You are on page 1of 14

MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA (CTU 551)

Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina Muslim Di Malaysia


Bermula sejak 600 tahun terdahulu. Laksamana Cheng Ho telah beberapa kali belayar ke Tanah Melayu pada zaman Dinasti Ming di China. Laksamana Cheng Ho merupakan seorang muslim yang berasal dari Yunnan. Legasi beliau dan pengikutnya telah menjadi perintis kepada kewujudan masyarakat Cina Muslim di Tanah Melayu. Pelayaran beliau telah dicatat oleh Ma Huan dalam karyanya yang berjudul Ying-ya Sheng-lan. Laksaman Cheng Ho mempunyai pengikut Muslim Eunuchs. Selain di Semenanjung TM, masyarakat Cina Muslim turut berkembang pesat di negeri Sabah dan Sarawak.

Terdapat 4 golongan Cina Muslim di Sabah dan Sarawak dari kaum Tianjing iaitu Wang, Li, Hong dan Guo. Setelah hampir 100 tahun, kini di Sabah telah wujud komuniti kecil masyarakat Cina Muslim yang pada mulanya berasal dari 4 golongan tersebut. Secara umumnya, Laksamana Cheng Ho sememangnya berkait rapat dengan kemunculan awal masyarakat Cina Muslim di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut Tan Yoek Seong yang ditulis dalam artikel tulisannya yang berjudul Chinese Element in the Islamisation of Southest Asia, penempatan awal telah didominasi oleh masyarakat Cina Muslim di bawah pengaruh Cheng Ho.

LATAR BELAKANG DEMOGRAFI MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA POPULASI


30%,masyarakat Cina mengamalkan Islam. di Malaysia. 60.4%

Muslim Malaysia yang utamanya Melayu dan semakin bertambah dari etnik mualaf Cina. Cina Muslim di Malaysia banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Contohnya, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah @ Tee Chuan Seng.

SUKU KAUM
Kawasan dengan jumlah penduduk yg besar: Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Sarawak, Sabah, Johor. Bahasa: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hokchiu, Hainan, Kwongsai, Mandarin, Malaysia, Inggeris. Agama: Buddha, Taoisme, Konfucianisme, Kristian, Islam, Hindu, Iktikad, BahaI, Atheisme, Freethinker. Kelompok etnik terdekat: Peranakan

Orang Cina merupakan kaum tertinggi selain kaum Melayu yang menganut agama Islam di Malaysia. Kuantiti: meningkat. Kualiti: ahli profesional dari masyarakat Cina ramai memeluk Islam. Contonhnya, Ridhuan Tee. Terdapat pelbagai kaum di Malaysia, antaranya orang Cina Malaysia = orang Cina luar negara yang menjadi warganegara@ penduduk tetap di Malaysia. Abad ke-15 hingga 18, mereka telah membentuk kaum sendiri iaitu Cina Peranakan dan Cina Selat.

Mereka memeluk adat Melayu secara berperingkat, contohnya berbahasa melayu tapi masih mengekalkan amalan asal iaitu agama Cina. Abad ke-19, mereka mengekalkan adat Cina = sinkheh (tetamu baru) Kaum Cina lebih mengekalkan identiti komuniti serta jarang berkahwin campur kerana budaya dan agama. Kecinaan sebagai satu identiti,budaya serta politik.

SUKU DIALEK
Enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan & Hokchiu. Hakka merupakan kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak. Kantonis suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan & Perak, Johor Timur, Sabah. Hokkien suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor.

Pencapaian masyarakat Cina Muslim dalam pelbagai bidang


Ekonomi. Kerohanian. Sosial.

Ekonomi.
Antara sumber ekonomi yang dipelopori oleh kaum cina muslim di Malaysia ialah industri makanan.

Hal ini dapat dibuktikan dengan pembabitan Mohd Chan Abdullah dalam pembukaan restoran makanan cina yang halal.
Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah berjaya mengembangkan perniagaan kepada beberapa cawangan disekitar Kuala Lumpur.

Tokoh usahawan, Ustaz Ann Wan Seng melibatkan diri dalam bidang penulisan perniagaan buku-buku perniagaan. Antara buku-buku penulisan beliau ialah Rahsia Bisnes Orang Cina. Oleh kerana ketokohan beliau, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim(MACMA),Pengerusi Kebajikan Islam Malaysia(PERKIM) cawangan Putra dan banyak lagi.

Kerohanian.
Pengerusi MACMA, Datuk Dr. Mustafa Ma telah memperjuangkan pembinaan masjid cina di Kuala Lumpur.

Masjid cina simbolik 1 Malaysia,masjid seni bina bercirikan masyarakat Tionghua telah dibina atas kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sosial
Populasi masyarakat cina muslim yang semakin berkembang membuka peluang kepada pertubuhan persatuan-persatuan seperti MACMA yang menitikberatkan kebajikan sosial masyarakat Cina Muslim di Malaysia.

MACMA banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan menyuarakan hak-hak dan pendapat mereka sebagai saudara baru.

Antara aktiviti yang pernah dijalankan ialah Peraduan Merekabentuk Masjid Cina dan Kompleks Kebudayaan MACMA.
Terdapat pelbagai persatuan lain yang memainkan peranan seperti MACMA,antaranya ialah Saudara Muslim Ipoh, PERKIM , MAIM dan banyak lagi.

You might also like