You are on page 1of 49

EDU 3072

KAEDAH MENGAJAR
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAJUK:

KAEDAH PENGAJARAN
(PERBINCANGAN DAN SESI BUZZ)
Disediakan Oleh :

ZOOL HILMI ABU BAKAR (134124)


MOHAMAD AZLI ISMAIL (134072)
SHARBI MOHAMMAD KHAWARI (134717)
NAWI RAZALI (134101)
PKPG PJ ELIT
Untuk Perhatian :

ENCIK MARJOHAN JAMALIS


JABATAN PENGAJIAN SUKAN
FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN
0

PENDAHULUAN

Pengajaran yang baik diperlukan untuk memenuhi objektif atau hasrat


kurikulum Pendidikan Kesihatan. Walaupun kurikulum yang dirancang itu
adalah baik, program pendidikan kesihatan tidak akan berjaya jika guru yang
mengajar

tidak

peka

terhadap

kandungan

kurikulum,

pelajar

dan

persekitarannya. Pada masa kini, terdapat banyak kaedah dan teknik


mengajar diselidik dan disarankan. Perlu ditegaskan bahawa tiada satu
kaedah dan teknik mengajar yang tertentu yang paling sesuai digunakan
untuk semua situasi pelajaran.

Mengikut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu


ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,
berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik mengajar
merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Wee Eng Hoe
(1998) pula menyatakan, kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi
pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara teliti yang digunakan
dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Justeru itu, untuk menambahkan nilai dan mutu sesuatu pelajaran,


guru harus memperolehi pengetahuan dan menguasai kemahiran serta cekap
memilih kaedah dan teknik yang paling sesuai dan berkesan dalam sesuatu
situasi pelajaran. Kaedah mengajar Pendidikan Kesihatan tidak berbeza

dengan kaedah mengajar mata pelajaran lain. Walau bagaimanapun, guru


perlu membangunkan sikap dan tingkah laku, pengetahuan pelajar.

Kaedah perbincangan kumpulan merupakan salah satu dari kaedahkaedah pengajaran Pendidikan Kesihatan. Kaedah perbincangan ialah aktiviti
yang boleh menghidupkan suasana kelas yang aktif. Semua guru pasti
pernah menjalankan aktiviti perbincangan, sama ada aktiviti utama ataupun
aktiviti

sampingan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Walaupun

perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang menarik dan dinamik bagi guru
dan pelajar, tetapi ia juga boleh menjadi aktiviti yang merumitkan guru,
membosankan bagi pelajar serta membazirkan masa. Kunci kepada
perbincangan yang berkesan terletak pada perancangan yang rapi dan
pengendalian yang teratur oleh guru. Perbincangan yang dikendali dengan
baik akan memberi peluang serta membolehkan pelajar mengambil bahagian
yang aktif. Dengan cara ini objektif aktiviti ini akan dapat dicapai.

APAKAH PERBINCANGAN

Orlich et.al (1998) mendefinisikan perbincangan sebagai satu teknik


pengajaran

yang

melibatkan

idea

dalam

sesuatu

penyertaan

dan

pembelajaran yang aktif.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (1992), perbincangan ialah satu


aktiviti berkumpulan iaitu pelajar-pelajar akan bekerjasama antara satu sama
lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Dalam
situasi yang unggul, beberapa isu, pendapat, maklumat dan pelbagai jenis
data yang berkait dengan masalah atau topik itu akan dikaji, dianalisis dan
diteliti

Mook Soo Sang, (1992) pula menyatakan perbincangan merupakan


satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di antara
guru dan pelajar-pelajar dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran
secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang
sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru

Dalam sesi perbincangan, pelajar-pelajar akan diberi peluang untuk


mengambil bahagian secara langsung dengan memberi gerak balas atau
reaksi tentang topik atau masalah. Perbincangan dijalankan dalam bentuk
perbualan yang dikawal selia oleh guru. Pada akhir perbincangan, pelajar dan
guru akan membuat rumusan, persetujuan dan persefahaman.

Aktiviti perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah ubah


dan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran, semua tajuk
pengajaran dan sebarang situasi bilik darjah. Perbincangan boleh menjadi
satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung pada
bagaimana ia dijalankan.

Dalam sesuatu perbincangan, peranan guru boleh berubah-ubah. Guru


sepatutnya kurang bercakap tetapi dia perlu terus merangsang pelajar
mengeluarkan pendapat, bertanya soalan, memikirkan jawapan, memberi
komentar dan menyelesaikan masalah. Guru tidak lagi menjadi sumber utama
maklumat tetapi dia akan bertindak sebagai pemudah perbincangan dengan
memberi panduan dan bimbingan sahaja.

Segala aktiviti perbincangan harus dijalankan oleh pelajar-pelajar


sendiri. Semua pelajar dirangsang dan digalakkan untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti perbincangan. Pelajar-pelajar perlu bergilir-gilir
mengeluarkan pendapat. Dengan mendapatkan peluang yang saksama
sahaja sesuatu perbincangan itu akan menjadi berkesan serta mencapai
objektifnya.

Perancangan

yang

rapi

merupakan

tunggak kepada kejayaan

pengendalian sesuatu perbincangan dan juga mengembangkan pemikiran


yang kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Aktiviti seperti ini akan
menghasilkan

pelajar

yang

mahir

berkomunikasi

dan

yakin

dalam

menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain. Walaupun begitu, guru

mesti sentiasa bersedia menghadapi suasana dan keadaan yang mungkin


berlaku di luar jangkaan. Apa yang dirancang untuk perbincangan tidak
semestinya berjalan lancar. Suasana bilik darjah yang menyerupai manamana situasi sosial akan terdedah kepada perubahan-perubahan dan
ketidakpastian. Oleh itu, semasa mengendalikan perbincangan sama ada
sebagai aktiviti seluruh kelas atau secara berkumpulan, pengetahuan dan
kemahiran guru diperlukan bagi mengawal dan menentukan arah dan aliran
perbincangan.

BENTUK PERBINCANGAN

Terdapat dua jenis bentuk perbincangan, iaitu:


1

Perbincangan Dalam Kumpulan Besar / Keseluruhan Kelas


Biasanya dalam sesi seperti ini guru bertindak sebagai pengerusi

perbincangan. Bahan-bahan yang dibincangkan oleh pelajar dicungkil oleh


guru melalui soalan-soalan mencapah yang diajukan kepada kelas. Perlu
diingatkan bahawa sesi perbincangan tidak bererti sesi soal jawab.

Perbincangan Dalam Kumpulan Kecil:


Dalam perbincangan begini kelas dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan kecil. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang pengerusi. Guru pula
bertindak sebagai fasilitator, bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain sambil bertanyakan soalan-soalan yang bertujuan untuk memastikan
perbincangan menuju ke arah yang ditetapkan.

Untuk mewujudkan suasana perbincangan yang berkesan, di bawah ini


ialah beberapa cadangan tentang penyusunan tempat duduk di dalam bilik
darjah yang biasa diamalkan dalam sesi perbincangan.

Contoh-contoh susunan tempat duduk untuk sesi perbincangan

JENIS-JENIS PERBINCANGAN

Terdapat lima jenis perbincangan, iaitu


1

Perbincangan Bebas / Tidak Berstruktur.


- Adalah seperti perbincangan kanak-kanak di tadika atau pelajarpelajar darjah satu di sekolah rendah.
- Tujuan untuk melatih pelajar bercakap, mendengar dan menyoal.
- Hanya menekankan penggunaan bahasa, luahan perasaan dan
melatih pelajar untuk bercakap di hadapan audien.
- Guru tidak menyumbang idea.
- Biasanya dijalankan dalam kumpulan yang besar.

Perbincangan Semistruktur.
- Pelajar akan melaporkan perkembangan tentang sesuatu tujuan atau
bertukar-tukar maklumat sebagai hasil kajian atau penyelesaian
masalah yang telah dijalankan.
- Pelajar boleh menyumbangkan maklumat daripada sesuatu lawatan
atau pengalaman.
- Perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.
- Penilaian dalam kumpulan besar.

3.

Perbincangan Berstruktur.
- Ia telah dirancang terlebih awal untuk mencapai fungsi kognitif.
- Ia bergantung kepada strategi penyoalan berurutan.

- Tujuannya untuk membantu perkembangan kemahiran kognitif dari


aras rendah hingga ke aras generalisasi.
- Boleh membantu pelajar membina konsep, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
- Semasa perbincangan, pelajar menyumbangkan maklumat.

4.

Perbincangan Terbuka Dan Perbincangan Terbimbing


- Perbincangan yang dijalankan mungkin mengenai sesuatu persoalan
yang terbuka di mana peserta bebas mengutarakan idea dan pendapat
masing-masing tentang sesuatu topik.
Contohnya,

perbincangan

terbuka

dijalankan

untuk

merancang

sesuatu projek.

- Sesuatu perbincangan itu mungkin juga dijalankan dengan tujuan


untuk menumpukan perhatian peserta kepada satu kesimpulan yang
telah ditetapkan. Sesi perbincangan dari awal hingga akhir dirancang
dengan rapi oleh guru atau pengerusi kumpulan melalui soalan-soalan
atau celahan supaya mencapai ke satu persetujuan. Jenis ini
dinamakan perbincangan terbimbing.

5.

Jenis Sesi Perbincangan


Antara sesi perbincangan yang biasanya dipilih sebagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah Think-Pair-Share,
brainstorm, buzz, fish bowl, analisis kes, permainan peranan,
seminar dan forum.

MATLAMAT AKTIVITI PERBINCANGAN

Sebagai satu teknik pengajaran yang dinamik, perbincangan dapat


dijalankan bagi mencapai matlamat perkembangan diri, pengetahuan,
kemahiran serta perhubungan sosial pelajar. Antara matlamat teknik ini
dijalankan termasuklah:

1.

Memperkembangkan Bahasa Pelajar


Dengan melibatkan semua pelajar secara aktif, ini akan memberi

peluang dan ruang bagi mereka melatih serta membiasakan diri mereka untuk
bercakap terutama dalam situasi formal. Latihan yang sebegini bukan sahaja
mempertajamkan fikiran malahan melatih kepetahan mereka untuk bercakap
dan mengeluarkan pendapat. Perkembangan bahasa pelajar hanya akan
menjadi subur sekiranyan guru memberi ruang bagi mereka untuk bercakap
dalam batasan-batasan tertentu.

2.

Melatih Keupayaan Membuat Perhubungan Idea


Dalam aktiviti perbincangan, pelajar akan bercakap tentang sesuatu

yang mereka ketahui. Ini bermakna perkara-perkara seperti pemahaman


konsep dan fakta sudah pun mereka ketahui. Perbincangan yang dijalankan
akan meneroka dengan lebih mendalam aspek-aspek dalam sesuatu
topik/isu. Hal ini memerlukan pelajar mengumpul, memilih serta menyusun
fakta dan pengetahuan. Dengan cara ini kefahaman pelajar akan lebih
meluas, yakni mereka berupaya menggunakan tahap pemikiran yang konkrit
dan abstrak. Melalui aktiviti perbincangan juga membolehkan pelajar

10

berkongsi maklumat, pandangan dan perasaan serta boleh memproses


maklumat dengan baik.

3.

Membina Keyakinan Diri


Aktiviti perbincangan dikendalikan oleh pelajar-pelajar sendiri. Oleh itu,

peranan guru akan berubah-ubah. Dengan pengendalian yang rapi, setiap


pelajar akan mendapat peluang untuk bercakap tentang perkara yang
memang sudah dimaklumi. Mereka akan menyampaikan pendapat dan
komentar secara terbuka kerana tiada jawapan yang benar-benar sahih.
Peluang bercakap ini mempunyai pengertian yang sangat besar terhadap
pembinaan keyakinan diri, pembinaan konsep kendiri, dan percaya kepada
diri sendiri. Melalui aktiviti ini, pelajar akan lebih berani dan ini memberi kesan
yang positif bagi perkembangan diri mereka.

4.

Meluaskan Ilmu Pengetahuan


Peluang dan ruang untuk bercakap perlulah diisi dengan percakapan

yang bernas dan munasabah. Oleh itu, pelajar perlulah melengkapkan diri
dengan pengetahuan yang lebih jitu dan mantap untuk mengambil peluang
bercakap. Aktiviti sebelum perbincangan sudah pasti melibatkan pembacaan
dan

rujukan

yang

lebih

luas.

Dengan

pengetahuan

yang

mantap,

perbincangan yang dijalankan sudah pasti akan berkembang dengan baik


serta berupaya mengaitkan pengetahuan dengan kehidupan mereka seharihari.

11

5.

Mengembangkan Kemahiran Diri


Aktiviti perbincangan memerlukan pelajar bercakap, bertanya soalan,

memberikan hujah, mengeluarkan pendapat dan idea, memberi komentar,


memberi kemungkinan-kemungkinan jawapan serta menyelesaikan masalah
dengan cara yang sistematik dan tepat. Semua perlakuan ini akan dapat
melatih pelajar untuk berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang
menarik, matang berbahas, mengemukakan pandangan mereka dengan
jelas, tepat dan logik demi membantu perkembangan mental dan kemahiran
diri mereka dalam menghadapi situasi akademik mahupun sosial.

6.

Membantu Perkembangan Peribadi Pelajar


Melalui aktiviti perbincangan pelbagai bentuk perhubungan sosial akan

dapat dipelajari. Unsur-unsur bekerjasama, menghormati dan mendengar


pendapat

orang,

bersabar

dengan

kerenah

orang

akan

membantu

mengembangkan kemahiran pelajar untuk berdikari, bekerjasama dalam satu


kumpulan, bermuzakarah dan mengambil kata sepakat serta berhujah secara
lisan dengan tenang semasa berinteraksi dan berkomunikasi dalam
perbincangan. Hal ini akan membantu pelajar mempelajari kemahiran sosial,
di samping memahami serta mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
mereka.

12

TEKNIK PERBINCANGAN DALAM PENGAJARAN

Matlamat pengajaran adalah untuk memperkembangkan potensi yang


menyeluruh
perhubungan

dalam

aspek-aspek

manusia

dan

nilai.

komunikasi,
Setiap

intelek,

pelajar

bakat,

digalakkan

sikap,
aktif

memperkembangkan kemahiran-kemahiran belajar. Aktiviti perbincangan


boleh membantu pelajar mencari dan menyusun fakta dan pengetahuan.
Pelajar akan lebih berminat untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka
sekiranya diberi peluang.

Teknik perbincangan merupakan satu teknik interaktif yang amat


sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain
menuntut penglibatan pelajar secara langsung, teknik perbincangan juga ingin
mencapai objektif-objektif kognitif, afektif dan kemahiran-kemahiran tertentu.
Di samping itu, secara tidak langsung teknik ini membantu pencapaian
matlamat pemupukan nilai, sikap dan perhubungan sosial pelajar.

Konsep pendidikan secara tradisional kini dapat digantikan dengan


konsep-konsep pendidikan yang terkini, seperti pengajaran rakan sebaya,
gerak kerja berkumpulan, inkuiri penemuan dan guru sebagai pemudah cara.
Apabila penglibatan pelajar digalakkan, mereka akan dapat berkembang
sebagai insan yang lebih berpengetahuan, rasional, berani, bebas dan
bertanggungjawab.

13

KRITERIA-KRITERIA PERBINCANGAN

1.

Ambil Giliran
Pelajar diajar bergilir-gilir dalam memberi pendapat.

2.

Mendengar
Pelajar belajar mendengar dan peka terhadap apa yang disampaikan.

3.

Pemfokusan Tujuan
Pelajar sedar bahawa pemfokusan tujuan perbincangan adalah penting
agar tidak terkeluar dari topik sebenar.

4.

Keupayaan Mengsintesis Maklumat


Pelajar mencantumkan maklumat-maklumat yang diperolehi untuk
merumus kesimpulan.

14

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

Tunggak perbincangan yang berkesan dan berjaya bergantung pada


persediaan yang rapi yang dilakukan sebelum sesuatu perbincangan
dijalankan. Suasana, kemahiran serta pengetahuan yang khusus bagi
menjalankan perbincangan perlulah tersedia sebagai asas perbincangan
yang berkesan. Oleh itu, guru, pelajar dan keadaan kelas perlu bersedia
sebelum menjalankan perbincangan.

1.

Persediaan Guru
Untuk menjayakan setiap perbincangan, guru harus memahami,
mematuhi prinsip-prinsip perbincangan dan perlu membuat persediaan
yang rapi, antaranya:

a)

Penentuan Objektif
Setiap

perbincangan

yang

hendak

dijalankan

perlulah

mempunyai objektif yang jelas. Guru perlu menentukan sama ada


perbincangan itu adalah untuk mengkaji semula fakta, mengenal pasti
perhubungan dan perkaitan antara fakta dengan situasi, mengguna
pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan sehari-hari, menilai
kebaikan dan keburukan atau menyelesaikan masalah. Semua pihak
yang terlibat dalam sesuatu perbincangan perlulah memahami dengan
jelas objektifnya.

15

Selain objektif yang nyata terdapat juga objektif yang tersirat


dalam sesuatu perbincangan. Hal ini perlu juga disedari oleh guru.
Antara contoh objektif yang tersirat termasuklah kesediaan mendengar,
bekerjasama, bertoleransi, menunggu giliran untuk bercakap dan
mempunyai semangat setia kawan dan sebagainya.

b)

Pemilihan Tajuk Dan Isi Pelajaran


Tidak semua tajuk dan isi pelajaran sesuai dijadikan bahan
perbincangan. Tajuk-tajuk yang berbentuk fakta seperti prinsip dan
konsep sukar dijadikan bahan perbincangan. Guru harus memilih tajuk
yang berkaitan dengan pengalaman, kebolehan dan minat pelajar.
Tujuannya ialah untuk membolehkan seberapa ramai pelajar menyertai
aktiviti perbincangan. Bahan yang dipilih untuk memenuhi tajuk
perbincangan mestilah tidak mengandungi isu sensitif terhadap manamana kaum atau menyentuh dasar kerajaan. Bahan haruslah terdiri
daripada

bahan-bahan

yang

melibatkan

isu-isu

terbaru

dan

membolehkan perbincangan diwujudkan. Skop bagi tajuk yang dipilih


haruslah jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukan masa
dalam sesi perbincangan. Perbincangan dijalankan untuk menilai
perspektif yang berbeza, menyelesaikan masalah, mengkaji wacana,
melihat

contoh-contoh,

memadankan

pengetahuan

dengan

pengalaman pelajar dan sebagainya. Dalam sesuatu perbincangan,


semua jawapan yang diterima dan ditolak hendaklah berdasarkan
alasan-alasan yang logik dan rasional.

16

c)

Guru Sebagai Pemudah


Dalam perbincangan, guru perlu mengubah corak percakapan
dan penyoalannya. Guru tidak perlu bercakap pada setiap kali soalan
atau pandangan dikemukakan oleh pelajar. Percakapan guru tidak
semestinya dalam bentuk soalan pada setiap masa. Sebahagian besar
perbincangan dan penyoalan dilakukan antara pelajar dengan pelajar.
Tugas guru ialah menjelaskan ataupun mengemukakan soalan untuk
difikirkan oleh pelajar.

d)

Teknik Penyoalan Guru


Guru

perlu

merancang

soalan-soalan

yang

dapat

menggerakkan pemikiran dan gerak balas pelajar. Soalan yang


dikemukakan mestilah berbentuk soalan yang terbuka untuk pelbagai
jawapan dan bukan soalan yang tertutup untuk satu jawapan yang
betul sahaja. Terdapat dua jenis soalan umum yang boleh digunakan
oleh guru dalam hal ini. Pertama, soalan yang menimbulkan tanda
tanya dan rasa ingin tahu di kalangan pelajar. Kedua, satu soalan
utama yang dirancang dengan terperinci. Apabila perbincangan
berjalan lancar, guru mestilah cuba mengurangkan soalan dan
membiarkan proses perbincangan dikendalikan oleh pelajar sendiri.

Soalan

yang

terbuka

akan

mempunyai

berbagai-bagai

perspektif jawapan yang dapat menolong pelajar, memperkembangkan


corak dan hala perbincangan, di samping menarik seramai mungkin
pelajar mengambil bahagian. Sumber jawapan pula tidak semestinya

17

terletak pada ketetapan guru atau pada sesuatu teks bacaan. Ini akan
merangsang pelajar lebih

berani

mengeluarkan

pendapat dan

mengurangkan pergantungan kepada guru dalam menyelesaikan


sesuatu masalah.

Sebaik-baiknya, guru juga tidak menetapkan corak jawapan


atau

bentuk

penyelesaian

terlebih

dahulu.

Ini

kerana

dalam

perbincangan sumber, jawapan bukan sahaja terletak pada apa yang


dianggap benar atau betul oleh guru. Dengan ini dapat mengelakkan
guru dari menegaskan pendapatnya dalam perbincangan. Dalam
sebarang perbincangan, jawapan atau penyelesaian yang dipersetujui
bukanlah sesuatu yang sudah mutlak. Ini bermakna, proses mencari
jawapan dan penyelesaian tidak terhenti apabila perbincangan sudah
berakhir. Pelajar mesti digalakkan untuk terus memikir dan memastikan
jawapan atau penyelesaian yang lebih baik.

e)

Kawalan Perbincangan
Selain teknik penyoalan, teknik-teknik yang bukan berbentuk
soalan

boleh

menggerakkan

juga

diguna

perbincangan.

oleh

guru

untuk

memandu

Antaranya

ialah

guru

dan

membuat

kenyataan-kenyataan umum berkait dengan isu yang dibincangkan


ataupun mengguna isyarat-isyarat tangan, muka dan badan seperti
anggukan, mimik muka, senyuman atau diam yang disengajakan.
Penggunaan salah satu atau lebih teknik tersebut boleh mengurangkan
pergantungan pelajar kepada guru dan menggerakkan pelajar

18

meneroka dan mencari sendiri jawapan atau penyelesaian kepada


persoalan yang sedang dibincangkan.

f)

Kawalan Kelas
Walaupun

pelajar

diberi

kebebasan

untuk

menjalankan

perbincangan, guru masih perlu mengawal aktiviti perbincangan. Ini


dapat mengelakkan fikiran pelajar merawang atau tidak menumpukan
perhatian kepada aktiviti tersebut. Kawalan guru seboleh-boleh
merupakan kawalan yang tidak langsung tetapi disedari oleh pelajar.
Guru boleh berada di mana-mana sudut kelas dan berjalan-jalan dari
satu kumpulan ke satu kumpulan sambil memerhatikan tingkah laku
pelajar. Teguran boleh diberi sekiranya didapati ada kumpulan yang
menyeleweng, tidak melaksanakan tugas atau yang bermain-main.
Campur tangan guru tidak perlu terlalu kerap tetapi memadai untuk
menentukan arah perbincangan pelajar bagi mencapai objektif yang
telah ditentukan.

2.

Persediaan Pelajar
Aspek persediaan pelajar merupakan aspek yang sama penting
dengan aspek persediaan guru. Pelajar yang bersedia akan dapat
melicinkan perlaksanaan serta menjamin pencapaian objektif aktiviti
perbincangan. Untuk itu, guru perlulah memastikan bahawa pelajarpelajar telah pun mempunyai kesediaan-kesediaan pengetahuan,
pemahaman

peranan

serta

sikap

bagi

menjalankan

aktiviti

perbincangan. Tanpa kesediaan yang mantap, perbincangan tidak

19

akan berjalan dengan lancar dan seterusnya tidak dapat mencapai


objektif-objektifnya.

a)

Pemahaman Konsep
Aktiviti perbincangan perlu dijalankan setelah semua pelajar
mencapai tahap pemahaman konsep yang memuaskan. Apabila
konsep sesuatu tajuk yang diajar telah difahami, barulah pelajar
berupaya memperkembangkan daya pemikiran mereka dan melihat
perspektif yang lebih mendalam bagi satu-satu tajuk tersebut. Ini
bermakna perbincangan sebagai satu aktiviti pembelajaran tidak boleh
digunakan

oleh

guru

untuk

memperkenalkan

konsep

sesuatu

pelajaran. Aktiviti perbincangan hanya boleh digunakan setelah pelajar


dapat menguasai sesuatu konsep.

b)

Pengetahuan Asas Yang Cukup


Seperti juga dengan pemahaman konsep, aktiviti perbincangan
dijalankan setelah pelajar dapat menguasai pengetahuan asas tentang
sesuatu tajuk yang diajar. Sekiranya aktiviti perbincangan digunakan
untuk mendapatkan pengetahuan asas bagi satu-satu tajuk, pelajar
akan menghadapi kerumitan. Ini kerana mereka belum cukup
persediaan untuk menjalankan perbincangan.

Pengetahuan asas yang berkait dengan sesuatu tajuk pelajaran


dapat pelajar peroleh melalui penerangan guru, pembacaan dan rakan
sekelas. Setelah mereka mahir dengan isi kandungan sesuatu

20

pelajaran, barulah mereka bersedia untuk menjalankan aktiviti


perbincangan.

Aktiviti perbincangan merupakan satu aktiviti lanjutan bagi


mengukuhkan pemahaman, mengguna pengetahuan dalam situasi
tertentu,

melihat

perkaitan

aspek-aspek

yang

berbeza

dan

menyelesaikan masalah. Sebelum aktiviti perbincangan dijalankan


guru

perlulah

mengemukakan

soalan-soalan

terokaan

bagi

memastikan bahawa pelajar sudah bersedia dari segi pengetahuan


untuk

membolehkan

mereka

mengambil

bahagian

dalam

perbincangan.

c)

Kemahiran Pelajar Untuk Menjalankan Perbincangan.


Perbincangan merupakan satu bentuk aktiviti pembelajaran
yang formal. Bagi memudahkan pelajar menyesuaikan diri serta
melicinkan perjalanan aktiviti perbincangan, pelajar perlu memahami
tatacara dan tingkah laku dalam perbincangan. Perkara-perkara seperti
mengambil dan menunggu giliran, memohon kebenaran untuk
bercakap, bersabar dengan kelemahan orang lain, patuh kepada
pengerusi, bersetuju dengan keputusan majoriti dan berbagai-bagai
aspek kemahiran sosial perlu benar-benar difahami oleh pelajar
sebelum

mereka

boleh

mengambil

bahagian

dalam

aktiviti

perbincangan kelas.

21

d)

Sikap
Biasanya salah satu penghalang kepada kejayaan perlaksanaan
aktiviti perbincangan kelas ialah rasa rendah diri, kurang keyakinan,
perasaan malu dan takut melakukan kesalahan di kalangan pelajar.
Sikap seperti ini boleh diubah oleh guru walaupun mengambil masa
yang agak panjang. Pelajar perlu sentiasa digalakkan bercakap sama
ada bertanya soalan, mengemukakan pendapat ataupun memberi
komen.

Apa yang penting ialah galakan dan sokongan yang diberikan


oleh guru bagi membina keberanian dan keyakinan untuk mereka
menyertai perbincangan. Ini bermakna guru mestilah sedaya upaya
mengelakkan diri daripada menghukum pelajar yang lemah, mengejekejek tingkah laku pelajar atau menunjukkan sikap kurang sabar dengan
prestasi pelajar. Guru perlu sentiasa memberi perhatian yang penuh
kepada pelajar walaupun mereka melakukan kesalahan yang tidak
sepatutnya dilakukan. Jalinan kemesraan dan suasana yang harmoni
akan dapat menghindar sikap negatif pelajar terhadap aktiviti
perbincangan.

3.

Persediaan Kelas
Selain kesediaan guru dan pelajar yang menjadi tunggak
kepada kejayaan aktiviti perbincangan, kelas secara keseluruhan perlu
juga

bersedia.

Secara

keseluruhannya,

susunan,

organisasi,

22

pengurusan dan iklim bilik darjah perlu mencapai satu tahap kesediaan
bagi membolehkan aktiviti perbincangan dijalankan dengan berkesan.

a)

Iklim Bilik Darjah


Aktiviti perbincangan memerlukan perhubungan liberal, bebas,
terbuka dan suasana yang tidak terancam. Guru yang mesra, sabar
dan demokratik akan dapat memberi galakan yang sewajarnya.
Sesuatu iklim yang baik dapat diwujudkan dengan memastikan perkara
berikut:

- hormat-menghormati di kalangan ahli


- menghargai pendapat orang lain
- mengelakkan apa jua bentuk gangguan dan sindiran
- tidak memaksa ahli lain menerima cadangan atau pendapat

Apabila pelajar mengetahui dan yakin bahawa kesalahannya tidak


akan diejek atau didenda, dia akan menjadi lebih berani untuk
mengambil bahagian. Bagi guru, semua jawapan dan pandangan
pelajar hendaklah diberi pertimbangan yang wajar. Sekiranya sesuatu
jawapan atau pandangan pelajar hendak ditolak, penolakannya
hendaklah dibuat dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan kesan
negatif terhadap pelajar tersebut.

Sekiranya guru mewujudkan iklim perbincangan yang hangat,


terbuka dan menggalakkan, pelajar akan berkongsi pendapat serta

23

mengambil bahagian untuk bercakap. Guru yang terlalu kaku atau


menurut akan menyebabkan pendominasian perbincangan oleh
pelajar-pelajar yang agresif.

b)

Organisasi Bilik Darjah


Penyusunan peralatan dan lokasi juga perlu diberi pertimbangan
yang wajar. Suasana dan persekitaran untuk menjalankan aktiviti
perbincangan mestilah disediakan dengan sempurna. Kerusi meja
disusun

sesuai

dengan

jumlah

kumpulan

dan

bentuk

aktiviti

perbincangan yang akan dijalankan. Contohnya, dalam kumpulan kecil,


pelajar duduk secara berhadapan supaya

dapat melihat dan

mendengar antara satu sama lain. Bagi melicinkan perlaksanaan


perbincangan, pertimbangan perlu dibuat terhadap keselesaan,
kemudahan

pergerakan

dan

kesesuaian

tempat

perbincangan.

Sekiranya ruang yang disediakan itu sempit dan tidak selesa sudah
tentu perbincangan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

24

PANDUAN MENJALANKAN AKTIVITI PERBINCANGAN

1.

Jelaskan dari awal-awal lagi kepada semua pelajar, apa yang ingin
dicapai dan corak aktiviti perbincangan yang akan dijalankan. Langkah
ini dapat membantu pelajar memberi perhatian dan menggalakkan
pencapaian objektif perbincangan.

2.

Perjalanan perbincangan akan menjadi berkesan dan mudah sekiranya


tajuk atau isu perbincangan difokuskan kepada bidang yang berkait
rapat serta diminati pelajar. Ini bermakna tajuk atau isu perbincangan
hendaklah dinyatakan dalam konteks yang lebih personal. Soalan,
Adakah anda seorang yang menyedari kesihatan diri? adalah lebih
baik daripada soalan, Apakah yang dimaksudkan dengan kesedaran
kesihatan masyarakat?.

3.

Kehadiran guru memberi pengertian yang besar kepada kejayaan


sesuatu aktiviti perbincangan. Walaupun pelajar digalakkan berbincang
sesama sendiri, kemahiran guru mengawal kelas secara tidak
langsung akan menjamin kejayaan perbincangan pelajar. Guru
dinasihatkan supaya jangan melakukan kerja-kerja lain seperti
memeriksa atau membaca buku apabila perbincangan sedang
dijalankan. Pelajar memerlukan pendapat guru melalui komentar,
pertanyaan
perbincangan

dan

gerak

menjadi

laku
tersekat,

guru.
maka

Kadang-kala
guru

perlu

kelancaran
membantu

menyelesaikan kebuntuan tersebut.

25

4.

Sekiranya terdapat individu yang menyekat aliran perbincangan atau


terlalu menguasai perbincangan, guru boleh bertindak dengan salah
satu daripada tiga cara berikut:

a) Menangguhkan persoalan yang dikemukakan untuk diselesaikan


kemudian nanti.
b) Menghentikan penghujahan atau percakapan yang sia-sia dengan
memberi penyelesaian sementara atau
c) Mengalihkan perhatian dan fokus perbincangan melalui soalan atau
kenyataan. Sebagai contohnya guru boleh menggunakan komen
yang dikemukakan itu dan menanya pendapat pelajar lain.

5.

Catatan, dan atau carta aliran sebaik-baiknya dilakukan oleh guru di


atas papan tulis bagi memberi gambaran tentang pencapaian dan
aliran perbincangan.

6.

Tajuk atau isu yang besar dan kompleks hendaklah dipecahkan


kepada bahagian yang kecil untuk memudahkan kefahaman pelajar.

7.

Kemahiran guru dari segi memberi pujian dan galakan hendaklah


digunakan bagi menghidupkan suasana perbincangan. Di samping itu,
guru juga perlu tegas menunjukkan empati serta boleh menyelitkan
unsur-unsur kecandan.

26

PENGENDALIAN TEKNIK PERBINCANGAN

1.

Pola Aktiviti Perbincangan


- Kelas atau kumpulan besar
Kumpulan besar ini lebih sesuai diberikan tajuk perbincangan yang
lebih kompleks kerana dapat menjana lebih idea dan pandangan dari
pelajar-pelajar.

- Kumpulan kecil 3 8 orang


- Berpasangan
Kumpulan kecil ini lebih sesuai diberikan tugasan yang lebih mudah
atau sederhana kerana persetujuan dapat dicapai dengan lebih
mudah.

- Kumpulan mengikut kebolehan


Kumpulan mengikut kebolehan dibentuk berdasarkan rasional bahawa
terdapat perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran di
kalangan pelajar dalam sesebuah kelas. Oleh itu, pelajar-pelajar harus
dikumpulkan mengikut kebolehan mereka untuk membolehkan guru
merancangkan aktiviti pembelajaran secara berperingkat, supaya
pelajar-pelajar dapat melaksanakan dengan berkesan, mengikut
kebolehan masing-masing.

27

- Kumpulan pelbagai kebolehan


Kumpulan pelbagai kebolehan dibentuk dengan membahagikan
pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan supaya setiap kumpulan
mengandungi pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan dan
kecenderungan. Kumpulan jenis ini juga sesuai dilaksanakan dengan
memberikan aktiviti-aktiviti yang berlainan bagi setiap kumpulan dalam
sesuatu waktu yang tertentu.

2.

Proses Pengendalian
Untuk memastikan teknik ini berjalan lancar, berkesan dan
menyeronokkan, guru hendaklah memberi perhatian kepada aspek
permulaan aktiviti, prosedur dan maklum balas. Guru juga hendaklah
memberi perhatian terhadap peringkat-peringkat yang berikut:

a)

Sebelum perbincangan

Semasa perbincangan

Selepas perbincangan

Sebelum Perbincangan
Antara perkara yang perlu diketahui oleh guru sebelum
perbincangan adalah seperti yang berikut:

Membuat persediaan
Tajuk dan bahan rangsangan serta rancangan yang baik.
Pastikan alat bantuan mengajar yang perlu diadakan.

28

Memberi arahan
Dari awal lagi pelajar perlu dijelaskan tentang tugasan yang
diberi dan apakah batasan-batasan dalam menjalankannya. Guru juga
boleh mengingatkan pelajar tentang cara, peraturan perbincangan
serta kemahiran-kemahiran umum perbincangan seperti menghormati
pengerusi, menunggu giliran dengan sabar dan mengawal suara
supaya tidak mengganggu rakan-rakan dalam kumpulan atau kelas
lain demi untuk memastikan aktiviti perbincangan berjalan dengan
lancar, teratur dan tidak terpesong dari tujuannya. Penghargaan boleh
diberi kepada kumpulan yang menunjukkan kemahiran tertentu
semasa berbincang. Jika guru menjalankan aktiviti yang berbentuk
permainan, bolehlah guru menerangkan tentang peraturan-peraturan
permainan itu. Arahan atau penerangan yang jelas dan tegas perlu
diberi sebelum pelajar-pelajar masuk ke dalam kumpulan masingmasing.

Mengedar tugasan
Selepas memberi arahan, guru bolehlah mengedarkan tugasan
kepada kelas/kumpulan. Pelajar boleh berbincang dalam kumpulan
kecil dan membincangkan tugasan tersebut. Pelajar juga boleh
menjalankan perbincangan dalam kumpulan tentang perkara-perkara
yang berbeza.

29

Mengagih tanggungjawab
Untuk melicinkan lagi perjalanan perbincangan, pelajar boleh
melantik pengerusi, setiausaha dan pencatat daripada kalangan
pelajar untuk mengendalikan sesi perbincangan.

Menentukan strategi
Guru juga boleh menggalakkan kumpulan menetukan hala
aktiviti perbincangan mereka. Contohnya, pelajar menetukan apakah
perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu dan apakah perkara
yang perlu dibincangkan kemudiannya. Walau bagaimanapun ini tidak
semestinya berlaku setiap kali perbincangan dijalankan.

b)

Semasa Perbincangan
Semasa perbincangan dijalankan, guru tidak perlu mengambil
bahagian yang aktif. Walaupun begitu tidak bermakna guru boleh terus
meninggalkan pelajar-pelajarnya. Guru hendaklah mengawasi kelas
atau bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain, untuk
memberi bantuan dan bimbingan jika perlu. Di bawah adalah beberapa
contoh peranan yang boleh dimainkan oleh guru,iaitu:

1. Guru sebagai pakar


Memberi perhatian terhadap individu atau kumpulan dan memberi
pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Guru juga boleh
memberi scaffolding (rangka) kepada pembelajaran dan pemahaman

30

supaya pelajar mencapai potensi optimum dengan menyatakan


contoh-contoh, bertanya dan membuat demostrasi.

2. Guru sebagai pembimbing/fasilitator


Guru menjadi pengelola dan pelajar bebas mengemukakan idea
tanpa merujuk kepada guru. Guru hanya memberi bimbingan sekiranya
pelajar menemui kebuntuan. Dengan demikian, pelajar akan lebih
mahir menguruskan interaksi

3. Guru sebagai peserta


Guru duduk bersama pelajar. Pelajar boleh bercakap sambil
mendengar daripada hanya mengarah semua ucapan mereka melalui
guru. Matlamatnya untuk membantu pelajar agar berdikari dan
seimbang dalam memberikan respon.

Kadang-kadang guru perlu mengambil perhatian terhadap perkaraperkara seperti berikut:

Mengesan semula
Adakalanya

ahli-ahli

kumpulan

sangat

khusyuk

dalam

perbincangan sehinggakan mereka tidak dapat mengikuti aliran


perbincangan. Di sinilah guru boleh memainkan peranan sebagai
pengesan semula. Guru boleh membimbing ahli kumpulan melihat
kembali idea-idea yang telah disebutkan terdahulu.

31

Mengelak penyimpangan tajuk


Penyimpangan boleh berlaku kerana pelajar tidak jelas atau
kurang pengetahuan tentang tajuk perbincangan. Sebaliknya, jika
pelajar terlalu banyak pengetahuan dan terlalu seronok berbincang
pun, boleh menyebabkan mereka terpesong daripada tajuk. Guru perlu
mengawasi hal ini dan boleh memberi sumbangan.

Memberi sumbangan isi


Kumpulan yang kurang pengetahuan dan berpuas hati dengan
hasil perbincangan yang sedikit, memerlukan bantuan dari segi isi.
Dengan ini guru perlu memainkan peranan sebagai penggalak dan
penyumbang isi serta membantu arah perbincangan. Guru juga boleh
membantu menyedarkan pelajar atau ahli kumpulan yang mempunyai
pandangan berat sebelah, atau tidak menghiraukan ketepatan satusatu fakta yang betul.

Membetul kesalahan berbahasa


Guru

dapat

mengesan

kesalahan

berbahasa

dan

perlu

membetulkannya secara positif walaupun waktu itu bukan waktu


pelajaran bahasa. Guru hendaklah mengingatkan pelajar tentang
penggunaan bahasa yang betul ketika berbincang.

Menggalak penyertaan
Guru hendaklah menggalakkan penyertaan semua pelajar. Jika hal ini
tidak berlaku, guru hendaklah mencari punca masalah. Selepas itu dia

32

perlu memikirkan cara mengatasinya. Salah satu masalah umum


dalam aktiviti perbincangan ialah pelajar tidak cukup keyakinan untuk
menyertai perbincangan. Untuk mengatasi masalah ini, agihkanlah
idea atau perbincangan kepada setiap pelajar dan galakkan mereka
mengemukakan pendapat secara bergilir-gilir.

c)

Selepas Perbincangan
Guru perlu memikirkan perkara-perkara yang akan berlaku
selepas perbincangan tamat. Perkara-perkara yang harus difikirkan
oleh guru ialah mengakhiri perbincangan dan mendapatkan maklum
balas.

Mengakhiri perbincangan
Bilakah perbincangan harus diakhiri merupakan satu persoalan
yang agak sukar untuk dijawab terutama sekali jika aktiviti ini
dijalankan secara kumpulan atau berpasangan. Satu cadangan untuk
membantu

guru

ialah

menunggu

sehingga

semua

kumpulan

menamatkan perbincangan mereka. Tetapi ini mungkin memakan


masa yang lama. Guru berhak menamatkan perbincangan sebelum
kumpulan terakhir menamatkan perbincangan dan memastikan semua
kumpulan mempunyai cukup bahan untuk dikongsi bersama. Atau guru
boleh menetapkan masa perbincangan pada awal lagi.

33

Maklum balas
Menamatkan perbincangan bukan merupakan penghujung
tugasan secara keseluruhannya kerana satu-satu aktiviti perbincangan
itu mungkin dirancang sebagai penggerak kepada perbincangan
seterusnya. Mungkin juga ia merupakan peringkat awal perlaksanaan
satu-satu projek. Walau apa pun tujuannya, pelajar menggunakan
banyak tenaga dan masa untuk menjalankan aktiviti ini. Dengan itu
dicadangkan

supaya

segala

usaha

pelajar

hendaklah

diberi

pengiktirafan atau penghargaan yang sepatutnya. Caranya ialah


dengan berkongsi dapatan selepas perbincangan kumpulan.

Perkongsian ini mungkin dalam bentuk laporan lisan daripada


wakil kumpulan kepada kelas. Jika laporan lisan tidak sempat
dijalankan, wakil kumpulan bolehlah menghantar laporan bertulis
kepada guru untuk disunting, dicetak dan diedarkan kepada kelas.
Sekiranya

guru

tidak

dapat

melaksanakan

langkah

tersebut,

memadailah jika guru menyunting dan menyuruh wakil kumpulan


menulis semula dan mempamerkannya di papan kenyataan kelas
untuk dibaca oleh pelajar-pelajar lain.

Guru boleh memberi komen tentang organisasi dan perlakuan


pelajar semasa menjalankan perbincangan. Walaupun ini merupakan
aktiviti yang berpusatkan guru, pelajar dapat mengetahui di manakah
kekuatan dan kelemahan mereka. Guru juga boleh memberi komentar
tentang penggunaan bahasa pelajar.

34

PERANAN PELAJAR

Ketua kumpulan hendaklah menerima semua respon yang diberikan


oleh ahli kumpulan. Dia harus menggalakkan maklumbalas secara spontan
dan menilai respon-respon yang diterima melalui penyoalan dan meminta
penjelasan daripada ahli yang berkenaan sekira perlu. Ketua perlu menokok
pendapat melalui pernyataan-pernyataan sumatif.

Semasa sesi perbincangan pencatat yang dilantik mesti merekodkan


kesemua maklumat yang diperolehi semasa perbincangan. Ahli-ahli lain
digalakkan mencatatkan idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa
dan membantu pencatat untuk merekodkan maklumat yang tepat dan
keputusan yang telah dipersetujui.

Semua ahli perbincangan haruslah sensitif terhadap pendapat ahli,


mendengar pendapat, menyoal antara satu sama lain dan berkongsi
tanggungjawab dalam menyumbangkan idea, pendapat dan perasaan.

35

PENILAIAN AKTIVITI PERBINCANGAN

Keberkesanan aktiviti perbincangan sebagai satu teknik pengajaran


dan pembelajaran perlu dinilai untuk memberi maklum balas kepada guru.
Hasil penilaian ini akan dapat membantu guru menyusun semula strategi,
mengkaji semula perancangan serta mengenal pasti kelemahan guru dan
pelajar.

Terdapat

tiga

cara

untuk

menilai

keberkesanan

sesuatu

perbincangan.

1.

Penilaian Kendiri
Setiap kali merancang dan menjalankan aktiviti perbincangan,
guru perlu membuat catatan ringkas tentang perkara yang dirancang,
masalah/isu yang guru hadapi, hal-hal yang menarik perhatian dan
perasaannya. Catatan ringkas ini akan dihimpun dan dijadikan satu
rekod untuk rujukan bagi memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi
guru itu sendiri.

2.

Teknik Pencerapan/Pemerhatian
Setiap gerak-geri dan gerak balas pelajar akan memberi
gambaran dan maklumat untuk guru. Perlakuan dan reaksi pelajar
dalam aktiviti perbincangan merupakan petunjuk yang paling berkesan
untuk menilai sama ada sesuatu aktiviti perbincangan itu dijalankan
dengan memuaskan. Perbincangan ini juga membantu guru mengesan
sejauh mana kefahaman pelajar.

36

3.

Pemeriksaan Hasil Kerja Pelajar


Hasil kerja pelajar biasanya dinilai berdasarkan peningkatan
mutu

kerja, kesungguhan dan minat yang

ditunjukkan ketika

menyiapkan tugasan, peningkatan bacaan tambahan di kalangan


pelajar dan sebagainya.

KESIMPULAN

Perbincangan sebagai satu teknik pembelajaran boleh memberi


sumbangan bagi perkembangan intelek, kemahiran diri, pemupukan nilai
serta latihan kehidupan bermasyarakat kepada pelajar. Kedua-dua pihak guru
dan pelajar boleh juga mengembangkan pengetahuan dan meningkatkan
potensi dari segi kognitif, afektif dan sosial.

Teknik ini amat mudah dijalankan sama ada bagi semua peringkat
pencapaian pelajar ataupun dalam semua mata pelajaran. Teknik ini tidak
memerlukan peralatan yang istimewa atau pengetahuan yang canggih. Apa
yang perlu ialah kesungguhan dan daya usaha guru merancang dan
melaksanakan aktiviti ini.

Perbincangan yang baik membolehkan peserta memperoleh beberapa


faedah

seperti

kemahiran

komunikasi

lisan,

kemahiran

mendengar,

kemahiran berfikir secara kritikal, teknik penyelesaian masalah, kemahiran


sosial dan kefahaman tentang konsep kesihatan dengan lebih kukuh.

37

Pengenalan Sesi Buzz


Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah, terdapat pelbagai
kaedah yang digunakan khususnya untuk memberi pengetahuan dan
pengalaman kepada pelajar. Guru sebagai pengajar, pemudah cara dan
pembimbing perlu tahu merancang kaedah yang sesuai untuk digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Satu kaedah yang sering
digunakan dan paling popular bagi kebanyakan guru ialah kaedah buzz.
Sering kali guru menggunakan kaedah ini tetapi sebahagian besar daripada
mereka tidak tahu apakah nama kaedah yang digunakannya. Mungkin kita
biasa mendengar arahan atau menggunakan kata-kata seperti bincang
dalam kumpulan, buat kumpulan kecil, bincang dengan empat atau lima
orang rakan atau bincang, kemudian bentangkan. Sebenarnya, semua ini
memberi gambaran tentang pengertian dan maksud sesi buzz.

Rajah 1 : Jenis-jenis perbincangan


Ramai di kalangan pelajar mahupun guru sendiri keliru di antara konsep
perbincangan dan sesi buzz itu sendiri. Ramai yang beranggapan bahawa
sesi buzz adalah sama dengan perbincangan. Berdasarkan rajah di atas, sesi
buzz merupakan sebahagian daripada teknik perbincangan. Selain daripada
38

sesi buzz, terdapat banyak lagi kaedah yang berada di bawah skop teknik
perbincangan. Antaranya, perbahasan, sumbangsaran, seminar, forum, dan
sesi praktis.

Apakah sesi buzz ?


Sesi buzz merupakan salah satu daripada jenis perbincangan yang terdapat
dalam kaedah pengajaran. Ini merupakan suatu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan pelajar bertukar-tukar fikiran sambil
berkongsi maklumat tentang sesuatu tajuk pelajaran yang diperbincangkan.
Menurut Anspaugh dan Ezell (1995), Sesi buzz adalah satu sesi
perbincangan dalam kumpulan kecil yang dianggotai tidak lebih daripada 6
hingga 8 orang atau kumpulan kecil sekitar 3 hingga 5 orang . Sesi
perbincangan berjalan selama 3 hingga 15 minit dan kemudian pelapor setiap
kumpulan membuat persembahan.
Biasanya, untuk perbincangan sesi buzz, kelas dibahagikan kepada
kumpulan-kumpulan yang lebih kecil sekitar enam hingga lapan orang pelajar
bagi setiap kumpulan untuk melaksanakan tugas. Perbincangan pula
biasanya berlaku sekitar tiga hingga lima belas minit. Ini bertepatan dengan
masa yang diperuntukkan untuk sesuatu sesi pembelajaran.

Matlamat sesi buzz


Sesi buzz bermatlamat menggalakkan proses pertukaran maklumat sesama
ahli kumpulan dan di antara kumpulan yang lain. Selain itu, sesi buzz
menggalakkan perkongsian idea. Para pelajar dibentuk supaya berfikiran
kreatif dan kritis.
39

Sesi ini juga boleh mewujudkan proses interaksi sosial serta memupuk
semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Para pelajar berpeluang belajar
memimpin sesebuah organisasi dan mampu memupuk sifat yakin pada diri
sendiri.

Gambaran Sesi Buzz.


Dari segi pengelolaan, setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua
kumpulan sebagai pengerusi, seorang pencatat dan seorang pelapor. Setiap
mereka pula mempunyai tugas masing-masing.
i.

Pengerusi akan mengendalikan dan mengawal perbincangan supaya


berjalan dengan lancar. Dia juga perlu menggalakkan ahli kumpulan
supaya memberi pendapat berkaitan tajuk yang dibincangkan. Selain
itu, pengerusi mempunyai hak untuk membuat kata putus jika ahli
kumpulan tidak mencapai kata sepakat berdasarkan pertimbangan
yang rasional.

ii.

Pencatat

akan

dibincangkan.

mencatat
Dia

juga

dan
perlu

merekod

semua

bertanggungjawab

perkara

yang

menyediakan

maklumat dari catatannya untuk dipersembahkan.


iii.

Pelapor

akan

mempersembahkan

hasil

dapatan

daripada

perbincangan yang dilakukan dalam kumpulan. Dia perlu merumus


perbincangan kumpulannya kepada kelas apabila tiba masanya.
Pelapor perlu melaporkan dengan berhati-hati dan jelas supaya apa
yang dipersetujui dalam perbincangan dapat dikongsi bersama pelajarpelajar lain.
iv.

Selain tiga jawatan penting semasa sesi buzz, ahli kumpulan yang lain
juga mempunyai peranan tersendiri. Mereka perlu memberi pendapat
yang bernas semasa perbincangan. Mereka akan membahaskan
40

pendapat daripada ahli kumpulannya yang lain dan berkongsi idea.


Pada akhir pembentangan, mereka juga boleh menjawab soalansoalan semasa sesi soal jawab kumpulan mereka.
Selepas guru membuat sesuatu penyampaian dan penerangan, kumpulankumpulan buzz akan memulakan perbincangan tentang sesuatu topik yang
ditetapkan. Ketua atau pengerusi akan mewajibkan semua peserta dalam
kumpulannya mengemukakan idea masing-masing, manakala pencatat akan
mencatat dan merekodkan butiran perbincangan.
Ketika ini, guru akan berperanan aktif sebagai fasilitator kepada setiap
kumpulan. Walau bagaimanapun, guru hendaklah mengelakkan diri daripada
memainkan peranan yang dominan ketika membimbing para pelajarnya.
Keberkesanan sesuatu sesi buzz adalah sangat bergantung kepada
penglibatan yang aktif oleh setiap pelajar dan juga kesesuaian topik pelajaran
yang diperbincangkan oleh setiap kumpulan.

Persediaan Guru
Guru berperanan penting mencetuskan suatu dimensi baru semasa
perbincangan dilakukan. Oleh itu, guru perlu melakukan perancangan
pengajaran yang merangkumi tajuk pelajaran, kesesuaian aras atau tahap
pengajaran, objektif pengajaran, pembahagian masa pengajaran dan
persediaan bahan serta peralatan yang digunakan. Guru juga perlu
mempunyai persediaan yang secukupnya dari segi maklumat berkaitan
berkaitan tajuk pelajaran. Selain itu, guru perlu bersedia untuk berperanan
dan bertindak sebagai motivator, pembimbing, pencetus idea dan pemudah
cara.

41

Persediaan pelajar
i.

individu

Pelajar perlu bersedia dengan kebolehan menaakul, bertanggungjawab,


memahami peranan sebagai seorang pelajar dengan memainkan peranan
tersendiri. Pelajar juga perlu sentiasa berfikiran positif dan berfikiran terbuka
serta bersedia menerima pendapat orang lain yang mungkin bercanggah
dengan pendapat sendiri.
ii.

Kumpulan

Secara keseluruhannya, mereka perlu memahami skop perbincangan yang


hendak dibincangkan. Mereka perlu membentuk organisasi dengan melantik
pengerusi, pencatat dan pelapor. Selain itu, mereka juga perlu mewujudkan
suasana perbincangan yang kondusif dan pelbagai hala serta berusaha untuk
menghasilkan keputusan yang terbaik.

Panduan menjalankan sesi buzz.


i.

Guru hendaklah memberi input ringkas kepada para pelajar dan


memberi penerangan tentang topik perbincangan. Bahan bacaan
disediakan atau perlu dirujuk dari bab tertentu dalam buku teks.

ii.

Kelas dibahagikan kepada kumpulan dan pelajar membuat pengagihan


tugas masing-masing dalam kumpulannya.

iii.

Semasa sesi buzz berlangsung, guru perlu berdamping dengan setiap


kumpulan sebagai pembimbing.

iv.

Setelah dipersetujui oleh kumpulan, pelapor akan menyampaikan


laporan perbincangan mengikut giliran. Penyampaian boleh dilakukan
dengan pelbagai cara seperti secara bertulis di papan tulis, kad manila
atau secara lisan sahaja.

42

v.

Pelajar lain akan mendengar, memerhati, menyoal dan mengulas apa


yang disampaikan oleh pelapor.

vi.

Guru dan pelajar membincangkan hasil kumpulan pada akhir


pembentangan yang dilakukan oleh pelapor.

vii.

Rumusan oleh guru.

viii.

Tugasan diberikan jika ada. Tugasan ini akan dilakukan oleh pelajar
sebagai kerja rumah.

Topik-topik yang sesuai menggunakan teknik perbincangan (sesi buzz)


i.

Masalah yang biasa dialami oleh remaja.

ii.

Jadual harian bagaimana membuat jadual harian.

iii.

Menjaga keselamatan di rumah, jalan raya, padang permainan dan


sekolah.

iv.

Cara-cara menjauhi sesuatu penyakit.

v.

Memahami perasaan orang lain.

Prinsip-prinsip sesi buzz


Berikut adalah beberapa prinsip yang seharusnya dapat dipatuhi ketika
menjalankan sesi buzz.
i.

Guru perlu menentukan tajuk yang sesuai dengan minat, kebolehan


serta

pengalaman

pelajar.

Tajuk

yang

diberikan

sepatutnya

mengandungi sedikit unsur kontroversi. Skop bagi tajuk itu haruslah


jelas. Tajuk yang sesuai dengan minat dan pengalaman pelajar
bertujuan untuk melibatkan pelajar secara aktif semasa sesi buzz.

43

ii.

Guru berperanan dan patut membimbing pelajr tentang cara


mengendalikan sesi buzz, bila harus diberhentikan dan apakah yang
hendak dicapai. Tujuan memberi bimbingan ini ialah supaya pelajar
tidak menyimpang daripada kehendak tajuk.

iii.

Unsur-unsur seperti bekerjasama, kemesraan dan saling menghormati


patut digalakkan. Suasana yang harmonis dapat diwujudkan semasa
sesi ini berlangsung.

iv.

Guru perlu menggalakkan soalan-soalan yang terbuka supaya lebih


banyak maklumat diperolehi. Dengan ini, hasil dapatan akan
bertambah bernas.

v.

Tujuan sesi buzz seharusnya jelas. Pada akhir sesi buzz, penyelesaian
masalah serta rancangan untuk bertindak mesti ada.

vi.

Bantulah membuat rumusan idea dari masa ke semasa supaya pelajar


tahu apa yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai.

vii.

Sebelum pelapor melaporkan hasil perbincangan kepada kelas,


pengerusi harus bertindak mengulas apa hasil yang diperolehi. Ini
bertujuan supaya semua ahli kumpulan tahu apa yang telah
diperbincangkan.

viii.

Pujian atau dorongan hendaklah diberikan kepada ahli-ahli kumpulan


supaya pelajar dapat berasa bahawa sumbangan idea dan pandangan
mereka dihargai.

44

Penyusunan tempat duduk pelajar ketika sesi buzz


Bagi mewujudkan suasana perbincangan dalam yang menggalakkan, berikut
adalah cadangan penyusunan tempat duduk pelajar ketika sesi buzz. Setiap
daripada jenis yang ditunjukkan memang berupaya menggalakkan interaksi di
antara pelajar dengan pelajar.

Bentuk Pertama
Pelajar menghadap antara satu sama lain dengan mengelilingi sebuah meja.
Mudah untuk mencatat dan menulis laporan.

Bentuk Kedua
Bentuk bulatan kecil tanpa menggunakan meja. Pelajar menghadap antara
satu sama lain. Satu kedudukan yang baik.

45

Bentuk Ketiga
Pelajar duduk dua baris di kiri dan kanan meja. Pengerusi di hadapan meja
mengawal perbincangan.

Kelebihan pelaksanaan sesi buzz.


Dalam sesi buzz belajar berpeluang melibatkan diri secara aktif dari segi
penyertaan. Mereka juga tidak berasa jemu untuk belajar. Pelajar digalakkan
berfikir secara mendalam, logik dan analitis terhadap sesuatu tajuk yang
dibincangkan. Pelajar bertanggungjawab dan berusaha untuk memastikan
topik yang dibincangkan bertepatan dengan kehendak pelajaran.
Selain itu, pelajar akan berusaha mencari jawapan sendiri dalam sesetengah
aspek pelajaran. Dalam sesi buzz juga, pelajar dapat belajar cara menerima
pendapat orang lain dan menghargainya.
Kelemahan pelaksanaan sesi buzz
Walaupun

sesi

buzz

mendatangkan

banyak

kelebihan,

ada

juga

kelemahannya. Sesi buzz mungkin kurang berkesan kerana pengetahuan


sedia ada pelajar adalah terhad. Selain itu, masa dan tenaga mungkin
terbuang jika perbincangan terpesong daripada objektifnya. Sesi buzz dilihat
lebih menguntungkan pelajar yang cerdas dan rajin membaca. Mereka akan
berusaha menonjolkan diri dan memberi pelbagai idea. Di sebalik itu,
sumbangan daripada pelajar lemah pula dilihat sangat terhad. Mereka
sentiasa dibayangi kepintaran pelajar-pelajar lain.

46

Kesimpulan
Sesi buzz merupakan suatu kaedah pengajaran yang memberi peluang
kepada pelajar memperkembang potensi individu dari segi intelek, sosial,
afektif dan keyakinan diri.
Pelajar juga akan memperoleh beberapa manfaat lain seperti kemahiran
bertutur, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, menilai kemampuan diri
dan pemupukan nilai sosial. Keberkesanan sesuatu sesi buzz yang
dijalankan

sangat

bergantung

kepada

penglibatan

aktif

pelajar

dan

kesesuaian topik yang dibincangkan.


RUJUKAN
Anspaugh, D. J. & Ezell, G. (1998). Teaching todays health (5th ed.)
Benjamin Cumming Publishing: USA
Brookfield, S. D. & Preskill, S. (1999). Discussion as a way of teaching
SHRE and Open University Press: Buckingham, UK.
Chalmas, D. & Fullen, R. (1996) Teaching for learning at university
theory and practice. Kogan Page Limited: London.
Champeau, D. (1998). Great ideas in teaching health. Allyn & Bacon:
USA.
Greenberg, J.S. (1992). Health education. (2nd Ed). Wm.C. Brown
Publishers: Dubuque, USA.
Mok Soon Sang. (1992). Pedagogi 2. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.:
Kuala Lumpur.
Rahimah Abdul Kadir. (1995). Pendidikan kesihatan teori dan amalan.
Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur.
Siri Panduan Guru KBSR Jilid 4. (1992). Teknik pengajaran dan
pembelajaran. Dewan Bahasa & Pustaka: Kuala Lumpur.
Teng Boon Tong (1994). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Longman
Malaysia Sdn. Bhd.: Selangor
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani & kesihatan
(pengkhususan). Fajar Bakti Sdn.Bhd.: Shah Alam.
http://www.annauniv.edu/netlish/introduction.htm
47

http://www.annauniv.edu/netlish/tested_in_gd.htm
http://www.indiana.edu/~teaching/handbook_2.shtml
http://pendidikan.tv/guruinternet.html
http://www.ppk.kpm.my/html/edu%20resource/modul5.pdf#search='tek
nik%20pengajaran%20perbincangan%20kumpulan
http://www.tpub.con/content/advancement/14504/css/14504_26.htm.

48

You might also like