You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN VIDEO
LOMPAT TALI
BERIRAMA
(TAHAP 2)

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA 2021

ANJURAN UNIT SUKAN & PERMAINAN SKPTen


1.0 NAMA PROGRAM

Pertandingan Video Lompat Tali Berirama(Tahap 2)

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan penyertaan  murid-murid dalam aktiviti
yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutama dalam bidang sukan untuk memenuhi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, membina budaya dan gaya hidup sihat selaras dengan
Dasar 1Murid 1Sukan dengan penglibatan semua murid daripada pelbagai kaum di sekolah.

2.0 TARIKH KEJOHANAN

29 SEPTEMBER - 13 OKTOBER 2021 (Pendaftaran Dijalankan Semasa Pertandingan)

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Di mana-mana sahaja ( Berlandai ).

4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Syarat Penyertaan

•Setiap murid hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja.


4.2 Syarat Video
• Durasi minimum video hanya 1 minit dan maksimum 3 minit .
• Suntingan ‘cut and paste’ antara video berlainan dibenarkan.
• Suntingan menambah kelajuan video daripada kelajuan asal tidak
dibenarkan.
• Format video yang boleh digunakan hanya MP4, MOV, WMV, FLV
dan AVI sahaja.
• Nama peserta, nama kelas dipamerkan diawal video.
• Penggunaan muzik tambahan dibenarkan.

4.3 Syarat Pergerakan


• Peserta bebas melakukan apa-apa pergerakan lompatan. Kreativiti
lompatan bergantung kepada murid itu sendiri.
4.4 Syarat Permarkahan
 Masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 3 minit.
 Kreativiti lompatan
 Muzik.
 Pakaian lengkap sukan.

5.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / MASA

5.1 Pertandingan akan dijalankan secara Individu.


5.2 Kumpulan umur dan kategori adalah seperti berikut :

Kategori Masa
Lelaki Tahun 6 1-3 minit
Perempuan Tahun 6 1-3 minit
Lelaki Tahun 5 1-3 minit
Perempuan Tahun 5 1-3 minit
Lelaki Tahun 4 1-3 minit
Perempuan Tahun 4 1-3 minit

6.0 PENDAFTARAN

6.1 Peserta yang bertanding MESTILAH pelajar dari SKPTen sahaja ( Tahun 4,5 dan 6).
6.2 Video yang di hantar perlu lengkap nama peserta dan kelas. Video yang dihantar sudah
dikira sebagai pendaftaran.
6.3 Pertandingan ini adalah tertutup untuk murid-murid tahap 2 yang bersekolah di SKPTen
2021 sahaja .

7.0 PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI BERPASUKAN


Tiada
8.0 PENENTUAN JUARA KESELURUHAN
Tiada
9.0 PENENTUAN PEMENANG

9.1 Pihak penganjur akan menentukan semua pemenang bagi setiap kategori.
9.2 Keputusan akan diumumkan melalui FB fasmi SKPTen @ group Whatapps kelas.
9.3 Penyertaan bermula 29 September hingga 13 Oktober 2021 . Video yang dihantar kepada
pihak urusetia selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan dinilai.
9.4 Juri Pertandingan yang dilantik adalah terdiri dari barisan pentadbir dan guru pendidikan
jasmani. Segala keputusan pertandingan adalah muktamad.

10.0 HADIAH-HADIAH & SIJIL

10.1 Hadiah Utama ( Medal + Goodies Beg + Sijil Pencapaian + HAMPER )


Hadiah diberikan kepada 3 peserta terbaik bagi setiap kategori.
10.2 Hadiah Saguhati ( Medal + Goodies Beg + Sijil Penyertaan )
Hadiah diberikan kepada pemenang tempat ke 4 hingga tempat ke 10 bagi setiap kategori.
10.3 Semua peserta yang terlibat akan diberikan sijil Penyertaan.

11.0 PAKAIAN
11.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian ( Digalakkan
memakai Tshirt rumah sukan jika ada ).
11.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walau pun basah dan tidak menjolok mata.
11.3 Peserta hendaklah berkasut sukan ketika melakukan aktiviti lompatan.

12.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


12.1 Pihak sekolah boleh menggunakan video penyertaan yang dihantar bagi tujuan
dokumentasi atau sebarang aktiviti yang berkaitan.
12.2 Sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan.

13.0 HAL-HAL LAIN

13.1 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota,


kehilangan anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain yang berlaku:
 Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat pertandingan.
 Semasa kejohanan dijalankan.
 Di dalam dan di luar kawasan tempat pertandingan.

14.0 Sila patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KPM , MKN dan
KKM.

15.0 SUMBER KEWANGAN


Bantuan Khas Kokurikulum (BKK)
JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN VIDEO LOMPAT TALI BERIRAMA(TAHAP 2)

PENGERUSI : Cikgu Mohd Zaki Bin Othman ( Guru Besar )


NAIB PENGERUSI : Cikgu Muzir B. Mahmud ( GPK Pentadbiran )
SETIAUSAHA : Cikgu Freezaillah B. Padzil ( GPK Kokurikulum )
PEN. SETIAUSAHA 1 : Cikgu Sukri B. Sapari ( SU Sukan )
PEN. SETIAUSAHA 2 : Cikgu Aida Azreena Bt Rashidi ( SU Kokurikulum )
BENDAHARI : Cikgu Hjh Marina Bt Yaakop ( GPK HEM )
PEN. BENDAHARI : Cikgu Ridzuan Bin Jusoh ( GPK Petang )

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENYELARAS/TEKNIKAL PERTANDINGAN VIDEO LOMPAT TALI BERIRAMA :


Cikgu Sukri Bin Sapari ( Tahun 6 )
Cikgu Nurul Norasizan B. Abdullah ( Tahun 5 )
Cikgu Aida Azreena Bt Rashidi ( Tahun 4 )

PENDAFTARAN PESERTA REKOD DAN STATISTIK


Cikgu Hasnita Bt Yaacob Cikgu Wan Mohd Halimi B. Wan Abd Aziz
Cikgu Ahmad Arifin B. Patong Cikgu Aida Bt Abd Halim

HADIAH SIJIL PENYERTAAN /PENCAPAIAN


Cikgu Muhammad Asnawi Bin Yaacob Cikgu Mohamad B. Awang Ngah
Cikgu Wan Aida Bt Wan Ab Aziz Cikgu Azizan B. Azimad

PUBLISITI
Cikgu Mohd Saupi B. Yaacub
Cikgu Huraizah Bt Abdullah
Cikgu Hj. Shamsul Bin Enche Ismail
Guru Kelas Tahun 6
Guru Kelas Tahun 5
Guru Kelas Tahun 4
ANGGARAN KOS PERTANDINGAN VIDEO LOMPAT TALI BERIRAMA(TAHAP 2)

PERKARA / BUTIRAN KATEGORI/NILAI KOS/CATATAN

1. HADIAH Tahun 6 (L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00


Tahun 6 (P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00
Medal
( 10 unit setiap kategori ) Tahun 5 (L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00
Tahun 5 (P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00

Tahun 4(L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00


Tahun 4(P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00

RM 480.00
2. GOODIES BEG Tahun 6 (L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00
Tahun 6 (P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00

Tahun 5 (L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00


Tahun 5 (P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00

Tahun 4(L) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00


Tahun 4(P) 10 unit x RM 8.00 RM 80.00
RM 480.00
3. SIJIL PENCAPAIAN & RM 1 x 100 ORANG RM 100.00
PENYERTAAN
4. HAMPER PEMENANG 1-3 No 1 ( RM 30 x 6 ) RM 180.00
No 2 ( RM 20 x 6 ) RM 120.00
No 3 ( RM 10 x 6 ) RM 60.00

JUMLAH BESAR RM1420.00

Ringgit Malaysia Satu Ribu Empat Ratus Dua Puluh Sahaja.

Disediakan oleh ; Disemak oleh ;


……………………….. ………………………………
( NURUL NORASIZAN BT ABDULLAH ) ( FREEZAILLAH BIN PADZIL )
Penyelaras Sukan dan Permainan GPK Kokurikulum
SK. Pengkalan Tentera SK. Pengkalan Tentera

Disahkan oleh ; Diluluskan oleh ;

………………………………. …………………………….
( NOR DILIANA BINTI DAUD@ISMAIL) (MOHD ZAKI BIN OTHMAN)
Ketua Pembantu Tadbir N22 Guru Besar
SK. Pengkalan Tentera SK.Pengkalan Tentera

You might also like