You are on page 1of 3

横江中华公学

SJK (C) CHUNG HUA BANGKONG


D/a. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SRI AMAN
TINGKAT 1-3, WISMA PERSEKUTUAN,
Kod Sekolah: YCC2104/AS411
JALAN ABANG AING, 95007 SRI AMAN, SARAWAK Email:sjkchbangkong@gmail.com

KERTAS KERJA
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
TAHUN 2020

AKTIVITI:
A. MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN KONVOKESYEN PRASEKOLAH
A. TAJUK AKTIVITI : MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN KONVOKESYEN
PRASEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Dalam pendidikan prasekolah, penghargaan kepada kebolehan murid merupakan
teras kepada pembelajaran murid. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi,
bersukan dan bakat dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan
murid untuk untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Dengan
pencapaian ini mereka harus diberi penghargaan agar ianya akan diteruskan dan
tidak berhenti setakat di prasekolah sahaja. Melalui Majlis Konvokesyen murid
akan diberi penghargaan dan anugerah bagi setiap pencapaian yang telah mereka
tunjukkan.

2.0 MATLAMAT
Majlis Konvokesyen ini dapat melahirkan rasa dihargai bagi murid dan guru pula
dapat melahirkan penghargaan mereka kepada murid-murid yang telah berjaya
menamatkan pembelajaran mereka di prasekolah.

3.0 RASIONAL
Antara rasional penganjuran Majlis Konvokesyen
1. Dapat membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam
membentuk potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
2. Usaha ini juga diharapkan dapat menghargai murid agar terus berusaha dari
peringkat rendah lagi agar dapat dipraktikkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3. Memupuk semangat berdisiplin dan muhibbah antara rakan sebaya.
4. Memupuk kemahiran kestabilan emosi agar lebih berkeyakinan dan berdaya
saing.
5. Memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa/penjaga memberi khidmat
dalam pelaksanaan program prasekolah secara menyeluruh.

4.0 OBJEKTIF
Melalui majlis ini adalah diharapkan dapat:-
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang
menjadi warganegara yang patriotik.
2. Mempunyai daya juang dan rasa dihargai bagi setiap pencapaian yang telah
dicapai
3. Membantu guru-guru menyampaikan rasa terima kasih dan mendorong murid
agar terus berusaha.
4. Mengeratkan perhubungan ibu bapa dengan warga pendidik.
5.0 PELAKSANAAN
Tarikh : Bulan Oktober - November 2020
Tempat : DEWAN SJK (C) CHUNG HUA BANGKONG

6.0 SASARAN
Kanak-kanak Prasekolah SJK (C) CHUNG HUA BANGKONG

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga/unit Jumlah Catatan


(RM) (RM)
1 80G pelaka mural colour Keceriaan
10 tin 22.50 225.00 dewan dan
dinding kelas
prasekolah
4' x 2' x 48'mm polystyree
untuk majlis
5 pek 28.90 144.50 konvokesyen

2 Bucho poster colour 18 colour 5kotak 26.50 132.50


Anugerah
3 Eagle london 2B 1005 5 kotak 2.90 14.50 Pencapaian
4 Faber Castell 7085-30D dust Terbaik
4 kotak 27.00 108.00
free earser 30's
JUMLAH BESAR RM 624.50

Jumlah peruntukkan yang diperlukan : RM624.50

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________ _________________
WONG LEE YUNG JEE CHEN FUI
Guru Prasekolah Guru Besar

Tarikh: Tarikh:

You might also like