You are on page 1of 8

DEFINISI PENGKLONAN Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif(aseks) yang sama dari

segi genetiknya dengan induknya. Sebelum ini, telah wujud pelbagai pengklonan semula jadi di mana tumbuh-tumbuhan dapat bertumbuh daripada bahagian-bahagian tumbuhan terutamanya runners melalui pelbagai cara cuttage, grafting, dan mound layer untuk mendapat baka tumbuhan daripada tumbuhan yang bermutu tinggi. Pengklonan sebenarnya bukan satu teknologi yang baru kerana pengklonan organisma telah dilakukan sejak dahulu dimana satu keratan daripada tumbuhan diambil untuk pembiakan vegetatif dan keratan ini menghasilkan tumbuhan yang baru melalui pembahagian sel. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya. Perkataan CLON berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan cara-cara yang tertentu. Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya(bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada kedua-dua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru. Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak. Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul The New Book of Knowledge mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran Dolly, seekor biribiri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini. Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu dan dikenali sebagai vektor pengklonan.

KEBAIKAN PENGKLONAN

Ciri-ciri yang baik pada induk dapat dipilih dan diwariskan. Bilangan klon yang banyak dapat dihasilkan dalam masa yang singkat untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman . Klon tumbuhan berbunga dapat berbuah dengan lebih cepat. (Tumbuhan yang ditanam daripada bijih bernih mengambil masa yang panjang untuk tumbuh dan menghasilkan buah). Tempoh matang klon lebih awal daripada induk dan dengan ini mengurangkan masa serta menjimatkan tenaga untuk penjagaan rapi pada peringkat muda.

Menjamin keseragaman baka yang baik; spesies daripada baka yang baik dan bermutu tinggi dapat digunakan untuk meningkatan mutu hasil tanaman. Pengklonan dalam tumbuhan melibatkan pembiakan vegetatif dan oleh itu, tidak memerlukan agen pendebungan serta boleh dilakukan pada bila-bila masa.

DEFINISI PENGKLONAN

Pengklonan merupakan salah satu teknik menghasilkan organisma secara pembiakan vegetatif(aseks) yang sama dari segi genetiknya dengan induknya. Ia merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks ataupun meiosis. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya. Perkataan CLON berasal dari perkataan GREEK yang bermaksud keratan tumbuhan daripada pokok asal. Dengan ini, untuk menghasilkan satu klon, sebahagian daripada pokok asal diambil dan akan tumbuh kepada satu pokok yang sempurna dengan caracara yang tertentu. Klon yang dihasilkan merupai induknya kerana sel yang diambil daripada induknya(bukan sel pembiakan) mempunyai dua set kromosom, iaitu daripada keduadua seks dan menyebabkan ia mempunyai kesemua maklumat genetik untuk menghasilkan satu organisma yang baru. Mengikut pakar-pakar sains, pengklonan tidak mencipta nyawa, tetapi ia hanya membenarkan pakar sains memilih sel yang betul-betul berkualiti untuk tujuan membiakkan organisma yang berkualiti dan secara banyak. Mengikut sebuah ensikopedia yang berjudul The New Book of Knowledge mengatakan bahawa teknologi klon ini mendapat perhatian daripada masyarakat dunia pada tahun 1997 apabila pakar-pakar sains di Scotland mengumumkan kelahiran Dolly, seekor biri-biri yang diklonkan daripada sel yang diambil daripada seekor biri dewasa. Kejayaan ini juga menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan di mana mereka percaya bahawa manusia juga boleh diklonkan dan akan menyebabkan banyak masalah yang tidak diingini. Prosedur-prosedur pengklonan adalah bergantung kepada keupayaan sesuatu vektor untuk meneruskan rantai hidup mereka dalam sel bakteria atau sel yis mahupun DNA asing dimasukan di dalam mereka. DNA asing yang dibawa masuk ke dalam sel bakteria atau sel yis adalah molekul-molekul tertentu dan dikenali sebagai vektor pengklonan.

JENIS-JENIS PENGKLONAN

Saintis telah membahagi dua kaedah yang dijanjikan oleh pengklonan DNA dewasa melalui teknik pemindahan nukleus iaitu:i) Pengklonan Reproduktif :

Pengklonan mewujudkan seorang insan yang baru, yang mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus. Pengklonan dikatakan memberi kepuasan yang amat besar kepada pasangan suami isteri yang tidak berkeupayaan untuk melahirkan cahaya mata.

ii) Pengklonan Teraputik :

Para saintis mengatakan bahawa faedah yang bakal diperolehi dari pengklonan DNA Dewasa untuk Tujuan Perubatan menjanjikan pelbagai kebaikan dan tidak patut dihentikan. Menurut mereka, ia berbeza daripada pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedah dijanjikan termasuk : a). Bagi memperolehi 'stem cell' yang akan membantu pertumbuhan sel baru b). Bagi mencipta organ-organ penting c). Membantu mengubati pesakit yang memerlukan pemindahan air tulang sum d). Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit genetik.

ISU PENGKLONAN MANUSIA Berlandaskan ajaran kebanyakan agama, umpamanya Islam, Kristian dan Buddha, Tuhan sahaja yang boleh mencipta manusia. Manusia dilahirkan dalam dunia ini adalah kerana kekuasaan Tuhan semata-mata dan memesongkan akidah kita sebagai manusia.
Mengikut ajaran-ajaran agama, manusia tidak mempunyai hak untuk mempunyai kuasa

Tuhan. Tindakan mengklon boleh dianggap adalah sesuatu tindakan yang keterlaluan yang melanggar tradisi ajaran agama dan norma masyarakat yang diwarisi turuntemurun ini. Sehinggalah hari ini, kontroversi pengklonan manusia masih berterusan. Pertikaian ini akan tidak berhabis-habisan kerana memang sukar untuk membuat keputusan sama ada menyokong atau menentang. Setakat ini, kebanyakan negara dan agama menentang pengklonan manusia secara keras. Pengklonan manusia masih tidak boleh diterima oleh masyarakat pada hari ini.

Pada pendapat saya, pengklonan patut diharamkan selama-lamanya. Saya berpandangan bahawa kemudaratan yang dibawa oleh pengklonan manusia adalah lebih serius daripada kebaikan yang ada.Saya berpendapat bahawa sistem manusia yang akan menjadi kucar-kacir adalah kemudaratan utama yang dibawa oleh pengklonan. Masalah- masalah seperti kekeliruan identiti, populasi manusia yang tidak terkawal dan campur tangan akan kuasa Tuhan akan timbul. Meskipun pengklonan dikatakan mengembangkan bidang perubatan dan mendatangkan kesan baik yang lain, tetapi haruslah manusia sederhana dan tidak keterlaluan.

KEBURUKAN PENGKLONAN

Klon-klon mempunyai rintangan yang sama terhadap penyakit dan perosak. Sekiranya satu klon diserang penyakit atau perosak, semua klon yang tidak mempunyai daya rintangan terhadap serangan penyakit/perosak tersebut,juga akan mati dan menyebabkan kepupusan spesies itu.

Pengklonan dijalankan dalam keadaan persekitaran yang terkawal, maka, jika persekitaran luar berubah menjadi tidak sesuai, keseluruhan klon mungkin musnah.

Bagi teknik kultur tisu, bukan semua sel/tisu boleh diklonkan.

Klon tidak menunjukan variasi dari segi genetik.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK DATOK BANTING TAJUK TUGASAN : PENGKLONAN /KEJURUTERAAN NAMA : WANG PICK HOON KELAS : 6B6 NAMA GURU MATA PELAJARAN : EN. DEWARAJAN TARIKH PEMBENTANGAN : CATATAN MARKAH : ASPEK PENILAIAN IDEA DAN HURAIAN BAHASA PEMBENTANGAN PERBINCANGAN JUMLAH MARKAH

MARKAH

LAMPIRAN

SUMBER MAKLUMAT

http://cool-ron98.freeservers.com/definisiklon.htm http://www.docstoc.com/docs/12661502/pengklonan http://it403cyzhen.tripod.com/pengklonan.htm

You might also like