You are on page 1of 3

KERTAS KERJA AKTIVITI JOM SIMPAN DAN LABUR KELAB PELABURAN BIJAK

SMK TENGKU LELA SEGARA

1.0 PENDAHULUAN

Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad 1 Malaysia (KPBPNB1M) telah


ditubuhkan pada 22 April 2000 Sempena Minggu Saham Amanah Malaysia yang pertama.
Objektif penubuhan KPBPNB1M ialah bagi mewujudkan kesedaran dan menyampaikan
pengetahuan tentang dunia pelaburan melalui penyebaran maklumat dan pendidikan secara
berterusan. Selain dari itu juga ia memupuk dan menekankan kepentingan budaya menabung
dan merancang kewangan demi keperluan masa depan. KPBPNB1M juga menjadi ejen untuk
menyebarkan pendidikan pelaburan di kalangan masyarakat Malaysia.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Program Jom Simpan dan Labur ini merupakan salah satu daripada aktiviti teras yang wajib
dijalankan oleh sekolah-sekolah Kelab Pelaburan Bijak Permodalan Nasional Berhad
(KPBPNB). Objektif program ini ialah bagi meningkatkan jumlah pelabur di kalangan
masyarakat pelajar di samping memberi kesedaran tentang Perancangan Kewangan dan
Pelaburan.

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh : 12 Oktober 2017


Tempat : Bilik Mesyuarat Baiduri, SMKTLS
Masa : 8.30 am hingga 1.00 pm

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 6

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jamuan :

Kakitangan PNB : RM 20 X 5 orang = RM 100


Guru : RM 20 x 4 orang = RM 80
Pelajar : RM 5 x 164 orang = RM 820
JUMLAH = RM 1000
(SEMUA DITANGGUNG OLEH PNB)
6.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 – 10.00 : Penyerahan borang ASNB Tingkatan 1


10.00 - 10.30 : Minum pagi
10.30 – 12.30 : Penyerahan borang ASNB Tingkatan 6

7.0 PENUTUP

Dengan adanya program ini ia dapat memberi peluang kepada pelajar untuk melabur dalam
ASNB dan secara tidak langsung membantu pelajar menabung untuk masa depan.

Disediakan oleh :

……………………………..
(ROSNANI BINTI ALMA’AMUN)
Setiausaha Program Jom Labur,
SMK Tengku Lela Segara,
21600 Marang, Terengganu

Yang benar.

……………………………………..
(MAT ZULDDIN BIN JUSOH)
Pengetua,
SMK Tengku Lela Segara,
21600 Marang, Terengganu,,

You might also like