You are on page 1of 23

SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG,

82100 AYER BALOI , PONTIAN , JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA
KEJOHANAN OLAHRAGA
SK SANGLANG 2022

TARIKH:
30 NOVEMBER 2022

MASA:
8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT:
PADANG, SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG
1. PENDAHLUAN

Sukan ini dahulu dikenali sebagai Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sanglang adalah
program bagi memberi peluang murid-murid SK Sanglang menyertai serta mempamerkan
bakat dan kebolehan dalam bidang sukan olahraga, permainan dan sukaneka. Ia juga
merupakan satu cara menyemai minat bersukan dikalangan murid-murid.

2. RASIONAL
2.1 Dapat melahirkan generasi yang berketerampilan serta mempunyai jati diri yang
tinggi. Memberikan ruang yang jelas dan hala tuju penglibatan mereka dalam
mengharumkan nama rumah sukan dalam acara yang disertai.
2.2 Melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan kecermelangan dalam apa jua baik
dalam bidang akademik mahupun Kokurikulum selari dengan dasar ‘Satu Murid Satu
Sukan’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. OBJEKTIF
3.1 Menganjurkan kejohanan Olahraga berdasarkan keperluan dan pencapaian murid
mengikut kategori yang ditetapkan.

3.2 Mengenalpasti murid yang layak untuk mewakili sekolah.

4. TARIKH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 30 November 2022


4.2 Masa : 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari

5. TEMPAT
Padang Sekolah Kebangsaan Sanglang

6. SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

A. SUMBER PENDAPATAN
6.1 Peruntukan wang (kerajaan) sukan Tahunan sekolah RM2360.40
SPK 1/2021

ANGGARAN PERBELANJAAN
6.2 Hadiah ( hanging Medal ) RM 812.00
6.3 Makanan & minuman murid 143 x RM 9.00 RM 1323.00
6.4 Banner RM 100.00
RM 2235.00

B. SUMBER PENDAPATAN
6.4 Sumbangan PIBG ( Diuruskan oleh PIBG kepada pembekal)
RM 1000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
Khemah 2 buah x RM 160.00 RM 320.00
Persiapan padang 5 tong minyak x RM60.00 RM 300.00
Minuman Latihan 10 kotak x RM15.00 RM 150.00
Makan dan minum VIP 10 orang x RM9.00 RM 90.00
Hadiah Perasmi 1 orang x RM140.00 RM 140.00
RM 1000.00

ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN


KEJOHANAN OLAHRAGA SK SANGLANG TAHUN 2022

BAHAGIAN KOS (RM) CATATAN

1 Makan minum murid


Sarapan Pagi RM 3.00 x 147 Orang RM 441.00
Makan Tengahari RM 6.00 x 147 Orang RM 882.00
JUMLAH RM 1323.00
2 Hadiah Murid
100 Meter x 15 Medal x RM 7.00 RM 105.00
200 Meter x 15 Medal x RM 7.00 RM 105.00
L. Jauh x 15 Medal x RM 7.00 RM 105.00
L. Tinggi x 15 Medal x RM 7.00 RM 105.00
L. Peluru x 6 Medal x RM 7.00 RM 42.00
R. Lembing x 6 Medal x RM 7.00 RM 42.00
4 X 100 Tahap 1 X 20 Medal x RM 7.00 RM 140.00
4 x 100 Tahap 2 x 20 Medal x RM 7.00 RM 140.00
4 X100 Campuran Tahap 2 20 Medal x RM 7.00 RM 28.00
JUMLAH RM 812.00

3 BANNER RM 140.00

JUMLAH RM 2275.00

7. PENYERTAAN

Pertandingan dibahagikan kepada 5 ketagori seperti berikut :

Bahagian Lelaki Bahagian Perempuan

a. 11 tahun ke bawah a. 1 tahun ke bawah


b. 10 tahun ke bawah b. 10 tahun ke bawah

c. 9 tahun ke bawah c. 9 tahun kebawah

d. 8 tahun ke bawah d. 8 tahun ke bawah

e. 7 tahun ke bawah e. 7 tahun ke bawah

ACARA & PERINGKAT LELAKI PEREMPUAN


UMUR
11 10 9 8 7 11 10 9 8 7
80 M X X
100 M X X X X X X X X
200 M X X X X X X X X X X
4 X 50 M X X
4 X 100 M X X X X
4 X 200 M X X X X
LOMPAT TINGGI X X X X X X X X X X
LONTAR PELURU X X X X
2.72 2.72 2.72 2.72
KG KG KG KG
REJAM LEMBING X X X X
600 600 600 600
GM GM GM GM
LOMPAT JAUH X X X X X X X X X X

8. ATURCARA KEJOHANAN

No Acara Acara Kelas

301 80 M P8

302 100 M P9

303 100 M P 10

304 100 M P 11

305 80 M L8
306 100 M L9

307 100 M L 10

308 100 M L11

ACARA TARI TALI L12/P12

309 200 M P8

310 200 M P9

312 200 M P 10

313 200 M P 11

314 200 M L8

315 200 M L9

316 200 M L 10

317 200 M L11

REHAT

318 4 x 100 M P10

319 4 x 100 M P12

320 4 x 100 M L10

321 4 x 100 M L12

322 P THUN 6

323 L THUN 6

PENYAMPAIAN HADIAH

9.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PENGELOLA

PENAUNG : Tn.PPD
Tn Pegawai Pendidikan Daerah Pontian
PENGERUSI : EN ABD GHANI BIN JAAFAR
Guru Besar SK Sanglang
NAIB PENGERUSI : EN MOHD FADZLEE BIN RABANI
GPK Kokurikulum
TN HJ ABD RAHMAN BIN BACHOK
GPK Kurikulum
TN HJ AMAT UJALI BIN LAN
GPK Hal Ehwal Murid
SETIAUSAHA : EN. MUHAMMAD FITRI BIN MUSTAFFA
Setiausaha Sukan
NAIB SETIAUSAHA 1 : EN. ZAMZURI BIN SUMIRAN

JAWATANKUASA KECIL

1. PERASMIAN & PROTOKOL 2. TEKNIK & ALATAN


En Muslijam b Tamsir En Mohd Asrul b Ahmad

3. PERSEMBAHAN 4. PERSIAPAN ASTAKA


Pn. Rohana Binti Hairan ustz Azhari Bin Gerto
Guru Rumah Sukan

5. TEKNIK KEPEGAWAIAN 6. JAMUAN


En Mohd Fadzlee b Rabani Pn Hjh Rusnaini

7. JEMPUTAN 8. KHEMAH & PERHIASAN


En Muhammad Amar En Mohd Dali Bin Chacok
Semua guru lelaki

9. KAWALAN KESELAMATAN 10. KEBERSIHAN


En Zulkifili Pn. Noor Suhadah
Ahli Pengakap

11. SERANTA & SIARAYA 12. JURUACARA


En Nasharuddin Bin Md Yusup Pn Syuhaidah Binti Ramli

13. PERTOLONGAN CEMAS 14. BUKU PROGRAM & IKLAN


Pn. Rozita Normala Binti Md Zin Pn Siti Fatimah Binti Atan

15. HADIAH & CENDERAMATA 16. Jurugambar/Dokumentasi


Pn Bungawati Binti Adam En Nasyarudin Bin Mahmod
Pn. Hjh Syarifah

17. PENYAMBUT TETAMU 18. BACAAN DOA


En Abd Ghani bin Jaafar Ustz Nazaruddin bin Bachok
En Mohd Fadzlee b Rabani
Tn. Hj Abd Rahman Bin Bachok
Tn. Hj Amat Ujali Bin Lan

10.0 TENTATIF KEJOHANAN


ATURCARA SUKAN TAHUNAN 2022

MASA AKTIVITI
7.30 Pagi Ketibaan para jemputan

8.00 Pagi Acara lintas hormat dan bacaan doa

8.15 Pagi - Ucapan Guru Besar


En. ABD Ghani Bin Jaafar

- Ucapan Yang Dipertia PIBG


E. Anuar Bin

- Upacara menaikkan bendera kejohanan


- Bacaan Ikrar kejohanan
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor/Sekolah/Negaraku
8.30 Pagi Acara sukan dimulakan

10.30 Pagi Rehat

10.45 Pagi Acara sukan diteruskan

11.30 Pagi Acara Ibu/bapa dan pegawai

12.00 Tgh Upacara Penyampaian Hadiah


- Penyampaian hadiah-hadiah kejohanan
- Ucapan Penutupan rasmi kejohanan Olahraga SK Sanglang Kali
ke Tahun 2022 oleh:
- Istiadat menurunkan bendera kejohanan
- Penyerahan bendera kejohanan kepada pengerusi
Jawatankuasa pengelola kejohanan
- Penutupan dan bersurai

11.0 PENUTUP

Dengan adanya komitmen yang tinggi daripada semua guru dan peserta serta pentadbir juga
pihak PIBG serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung maka Kejohanan
sukan olahraga SK Sanglang bagi tahun 2022 ini dapat dijalankan dengan jayanya. Adalah
diharapkan sukan pada tahun ini menjadi pemangkin kea rah kecermelangan yang lebih
menyeluruh dan dapat dijalankan dalam keadaan yang lebih menyeronokkan untuk mewujudkan
daya saing yang tinggi dikalangan murid-murid yang terlibat.

Disediakan oleh: Disokong oleh :


....................................................... .................................................
( ZAMZURI BIN SUMIRAN) (MOHD FADZLEE BIN RABANI)
Setiausaha Sukan GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK Sanglang SK Sanglang

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh :

.......................................
(ABD GHANI BIN JAAFAR)
Guru Besar
Sk Sanglang

LAMPIRAN B

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN OLAHRAGA

1. JAWATANKUASA TEKNIK PERTANDINGAN

1.1 TUGAS SEBELUM KEJOHANAN

a) Menyediakan dan mengedarkan peraturan kejohanan kepada semua rumah sukan

di sekolah dan memastikan semua rumah sukan memperolehi peraturan ini.

b) Mengedarkan semua maklumat mengenai kejohanan.

c) Menyedia dan mengedarkan susunan acara olahraga kepada semua rumah sukan.

d) Menerima borang-borang penyertaan dari setiap rumah.


e) Memproses borang penyertaan. Kerja-kerja memproses ini adalah:

a. Mengumpul semua peserta bagi sesuatu acara.

b. Menentukan bilangan saringan bagi sesuatu acara balapan.

c. Mengumpulkan peserta bagi sesuatu saringan acara balapan.

d. Mengundi dan menetapkan lorong bagi peserta di dalam sesuatu saringan

acara balapan.

e. Mengundi dan menetapkan giliran peserta bagi acara padang.

f) Menyusun, menyedia dan mengedarkan buku susunan rasmi peserta. Buku ini

hendaklah mengandungi senarai peserta bagi semua acara kejohanan mengikut

tertib susunan.

g) Menyedia dan mengisi borang-borang kejohanan iaitu borang yang perlu

disediakan lebih awal ialah :

a. Borang pengelola peserta

b. Borang keputusan rasmi bagi acara balapan dan padang.

h) Memanggil taklimat pengurus-pengurus pasukan pasukan bagi menyampaikan

berbagai maklumat mengenai kejohanan termasuklah :

i. Membuat pembetulan

ii. Membuat pindaan atau gantian ( jika perlu ).

1.2 TUGAS SEMASA KEJOHANAN

a) Jawatankuasa Teknik hendaklah hadir 30 minit sebelum kejohanan bermula seperti

dijadualkan.
b) Tanggungjawab pertama ialah mengedarkan pelbagai borang kejohanan kepada

pegawai-pegawai berkenaan. Memastikan semua borang keperluan telah disampaikan

kepada ketua-ketua pegawai berkaitan.

c) Menerima semua keputusan saringan acara balapan.

d) Memproses semua keputusan saringan acara balapan. Kerja memproses ini ialah:

i. Mengumpul semua peserta yang layak ke peringkat akhir dari keputusan

acara saringan yang diterima.

ii. Mengundi dan menetapkan lorong-lorong bagi peserta peringkat akhir

acara balapan.

iii. Mengedarkan keputusan rasmi acara saringan dan memaklumkan nama-

nama peserta yang layak ke peringkat akhir kepada semua pengurus.

iv. Menyedia dan mengisi borang kejohanan untuk acara peringkat akhir.

v. Menyerahkan borang-borang kejohanan bagi acara seterusnya atau akhir

apabila tiba waktunya.

e) Menerima dan mengumpul semua keputusan acara akhir untuk tujuan rekod dan

proses selanjutnya.

1.3 TUGAS SELEPAS KEJOHANAN

a) Memproses semua keputusan. Kerja pemprosesan ini ialah:

i. Mengumpul semua keputusan saringan dan akhir.

ii. Mencetak dan mengedarkan keputusan rasmi kepada Setiausaha

dan ketua rumah.


b) Buku keputusan rasmi ini seharusnya mengandungi:

i. Semua keputusan saringan dan akhir

ii. Analisa kutipan pingat dan hadiah.

iii. Analisa kutipan mata.

iv. Keputusan kejohanan / hadiah kejohanan.

c) Menyediakan laporan kejohanan kepada Jawatankuasa Tertinggi untuk makluman,

tindakan dan analisa.

2. JAWATANKUASA TEKNIK KEPEGAWAIAN

2.1 TUGAS SEBELUM PERTANDINGAN

a) Menyediakan senarai nama untuk pegawai-pegawai kejohanan olahraga

seperti:

i. Pengurus Kejohanan

ii. Penolong Pengurus Kejohanan

iii. Pengurus Teknik

iv. Referi Balapan

v. Hakim Balapan

vi. Pengadil Lontaran / Lompatan

vii. Pengelola Peserta

viii. Marsyal dan lain-lain.

b) Mengeluarkan surat perlantikan kepada semua pegawai yang terpilih dan


nyatakan tentang taklimat kepegawaian.

c) Mengadakan taklimat kepegawaian.

2.2 TUGAS SEMASA KEJOHANAN

a. Semua Jawatankuasa Teknik Kepegawaian mesti hadir 30 minit sebelum kejohanan

bermula.

b. Mencatatkan kehadiran pegawai.

c. Memastikan pegawai bertugas di setiap tempat pertandingan mencukupi.

d. Dapatkan borang penyelia peserta bagi acara-acara yang akan dijalankan dari

jawatankuasa Teknik Pertandingan.

e. Buat catatan bila acara pertama dimulakan dan masa acara akhir ditamatkan pada setiap

sesi.

f. Analisa kelemahan-kelemahan tentang pengurusan pada setiap sesi kejohanan.

g. Pastikan pegawai-pegawai kejohanan mendapat layanan yang baik terutama dari segi

minuman / makanan semasa bertugas dan rehat.

2.3 TUGAS SELEPAS KEJOHANAN

a. Pertemuan dengan semua jawatankuasa bagi membincangkan tentang

keseluruhan perjalanan kejohanan.

Kedatangan pegawai

Prestasi kerja semua pegawai

Kelemahan-kelemahan

Lain-lain

2.2 Surat ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah menjalankan tugas.
2.3 Laporan lengkap tentang keseluruhan perjalanan kejohanan dan pegawai yang

menjalankan tugas, pegawai yang tidak hadir dan cadangan-cadangan.

3. JAWATANKUASA TEKNIK ALATAN

3.1 Menghubungi Jawatankuasa Teknik Pertandingan untuk mendapatkan butiran peralatan

yang diperlukan.

3.2 Mendapatkan kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk meminjam alatan bagi acara

padang dan balapan. Surat permohonan akan dimajukan kepada pihak berkenaan.

3.3 Mengumpul dan menempatkan alatan tersebut di bilik khas 2 / 3 hari sebelum tarikh

kejohanan. Tarikh dan masa yang tepat akan diberitahu kepada pihak yang terlibat.

3.4 Menyerahkan alatan kepada semua ketua bagi sesuatu acara yang dipertandingkan.

Mereka diminta menandatangani borang penerimaan yang disediakan.

3.5 Memastikan alatan yang telah digunakan dikembalikan dalam keadaan yang baik dan

mencukupi.

3.6 Memulangkan alatan yang telah digunakan / dipinjam dengan kadar segera.

3.7 Memastikan segala alatan yang diperlukan dalam kejohanan adalah di dalam keadaan

baik, mengikut spesifikasi dan mencukupi. Peralatan tambahan perlu disediakan jika

berlaku kerosakan alatan.

3.8 Kenderaan adalah diperlukan untuk menghantar dan memulangkan alatan.

4. JAWATANKUASA PERASMIAAN & PROTOKOL

4.1 TUGAS SEBELUM KEJOHANAN

a. Menulis surat kepada mereka yang berkenaan atau memastikan surat telah diuruskan

oleh Setiausaha Kejohanan.

Surat kepada Tetamu Kehormat yang akan membuka rasmi dan


Menutup rasmi kejohanan.

Pengadil perbarisan.

Pasukan kompang / pengakap / kadet / pembaca ikrar dan lain-lain.

Menyediakan tanda-tanda di padang untuk perbarisan.

Mengadakan raptai perbarisan.

Menyedia dan mengumpulkan alatan yang akan digunakan semasa upacara

tersebut.

Menyediakan teks lafaz ikrar.

4.2 TUGAS SEMASA KEJOHANAN

a. Pastikan semua Jawatankuasa dapat menghadirkan diri lebih awal

dari jadual yang telah ditetapkan.

b. Mengawas dan menyelenggaran perbarisan lintas hormat.

c. Menentukan keputusan perbarisan.

d. Memastikan lagu-lagu yang akan dimainkan berjalan lancar

semasa perbarisan lintas hormat.

e. Juruacara / Juruhebah :

Sediakan teks

Gunakan perkataan tepat, padat dan tidak meleret-leret.

5. JAWATANKUASA PROGRAM & IKLAN

1. Mendapatkan semua maklumat dari semua jawatankuasa untuk diisi dan


Dimuatkan ke dalam buku program :

- Kata-kata aluan

- Senarai AJK Kerja Tertinggi

- Senarai Pengelola Kejohanan

- Senarai Pegawai Kejohanan

- Senarai pasukan yang mengambil bahagian

- Senarai acara pertandingan

- Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutup

- Syarat-syarat pertandingan

- Iklan

- Penghargaan

- Lain-lain

2. Mengedarkan buku program kepada semua jawatankuasa untuk

di agihkanKepada ahli jawatankuasa berkenaan.

3. Mengagihkan buku program kepada Dif dan tetamu semasa kejohanan.

4. Anggaran perbelanjaan.

6. JAWATANKUASA HADIAH

1. Mengenalpasti jumlah hadiah yang akan ditempah.

2. Kenalpasti jumlah acara yang dipertandingkan.

3. Jenis-jenis hadiah:

- Perseorangan
- Iringan

- Johan Individu

- Johan Berpasukan

- Keseluruhan

- Sukaneka

4. Menyusun aturcara Majlis Penyampaian Hadiah.

5. Pembantu-pembantu semasa Majlis Penyampaian Hadiah.

6. Dif-dif yang akan melakukan upacara penyampaian hadiah. (diberitahu lebih awal).

7. Persiapan-persiapan :

Bilangan meja

Kain Alas Meja

Dulang

Riben

Bersihkan hadiah-hadiah kejohanan

Siapkan senarai nama pialah kejohanan (pusingan) yang disimpan oleh

sekolah.

Senaraikan kata-kata yang perlu ditulis pada pingat / hadish mengikut

bilangan yang diperlukan.

Semak semula setiap pingat / hadiah apabila diterima daripada pembekal 1

minggu sebelum kejohanan. Buat semula jika ada kesilapan.

Simpan pingat / hadiah di tempat yang selamat.

8. Mengenalpasti agihan cenderamata :


Tetamu yang merasmikan majlis

Tetamu yang menutup majlis

Pegawai Kejohanan

AJK Pengelola

9. Membuat tempahan cenderamata

10. Cara pengagihan cenderamata

11. Anggaran Perbelanjaan.

7. JAWATANKUASA KHEMAH DAN HIASAN

a. Melakarkan pelan kedudukan khemah-khemah serta kawasan khas yang

lain yang diperlukan.

b. Kenalpasti keperluan khemah :

Khemah Dif dan tetamu

Khemah Pegawai

Khemah Peserta

Khemah Urusetia, Hadiah dan Juruhebah

Khemah Jualan

Khemah Rumah Sukan

Lain-lain

c. Peralatan lain :

Kerusi

Meja
Sofa VIP

d. Persiapan Hiasan :

Bendera Malaysia

Bendera Negeri

Bendera Banting

Bendera kecil

Pasu Bunga

Rostrum

Tiang Bendera

e. Anggaran Perbelanjaan

8. JAWATANKUASA JAMUAN

a. Kenalpasti jumlah yang terlibat :

Dif Jemputan

Pegawai Kejohanan

AJK Pengelola

Pembantu-pembantu

b. Rancang jenis makanan dan minuman.

c. Jadual dan kaedah agihan makanan.


d. Peralatan :

Cerek / Periuk

Baldi

Tong Air, Gelas Plastik / kertas

Lain-lain

e. Anggaran Perbelanjaan.

9. JAWATANKUASA SERANTA & SIARAYA

a. Menjalankan kerja-kerja publisiti :

Kain sepanduk (kain rentang)

Hand-bill

Hebahan di radio / tv

Lain-lain

b. Menjalankan kerja-kerja mengantung kain sepanduk / rentang di tempat-tempat

tumpuan dan di tempat pertandingan dilangsungkan. Mohon kebenaran daripada

Majlis Tempatan dan dikecualikan daripada bayaran.

c. Mengedarkan hand-bill kepada sekolah berdekatan / sekolah jemputan.

d. Kenalpasti peralatan :

Microfon

Speaker (box & horn)

Hailer
Extension wire (elektrik / microfon)

Socket

Amplifire

Stand Mic

Lain-lain

e. Tempat-tempat yang memerlukan peralatan berkenaan :

Di meja urusetia

Pengelola peserta

Tempat perasmian

Pembaca Ikrar

f. Kerja-kerja pemasangan

g. Anggaran Perbelanjaan.

10. JAWATANKUASA PERTOLONGAN CEMAS

a. Mengenalpasti badan pertolongan cemas yang akan memberikan bantuan.

b. Jumlah tenaga yang diperlukan.

c. Peralatan yang berkaitan.

d. Anggaran Perbelanjaan.

11. JAWATANKUASA KAWALAN KESELAMATAN

a. Mengenalpasti badan yang terlibat

Kadet Polis
Kadet Tentera

Rela

Pengakap

Pengawas dan lain-lain

b. Jumlah tenaga yang diperlukan.

c. Tempat-tempat yang memerlukan kawalan dan pengawasan keselamatan:

Khemah peserta

Pintu masuk

Pintu belakang

Tempat letak kenderaan

Lain-lain

12. JAWATANKUASA JEMPUTAN & SAMBUTAN

a. Kenalpasti semua tetamu:

VIP yang merasmikan dan menutup majlis

Lain-lain pegawai dan Dif Undangan

Pegawai-pegawai di JPN / PPD

Pegawai-pegawai badan yang terlibat seperti PIBG

b. bentuk kad jemputan

c. Mengedarkan kad-kad jemputan seminggu lebih awal

d. Tugas-tugas :

AJK ini adalah penyambut tetamu


Hadir lebih awal dengan pakaian sesuai

Menyediakan rozet

e. Persiapan sambutan

Bunga manggar

Pembantu-pembantu

Jawatankuasa penyambut tetamu

Pasukan kompang

f. Anggaran Perbelanjaan.

13. JAWATANKUASA KEBERSIHAN

a. Kenalpasti kawasan

b. Peralatan yang berkaitan :

Karung Plastik

Tong sampah

Besi / Kayu pencucuk sampah (plastik / kertas)

c. Pembantu-pembantu

d. Anggaran Perbelanjaan

14. JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

a. Kenalpasti jawatankuasa yang memerlukan pengangkutan

b. Jenis kenderaan yang digunakan

c. Tempat-tempat menunggu dan jadual bertolak / balik

d. Anggaran perbelanjaan.

You might also like