You are on page 1of 7

Judul Buku

: Gerakan Gereja Katolik di Malaysia

Bilangan Halaman : 115 halaman


Pengarang

: Ismail Abdul Rahman

Penerbit

: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 2000

Pengulas

: Jonna Anak Randog (134064)

Pengenalan

Buku ini adalah hasil kajian penulis tentang perkembangan dan gerakan kristianisasi di
Malaysia sejak zaman kedatangan penjajah sehinggalah tahun 1999. Penyelidikan beliau dibiayai
dan dapat sokongan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan telah dijalankan di
School of Oriental & African Studies di London dan di perpustakaan gereja Vatican di Rome, Itali, di
samping mendapat kerjasama dariapa badan-badan tertentu di Malaysia.
Penulis memilih perkembangan gereja Katolik kerana gereja ini mempunyai penganut yang
paling besar di Malaysia berbanding gereja-gereja yang lain.
Objektif buku ini adalah untuk melihat secara dekat gerakan gereja Katolik dan mengkaji
pendekatan yang digunakan oleh mubaligh dalam menarik rakyat negara ini menganut fahaman
Katolik. Selain itu, buku ini juga menyorot sejarah penglibatan paderi dan misionari yang bermula di
Melaka dan beberapa tempat lain di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.
Menurut beliau, pertapakan awal gereja Katolik di Malaysia bermula dengan runtuhnya
kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511 di tangan kuasa penjajah Portugis. Paderi Katolik yang
popular yang sering dikaitkan dengan pertapakan awal aliran Katolik di Melaka ialah Francis Xavier.
Paderi tersebut telah tiba di Melaka sekitar tahun 1546 dan 1547.
Namun penulis menghadapi masalah untuk mengumpul banyak maklumat kerana tidak
banyak kegiatan misionari Katolik pada peringkat awal yang dapat dicatat, justeru ketiadaan
dokumen-dokumen bertulis mengenainya. Kehadiran dan kejayaan Belanda menguasai Melaka pada
tahun 1641 telah membantutkan lagi perkembangan misi Katolik di kawasan sekitarnya. Keadaan ini
berlaku kerana permusuhan lama antara fahaman Katolik dan Protestan di Eropah terbawa-bawa ke
timur. Namun kejayaan British menguasai Melaka pada akhir abad ke-18, telah memberi nafas baru
kepada fahaman Katolik untuk bergerak semula.
Perkembangan misi Katolik di negeri-negeri Semenanjung mendapat sokongan pihak British.
Manakala di Sarawak disokong oleh keluarga James Brooke dan di Sabah pula disokong oleh North

Borneo Chartered Company. Galakan dan sokongan daripada pihak penjajah telah memperlihatkan
perkembangan kegiatan mengkristiankan penduduk di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Bab 1

: Permulaan Misi Katolik di Semenanjung Malaysia.


Menurut Rooney dalam buku yang berjudul, A History of The Catholic Church in East

Malaysia and Brunei 1880-1976, gelombang ketiga kedatangan misionari ke Timur ialah pada abad
kelima belas melalui orang-orang Portugis dan Sepanyol. Portugis mengukuhkan kuasanya di Timur
dengan menguasai empat tempat strategik iaitu di Selat Ormuz, Goa, Melaka dan Macao.
Beberapa siri penjajahan asing telah meletakkan Melaka sebagai salah satu markas
penyebaran agama Kristian Katolik di Timur, begitu juga di Sarawak dan Sabah. Portugal melihat
kejayaan mereka menguasai Melaka sebagai kemenangan mereka terhadap kuasa Islam di Timur.
Angkatan perang yang dipimpin oleh Alfonso DAlbuquerque telah memainkan peranan yang
penting dalam membawa masuk agama Kristian di Melaka. Beberapa guru agama (paderi) telah
memainkan peranan dalam penyebaran Kristian Katolik di Melaka.
Menurut penulis terdapat tiga kumpulan yang aktif menyebarkan agama kristian di Melaka
iaitu Dominican, Franciscan dan Jesuit (semuanya fahaman Katolik). Pengaruh Kristian Katolik
semakin kuat dengan kedatangan St. Francis Xavier, seorang tokoh Kristian Portugis yang terkenal
dalam sejarah mubaligh di Asia Tenggara dan Timur jauh pada abad ke-16. Beliau bersama beberapa
paderi telah mula membuka sekolah. Melaka menjadi pusat pastolik dan pusat persinggahan paderipaderi Kristian yang menjalankan aktiviti keagamaan ke negara-negara di Asia Tenggara dan Timur
Jauh. Menurut Godinho de Eredia, pada tahun 1613, terdapat seramai 7400 orang Katolik di Melaka,
empat religius convent, lapan Parish, 14 gereja, dua chapel hospital dan beberapa tempat hermitages
(tempat pertapaan)
Pada Februari 1557, Melaka telah menjadi sebuah Diocese Katolik, di mana Biskop de Santa
Luzia dilantik sebagai ketua Katolik. Beberapa negara dan gugusan pulau di Asia Tenggara telah
berada di bawah pentadbiran Katolik Diocese Melaka. Dengan demikian, pengaruh Katolik semakin
luas. Kesan-kesan peninggalan pemerintahan Portugis lebih kurang 130 tahun) dapat dilihat sehingga
ke hari ini selain terdapatnya komuniti kecil masyarakat Portugis di Ujung Pasir, Melaka sebagai
warisan sejarah. Namun, dalam masa yang sama pemerintahan Portugis di Melaka mendapat
tentangan beberapa kerajaan melayu di sekitarnya seperti Kerajaan Melayu Johor dan Aceh. Walau
bagaimanapun kerajaan Portugis terselamat daripada serangan tersebut.

Pada 14 Januari 1641, Belanda berjaya menawan Melaka. Dalam zaman pemerintahan
Belanda gereja suci Roman Katolik diroboh dan penganutnya ditindas oleh Belanda. Gereja Katolik
telah ditukar menjadi Gereja Reformed Belanda. Namun dalam zaman pemerintahan Inggeris, gereja
berkenaan ditukar pula menjadi gereja England atau Anglican Church yang dikenali sebagai Christ
Church Melaka.
Dalam zaman pemerintahan Inggeris, gereja-gereja Katolik telah berkembang semula.
Beberapa gereja, Cathedral, kolej dan sekolah dibina. Mereka bukan sahaja mengembangkan agama
Roman Katolik, malah melakukan kerja-kerja kebajikan. Diocese Melaka dihidupkan semula. Faktor
utama peningkatan penganut Katolik yang memberangsangkan adalah kerana wujudnya konversi
orang Cina, India dan Eurasian ke dalam gereja Katolik.
Bab 2

: Permulaan Misi Katolik di Sabah


Gerakan mengkristian penduduk tempatan di Pulau Borneo bermula apabila Antonio Pereira

dari fahaman Jesuit tiba di pulau berkenaan. Namun secara rasminya peringkat awal Kristian Katolik
di Kepulauan Borneo bermula pada 1648/49 yang diketuai oleh Pedro Duran de Mintforte. Beberapa
misi, gerakan dan paderi telah bertanggungjawab mengkristiankan penduduk di Pulau Borneo,
khasnya di pulau Labuan dan Brunei. Namun tidak banyak maklumat yang penulis temui
sehinggalah tahun 1866. Misionari dari The Mill Hill England mempunyai kaitan secara langsung
dengan gerakan mubaligh Katolik di Kepulauan Borneo Sejak tahun 1866, banyak gereja, kolej, dan
institusi agama lain yang dibina. Pada tahun 1881-1885, Labuan, Papar, Sandakan, Putatan InobongPenampang dan Bundu Kuala Penyu, telah menjadi stesen misi Katolik yang terkenal. Namun
pengaruh Katolik semakin meluas sehinggalah ke Tambunan, Kota Kinabalu, Keningau, Tawau dan
Kudat beberapa tahun kemudian.
Bab 3

: Permulaan Misi Katolik di Sarawak


Perkembangan Katolik di Sarawak mendapat saingan daripada satu lagi aliran Kristian iaitu

gereja Anglican (The Church Of England). Pengaruh Raja James Brooke telah menyebabkan gereja
Anglican berkembang pesat. Namun begitu James Brooke tidak menghalang perkembangan dan misi
Katolik di Sarawak. Seperti di Sabah, peranan Misionari The Mill Hill England juga sangat penting.
Kumpulan pertama Misionari Mill Hill England tiba di Kuching pada hari Ahad 10 Julai
1881. Sikap terbuka dan sokongan keluarga Brooke telah memperlihatkan Kristian Katolik
berkembang di seluruh pelosok negeri Sarawak. Misi misinari Katolik di Sarawak tidak berhadapan

dengan masalah yang terlalu sukar. Beberapa stesen Katolik dan sekolah dibina sehingga tahun 1895
di seluruh negeri Sarawak. Untuk menampung perbelanjaan stesen-stesen misi Katolik, ladangladang kopi dan getah dibuka.
Bab 4

: Penubuhan Gereja dan Sekolah Katolik di Semenanjung Malaysia


Seperti yang diterangkan sebelum ini, Kristian Katolik berkembang pesat pada zaman

pemerintahan British, walaupun kebanyakan mereka menganut agama Protestan Anglican. Menurut
penulis, Katolik lebih lewat berkembang di Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu berbanding
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat kerana faktor penjajah yang lebih lewat
masuk ke negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Selain itu, faktor pendatang Cina dan India yang
kurang di sana, di samping penduduk tempatan yang kebanyakannya Melayu yang lebih cenderung
kepada agama Islam.
Pada zaman tersebut, banyak Cathedral, Gereja, Parish, Kolej dan sekolah dibina sebagai
platform penyebaran agama Kristian Katolik. Selain mubaligh dari barat, pihak Katolik juga
membawa mubaligh dari China dan India bagi mengukuhkan agama Katolik di kalangan masyarakat
Cina dan India.
Selain menyebarkan agama Kristian Katolik, Gerakan Katolik juga menjalankan aktiviti
sosial dan kebajikan, sekaligus dapat mengukuhkan kedudukan agama Katolik di kalangan
masyarakat awam. Pertubuhan sosial dan kebajikan Katolik bergerak seiring dengan kegiatan
mereka dalam bidang pendidikan dan pembinaan gereja. Terdapat sembilan pertubuhan sosial dan
kebajikan terkenal pada masa itu.
Penulis juga mengetengahkan sambutan masyarakat tempatan di Semenanjung Malaysia
terhadap gereja Katolik. Masyarakat Melayu yang lebih sensitiviti terhadap agama Islam telah
terselamat daripada memeluk agama Kristian Katolik walaupun banyak dan pelbagai usaha telah
laksanakan oleh misionari Katolik. Namun begitu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, hanya
99.99% Melayu beragama Islam berbanding kaum-kaum lain yang ramai memeluk agama Islam.
Gerekan Katolik tidak begitu sukar di kalangan orang India, Cina dan Orang Asli. Keadaan
ini berlaku kerana ramai mubaligh Katolik dari kalangan orang India dan Cina, malah ramai
daripada pendatang tersebut telah memeluk agama Katolik sebelum datang ke negara ini. Peranan
misionari membudayakan Katolik di kalangan penganutnya telah menyebabkan mereka rasa bangga
jika cara hidup mereka mirip kepada penjajah. Proses pembudayaan masyarakat bukan sahaja setakat
kepercayaan dan cara hidup berpaksikan ajaran Katolik, malah turut mempengaruhi cara hidup

kebaratan dan pemilihan nama berdasarkan nama-nama orang barat. Malah ada perayaan-perayaan
penganutnya adalah perayaan-perayaan yang biasa diraikan oleh penganut Kristian Katolik di negara
asal mereka (Contohnya Pesta Ponggal dan upacara Aarathnai). Dalam pembudayaan Katolik, pihak
gereja Katolik telah membina rumah untuk anak-anak yatim, mendirikan tempat-tempat perubatan
dan klinik, mendirikan rumah-rumah untuk orang miskin, mendirikan rumah untuk orang-orang
cacat, menyediakan buku, risalah Kristian, mendirikan asrama untuk semua bangsa, menyediakan
pusat-pusat hiburan dan permainan, kelab koir, kugiran dan sebagainya (Abdul Aziz Md. Zin
1972,10).
Bab 5

: Perkembangan Misi Katolik di Sabah


Pada tahun 1981, misi Katolik di Sabah dan Sarawak termasuk Brunei menyambut ulang

tahun ke-100 tahun kewujudan dan perkembangan Katolik. Tahun 1881 dianggap tahun pertama misi
Katolik di Sabah, Sarawak dan Brunei. Perkembangan Katolik di Sabah dan Sarawak banyak
dipengaruhi dan dilaksanakan oleh misionari Mill Hill. Misionari Mill Hill mendapat nama sempena
nama sebuah bukit. Beberapa paderi dari Mill Hill bertanggungjawab dalam perkembangan Katolik
di Sabah dan Sarawak. Paderi-paderinya adalah daripada misionari St. Josephs Soceity for Foreign
Mission yang telah ditubuhkan oleh Cardinal Vaughan pada tahun 1866.
Gereja mula dibina pada November 1881 iaitu tarikh yang sama dengan penjajahan dan
pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah. Kebijaksanaan paderi-paderi telah berjaya
mempengaruhi dan meyakinkan pemimpin tempatan untuk menganut agama Kristian Katolik. Orang
Kadazan Dusun adalah masyarakat tempatan yang paling awal menganut agama Kristian Katolik.
Beberapa misi dan stesen Katolik dibina di seluruh pelosok negeri Sabah. Pihak Katolik di Borneo
telah memohon agar Vicar Apostolic Hong Hong menghantar paderi dari negara berkenaan bagi
menyebarkan agama Kristian Katolik kepada penduduk Cina yang semakin ramai di Borneo.
Setiap misi Katolik dan stesen Katolik mempunyai sejarah dan pergerakan yang tersendiri
dan pendekatan yang hampir sama. Banyak usaha dan langkah telah diambil oleh gereja Katolik
dalam usaha untuk mengkristiankan penduduk seramai yang mungkin. Pengaruh penganut Katolik
dalam kabinet negeri Sabah pada tahun 1970-an telah mengukuhkan lagi Katolik di Sabah. Banyak
gereja, sekolah dan institusi sosial lain yang dibina bagi mendampingi penduduk Sabah. Kegiatan
sosial dan kebajikan Gereja Katolik banyak dilaksanakan dalam pelbagai peringkat.
Di samping itu pendekatan mendampingi masyarakat dengan lebih dekat telah
mempercepatkan proses mengkristiankan masyarakat tempatan. Para misionari bukan sahaja tidak

mengancam adat resam dan kepercayaan penduduk tempatan secara total, malah berusaha
mengembangkan lagi budaya dan adat resam tersebut mengikut acuan Katolik yang lebih mesra.
Penganut bukan sahaja rasa tidak terancam, malah mereka rasa serasi dengan ajaran Kristian. Malah
pihak gereja turut meraikan perayaan-perayaan utama penduduk setempat mengikut acuan gereja
Katolik. Para paderi cuba menyelami keperluan penduduk setempat, mempelajari bahasa-bahasa
tempatan, menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan dan melatih paderi-paderi dari
kalangan penduduk tempatan.
Bab 6

: Perkembangan Gereja dan Sekolah Katolik di Sarawak


Perkembangan misi Katolik di Sarawak adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di

Sabah. Sikap keterbukaan keluarga Brooke telah memungkinkan perkembangan Katolik selari
dengan gereja Anglican yang dianuti oleh keluarga Brooke. Kegiatan misi Katolik di Sarawak juga
digerakkan oleh paderi-paderi Mill Hill England. Tahun 1881 juga dianggap tahun pertama Katolik
di Sarawak. Orang Dayak adalah kaum tempatan pertama yang menganut agama Katolik. Gereja dan
sekolah dibina sebagai platform penyebaran agama Kristian Katolik. Sebenarnya kegiatan Misi
Katolik di Sarawak dalam bidang pendidikan agak terkebelakang berbanding dengan pergerakan
gereja Anglican dan Soceity for The Propagation of The Gospel (SPG). Namun mulai tahun 1930-an,
misi katolik telah mengatasi misi-misi gereja lain di Sarawak.
Pada 7 9 Ogos 1981, Sarawak telah menyambut ulang tahun ke-100 tahun kewujudan
gereja Katolik di Sarawak. Perkembangan Katolik di Sarawak juga mendapat sokongan beberapa
pemimpin tempatan. Seperti mana yang berlaku di Sabah dan Semenanjung Malaysia, gereja Katolik
di Sarawak juga membina banyak institusi keagamaan dan institusi kebajikan sosial di seluruh
Sarawak. Keadaan ini telah berjaya melipat gandakan penganut Katolik di Sarawak.
Bab 7

: Analisis terhadap perkembangan Kristian Katolik di Malaysia


Berdasarkan analisis yang dibuat, jelas menunjukkankan hanya kaum Melayu sahaja yang

amat sukar dan agak mustahil untuk menganut agama Kristian Katolik. Kaum Cina adalah kaum
paling ramai menganut agama Kristian Katolik dengan dikuti oleh kaum India dan kaum-kaum lain
di Sabah dan Sarawak. Sabah dicatat negeri yang paling ramai penganut Katolik dengan diikuti oleh
negeri Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Tahun demi tahun bilangan penganut Kristian Katolik semakin meningkat. Institusi-institusi
keagamaan semakin meningkat walaupun kerajaan persekutuan tidak terlibat secara langsung dengan

perkembangan agama Kristian Katolik. Ini menunjukkan misi Katolik masih bergerak cergas
walaupun tanpa sokongan dari kerajaan persekutuan. Banyak gereja, sekolah, kolej, dan pusat-pusat
kebajikan dibina dan yang sedia ada dibaik pulih di seluruh Malaysia.
Terdapat beberapa pertubuhan keagamaan telah ditubuhkan di negara ini bagi mewakili
penganut bukan Islam dalam menyuarakan pendapat dan pandangan mereka. Namun setakat ini
luahan rasa pertubuhan tersebut dipandang sebelah mata oleh pihak kerajaan. Malah menurut Ismail
Abdul Rahman lagi, terdapat pemimpin Kristian termasuk pemimpin Katolik di Sarawak seperti
Father John Ha yang masih mempertikaikan kebebasan beragama yang wujud di negara ini.
Kebenarannya bergantung kepada diri seseorang yang menilai sama ada mereka pro Kristian atau
sebaliknya.
Implikasi
Pada pandangan saya sebagai pengulas buku ini, penyebaran dan proses kristianiti Kristian
Katolik di Malaysia bukanlah satu perkara yang remehtemeh. Kedatangan Katolik di negara sejak
zaman penjajah bukan sahaja penting untuk penganut Katolik, malah ia telah mewarnai sejarah
negara. Penyebaran agama Kristian Katolik juga telah memperlihatkan dasar kebebasan beragama di
negara ini selaras dengan Perlembagaan negara yang digubal sebelum negara mencapai
kemerdekaan. Penyebaran agama Kristian Katolik juga telah mendapat saingan dari mazhab kristian
yang lain, seperti Anglican, SPG, SDA, SIB, dan sebagainya. Perbezaan mazhab ini berlaku hasil
daripada percanggahan pendapat penyebar-penyebar agama di Eropah sejak beratus-ratus tahun yang
lalu. Kemudian, penjajah-penjajah yang berbeza telah menyebarkan agama yang dianuti oleh
mereka, mengikut mazhab, masing-masing. Namun sebagai penganut agama kristian, kita
memandang senario ini sebagai sesuatu yang positif, kerana ia memberi kebebasan kepada individu
membuat pilihan mengikut keperluan sendiri.
Kedatangan Katolik ini juga telah memperlihatkan keadaan penduduk negara kita
yang terdiri dari pelbagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai kepercayaan, sekaligus menjadi satu
keunikan terhadap aspek kebudayaan negara.

You might also like