You are on page 1of 22

TAMADUN MELAYU

TERAS TAMADUN MALAYSIA

Hasil Pembelajaran
• Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu
• Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia
• Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia

Kandungan
• Konsep Melayu
• Asas Tamadun Melayu
• Pandangan Semesta Tamadun Melayu
• Teori kedatangan Islam Ke Alam Melayu
• Kesan Islam Dalam Tamadun Melayu
• Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu
• Pencapaian dalam Pelbagai Bidang
PENGENALAN
• Tamadun Melayu (TM) dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di wilayah Asia Tenggara yg
dikenali gugusan Kepulauan Melayu @ Nusantara @ Alam Melayu @ gugusan Kepulauan Melayu-
Indonesia
• Dua perkara mewarnai TM:
• Bahasa Melayu
• Agama Islam

KONSEP MELAYU
• Istilah Melayu merujuk Ras (genetik @ biologi)
• Iaitu sekumpulan manusia memiliki ciri genetik
yg sama & berasal dari Alam Melayu

Kebudayaan Melayu
• Pegangan dan amalan berteraskan agama Islam
dan adat resam masyarakat Melayu

Bahasa Melayu
• Bahasa yg dituturkan di seluruh kepulauan
Melayu
• Alam Melayu:
• Merangkumi kawasan kepulauan Melayu
merentasi Asia Tenggara hingga sempadan
Australia
• Orang Melayu yang merantau melepasi
Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora

• Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


• Perkara 160, Melayu ditakrifkan:
• Lazimnya berbahasa Melayu
• Mengamalkan adat istiadat Melayu
• Beragama Islam
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
• Tamadun Melayu – masyarakat Melayu yg mempunyai struktur sosial – Raja, Ulama,
pembesar, pedagang dan petani.
• Kemunculan tamadun Melayu diakitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu
• Asas Pembentukan Tamadun Melayu
• Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu.
• Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian.
• Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan
anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan
Istana berkuasa mutlak
• Nilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa
Barat – British.
• Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.
• Kemunculan TM Hasil Penguasaan Laluan Dagang
• Wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu seawal 2,500 tahun dahulu spt di Lembah Bujang,
Kedah dan Kuala Selinsing, Perak membuktikan terdapat pelabuhan-pelabuhan yang
mengendalikan perdagangan.
• Antara nilai yang dapat dilihat berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan iaitu
• interaksi dgn masyarakat luar,
• bersifat terbuka,
• menghormati undang2 tempatan
• mengambilkira pandangan pihak lain

• Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam


• Wujud pengaruh agama Hindu-Buddha pd kerajaan-kerajaan Melayu awal. Ianya dpt dilihat
pada monumen keagamaan spt candi lembah Bujang, candi Borobodur, Indonesia, Angkor
Wat, Kemboja.
• Binaan kuil-kuil tersebut menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat
Melayu ketika itu
• Empayar Melayu yang besar dan luas – empayar Funan dan empayar Sri Vijaya –
menguasai laluan dagang
• Kerajaan Melayu spt Langkasuka dan Beruas di Tanah Melayu dan Sri Vijaya dicatat dlm
catatan sejarah sarjana India dan Cina
Samb….

Selepas Kedatangan Islam


• Kedatangan Islam telah membentuk tamadun Melayu baru di mana menjadikan Tamadun
Melayu gemilang spt Kesultanan Melayu Islam Melaka, Acheh, Pasai, Perlak, Patani, Johor-
Riau yang menjadi pusat keintelektualan dan persuratan Melayu
• Antara karya yang dihasilkan - Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat
Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, Adat Raja-raja
Melayu, Sulalat al-Salatin @ Sejarah Melayu dsb.
• Antara tokoh ilmuan Melayu yang lahir pada zaman ini – Hamzah Fansuri, Arshad al-
Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari dll.
• Istana, masjid, sekolah pondok, madrasah berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu.
• Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca.
• Pelaksanaan undang-undang Islam dan adat spt Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka bukti ketamadunan Melayu Islam.
Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Dibawa dari China dan


Dibawa dari India Dibawa dari Arab
Champa
Islam Dibawa Dari India
• Kebanyakan sarjana Barat menyokong teori ini spt Snouck Hugronje, B. Harrison, Thomas
Arnold, Weirtheim, Monquette
• Mereka berpendapat Islam dibawa ke Alam Melayu oleh pedagang-pedagang India Muslim dari
India
• Pendapat Monquette
• Islam dibawa dari arah Gujerat, India
• Hujahnya – wujud persamaan batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gerisik (1419M) dgn di
Gujerat.

• Thomas Arnold
• Islam dibawa dari arah Banggala atau Malabar
• Hujahnya – persamaan mazhab di daerah ini dgn di Alam Melayu iaitu Mazhab Syafie

• Kebanyakan hujah teori sarjana Barat ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli sejarah kerana
fakta yang tidak kukuh.
Islam Dibawa dari China dan Champa
• Menurut laporan China Islam – orang Arab Islam telah sampai ke China pada zaman
Dinasti Pang (627-650M)
• Wahab Abi Kabsyah utusan Rasulullah s.a.w telah sampai ke Canton dan meninggal di
situ.
• Khalifah Saidina Uthman B Affan juga pernah mengutus Saad Abi Waqas ke Canton dan
telah membina masjid di situ.
• Pada 878M tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak puas hati terhadap
pencapaian ekonomi orang Islam. Keadaan ini mendorong orang Arab Islam melarikan diri
mencari perlindungan hingga ke Alam Melayu.
• Antara bukti teori Islam disebarkan oleh orang Arab Islam dari China ke Alam Melayu:
• Penemuan batu nisan bertarikh 1039M dan tugu yang tercatat hukum Islam (1025M)
di Champa
• Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu
• Sarjana yang menyokong teori ini S.Q Fatimi dan R.O Winstedt
Islam Dibawa dari Arab
• Kebanyakan ahli sejarah termasuk sarjana tempatan seperti Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan
Dr. Hamka menyokong teori ini.
• Hujah / bukti Islam dibawa terus dari Arab:
• Pengaruh tulisan jawi yang sama dengan huruf-huruf Arab, Cuma terdapat penambahan utk
disesuaikan dengan sebutan tempatan seperti ga, cha, nga, pa, nya
• Cara tata bacaan al-Quran di Alam Melayu mirip dengan tata bacaan di Arab dan tidak mirip
bacaan orang India atau China
• PengIslaman raja-raja Melayu oleh pendakwah Islam dari Arab spt Maharaja Derbar II (Kedah) pd
1136M diIslamkan oleh Syeikh Abdullah b Syeikh Ahmad dari Yaman, Parameswara telah
diIslamkan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama Sultan Muhammad Shah.
• Pengaruh istilah dan perkataan Arab seperti kitab, ilmu, kerusi, sultan, syukur dll termasuk pada
nama dan penggunaan bin / binti.
• Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu telah terjalin sejak sebelum kedatangan
Islam lagi.
• Khalifah Muawiyah Abi Sufian dikatakan telah berdakwah ke atas kerajaan Hindu Srivijaya.
• Kajian menunjukkan kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani, Champa, Pahang,
Johor, Terengganu dan Perlis berketurunan Ahl al-Bayt (keturunan nabi Muhammad)
Kesan Islam dalam Tamadun Melayu
a. Akidah
• Kedatangan Islam telah merubah kepercayaan, corak hidup dan pandangan semesta
masyarakat Melayu daripada kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme.
• Masyarakat Melayu mempercayai dan mengimani Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w.
• Antara asas pandangan semesta tamadun Melayu-Islam:
• Percaya kepada Allah yang Maha Esa, Pencipta, Pentadbir dan Pemelihara Alam
• Konsep perhitungan dan pembalasan di akhirat
• Yakin kepada pembalasan amalan baik dan sebaliknya
• Menghormati maruah dan martabat manusia, keadilan dan kebebasan
• Kesederhanaan dan keseimbangan dalam hidup (jasmani, rohani, emosi dan akal)
• Walaupun adat kepercayaan Hindu-Buddha dan animisme masih diamalkan oleh
masyarakat Melayu pada peringkat awal kedatangan Islam, namun lama kelamaan
ianya mula terhakis.
b. Politik / Kerajaan
• Wujud pusat-pusat kerajaan Islam di Alam Melayu seperti kerajaan Islam Acheh, Perlak,
Samudera-Pasai, Melaka, Mataram, Kedah dan Johor
• Sistem pemerintahan bersultan diperkenalkan. Jawatan mufti turut diperkenalkan bagi
menasihati sultan dalam hal ehwal Islam.
c. Sosial
• Terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan
dan amalan kasta sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun
masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi
perbezaan itu tidaklah begitu ketara.
• Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan
persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong
d. Undang-undang
• Undang-undang berlandaskan syariat Islam diperkenalkan seperti Hukum Kanun Melaka
dan Hukum Laut Melaka di zaman kesultanan Melayu Melaka.
• Pengaruh undang-undang Islam turut menggantikan undang-undang adat. Ini dapat dilihat
dalam undang-undang Pahang, undang-undang johor dan perlembagaan Terengganu
e. Ekonomi
• Kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan, namun aktiviti seperti pertanian,
penternakan dsb masih berjalan.
• amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat
keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi hendaklah
dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal
f. Kesenian
• Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi,
kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.
• Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah,
istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat
umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung
kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding
masjid.
• Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat
tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab. Batu
nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat
kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-
hukum syarak
g. Bahasa dan Sastera
• Bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu dan bahasa lingua franca di Alam Melayu.
• Sistem tulisan dipengaruhi Arab-Jawi.
• Muncul sastera Melayu bercirikan Islam seperti prosa dan puisi:
• Prosa – Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Bulan Terbelah dsb
• Puisi – syair Perahu, syair Burung Pingai karya Hamzah Fansuri, syair Nur
Muhamamad, syair Nabi Ayub dsb
h. Pendidikan dan Ilmu Syariah
• Kedatangan Islam telah menyemarakkan perkembangan ilmu pengetahuan berbanding
sebelum Islam. Antara ilmu yang diberi perhatian ialah usuluddin, fiqah dan tasawuf
• Antara kitab penting yang menjadi rujukan – al-Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi,
kitab Ihya’ Ulummuddin oleh Iman al-Ghazali, kitab Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi
• Aktiviti pendidikan berlaku di istana, rumah-rumah ulama’, masjid, surau, institusi pondok
dan madrasah. Terdapat guru-guru dari Arab, Parsi, Turki dsb
• Perkembangan ilmu dan pendidikan ini telah melahirkan ulama Melayu spt. Nuruddin al-
Raniri (karyanya: Hidayah al-Iman, Sirat al-Mustaqim ), Abdul Rauf Fansuri (karyanya:
Umdat al-Muhtajin)
Sejarah Pencapaian Tamadun Melayu
a. Kerajaan dan Sistem Pemerintahan
• Wujudnya beberapa buah kerajaan kesultanan Melayu membuktikan tamadun Melayu telah mencapai
kegemilangan dalam pemerintahan dan pentadbiran
• Antara kerajaan Melayu – kerajaan Sribuza Islam di Palembang, Samudera-Pasai di Aceh, Melayu Melaka di
Tanah Melayu, Pattani di Thailand, Johor-Riau, Mataram, Sulu dsb.
• Setiap kerajaan melaksanakan sistem pemerintahan berasaskan Islam. Contoh: Hukum Kanun Melaka dan
Hukum Laut Melaka dilaksanakan oleh Kerajaan Melayu Melaka, Hukum kanun Pahang dilaksanakan oleh
kerajaan Melayu Pahang.
• Sistem pemerintahan kerajaan Melayu ini ditulis di naskhah-naskhah Melayu dan batu bersurat.
b. Ekonomi
• Antara kegiatan ekonomi orang-orang Melayu ialah perdagangan yg berpusat di pelabuhan-pelabuhan di
Alam Melayu.
• Antara pelabuhan yang terkenal ialah di Pasai, Melaka, Aceh dsb.
• Aktiviti perniagaan di pelabuhan sentiasa dipantau oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan
• Kegiatan perdagangan memberi kesan kepada kemunculan bandar / pekan. Masyarakat pendalaman turut
mengambil kesempatan memasarkan hasil-hasil mereka di pekan / bandar.
• Penggunaan matawang dalam urusan perdagangan membuktikan pencapaian tamadun Melayu dalam bidang
ekonomi
c. Pendidikan
• Pendidikan dalam masyarakat Melayu – formal & tidak formal
• Pendidikan formal berteraskan pengajian Islam spt tauhid, fiqah, akhlak, tafsir dsb di institusi pendidikan spt
masjid, pondok, madrasah
• Pendidikan tidak formal iaitu pengetahuan yang diperolehi secara tidak langsung dalam kehidupan
bermasyarakat spt kemahiran berfikir, berbudi bahasa, menghasilkan teknologi, pertukangan, pembuatan
kraftangan dsb.
• Bukti pencapaian pendidikan dalam tamadun Melayu ialah:
• Wujudnya institusi pendidikan Islam
• Iaitu di istana yg dikhaskan utk golongan sultan / bangsawan dan di rumah-rumah ulama yang
membuka kelas pengajian agama kepada orang awam.
• Kecenderungan sultan menguasai pendidikan Islam
• Sultan mendorong ulama-ulama melakukan penterjemahan kitab-kitab Arab ke bahasa Melayu.
• Kemunculan golongan intelektual Melayu
• Mereka berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dlm bidang agama dan falsafah
• Kelahiran naskhah-naskhak Melayu / Manuskrip Melayu
• Naskhah2 yg dihasilkan merangkumi segala aspek kehidupan spt perubatan, ilmu falak, undang2,
pemerintahan, pertanian dsb
d. Komunikasi
• Ianya terjalin melalui hubungan perdagangan, diplomatik dan budaya
• Komunikasi ini banyak diasaskan oleh polisi pemerintah sehingga terjalin interaksi antara
rumpun Melayu.
• Pemerintah kerajaan Melayu turut berinteraksi dengan tamadun lain termasuk Eropah.
Buktinya – ada surat yang melibatkan komunikasi antara raja-raja Melayu dengan pihak
kerajaan British.
e. Sastera
• Sastera Melayu berbentuk prosa dan puisi
• Prosa – karya dlm bentuk karangan utk menjelaskan sesuatu
• Puisi – karya yang memaparkan kemahiran bahsa dan penggunaan kata
• Penulisan sastera meliputi bidang kenegaraan, pemerintahan, agama Islam, undang-
undang dll
f. Kemahiran Pembuatan
• Masyarakat Melayu terkenal dengan kemahiran pembuatan barang keperluan yang
dipenuhi dengan ciri agama dan nilai estetika.
Pandangan
Semesta (Nilai-
nilai) Tamadun
Melayu
PENCAP Persuratan
AIAN
DALAM Kesenian
PELBAGA
I BIDANG Sains dan Teknologi
Bentuk sastera lisan dan

Sebelum
Pers
hikayat spt cerita mitos –
Puteri Santubong, cerita
lagenda – Mahsuri, cerita
mergastua – Sang Kancil.

Islam Pantun, gurindam, seloka


dll.

urata Selepas
Kedatangan Islam
Sastera kitab – Sharabul Ashiqin kar ya Hamzah F ansur i

Sastera kenegaraan – T ajul Salat in kar ya Bukhari al- Jauhari

Hist or iogr af i – Sulalat ul Salatin karya Tun Sri Lanang

n
Astr onomi – I lmu F alak kar ya Syeikh Ahmad al-F atani

Mat ematik – Raudat al- Hussab fi A’mal al-Hisab karya Syeikh Ahmad Abdul lat if al-Khatib
Kesenian
Kulinari

Tenun,
sulaman,
anyaman Tari

Pertukan
gan Muzik
Ukiran
Bela diri dan Khat

You might also like