You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

_________________________________

PERTANDINGAN MENYANYI LAGU BAHASA CINA


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2022

ANJURAN :
UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM &
PANITIA MUZIK

TEMPAT:
SJKC SUNGAI KLAU
PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti
kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial
khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
murid merangkumi aspek emosi, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di
samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir
dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan
komitmen dan disiplin diri yang tinggi.
Muzik juga dapat mencungkil bakat murid yang sekali gus membina keyakinan
diri.

MATLAMAT
Membolehkan murid mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan
menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi
seimbang, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF
1. Memberi pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid.
2. Memperkembang daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan.
3. Memupuk disiplin di kalangan murid.
4. Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.
5. Memperkembang bakat dan minat murid.
6. Membentuk identiti nasional dalam kalangan murid-murid.

NAMA PROGRAM
Cintai Muzik

TEMA PROGRAM
Saya Boleh Menyanyi
PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 14 Oktober 2022
Tempat : SJKC Sungai Klau
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Menyanyi Lagu Bahasa Cina akan
dijalankan pada 25/11/2022 (Jumaat).

SASARAN
Murid-murid Pra – Tahun 6

AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Tan Siow Yan
Naib Pengerusi : Pn Chang Wai Yan En Tham Sai Hong
Setiausaha : En Ti Yee San
Pengacara Majlis : En Sum Weng Choy Pn Low Phooi Shim
Penyediaan Backdrop : Pn Tan Hui Theng Cik Hong Yie Peng
Siaraya / LCD / Skrin : En Shum Wai Keong Pn Siti Norlida
En Salam
Perhiasan Pentas : Pn Chong Lee Chin Pn Lee Siew May
Pn Phang Lee Kwan
Penyampaian Hadiah : Pn Leong Xin Yi Pn Chan Poh Har
Juru kamera/ Laporan : Cik Yong Jing Yee
Disiplin Murid : Semua Guru

TENTATIF PROGRAM
07.45 am - Pendaftaran peserta
08.00 am - Pertandingan Tahap 1 bermula
10.00 am - Rehat
10.15 am - Pertandingan Tahap 2 bermula
11.45 am - Pertandingan tamat
12.00 pm - Pengumuman Keputusan Pertandingan
- Sesi bergambar

ANGGARAN PERBELANJAAN
ANGGARAN PENDAPATAN
Bil. Perkara RM
1. Kewangan Sekolah (Bantuan Kokurikulum Sekolah) 168.00
Jumlah 168.00

ANGGARAN BELANJAWAN
Bil. Perkara Kuantiti RM
1. Hadiah Pra & Tahap 1 20 x RM4.80 96.00
2. Hadiah Tahap 2 15 x RM4.80 72.00
Jumlah 168.00

PENUTUP
Diharapkan agar pertandingan menyanyi peringkat sekolah berjalan lancar dan
mencapai objektif program yang diharapkan.

Disediakan oleh, Diluluskan / Tidak Diluluskan


oleh,

...................................... ..........................................
(EN TI YEE SAN ) ( PN TAN SIOW YAN )
GPK KOKURIKULUM GURU BESAR
SJKC SUNGAI KLAU SJKC SUNGAI KLAU
27630 RAUB, 27630 RAUB,
PAHANG. PAHANG.

ULASAN:
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

You might also like