You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMA
N
2
3

1.0 Pengenalan
2.0 Maksud
Istinjak
3.0 Dalil
4.0 Hukum

4
4
4
4
5
5

4.1 Rukun Istinjak


4.2 Syarat Istinjak
5.0 Cara Istinjak
5.1 Cara Istinjak Dengan
Batu
5.1.1 Syarat
Istinjak Dengan
Batu
5.2 Cara Istinjak Dengan
Air Mutlak

6
5.2.1 Syarat
Istinjak Dengan
Air Mutlak

6.0 Adab Istinjak

6.1 Tempat Menunaikan


Hajat
6.2 Dalam lubang pada
tanah atau pada dinding
dan seumpamanya
6.3 Di bawah pokok
yang berbuah bagi
memelihara buah
tersebut daripada
tercemar ketika luruhnya
sama ada buah tersebut
dimakan atau diambil
manfaat dengannya.

6.4 Air yang


tenang/bertakung.

7.0 Masuk Dan


Keluar Tempat
Qada Hajat

7.1 Arah Mengadap


7.2 Keadaan Orang Yang
Qada Hajat
8.0 Hukum
Hakam
Berkaitan

8
8
9

9.0 Hikmah
Istinjak
10.0 Rujukan

10
11

1. Pengenalan
Agama Islam sangat mementingkan kebersihan dan kesucian kerana kedua dua
aspek ini menjamin tahap kesempurnaan iman dan ibadah seseorang muslim.
Oleh itu, seorang muslim yang sempurna hendaklah menjamin kesucian dan
kebersihan diri, kawasan serta alam sekitar yang dilalui atau dihuni oleh nya.
Malah kebersihan itu juga adalah sebahagian daripada iman. Seorang muslim
yang tidak menjaga kebersihan dirinya bukan lah seorang yang sempurna
daripada

segi

iman

nya.

Walaupun

begitu,

umat

Islam

haruslah

tidak

mengabaikan aspek kebersihan dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai


contoh, kebersihan diri sendiri seperti beristinjak. Istinjak adalah wajib dan
sangat dituntut dalam Islam dalam menjaga kemaslahatan umat Islam itu sendiri.
Tanpa beristinjak, pelbagai jenis penyakit dan virus menyerang diri. Oleh itu, hal
dan perkara tentang Istinjak ini jangan lah diabaikan dalam menjaga diri serta
ibadah kita.

2. Maksud Istinjak
Istinjak dari segi bahasa ialah putus. Manakala dari segi syarak pula ialah
menghilangkan najis daripada kemaluan dengan menggunakan air, batu,
atau kedua-duanya, atau sesuatu yang dibolehkan syara untuk bersuci.
Menurut Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji
dalam kitab mereka Fikah Al-Manhaji Mazhab Syafie mengatakan bahawa :
Istinjak ialah menghilangkan najis atau mengurangkannya daripada
tempat keluar kencing atau air besar. Perkataan istinjak diambil daripada
perkataan an-naja iaitu selamat dan terhindar daripada penyakit atau
diambil daripada perkataan an-najwah iaitu tanah yang tinggi atau
daripada perkataan an-najw iaitu sesuatu yang keluar daripada dubur. Ia
dinamakan dengan istinjak di sisi syarak kerana orang yang beristinjak
berusaha untuk melepaskan dirinya daripada sesuatu yang menyakitkan.
Pada kebiasaannya ia dilakukan di tempat yang tertutup seperti di
belakang tanah yang tinggi dan seumpamanya.
Rumusan dari pendapat di atas mengatakan bahawa istinjak ialah
menghilangkan najis ringan atau berat dari tempat keluarnya najis (khubul
dan dubur) dengan menggunakan air, batu, kulit kayu atau benda-benda
kesat. Tujuan istinjak adalah untuk membolehkan solat atau ibadah lain.

3. Dalil
Istinjak adalah wajib dilakukan oleh semua umat Islam, sepertimana sabda
Rasulullah saw yang bermaksud :
Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'keduadua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang
diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana
tidak beristinjak selepas buang air kecil. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Hukum
Wajib istinjak dengan air atau dengan batu atau suatu yang keras dan suci
dan kesat serta tidak dihormati. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya :
Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata;
'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang
seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa
kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.(Riwayat Al-Bukhari dan
Muslim)
Dosa bagi sesiapa yang meninggalkan istinjak dengan sengaja kerana
orang tersebut berada didalam kekotoran.

4.1 Rukun Istinjak


Islam.
Alat untuk istinjak, seperti air, batu, kertas atau seumpamanya.
Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.
Istinjakkan itu membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu
qubur atau dubur.

4.2 Syarat Istinjak

Menghapuskan rasa najis.


Menghapuskan bau najis.
Menghapuskan warna najis.

5. Cara Istinjak
Istinjak mestilah 3 kali berturut-turut, jika masih belum suci, boleh diulang
lagi basuhan sehingga suci.
Alat dibuat istinjak mestilah melingkupi tempat yang disapu.
Beristinjak mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar dari
kemaluan manusia.
5.1 Istinjak Dengan Batu
Menggunakan satu batu besar atau tiga ketul batu, sapukan kepada
tempat keluarnya najis iaitu qubur. Jika diulang-ulang di tempat yang sama
dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan menggunakan air. Hadis
Rasulullah SAW :
Dikatakan kepada Salman ra : Sesungguhnya Nabi kamu SAW telah
mengajar kamu semua perkara termasuk cara membuang air. Lalu dikata :
Benar, sesungguhnya baginda melarang kami mengadap kearah kiblat
ketika membuang air besar dan kecil, melarang kami beristinjak
menggunakan tangan kanan atau istinjak menggunakan kurang dari tiga
biji batu atau beristinjak dengan najis atau tulang.(Riwayat Muslim)
Afdhal beristinjak dahulu dengan tiga biji batu atau tiga bahagian pada
satu buji batu yang besar sehingga diyakini bersih, maka dibasuh pula
dengan menggunakan air mutlak sehingga bersih pada bahagian
kemaluan yang terkena najis tersebut.
Disunatkan setiap bilangan penyucian itu diganjilkan bilangannya seperti
3, 5, 7, 9 dan seterusnya. Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW
bersabda :
Sesiapa beristinjak dengan batu, maka hendaklah ia ganjilkan
bilangannya. Sesiapa yang memperbuat begitu maka sesungguhnya itulah
yang lebih baik, tetapi sesiapa yang tidak berbuat begitu maka tidaklah ia
berdosa" (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)
5.1.1 Cara Istinjak Dengan Batu

Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan

kemaluan yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.


Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan kemaluan

kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu.


Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.
Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada

najis secara perlahan-lahan.


Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis
pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis telah kering,
wajib menggunakan air.

5.1.2 Syarat Istinjak Dengan Batu

Najis tersebut tidak terkena tempat lain.


Bagi membuang air besar hendaklah najis tersebut berlemak-lemak, tidak

cair atau lembik.


Hendaklah najis itu tidak terkena najis lain ke atasnya. Kalau ia terkena

najis lain, maka ia wajib beristinjak dengan menggunakan air mutlak.


Sekurang-kurangnya menggunakan tiga biji batu atau tiga bahagian dari
sebiji batu besar. Jika tiga batu masih tiada menyucikan hendaklah

ditambah lagi hingga diyakini suci.


Haram beristinjak menggunakan tulang dan najis yang menjadi keras.
Begitulah juga haram beristinjak dengan sesuatu yang tertulis perkataan
yang dimuliakan seperti ayat Al-Quran, Hadis, ilmu yang bermanfaat,
nama-nama nabi-nabi, malaikat dan alim ulamak.

5.2 Istinjak Dengan Air Mutlak


Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya
Indahnya Hidup Bersyariat mengatakan bahawa :
Beristinjak menggunakan air samalah juga dengan menggunakan batu iaitu
dibersihkan sehingga hilang bau, rasa, zat dan warnanya.
Untuk memastikan bersih atau tidak qubul atau dubur, maka boleh dirasakan
dengan tangan sendiri, jika ia berasa kesat dan tidak berlendir, maka ia telah
dikira bersih dan suci qubul atau dubur. Air merupakan alat yang terbaik untuk
beristinjak, kerana air dapat menghilangkan ain, rasa, bau dan warnanya sekali.
5.2.1 Cara Istinjak Dengan Air Mutlak

Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.


Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.
Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.
Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh
benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan

memasukkan sedikit ruas jarinya.


Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik

najis padanya ketika membasuh dubur.


Sunat selepas istinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh
tangan.
7

Sunat ketika istinjak membaca doa.


Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.

Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar
menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa
kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila
merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.
Setelah selesai beristinjak dengan menggunakan air mutlak, batu atau bendabenda kesat, maka disunatkan membaca doa :
Ya Allah, bersihkan hatiku daripada sifat munafik dan peliharalah kemaluanku
daripada kejelekkan (kekotoran).
6.0 Adab Beristinjak
Di sini terdapat etika yang dituntut ke atas setiap muslim supaya melakukannya
ketika qada hajat dan beristinjak. Di antara etikanya ialah :
6.1 Tempat Menunaikan Hajat
Jalan orang ramai atau tempat mereka duduk atau berkumpul kerana ia
boleh menyakitkan mereka. Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi SAW telah
bersabda : Takutlah kamu kepada dua perkara yang membawa kepada
laknat. Para sahabat bertanya : Apakah dua perkara tersebut? Rasulullah
SAW menjawab : Orang yang membuang air besar (menunaikan hajatnya)
di tempat laluan orang ramai atau tempat mereka berteduh. (Riwayat
Muslim)
6.2 Dalam lubang pada tanah atau pada dinding dan
seumpamanya
Hal ini kerana ia akan menghasilkan perkara-perkara yang menyakitkan.
Kemungkinan di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang berbisa
seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan menyakitkannya. Kadangkadang terdapat di dalamnya haiwan yang lemah, maka ia boleh
menyakitkan binatang tersebut. Daripada Abdullah Bin Sarjis bahawa ia
berkata : Rasulullah SAW melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu
lubang tanah.(Riwayat Abu Daud)
6.3 Di bawah pokok yang berbuah bagi memelihara buah tersebut
daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut
dimakan atau diambil manfaat dengannya.
Ini supaya perasaan seseorang tidak merasa jijik.
6.4 Air yang tenang/bertakung.
Ini kerana jiwa manusia akan merasa jijik dengan air tersebut sekalipun air
itu banyak dan najis tersebut tidak merubah rasa, bau atau warnanya.
Atau pun air itu akan dibuang begitu sahaja jika najis itu mengubahnya.
8

Larangan ini juga termasuk pada air yang kurang dari 2 kolah. Daripada
Jabir ra daripada Nabi SAW bersabda : Baginda SAW melarang kencing
dalam air (bertakung) tenang (Riwayat Muslim)

7.0 Masuk Dan Keluar Tempat Qada Hajat


Disunatkan kepada orang yang qada hajat supaya melangkah dengan kaki kiri
ketika masuk dan dengan kaki kanan ketika keluar. Ini kerana itulah yang lebih
layak untuk tempat-tempat kotor dan najis. Dan jangan ia membawa perkataan
yang menyebut nama Allah dan juga namaNya yang lain.
Disunatkan juga membaca zikir dan doa-doa yang telah thabit daripada
Rasulullah SAW ketika masuk tandas dan keluar daripadanya.
7.1 Arah Mengadap
Haram ke atas orang yang qada hajat mengadap kearah kiblat atau
membelakangkannya sekiranya ia berada di tempat lapang dan tidak ada
pendinding yang tinggi yang menutup auratnya ketika qada hajat.
Begitu juga haram qada hajat di dalam binaan yang tidak disediakan
sebagai tempat qada hajat dan tidak mencukupi syarat-syarat pendinding
seperti dinding yang tinggi yang menutupi auratnya.
Disyaratkan dinding yang menutupnya itu tidak jauh daripadanya lebih
daripada 3 hasta dengan ukuran tangan manusia atau menyamai lebih
kurang 150cm. sekiranya binaan tersebut disediakan sebagai tempat qada
hajat (tandas) maka janganlah mengadap kiblat atau
membelakangkannya. Daripada Abi Ayub Al-Ansari ra. Daripada Nabi SAW
bersabda :
Apabila kamu datang ke tempat qada hajat maka janganlah kamu
mengadap kea rah kiblat dan jangan kamu membelakangnya sama ada
ketika buang air kecil atau besar, tetapi mengadaplah ke arah timur atau
barat. (Riwayat Al-Bukhari)
7.2 Keadaan Orang Yang Qada Hajat
Dia hendaklah duduk di atas tumit kaki kiri dan mendirikan lutut kaki
kanan serta tidak melihat ke langit, kemaluannya dan najis yang keluar
daripadanya. Ini kerana perbuatan tersebut adalah tidak layak dengan
keadaanya itu. Dan makruh dia bercakap dan lainnya ketika qada hajat.
Daripada Ibnu Umar ra berkata :
Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah SAW yang sedang membuang
9

air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak


menjawab. (Riwayat Muslim)
Makruh juga perbuatan yang lain seperti makan, minum dan bercakapcakap ketika sedang melakukan perbuatan qada hajat.

8.0 Hukum Hakam Berkaitan


8.1 Beristinjak Menggunakan Tangan Kiri
Orang yang qada hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya untuk
membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu dan
seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan. Sekiranya ia
menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah makruh sebagaimana
makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.
Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya
dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal), maka ia
hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya dengan
tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan mengerakgerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis tersebut. Daripada
Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :
Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil
(memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak
dengan tangan kanannya. (Riwayat Al-Bukhari)
8.2 Alat Yang Haram Digunakan Untuk Istinjak

Tidak sah beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang najis atau


mengandungi najis, kerana ia akan menambahkan lagi kesan najis yang
sepatutnya dikurangkan dengan cara beristinjak. Daripada Abdullah Bin
Masud ra berkata : Nabi SAW telah datang ke tempat qada hajat dan
menyuruh aku membawa 3 biji batu kepadanya. Aku hanya dapati dua biji
batu dan aku cari yang ketiga tetapi tidak mendapatinya. Kemudian aku
mengambil tahi binatang dan bawa kepadanya, lalu Baginda mengunakan
dua biji batu tersebut dan membuang najis itu seraya berkata : Ini adalah
najis. (Riwayat Al-Bukhari)
Haram beristinjak dengan menggunakan makanan yang dimakan oleh
anak Adam. Contohnya seperti roti dan lain-lainnya. Haram juga beristinjak
dengan menggunakan tulang, kerana ia merupakan makanan jin dan
haiwan seperti anjing. Daripada Ibnu Masud ra dari Rasulullah SAW
10

bersabda mafhumnya : Telah datang kepadaku Jin yang memanggil, lalu


aku pergi bersamanya dan aku membacakan Al-Quran kepada mereka.
Ibnu Masud menceritakan lagi, dan mereka itupun meminta bekalan. Lalu
Baginda menjawab : Bagi kamu semua tulang yang disebut di atasnya
nama Allah, ia berada di tangan-tangan kamu dalam keadaan daging yang
lebih banyak, dan juga tahi-tahi binatang menjadi makanan kepada
binatang-binatang kamu. (Riwayat Muslim)
Haram beristinjak dengan sesuatu benda yang dihormati seperti anggota
haiwan yang bersambung dengannya seperti tangan dan kakinya, lebihlebih lahi anggota manusia kerana perbuatan tersebut berlawanan dengan
kemuliaannya.

9.0 Hikmah Istinjak


Melakukan istinjak dapat membersihkan anggota badan supaya anggota badan
menjadi sihat dan cergas. Orang yang sihat akan sentiasa ceria dan bersemangat
dalam setiap pekerjaannya yang dilakukan. Kesihatan yang baik dapat
menghindarkan diri daripada segala penyakit yang disebabkan dari kuman atau
kekotoran. Sebab itulah Islam sangat mengambil berat soal kebersihan ini kerana
ia mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan.
Orang yang sihat dapat melakukan segala ibadah kepada Allah dengan semangat
dan kekuatan tenaga yang ada dan juga dapat melaksanakan ibadah dengan
baik dan khusyuk. Allah sangat suka kepada orang yang menjaga kebersihan diri
dan kebersihan sekelilingnya. Kekemasan dan kebersihan adalah merupakan
sunnah Nabi Muhammad SAW, sebagai umat Islam kita perlu meneladani apa
yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.
Orang yang mempunyai kebersihan diri akan sentiasa dihormati oleh orang
sekelilingnya. Malah ia juga menjadi model atau contoh kepada masyarakat
sekelilingnya. Berbeza dengan orang yang tidak bersih, kerana masyarakat akan
memandangnya jijik dan mereka tidak mahu mendekati orang yang tidak bersih.
Orang yang tidak bersih ini sering kalinya berada dalam keadaan yang tidak
terurus, kotor, busuk dan sebagainya.
Beristinjak atau membersihkan diri daripada najis dapat menghindarkan diri dari
berbagai-bagai penyakit yang disebabkan kekotoran najis. Kuman yang
disebabkan najis yang dikeluarkan oleh seseorang dapat dihilangkan dengan cara
istinjak sehingga bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri dari dihinggapi
oleh berbagai penyakit. Islam telah meletakkan kaedah istinjak yang paling baik
kepada umatnya supaya dapat menjauhkan diri daripada berbagai penyakit.

11

10.0 Rujukan
1. Al Quran Al Kareem
2. Dato Dr. Ismail Kamus (2011) , Indahnya Hidup Bersyariat , Kuala Lumpur ,
Telaga Biru Publications
3. Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji (2004),
Fikah Al-Manhaji Mazhab Syafie
4. Nor Amin Sayani Bin Zainal (2012) , Toolkit Fardhu Ain , Kuala Lumpur, PTS
Publications

12

You might also like