You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PETALING JAYA

LORONG MASJID I (3/69-1)


46000 PETALING JAYA, SELANGOR

KERTAS KERJA

PROGRAM KBAT
DALAM
KOKURIKULUM
2021

DISEDIAKAN OLEH :
UNIT KOKURIKULUM
1.0 MATLAMAT

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah mengariskan


enam aspirasi iaitu kemahiran memimpin,kemahiran dwibahasa,etika dan
kerohanian,identiti sosial,pengetahuan dan kemahiran berfikir yang diperlukan oleh
setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global.Kemahiran berfikir yang
ditekankan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kerana trend perkembanagn
masa kini menuntut kemahiran tersebut.

2.0 RASIONAL

Kokurikulum dan kurikulum merupakan antara elemen yang diberi fokus di dalam
Pelan Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan matlamat untuk
melahirkan modal insan yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan,kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya membina sesuatu. Ini selaras dengan
ciri KBAT dalam Penilaian Kokurikulum.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam aktiviti yang dijalankan.

3.2 Penerapan kemahiran berfikir secara terancang dan sistematik mengarah

kepada penghasilan murid berfikir aras tinggi.

3.3 KBAT dalm kokurikulum membolehkan murid menggunakan pemikiran


secara

kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah atau menghasilkan

sesuatu projek.

3.4 Pendekatan penyelesaian masalah akan membolehkan murid mempunyai

kemahiran untuk menggunakan apa yang telah dipelajari dalam situasi lain

(pemindahan pengetahuan) mengaplikasi pengetahuan sedia ada dan

dipelajari dalam kehidupan mereka sebagai murid, ahli masyarakat dan

anggota keluarga, mengaplikasi segala ilmu pengetahuan yang diperoleh

dalam aktiviti yang disertai.

4.0 SASARAN PROGRAM

Semua murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Setiap hari Rabu ( Hari Kokurikulum )

Masa : 2.00 petang hingga 4.00 petang

Tempat : Kediaman masing-masing


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT :
PUAN AZATULAKMAL BINTI ABD
RAZAK

PENGERUSI :
PUAN THERESA BINTI JAIMUN

NAIB PENGERUSI : NAIB PENGERUSI :

PUAN ZURAINI BINTI DOLLAH PUAN KAMARIAH BINTI NGAH

PENYELARAS :
PUAN SYAZATHAYATI BINTI
ABDULLAH

SETIAUSAHA :
CIK AZLINI BINTI GANTI

AHLI JAWATANKUASA :
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
PENYELARAS KELAB DAN
PERSATUAN
PENYELARAS SUKAN DAN
PERMAINAN
7.0 CADANGAN PROGRAM KBAT YANG AKAN DILAKSANAKAN
7.1 Melagukan Syair dan Melafazkan Pantun

Persatuan/Kelab : Persatuan Bahasa Melayu


Tema : Memertabatkan Budaya Bangsa
Tajuk : Memperkenalkan dan meningkatkan minat dalam
Sastera
Melayu
Masalah : Kurangnya minat dan pengetahuan dalam Sastera
Melayu seperti syair, pantun, gurindam dan seloka
Cadangan/Alternatif : i) menghasilkan atau mencipta pantun
ii) menterjemahkan puisi dalam bentuk
lakonan
Cadangan penyelesaian : Mencipta pantun dan melagukan syair
Jadual pelaksanaan : Disediakan mengikut sesi perjumpaan

7.2 Ikhtiar Hidup

Unit Beruniform : Pandu Puteri Tunas


Tema : Ikhtiar Hidup
Tajuk : Perkhemahan
Masalah : Murid kurang minat dalam aktiviti melibatkan ikhtiar
hidup.
Cadangan/Alternatif : i) menghasilkan gajet
ii) mengenal jenis ikatan
iii) menghasilkan menu sihat
Cadangan penyelesaian : Menu sihat - Membuat sandwich
Jadual pelaksanaan : Disediakan mengikut sesi perjumpaan
7.3 Kitar Semula

Unit Beruniform : Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Tema : Inovasi
Tajuk : Kitar Semula
Masalah : Murid tidak terdedah kepada amalan kitar semula
Cadangan/Alternatif : i) menghasilkan beg daripada seluar
terpakai
ii) menghasilkan bekas pensel
Cadangan penyelesaian : Menghasilkan bekas pensel
Jadual pelaksanaan : Disediakan mengikut sesi perjumpaan

7.4 FIT SKPJ

Sukan dan Permainan : Kelab Olahraga


Tema : Sihat dan Cergas
Tajuk : Saya Boleh
Masalah : Murid kurang mengamalkan gaya hidup sihat.
Cadangan/Alternatif : i) Senamrobik
ii) Walk to Fit
iii) My Run / My Ride
Cadangan penyelesaian : 5km My Run
Jadual pelaksanaan : Disediakan mengikut sesi perjumpaan
7.5 Ikhtiar Hidup

Unit Beruniform : Tunas Kadet Remaja Sekolah


Tema : Ikhtiar Hidup
Tajuk : Perkhemahan
Masalah : Murid kurang minat dalam aktiviti melibatkan ikhtiar
hidup.
Cadangan/Alternatif : i) menghasilkan gajet
ii) mengenal jenis ikatan
iii) menghasilkan menu sihat
Cadangan penyelesaian : Ikatan
Jadual pelaksanaan : Disediakan mengikut sesi perjumpaan
8.0 KEWANGAN
8.1 Sumber Kewangan :

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan aktiviti berasaskan KBAT dapat melahirkan murid yang
mempunyai pemikiran kreatif dan berinovasi. Penguasaan KBAT mampu
membentuk murid yang berupaya menghadapi cabaran, tekanan dan perubahan
serta dapat membentuk individu yang kreatif, berimaginasi tinggi, mempunyai nilai
dan boleh membuat pertimbangan logic. Murid dipupuk dengan kemahiran melalui
aktiviti KBAT yang dijalan.

Disediakan oleh :

(PUAN SYAZATHAYATI BINTI ABDULLAH)


Penyelaras Program KBAT

Disemak oleh :

(PUAN THERESA BINTI JAIMUN)


GPK Kokurikulum

Disahkan oleh :

(PUAN AZATULAKMAL BINTI ABD RAZAK)


GURU BESAR

You might also like