You are on page 1of 7

No.

Rujukan:

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA TANGLUNG DARIPADA


BAHAN KITAR SEMULA TAHUN 2021 DAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO
SAMBUTAN PESTA TANGLUNG TAHUN 2021

Anjuran KELAB PENCINTA ALAM DAN PANITIA SENI

Encik Ong Thian Boon,


Guru Besar SJKC ON PONG 2

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA TANGLUNG DARIPADA


BAHAN KITAR SEMULA TAHUN 2021 DAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO
SAMBUTAN PESTA TANGLUNG TAHUN 2021

2.0 Pengenalan
Tujuan Pertandingan Mereka Cipta Tanglung daripada Bahan Kitar Semula dan Pertandingan
Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung Norma Baharu adalah untuk mengekalkan dan
memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan mengekalkan warisan budaya
tradisional Cina.

3.0 Objektif
Objektif Pertandingan Mereka Cipta Tanglung daripada Bahan Kitar Semula dan Menghasilkan
Video Sambutan Pesta Tanglung Norma Baharu 2021 ialah
(i) Meningkatkan nilai hargai sumber alam semula jadi
(ii) Meningkatkan minat murid dalam seni kraf tangan serta seni penghasilan video.
(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meraikan pesta tanglung yang berbeza semasa
pelaksanaan PKPD.
4.0 Kumpulan Sasar
(i) Pertandingan Mereka Cipta Tanglung Daripada Bahan Kitar Semula:

Kategori I: Kumpulan A : Murid Tahun 1-3

Kumpulan B : Murid Tahun 4-6

(ii) Kategori II : Pertandingan Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung Norma Baharu
2021

5.0 Butiran Pelaksanaan Pertandingan


5.1 Pertandingan Mereka Cipta Tanglung Daripada Bahan Kitar Semula:

Kategori I: Kumpulan A : Murid Tahun 1-3

Kumpulan B : Murid Tahun 4-6

Link hantar: https://forms.gle/3CYhdVes1SV9whTb7


a. Peserta perlu mereka cipta sebuah tanglung dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula
atau bahan terpakai. Setelah tanglung dihasilkan, peserta perlu mengisi Google Forms dan
menyenaraikan bahan yang digunakan. Peserta perlu menggunakan akaun MOE untuk mengisi
dan menghantar Google Forms.
b. Peserta juga perlu menyertakan sebuah video (tidak melebihi 10 saat) yang merakamkan peserta
dengan tanglungnya yang dihasilkan untuk dinilai oleh hakim pertandingan. Video yang
melebihi 10 saat akan ditolak markah.
c. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar sebuah hasil rekaan mengikut kumpulan.
d. Hadiah setiap kumpulan : 5 hadiah kecemerlangan, 5 hadiah kepujian.

5.2 Kategori II : Pertandingan Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung Norma


Baharu 2021
Link hantar: https://forms.gle/8gpvqm2D3vDtoWCWA
a. Peserta perlu menghasilkan sebuah video yang tidak melebihi 60 saat tentang cara menyambut
Pesta Tanglung bawah norma baharu.
b. Video perlu dihantar melalui Google Forms dengan menggunakan akaun MOE peserta sebelum
tarikh tamat tutup pertandingan.
c. Guru ICT akan memuat naik semua video yang dihantar oleh para peserta pada 21hb September
untuk membolehkan undian (like) dalam Facebook dijalankan.
d. Jumlah undian akan dikira pada pukul 6:00 petang pada 26hb September, 2021. 3 orang peserta
dengan jumlah undian paling banyak akan memenangi hadiah Video Paling Popular manakala
10 buah hadiah yang seterusnya akan dinilai oleh hakim penilai pihak penganjur.
e. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar sebuah hasil video.

5.3 Peraturan Pertandingan


5.3.1 Hanya terbuka kepada murid-murid SJK (C) On Pong 2.
5.3.2 Pertandingan Kategori I: Kumpulan A, B dan Kategori II bemula serentak iaitu pada 6hb
September, 2021.
5.3.3 Tarikh tutup bagi ketiga-tiga kumpulan pertandingan adalah pada 19hb September, 2021
pada pukul 12:00 tengah hari.
5.3.4 Tarikh undian untuk Pertandingan Kumpulan C adalah dari 21hb September, 2021 hingga
26hb September, 2021 pada pukul 6:00 petang.
5.3.5 Tarikh pengumuman keputusan untuk ketiga-tiga kumpulan pertandingan adalah pada 1hb
Oktober, 2021.
5.3.6 Peserta tidak dibenarkan meniru hasil ciptaan orang lain. Sekiranya didapati berbuat
demikian, penyertaan peniru akan dibatalkan.
5.3.7 Setiap peserta akan dianugerahkan sebuah sijil penghargaan.
5.3.8 Pemarkahan untuk hasil rekaan kumpulan A dan B adalah seperti berikut:

Kreativiti Keaslian Bahan buangan yang Illustrasi dan Kesesuaian


diguanakan Reka Bentuk dengan Tema
20% 20% 20% 30% 10%

5.3.9 Segala keputusan hakim pihak penganjur adalah muktamad, sebarang aduan tidak akan
dilayan.
6.0 Senarai Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi : Ong Thian Boon
Penolong Pengerusi : Tan Pei Ern, En. Tan Wai Leong, Hon Hui Ying, Lim Siong Teck
Guru Penyelaras : Ng Chai Aik
Setiausaha : Gan Hui Boon
Hakim penilai : Woon Shu Lin, Puan Jenny Chia, New Siew Peng, Kuang Poh Yeen,
Chan Jia Yee, Tan Cheu Yee, Jacylin Ho, Yap Shuan Chyi, Chong
Siew Fei
Juruteknik (ICT) : Chow Kin Keet, Guan Jing Ling, Tang Yew Ming
Hadiah : Low Szu Yee, New Siew Peng

7.0 Implikasi Kewangan

7.1 Sumber Kewangan


BKK

7.2 Anggaran Perbelanjaan

7.2.1 Kategori I:

Trofi Unit Jumalah


Kumpulan A: RM 15.00 5 RM 75
Murid Tahun 1-3
Hadiah Kecemerlangan Hadiah
RM 15.00 5 RM 75
RM 150

Trofi Unit Jumalah


Kumpulan A: RM 10.00 5 RM 50
Murid Tahun 1-3
Hadiah Kepujian Hadiah
RM 15.00 5 RM 75
RM 125
Trofi Unit Jumalah
Kumpulan B: RM 15.00 5 RM 75
Murid Tahun 4-6
Hadiah Kecemerlangan Hadiah
RM 15.00 5 RM 75
RM 150

Trofi Unit Jumalah


Kategori 1: Kumpulan B: RM 10.00 5 RM 50
Murid Tahun 4-6
Hadiah Kepujian Hadiah
RM 15.00 5 RM 75
RM 125

7.2.1 Kategori II:

Trofi Unit Jumalah


RM 15.00 3 RM 45
Hadiah Paling Popular
Hadiah
RM 15.00 3 RM 45
RM 90

Trofi Unit Jumalah


RM 15.00 10 RM 150
Hadiah Kecemerlangan
Hadiah
RM 15.00 10 RM 150
RM 300

7.2.3 Jumlah keseluruhan: RM940


8.0 Penutup
Adalah diharap agar Pertandingan Mereka Cipta Tanglung daripada Bahan Kitar Semula dan
Pertandingan Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung Norma Baharu dapat memberi kesedaran
kepada murid tentang pentingnya mengekalkan budaya tradisional. Selain itu, guru-guru juga
mengharapkan murid-murid dapat lebih menghargai alam dan bakat murid dalam seni reka cipta dapat
tercungkil melalui pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dapat memberikan kebaikan kepada
semua pihak yang terlibat dan mengeratkan hubungan semua pihak khususnya dalam musim Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketatkan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ ______________________

(GAN HUI BOON) (NG CHAI AIK)


Setiausaha Pertandingan Penyelaras Pertandingan
SJKC ON PONG 2 SJKC ON PONG 2
11 September 2021 11 September 2021
No. Rujukan:

KERTAS CADANGAN PERTANDINGAN MEREKA CIPTA TANGLUNG DARIPADA


BAHAN KITAR SEMULA TAHUN 2021 DAN PERTANDINGAN MENGHASILKAN VIDEO
SAMBUTAN PESTA TANGLUNG TAHUN 2021

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Mereka Cipta Tanglung daripada Bahan Kitar
Semula Tahun 2021 dan Pertandingan Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung
Tahun 2021
atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Mereka Cipta Tanglung daripada Bahan
Kitar Semula Tahun 2021 dan Pertandingan Menghasilkan Video Sambutan Pesta Tanglung
Tahun 2021.

Ulasan:

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(ONG THIAN BOON)


Guru Besar
SJKC ON PONG 2
Tarikh:

You might also like