You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR SUNWAY SEMENYIH

43500 SEMENYIH SELANGOR

KERTAS KERJA
KEJOHANAN olahraga tahunan V
SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH
2019

TARIKH : 28 APRIL 2019 (AHAD)

MASA : 07:30 pagi – 1:00 tengah hari

TEMPAT : PADANG SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH


PENDAHULUAN

Kejohanan Olahraga merupakan aktiviti tahunan yang sering mendapat perhatian di kalangan
warga sekolah sama ada murid, guru mahupun ibu bapa. Kejohanan ini seharusnya menjadi pemangkin
kegemilangan sesebuah sekolah dan sebagai landasan terbaik bagi pihak sekolah mencungkil bakat baru
dalam bidang olahraga khususnya. Justeru itu amatlah diharapkan agar semua pihak dapat memberi
kerjasama dan bantuan sewajarnya agar kejohanan ini mencapai matlamatnya.

OBJEKTIF

OBJEKTIF KEJOHANAN INI ADALAH:


1. Menjadi arena atau gelanggang bagi setiap murid SKBSS menunjukkan bakat dan kebolehan
mereka dalam acara yang dipertandingkan.
2. Sebagai platform untuk guru memilih wakil sekolah yang berketrampilan dan berkelayakan
membawa cabaran sekolah ke peringkat daerah.
3. Mewujudkan semangat kesukanan dan kerjasama antara murid,guru dan ibu bapa.
4. Mendedahkan murid dengan suasana pertandingan sebenar seperti kejohanan peringkat
zon,daerah mahupun negeri.
5. Medan melahirkan atlit sekolah yang boleh mengharumkan nama sekolah ke peringkat lebih
tinggi.
6. Memupuk kesedaran di kalangan warga SKBSS tentang pentingnya aktiviti sukan untuk
kesihatan diri sama ada rohani atau jasmani.

SASARAN

Semua murid,guru dan ibu bapa SK Bandar Sunway Semenyih

TARIKH PERLAKASANAAN
28 APRIL 2019, AHAD
TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih

Penyertaan
Murid SK Bandar Sunway Semenyih

Guru-guru dan Kakitangan

Ibu Bapa / penjaga murid yang terlibat

PERATURAN AM PERTANDINGAN

1. Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih adalah


berdasarkan peraturan-peraturan MSSM dan juga disesuaikan dengan keadaan semasa dan
kemudahan prasarana.
2. Kejohanan Sukan ini di pertandingankan antara 4 buah rumah sukan iaitu Rumah Lantana
(Kuning), Rumah Akasia (Biru), Rumah Ixora (Merah) dan Rumah Shorea (Hijau).
3. Kategori yang dipertandingkan adalah dari PraSekolah,Tahun 1 hingga Tahun 6.
4. Johan Keseluruhan berdasarkan Kutipan Mata Tertinggi.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan dikenakan bayaran RM200.00.
ACARA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-5
SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH 2019
ACARA LELAKI PEREMPUAN JUM
PRA T.1 T.2 T.3 T.4 T.5 T.6 PRA T.1 T.2 T.3 T.4 T.5 T.6

80 M X X X X X X X X 8
100 METER X X X X X X X X X X X X X X 14
200 METER X X X X X X 6
4 X 100 M X X X X X X 6
4 X 200 M X X X X X X 6
LOMPAT JAUH X X X X X X 6
LOMPAT TINGGI X X X X X X 6
LONTAR PELURU X X X X X X 6
TARIK TALI (10) X X X X X X 2
SUKANEKA X X X X X X X X 8
BAPA(L) 1
(TARIK TALI)

IBU(P) 1
(SUKANEKA)
JUMLAH 70

PENYERTAAN

1. Setiap Peserta boleh mengambil maksimum 4 acara.(3 individu dan 2 kumpulan)


2. Setiap rumah disertai oleh 2 orang peserta (acara individu) dan 4 orang peserta (acara
kumpulan) bagi setiap kategori balapan dan padang.
3. Untuk acara padang iaitu lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru jumlah peserta
maksimum ialah seramai 2 orang peserta bagi setiap kategori.
4. Jumlah peserta untuk acara tarik tali ialah seramai 10 orang.
5. Acara Lontar Peluru, murid Tahun 4,5 & 6 menggunakan peluru 3 kg.
6. Ketua Guru Rumah Sukan perlu melengkapkan borang penyertaan pertandingan sebelum
kejohanan bermula.
7. Untuk pertandingan tarik tali sila isikan pada borang penyertaan yang berasingan.

Disediakan Oleh,
Unit Sukan
SK Bandar Sunway Semenyih
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-5
SK Bandar Sunway Semenyih 2019

Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan Kejohanan Olahraga Tahun Kali Ke-5 SK Bandar Sunway
Semenyih 2019

Bantuan PIBG :

Perbelanjaan Peruntukan PIBG

Bil Perkara Bil Harga Seunit Jumlah


1 Jamuan Pegawai Kejohanan/VIP 60 RM 8.00 RM 480.00
2 Khemah 7 RM 650.00 RM 650.00
3 Gimik Perasmian RM 200.00 RM 200.00
4 Banner Rumah Sukan (Perbarisan) 4 RM 60.00 RM 240.00
5 Membuat padang dan trek RM 300.00 RM 300.00
6 Banner dan bunting 3 RM 120.00 RM 120.00
7 Runcit (Tali,racun,sarung tangan,bateri,besi RM 300.00 RM 300.00
pancang)
8 Saguhati Quarter Master 10 RM 5.00 RM 50.00
Jumlah Keseluruhan RM 2340.00

PENUTUP

Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua guru dan peserta serta Guru Besar SK Bandar
Sunway Semenyih, juga pihak PIBG atau individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
maka Kejohanan Olahraga bagi tahun 2019 ini dapat dijalankan dengan jayanya. Adalah diharapkan
Kejohanan Olahraga bagi tahun tahun ini menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan yang lebih
menyeluruh dan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih menyeronokkan untuk mewujudkan
daya saing yang tinggi dikalangan murid-murid yang terlibat.

Disediakan Oleh,

……………………………………………..

Pn. Rafidah Binti Umar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Bandar Sunway Semenyih

You might also like