You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

SJK(C)CHUNG HUA BANGKONG

1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari
dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
 Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu

2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat
utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
 Memantapkan kepimpinan sekolah
 Memaksimumkan kualiti guru
 Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
 PdPC bermakna di samping persekitaran yang berkesan

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan
unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
 Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
 Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
 Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
 Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid dan guru SJK(C)Chung Hua Bangkong.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Jee Chen Fui
Pengurus Program : E n. Wong Ik Ming
AJK : Cik Mary Kong (GPK HEM)
Pn. Annie Chong Kim Nyuk (GPK KK)
Semua Ketua Panitia
Pn. Lucy Anak Joseph Jampang (PT)

7.0 PROGRAM-PROGRAM TS25


Antara program-program TS25 yang dianjurkan pihak sekolah antaranya;
 Taklimat kepada guru-guru SJK(C)Chung Hua Bangkong
 Taklimat kepada murid-murid dan waris SJK(C)Chung Hua Bangkong
 Bengkel Middle Leaders TS25
 Transformasi Semua Bilik Darjah mengikut PAK-21
 Kempipinan melalui tauladan: Kem kepimpinan pengawas, ketua dan penolong kelas.
 Latihan / Bengkel Kerja Kejurulatihan Aktiviti KK: Pengakap Kanak-Kanak
 Majlis Pelancaran TS25 Warga Pendidik Bersama LPS, PIBG, dan Komuniti Setempat

8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program-program TS25 adalah sebanyak RM 1,280.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang dirancang.
Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang bertransformasi ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.
Disediakan oleh; Disemak dan disahkan oleh,
……………………….. ………………………................
(WONG IK MING) (JEE CHEN FUI)
Pengurus Program Guru Besar
TS25 SJK(C)Chung Hua Bangkong SJK(C)Chung Hua Bangkong

You might also like