You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK KERTAS DUA 2021

SJK (C) KWANG HWA, BANDAR BAHARU

1.0 PENDAHULUAN

Bengkel Teknik Menjawab Matematik Kertas Dua ini adalah merupakan satu
program usahasama yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa Panitia Matematik
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bandar Baharu bagi murid-murid
Tahun 4, 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan pada bulan Julai 2021. Justeru
itu, satu pendekatan khusus yang lebih sistematik dan terancang perlu segera
diambil pada peringkat ini bagi membantu murid meningkatkan lagi potensi mereka
melalui latih tubi dan teknik menjawab yang lebih berkesan. Salain itu, program ini
juga memberi peluang kepada murid meningkatkan lagi potensi, keazaman diri,
kesungguhan dan seterusnya membantu murid mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan bulan Julai pada tahun 2021 ini.

2.0 MATLAMAT
2.1 Meningkatkan tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab yang
berkesan dan efektif
2.2 Setiap murid didedahkan dengan kemahiran menjawab dengan cara yang
betul dan efektif.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Bagi meningkatkan pencapaian pangkat A dan kualiti lulus bagi mata
pelajaran Matematik melalui teknik menjawab yang betul.
3.2 Membantu murid meningkatkan kemahiran belajara dan kefahaman
mereka melalui latih tubi dan latihan dengan kaedah teknik belajar secara
berkumpulan.
3.3 Meningkatkan potensi dan nilai kendiri yang positif di kalangan murid.
3.4 Membina keyakinan murid bahawa mereka berpotensi untuk berjaya
dalam pelajaran serta menjadi individu, murid yang cemerlang.
4.0 TARIKH DAN MASA DICADANGKAN
4.1 Tarikh : Bulan Jun, Julai dan Ogos
4.2 Tempat : Bilik ICT SJK (C) Kwang Hwa, Bandar Baharu
4.3 Masa : 1:30 p.m. hingga 4:00 p.m.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa,
Bandar Baharu.

6.0 SUMBER KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUALITI JUMLAH (RM)


1 Photostat/ Kertas A4/ Kapur RM 100.00 RM 100.00
2 Lain-lain RM 50.00 RM 50.00
JUMLAH RM 150.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : En. Lee Siew Hoon

Naib Pengerusi : Pn. Lee Lee Ying

Penyelaras : Pn. Phea Chong Luan

AJK : Pn. Lee Lee Ying (Guru Matematik Tahun 4 dan 6)

Pn. Lim Wei Wei (Guru Matematik Tahun 5)

Gambar : Cik Boo Chi Sien

Dokumentasi : En. Kelvin Ko Jing Hao


9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA
1:30 p.m. – 2:30 p.m. Slot 1: Matematik
Oleh : Guru Mata Pelajaran
2:30 p.m. – 2:45 p.m. Rehat
2:45 p.m. – 4:00 p.m. Slot 2: Matematik
Oleh : Guru Mata Pelajaran
4:00 p.m. Bersurai

10.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan program ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam usaha melahirkan murid yang
cemerlang dalam semua aspek terutama akademik, akhlak dan sahsiah. Semoga
segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan
pelaksanaan yang dirancang berjalan dengan lancar serta mendapat solongan dari
semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

____________________ ___________________

(KELVIN KO JING HAO) (LEE SIEW HOON)

AJK Panitia Matematik Guru Besar

SJK (C) Kwang Hwa, SJK (C) Kwang Hwa,

34950 Bandar Baharu, 34950 Bandar Baharu,

Kedah. Kedah.

You might also like