You are on page 1of 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS RAJA MELEWAR


JABATAN PENDIDIKAN JASMANI,KESIHATAN DAN
KOKURIKULUM

TAHUN AKADEMIK : SEMESTER 2 / 2021

TUGASAN KERJA KURSUS


(INDIVIDU)

MPU 3031
KOKURIKULUM - PENGURUSAN KOKURIKULUM

PROGRAM : PISMP
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: DUA

NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD FAIRUZ BIN


HASSAN

NAMA PELAJAR: SHUBASHINI A/P K


SUBRAMANIAN
ANGKA GILIRAN: 2021152340160
NO KAD PENGENALAN: 020214040154

TARIKH HANTAR: 17 DISEMBER 2021

Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh
pensyarah.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:


SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERBAU,

JALAN KAMPUNG AYER MERBAU 11,

77200 BEMBAN,

MELAKA, MALAYSIA

KERTAS KERJA

NAMA PROGRAM :

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI


MELAKA

TARIKH :

21 HINGGA 23 JANUARI 2022

TEMPAT :

BANDARAYA BERSEJARAH MELAKA

ANJURAN :

PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

ISI KANDUNGAN

2
Bil Tajuk Muka Surat

1.0 Tujuan Kertas Kerja 4

2.0 Pengenalan 4

3.0 Rasional 4

4.0 Matlamat 4-5

5.0 Objektif 5

6.0 Jangka Masa Program 5

7.0 Sasaran 5

8.0 Bilangan Peserta/ Guru 5

9.0 Cadangan Program 5

10.0 Pendapatan/ Perbelanjaan 6-7

10.1 Pendapatan

10.2 Perbelanjaan

11.0 Senarai Jawatankuasa 7-8

11.1 Jawatankuasa Induk

11.2 Jawatankuasa Kerja

12.0 Senarai Tugas Jawatankuasa Kerja 8-10

13.0 Borang Penilaian Projek 10

14.0 Tentatif Program 10-11

15.0 Cadangan Aktiviti 12

16.0 Peraturan dan Keselamatan 12-13

16.1 Murid-murid

16.2 Guru Pengiring

17.0 Penutup 13-14

18.0 Lampiran 15-20

19.0 Rujukan 20

1.0 TUJUAN KERTAS KERJA

3
a) Memohon kebenaran pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar
ke tempat-tempat bersejarah di negeri Melaka.
b) Kertas kerja dibuat bagi rujukan Pejabat Pendidikan Daerah terhadap lawatan
sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak SK Ayer Merbau.
c) Permohonan bagi memperuntukkan kewangan daripada pihak sekolah dan PIBG
bagi tujuan kos penginapan dan pengangkutan.

2.0 PENGENALAN

Negeri Melaka yang merupakan tempat permulaan kegemilangan Tanah Melayu


sehingga menjadi tumpuan pada satu ketika dahulu. Oleh itu, Persatuan Bahasa Melayu
SK Ayer Merbau telah berganding bahu dengan Kelab Kebudayaan dan Kesenian untuk
menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di negeri Melaka.
Selain itu, lawatan ini merupakan platform untuk menimba ilmu tentang tempat-tempat
bersejarah dan tokoh-tokoh di Malaysia. Penganjuran lawatan ini dapat memupuk
kayakinan diri, berani, bertoleransi, bekerjasama dan semangat patriotik serta
mengekalkan semangat perpaduan pelbagai kaum. Bukan itu sahaja, lawatan ini
memberi kesedaran kepada murid-murid Sk Ayer Merbau dan pengalaman baru kepada
mereka mengenai Negeri Bersejarah terutama tempat yang telah mencatat sejarah.

3.0 RASIONAL

a) Dapat mengembangkan ilmu pengetahuan yang dipelajari dalam subjek Sejarah


secara visual.
b) Menghayati latar belakang atau sejarah tokoh-tokoh yang berjuang kepada
negeri Melaka.
c) Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai
sesebuah lawatan sambil belajar dari awal hingga akhir.
d) Memberi pengalaman baru kepada murid-murid tentang Melaka Bandaraya
Bersejarah.

4.0 MATLAMAT

Pelaksanaan lawatan seumpama ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan


tentang sejarah dan pahlawan-pahlawan negeri Melaka ke arah melahirkan insan yang
berpatriotik. Lawatan yang diadakan, membolehkan murid-murid mengimbangkan antara
emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di Melaka bergerak

4
seiring dalam memacu arus pendidikan kea rah yang lebih realistik dalam membantu
merealisasikan harapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

5.0 OBJEKTIF

a) Memupuk semangat perpaduan, bekerjasama serta mengeratkan silaturahim


sesama pelajar melalui lawatan ini.
b) Melatih dan memberi pendedahan mengenai sejarah sebelum kemerdekaan agar
pelajar dapat melibatkan diri dalam menimba ilmu tentang sejarah Malaysia.
c) Melahirkan insan yang setia kepada raja dan negara serta berpatriotik.
d) Mendekatkan lagi diri murid untuk melihat suasana Bandaraya Bersejarah
dengan melihat secara dekat tempat bersejarah seperti Muzium, Wonderland
dan lain-lain.
e) Memberi peluang kepada murid untuk melihat secara dekat Pengkisahan Hang
Tuah sebagaimana yang telah diceritakan terlebih dahulu dalam Kajian
Tempatan.
f) Memberi peluang kepada murid untuk menggabung jalin pengetahuan yang
diperolehi di kelas dengan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan.
6.0 JANGKA MASA PROGRAM

Lawatan ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 21 Januari 2022
hingga 23 Januari 2022 (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

7.0 SASARAN

Ahli-ahli Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Kebudayaan dan Kesenian.

8.0 BILANGAN PESERTA/ GURU

Seramai 35 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibu bapa atau
penjaga. Seramai 5 orang guru penasihat akan mengawasi pelajar sepanjang program
ini berlaku.

9.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 21 hingga 23 Januari 2022


Tempat lawatan : negeri Melaka Bandaraya Bersejarah

5
10.0 PENDAPATAN/ PERBELANJAAN

10.1 Pendapatan

Bil Sumber Pendapatan Kiraan Jumlah


(RM)
1. Bayaran yang dikenakan kepada 200 x 35 orang 7 000.00
peserta lawatan

2. Bayaran yang dikenakan kepada 250 x 5 orang 1 250.00


guru pengiring

3. Sumbangan daripada YB 3 000.00


4. Sumbangan daripada PIBG 3 000.00

Jumlah keseluruhan 14 250.00

10.2 Perbelanjaan

Bil Perkara Kiraan / unit Jumlah


(RM)
1. Kos Pengangkutan 1 bas 450.00
2. Kos Penginapan 20 bilik 4 800.00
3. Muzium Samudera Kanak-kanak 245.00
RM 7.00 x 35
Dewasa 60.00
12.00 x 5

4. Muzium TLDM Kanak-kanak 210.00


RM 6.00 x 35
Dewasa 50.00
10.00 x 5

5. Tiket Taming Sari Kanak-kanak dan 480.00


Dewasa
12.00 x 40

6. Tiket Bot Cruise Kanak-kanak 350.00


10.00 x 35
Dewasa 60.00
12.00 x 5

7. Tiket ke Wonderland Kanak-kanak 1 015.00


29.00 x 35
Dewasa 180.00
36.00 x 5

6
8. Tiket ke Taman Buaya Kanak-kanak 175.00
5.00 x 35
Dewasa 40.00
8.00 x 5

9. Tiket ke Zoo Melaka Kanak-kanak 350.00


10.00 x 35
Dewasa 100.00
20.00 x 5

10. Hadiah 30 x 20 orang 600.00


11. Makan dan minum 90 x 40 orang 3 600.00
12. Insuran nyawa 30 x 40 orang 1 200.00
13. Peti kecemasan seunit 50.00
Jumlah keseluruhan RM 14 015

11.0 SENARAI JAWATANKUASA

11.1 Jawatankuasa Induk

Pengerusi : En. Aiman bin Daud (Guru Besar SK Ayer


Merbau)
Naib En. Muhammad Atif bin Abdullah (GPK
Pengerusi 1 : Kokurikulum)
Naib Puan Azibah binti Ayub (GPK HEM)
Pengerusi 2 :
Setiausaha : Cik Shubashini A/P K Subramanian (Guru
Media)
Naib En. Badrul bin Hisham
Satiuasaha :
Bendahari : En. Muthu A/L Muniandy

Ajk : Puan Nurul izzah binti Raup (Guru Penasihat


Persatuan Bahasa Melayu)

Puan Mala A/P Raja (Guru Penasihat Kelab


kebudayaan dan kesenian)

Puan Hartini binti Yusof

En. Chin Kuang Tiu

Puan farah Wahidah binti Abd Seman

7
11.2 Jawatankuasa Kerja

Ketua En. Muhammad Atif bin Abdullah


Rombongan :

Fotografi : Cik Shubashini A/P Subramanian

Kuiz : Puan Mala A/P Raja

Kecemasan : Puan Nurul Izzah binti Raup

Ajk lawatan
(makanan,
pengangkutan,
penginapan) : En. Chin Kuang Tiu

12.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KERJA

Jawatan Nama Tugas


Ketua En. Muhammad Atif bin  Memastikan setiap murid-
Rombongan Abdullah
murid dan guru berada
dalam keadaan yang sihat.
 Bersedia untuk memberi
taklimat ringkas sebelum
mengadakan kuiz.
 Bertanggungjawab atas
keselamatan murid-murid
sepanjang lawatan
berlangsung.
Fotografi/ Cik Shubashini A/P  Mengambil foto atau video
Dokumentasi Subramanian
sepanjang lawatan
berlangsung bagi tujuan
dokumentasi.
 Menyediakan laporan
lawatan dengan segera.
 Memastikan mengambil
gambar di setiap tempat

8
yang dikunjungi semasa
lawatan ini berlangsung.
Kuiz Puan Mala A/P Raja  Menyediakan kuiz-kuiz
kepada murid-murid
berdasarkan tempat yang
dilawati.
 Menguruskan hadiah
kepada pemenang kuiz.
 Memastikan setiap murid
membuat catatan
sepanjang lawatan ini
berlangsung.
Kecemasan Puan Nurul Izzah binti Raup  Menyediakan peti
pertolongan cemas.
 Merawat atau memberi
pertolongan cemas kepada
murid-murid atau guru-guru
yang mengalami
kecederaan ringan
sepanjang lawatan ini.
 Membawa murid-murid
atau guru-guru yang
mengalami kecederaan
parah ke hospital dengan
kadar segera.
 Menguruskan hal-hal
kecemasan jika berlaku
peristiwa yang tidak
diingini.
AJK Lawatan En. Chin Kuang Tiu  Mengurus, menyusun atur
pengangkutan sepanjang
lawatan berlangsung.
 Menguruskan tempat
penginapan yang selesa
dan selamat .
 Menyediakan makanan

9
dan minuman yang
mencukupi bagi semua
guru dan murid yang
terlibat .

13.0 BORANG PENILAIAN PROJEK

Rujuk di lampiran 5

14.0 TENTATIF PROGRAM

21 Januari 2022 (Jumaat)

Masa Aktiviti
7:00 pagi - Pendaftaran
8:00 pagi - Bersedia bertolak ke Bandaraya Bersejarah Melaka
9:30 pagi - Tiba di Bandar Hilir, Melaka
- Sarapan pagi
10:30 pagi - Melawat sekitar Bandar Hilir
- Melawat Muzium Samudera
12:30 tengah hari - Makan tengah hari
- Solat Zohor
2:30 petang - Daftar masuk penginapan
4:00 petang - Melawat Muzium TLDM
- Melawat Menara Taming Sari
7:00 petang - Pulang ke penginapan
- Bersihkan diri
8:30 malam - Makan malam
- Menaiki Bot cruise
10:00 malam - Pulang ke penginapan

10
22 Januari 2022 (Sabtu)

Masa Aktiviti

7:30 pagi - Sarapan pagi

8:00 pagi - Taklimat oleh Ketua Rombongan


- Sesi Kuiz

9:00 pagi - Ke Melaka Wonderland

1:00 tengah hari - Makan tengah hari

- Pulang ke penginapan

3:00 petang - Melawat Taman Buaya


- Melawat Kota A’Famosa

6:00 petang - Pulang ke penginapan

- Makan malam

8:00 malam - Ke pengkisahan Sejarah Melaka (Hang Tuah)

23 Januari 2022 (Ahad)

Masa Aktiviti

7:30 pagi - Sarapan pagi

8:00 pagi - Taklimat oleh Ketua Rombongan

- Sesi kuiz

- Ke Zoo Melaka

1:00 tengah - Makan tengah hari


hari
- Solat Zohor

2:00 petang - Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz

- Bertolak ke SK Ayer Merbau

3:00 - Tiba di SK Ayer Merbau

11
15.0 CADANGAN AKTIVITI

a) Setiap peserta akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
b) Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah setiap sesi kuiz untuk disemak
dan dinilai oleh guru pengiring.
c) Sepuluh peserta pertama yang dapat menjawab soalan dengan betul akan dipilih
untuk menerima cenderahati yang disediakan.

16.0 PERATURAN DAN KESELAMATAN

16.1 Murid-murid

a) Sentiasa menepati masa seperti yang ditunjukkan dalam tentatif agar


tidak berlaku kelewatan.
b) Memastikan pakai pakaian yang bersopan dan tidak menjolok mata
sepanjang lawatan ini berlangsung.
c) Membawa segala barang keperluan yang diminta dalam borang senarai
barang agar tidak berlaku kekurangan barangan keperluan.
d) Membawa beg kecil bagi menyimpan buku catatan, pen dan telefon
bimbit semasa aktiviti dijalankan.
e) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang saku yang banyak bagi
mengelakkan kecurian atau kehilangan.
f) Sentiasa patuh kepada arahan yang diberi oleh guru pengiring.
g) Murid-murid dinasihatkan berada tempat-tempat yang telah ditetapkan
atas faktor keselamatan. Murid-murid dilarang sama sekali pergi ke
mana-mana tanpa pengetahuan atau kebenaran guru pengiring.
h) Murid-murid dilarang membawa senarai peralatan yang tidak dibenarkan
sepanjang lawatan ini berlangsung.
i) Murid-murid diwajibkan memakai tanda nama sekolah sepanjang program
kecuali berada di tempat penginapan.
j) Murid-murid perlu memberitahu terlebih dahulu kepada guru pengiring jika
terdapat masalah kesihatan sebelum atau sepanjang lawatan ini.
k) Setiap murid hendaklah menyerahkan borang kebenaran ibu bapa atau
penjaga kepada guru yang bertugas sebelum lawatan ini bermula.

12
16.2 Guru Pengiring

a) Sentiasa memberi taklimat keselamatan kepada murid-murid semasa


berada di tempat aktiviti.
b) Membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan agar dapat
mengawasi mereka dengan lebih mudah.
c) Mengedarkan senarai nama guru pengiring dan nombor telefon bimbit
kepada waris.
d) Memastikan terdapat peti kecemasan yang mengandungi ubat-ubat asas
dan peralatan asas.
e) Memastikan terdapat alat pemadam api dalam bas bagi tujuan
kecemasan.
f) Membawa segala dokumen-dokumen penting lawatan bagi mengelakkan
pertikaian.
g) Memastikan ahli rombongan hanya terdiri daripada senarai yang diberi.
h) Pergerakan murid sentiasa diawasi dan dalam makluman.
i) Jika berlaku kerosakan kenderaan, memastikan semua murid-murid
berada di luar kenderaan dan berkumpul di tempat yang selamat.
j) Memastikan bilangan murid setiap kali sebelum dan selepas aktiviti.
k) Memastikan terdapat penyelamat kelemasan semasa berada di
Wonderland, Melaka.
l) Memastikan makanan yang diberi halal atau vegetarian mengikut
kehendak murid-murid.
m) Membuat rondaan semasa berada di tempat penginapan agar tidak
berlaku apa-apa kecemasan yang tidak diingini.
n) Memastikan semua murid sihat sebelum dan semasa lawatan ini
berlangsung.

17.0 PENUTUP

Program lawatan sambil belajar adalah salah satu daripada program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah kepada murid-murid. Selain daripada mengisi masa lapang murid-
murid, mereka juga didedahkan kepada komuniti, alam sekitar dan binatang sepanjang
lawatan ini. Mereka akan memperoleh beberapa pengetahuan yang sepatutnya semasa
program ini berlangsung. Belajar melalui pengalaman amat berkesan kepada murid-
murid dari segi epistemologi. Diharapkan program lawatan sambil belajar ini dapat
direalisasikan agar murid-murid SK Ayer Merbau mendapat faedah yang sepenuhnya.

13
Bukan itu sahaja, semua pihak berharap lawatan ini akan membuka minda murid-murid
tentang sejarah Melaka. Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak yang memberi kerjsama, sumbangan dan sokongan bagi menjayakan
lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan
semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………… Shuba…………….. ………………………………

(CIK SHUBASHINI A/P SUBRAMANIAN) ( EN. MUHAMMAD ATIF BIN


ABDULLAH)
Setiausaha, GPK Kokurikulum,
SK Ayer Merbau. SK Ayer Merbau.

Disahkan oleh,

……………………………………
(EN. AIMAN BIN DAUD)
Guru Besar,
SK Ayer Merbau.

14
18.0 LAMPIRAN

Lampiran 1 : Senarai nama peserta

Senarai nama murid yang akan mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah di negeri Melaka
Pada 17 Disember 2021

Bil Nama Kelas No. Telefon Waris


1. Nurul Hidayah binti Othman 4 Mutiara 014-3817398
2. Farah Wahidah binti Yusof 4 Mutiara 019-6795730
3. Muhammad Amirul bin Abdullah 4 Mutiara 014-6789034
4. Syarizzat bin Malek 4 Mutiara 017-3567809
5. Tamilnilam A/P Partiban 4 Zamrud 016-0836792
6. Cristiana A/P Joseph 4 Zamrud 014-0397352
7. Salmon A/L Raj Mohan 4 Zamrud 011-03730965
8. Nurul Aqilah binti Abd Halim 4 Nilam 014-0926784
9. Aishah binti Hapiz 4 Nilam 014-0356792
10. Muhammad Hanis bin Yaakub 4 Nilam 017-8234098
11. Suhaidah binti Abd Razak 4 Nilam 014-1298350
12. Esther A/P Franchis 4 Nilam 016-9486301
13. Sivanesan A/L Subramanian 4 Nilam 011-34509814
14. Muhammad Syazwan bin Rahman 5 Mutiara 011-87620098
15. Ahmad Hafiz bin Azmi 5 Mutiara 012-8363900
16. Abhirami A/P Rajakumar 5 Mutiara 016-9984401
17. Alya Qistina binti Rassidi 5 Zamrud 014-7336901
18. Piriya A/P Ravi 5 Zamrud 016-9367780
19. Muhammad Luth bin Razuan 5 Zamrud 014-7803601
20. Kumar A/L Siva 5 Zamrud 019-5560011
21. Nor Wardah binti Abd Kamal 5 Nilam 019-7639019
22. Muhammad Alif bin Kamaruddin 5 Nilam 011-03730965
23. Amirah Syazwani binti Mohd Hisham 5 Nilam 014-0926780
24. Ahmad Zaki bin Ramli 6 Mutiara 014-0356796
25. Farid Ifwat bin Ghani 6 Mutiara 017-8234091
26. Nurul Hana binti Mohamad Zaini 6 Mutiara 014-1298350
27. Siti Nursyahirah binti Jumeren 6 Mutiara 016-9486302
28. Addin Iqbal bin Ayob 6 Zamrud 011-34509810
29. Nur Farhana binti Mohd tijar 6 Zamrud 011-87620091
30. Ferdinand Ng Jun Keat 6 Zamrud 012-8363988
31. Ahmad Hanis bin Najmi 6 Zamrud 016-9984404
32. Ainul Mardhiyah binti Hasnan 6 Zamrud 014-7336908
33. Siti Husniyah binti Halim 6 Zamrud 016-9367787
34. Al Farahin binti Ahmad Razak 6 Nilam 011-03730909
35. Noor Alya binti Rusyidi 6 Nilam 014-0926780

15
Lampiran 2 : Senarai guru pengiring

Senarai nama guru yang akan mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah di negeri Melaka

Bil Nama guru Jawatan No. Telefon


Bimbit
1. En. Muhammad Atif bin Abdullah GPK Kokurikulum 016-6734013

2. Cik Shubashini A/P Subramanian Setiausaha 014-9700143

3. Puan Mala A/P Raja Ajk 014-3817161

4. En. Chin Kuang Tiu Ajk Lawatan 014-6246035

5. Puan Nurul Izzah binti Raup Ajk 011-23458709

Saya sahkan semua butir-butir sebagaimana yangt ercatat di dalam borang


PPS.57adalah betul dan telah mencukupi lima minggu sebagaimana yang dikehendaki.

Tarikh : …………………………… ……………………………………………….


Tandatangan/Guru Besar dan Cop Sekolah

1. Persetujuan ibu bapa / penjaga telah diperoleh .

2. Murid-murid dan guru pengiring telah diberi taklimat berhubung dengan


peraturan dan langkah-langkah keselamatan. Guru-guru yang
bertanggungjawab ditugaskan menjalankan semua langkah keselamatan
seperti yang dinyatakan.

3. Alat-alat pertolongan cemas telah disediakan.

Saya dengan ini memperakui bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan
yang diberikan dalam bidang ini adalah benar dan betul .

16
Tandatangan :………………………………..

Nama Penuh, jawatan dan :…………………………………


Cop Sekolah

Lampiran 3 : Surat permohonan dan kelulusan lawatan

17
Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa/ penjaga

18
Lampiran 5 : Borang penilaian projek

19
Link Google Form : https://forms.gle/zsC1w1U3tvSdZ5Et7

Lampiran 6 : Senarai barang keperluan dan barang dilarang

20
19.0 RUJUKAN

21
https://www.scribd.com/doc/63028021/Kertas-Kerja-Lawatan-Sambil-Belajar

https://anyflip.com/pgfky/xwbx/basic

https://pdfslide.net/documents/kertas-kerja-lawatan-ke-melaka-56608f07b18a5.html

http://supremeteacher.blogspot.com/2014/10/kertas-kerja-lawatan-sambil-belajar-ke.html

https://www.academia.edu/34659508/Kertas_kerja_Lawatan_Melaka

22

You might also like