual,
juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan
amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan
perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung
kepada prestasi setiap ahlinya.
TRANSFERRING
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah
berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia
berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar
menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya.
Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan menyediakan titian yang
dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar.

Senarai Semak P&P Konteksual


Senarai semak ini digunakan untuk menentukan sejauh mana design pengajaran berbentuk konteksual.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda menyediakan desain p&p konteksual.

Integrasi
1. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk meneliti salingan perhubungan antara pelbagai disiplin
atau subjek?
Bagaimanakah pelajar-pelajar meneliti saling perhubungan antara disiplin?
2. Adakah desain pelajaran menggalakkan kolaborasi guru dari pelbagai disiplin?
Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan guru-guru untuk berkolaborasi?
3. Adakah pelajaran menggalakkan perkongsian dengan ahli-ahli dari komuniti yang lebih luas?
Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan perkongsian?
Berfokuskan Konteks
4. Adakah pelajar-pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi tentang artefak autentik yang
berasaskan situasi sebenar?
Bagaimanakah pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi artefak autentik?
5. Adakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
Apakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
6. Adakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar bagi masa yang panjang?
Bagaimanakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar?
7. Adakah persekitaran konteks menjelaskan pengalaman positif untuk pelajar?
Bagaimanakah konteks persekitaran menjelaskan pengalaman untuk pelajar?
8. Adakah konteks berasaskan dunia sebenar (misalnya amalan autentik tentang dunia kerja)?
Bagaimanakah konteks berasaskan dunia sebenar?
Berpusatkan Pelajar
9. Adakah pelajar dicabar dan dilibatkan secara aktif?
Bagaimanakah pelajar dicabar dan dilibatkan dengan aktifnya?
10. Adakah bukti nyata tentang motivasi dan kreativiti pelajar?
Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar dimotivasi dan menunjukkan kreativiti?
11. Adakah pengalaman pelajar digunakan dalam p&p?
Bagimankah anda mengetahui bahawa pengalaman pelajar diguna pakai?
Amalan Reflektif

12. Adakah pelajar menilai, memeriksa dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual
daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
Bagaimanakah pelajar menilai, memeriksa, dan merenung tentang latar belakang dan bahan
konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
13. Adakah isi kandungan relevan kepada pelajar, bersifat kontempori dan praktikal?
Bagaimana anda mengetahui bahawa isi kandungan relevan kepada pelajar, kontenporari dan
praktikal?
14. Adakah pelajar berpeluang untuk mengorganisasikan semula isi kandungan mengikut cara-cara
yang bermakna kepada dirinya?
Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar mempunyai kesempatan untuk mengorganisasi semula
isi kandungan dalam cara-cara yang bermakna untuk dirinya?
15. Adakah pelajar berpeluang untuk merenung tentang pembelajarannya?
Apakah peluang-peluang pelajar merenung tentang pembelajarannya?
16. Adakah pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai
kekuatan dan kelemahannya?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan
merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
17. Adakah pelajar membina interpretasi tentang pemerhatian dan aktiviti serta membentuk hujah
tentang keesahan interpretasi tersebut?
Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan
merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
18. Adakah disediakan peluang untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Apakah peluang yang anda sediakan untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Konformasi
Apakah matlamat dan ekspektasi yang dikaitkan dengan realiti bersama?
Bagaimanakah pelajaran disesuaikan dengan piawaian kebangsaan?
Berkualiti Tinggi
20. Adakan disediakan proses untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?
Apakah peluang yang disediakan untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?
21. Adakah disediakan proses peningkatan bahan resos p&p?
Apakah proses yang digunakan untuk meningkatkan bahan resos p&p?

22. Adakah disediakan proses penilaian untuk menentukan masteri pelajar?


Apakah proses yang disediakan untuk penilaian untuk menentukan masteri pelajar?

Taksonomi Kognitif: Gaya Konkrit-Sekuens


Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony
Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi
dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif
dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif

Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:


- pengkadaran (rating)
- skala
- laporan
- Kesimpulan

Sintesis

Pelajar dapat:
- mencipta produk yang realistik dalam bentuk yang berstruktur, seperti
sebuah kota, robot, alat, perisian komputer atau jejak alam sekitar.

Analisis

Pelajar dapat:
- mengikuti latihan yang dibimbing
- mengalami latihan 'hands-on'
- membuat pemerhatian lapangan (on-site) dan pengumpulan data
- menyelesaikan tugasan berstruktur seperti merancang, menyusun, klasifikasi,
lengkuk, rajah, carta, kategori atau projek dalam kumpulan atau individu

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan berstruktur untuk


- menunjukkan pengetahuan berstruktur dengan lakaran, model.
- mengorganisasikan maklumat secara konkrit dengan rajah, peta dan bahan
terkumpul
- mengikuti ujikaji berstruktur dan panduan makmal

Kefahaman

Pelajar dapat:
- menunjukkan kebolehan ingatan tentang pengetahuan khusus dengan menama,
menyenarai dan mendefinisi, mengulang, mengeluar, dan menghafal.
- Menggunakan alat bantu mengajar untuk belajar abstraksi
- belajar daripada pengalaman lawatan

Pengetahuan

Pelajar dapat:
- mengikuti pendekatan tutorial 'hands-on'
- menggunakan instruksi berbantukan komputer dan instruksi terancang
- menggunakan buku kerja, memiliki pengukuhan melalui ulangan dan hafalan.

Taksonomi Kognitif: Gaya Abstrak-Sekuens


Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony
Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi
dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif
dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif

Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:


- verdik
- gred
- taksiran
- pengadilan

Sintesis

Pelajar dapat:
- menggunakan penyelidikan asli untuk digabungkan dengan rujukan dan hasil
penyelidikan untuk menghasilkan teori, laporan atau rumus.

Analisis

Pelajar dapat:
- membentuk hipotesis
- mencadangkan penyelesaian
- membahas pendapat
- mengembangkan bibliografi
- menggunakan perbincangan, seminar, dan perbincangan panel
- mengarang esei analitik
- mengkaji aliran-aliran pendapat

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan berstruktur untuk


- menggunakan penyelidikan untuk menyokong sesuatu teori
- menggunakan bahan rujukan untuk menyangga sesuatu idea
- menambahkan kandungan intelekual
- menggunakan bibliografi

Kefahaman

Pengetahuan

Pelajar dapat:
- memberi maklumat untuk menyangga idea
- mendengar kuliah dan membincangkan idea, tema, trend atau teori
- menggunakan bahan rujukan daripada bacaan untuk menyokong kedudukan
dan menghasilkan laporan
Pelajar dapat:

mendengar kuliah informasi daripada guru


membuat laporan umum
menggunakan maklumat asas buku teks, membaca luas
menggunakan rekod, sliad atau pita pendidikan

Taksonomi Kognitif: Gaya Abstrak-Rambang


Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony
Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi
dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif
dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif

Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:


- kenyataan berunsur nilai
- penghargaan
- syor

Sintesis

Pelajar dapat:
- mencipta produk yang astetik, emosi, atau hasil interpretatif, seperti kerja
seni (visual atau persembahan), puisi, muzik, temuduga, kaunseling, dan laporan.
- memimpin kumpulan koperatif,
- mengarang, berimaginasi, dan membimbing

Analisis

Pelajar dapat:
- mengikuti perbincangan kumpulan yang intensif
- mendefinisi dan membebakan emosi dan perasaan
- membangunkan hubungan antara idea, manusia dan produk
- mengaitkan ungkapan artistik dengan pengertian verbal
- Fasilitasikan pembelajaran koperatif

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan untuk


- mengajar rakan sebaya
- mengorganisasikan projek kumpulan
- memindahkan pengertian interpersonal, emosi dan psikologi
- menyimpan jurnal
- memahami imageri panduan, seni, metafora, dan filem sebagai karya
interpretif

Kefahaman

Pelajar dapat:
- menerangkan emosi dan perasaan
- memahami muzik, filem, and seni sebagai ungkapan atau interpretasi
perasaan atau hubungan
- menggunakan kerja kumpulan untuk menyatakan idea

Pengetahuan

Pelajar dapat:
- mengumpuln maklumat dari pelbagai sumber, termasuk manusia dan tindak
balas manusia
- menggunakan muzik, filem, televisyen, dan seni untuk menyampaikan perasaan
- menggunakan kerja kumpulan untuk mengumpul pelbagai idea

Taksonomi Kognitif: Gaya Konkrit-Rambang


Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony
Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi
dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif
dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:

Aras Kognitif

Tingkah laku Pelajar

Penilaian

Pelajar dapat melakukan penilaian:


- pilihan
- pendapat
- editorial
- rekomendasi

Sintesis

Pelajar dapat:
- mencipta produk yang asli atau luar biasa, rekaan, atau penyelesaian, seperti
mengarah perfileman, mendesain permainan, atau model baru

Analisis

Pelajar dapat:
- mengikuti projek pembelajaran bebas
- menjanakan beraneka idea yang luar biasa
- meramal
- mengujikaji dan menyiasat
- mendesain
- memproses pengalaman terbuka
- menggunakan pembelajaran berbentuk penemuan dan inkuiri

Aplikasi

Pelajar mengikuti arahan untuk


- memahami simulasi
- menggambarkan idea secara visual
- menyelesaikan masalah bagi soalan spesifik
- mengikuti penyiasatan panduan
- menyusun semula kemungkinan-kemungkinan

Kefahaman

Pelajar dapat:
- menggunakan mainan dan aktiviti pilihan untuk menunjukkan kefahaman
- membuat kerja tentang situasi hipotetikal dan kajian kes
- menunjukkan kebolehan pemikiran divergen

Pengetahuan

Pelajar dapat:
- menggunakan tugasan pembacaan opsyenal
- brainstorm
- meninjau melalui pengalaman dan aktiviti hands'on
- membina situasi banding dan beza untuk menjanakan informasi

Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif


Dan Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah
kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat
mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan
cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan
berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif.
Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran koperatif dan
pembelajaran kolaboratif.
Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolaboratif
Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif
Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator.
Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan
murid.
Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi.
Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawap atas pembelajaran diri
sendiri.
Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil.
Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan.
Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan.
Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar.

Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Kolabaratif

Dalam Pembelajaran Koperatif...

Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran


berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah


memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki.
Mereka dikehendaki membangunkan
kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat
pembelajaran.

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar

Pelajar-pelajr merunding dan mengorganisasi

Guru memantau, mendengar dan mencampur


tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh guru.


Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh
kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing
pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

Pelajar dikehendai menghantar kerja di akhir


pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf kerja untuk kerjakerja lanjutan.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan


kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan


kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.

You might also like