You are on page 1of 3

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

PENGENALAN

SK Taman Seri Rampai telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) bagi kohort 6 iaitu bermula tahun 2021.

 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha


Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti. 

 Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta


pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. 

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

1.0 PUNCA KUASA

 19 JUN 2015
Mesyuarat Majlis Ekonomi pada 16 Jun 2014 telah mencadangkan pelaksanaan Program
Sekolah Transformasi dan diluluskan semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015.

 7 April 2017
Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14 : penjenamaan semula kepada Program Transformasi
Sekolah 2025 (TS25)

2.0 OBJEKTIF

1. Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik


2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid
3.0 MATLAMAT PROGRAM

1. Memantapkan kepimpinan sekolah


2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan
pengajaran
3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid

4.0 KONSEP PROGRAM

Konsep Program TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul yang akan dicapai
menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut :
 Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
 Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
 Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
 Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
 Komitmen komuniti yang padu.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM

1. Program TS25 diterajui oleh beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
pelaksanaan pelbagai aktiviti berdasarkan fungsi masing-masing.

2. Antara aktiviti utama Program TS25 ialah:


 Latihan kepada Pemimpin Sekolah dan Guru (bersemuka dan secara dalam talian)
 Pembangunan Kapasiti kepada Pembimbing Instruksional dan Pembimbing Pedagogi
 Perkongsian Amalan Terbaik dari Sekolah Program TS25 (Konvensyen, Seminar, Kolokium,
Karnival dan Showcase)
 Kajian Impak dan Keberkesanan Program TS25
 Sokongan Profesional (Bimbingan dan Kunjung Bantu secara berpusat atau berkelompok
oleh Rakan ELIT (RE) sama ada dengan kaedah bersemuka atau secara dalam talian)
 Pemeriksaan (SKPMg2) dan Penilaian Program

6.0 LOGO PROGRAM

You might also like