You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI 2/2017

Tarikh : 9 MAC 2017 (KHAMIS)

Masa: 1.30-2.30 Petang

Tempat : Dewan Merit

Kehadiran :

1. Encik Suring anak Auai - Guru Besar


2. Encik Gerijeh anak Ingkoh-Penolong Kanan Kurikulum
3. Encik Bob Jabu anak Esit - Penolong Kanan Kokurikulum
4. Pn Linia Kurus-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
5. Puan Jemima Tuah
6. Encik Razmi Amit
7. Encik Muhammad Raimi bin Yusof
8. Puan Fatin Liyana binti Nasir
9. Puan Vivian ak Noak
10. Cik Ladiya anak Adalfred@Anam
11. Cik Nur Marliana Sofea binti Umar
12. Cik Nur Sharmila Soraya binti Mahmud
13. Cik Bethrace ak Slyvester Sabuk

AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani Kali -2 bagi sesi 2017

1.2 Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

Tindakan : Untuk Makluman

AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali pertama bagi 2017 untuk disemak
dan disahkan. Minit Mesyuarat kali pertama disahkan oleh Encik Muhammad Raimi bin
Yusoff dan disokong oleh Cik Nur Marliana Sofea binti Umar.

Tindakan : Untuk Makluman

AGENDA 3: PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan : Untuk Makluman

AGENDA 4 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( PDP)

4.1 Tuan Pengerusi menerangkan tentang rancangan pengajaran harian (RPH) yang
perlu dibuat setiap guru. Cara penulisan RPH perlulah selaras bagi tujuan penyelarasan
apabila dipantau pihak atasan. Bagi tahun 1 hingga tahun 6 menggunakan format baru
iaitu KSSR.

4.2 Bagi rancangan pengajaran untuk tahun 1 hingga 6 perlu menggunakan sukatan
pelajaran baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Tuan Pengerusi telah
menerangkan serba sedikit tentang rancangan pengajaran.

4.3 Tuan Pengerusi juga menerangkan bahawa rancangan pengajaran harian untuk
KSSR mempunyai standard kandungan, pembelajaran, elemen EMK dan refleksi
hendaklah jelas serta teliti.

4.4 Tuan Pengerusi ada juga menerangkan tentang objektif RPH yang perlu dicapai
iaitu bagi subjek Pendidikan Jasmani melibatkan psikomotor, kognitif dan afektif.
Manakala bagi subjek Pendidikan Kesihatan hanya melibatkan kognitif dan afektif.
Untuk psikomotor perlulah jelas seperti menyatakan bilangan percubaan, jarak dan
teknik yang betul digunakan. Bagi kognitif adalah pemahaman intelektual murid dalam
pembelajaran. Manakala afektif adalah nilai-nilai moral yang positif yang diterapkan
kepada murid semasa beraktiviti.

4.5 Selain objektif, Tuan pengerusi juga menyatakan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran perlu diterapkan pendekatan unsur maju, pemanasan dan regangan,
penerangan sebelum menjalankan aktiviti, dan demonstrasi.

4.6 Menurut Tuan Pengerusi di dalam proses P&P juga perlu dipelbagaikan dengan
melibatkan aktiviti individu, pasangan dan kumpulan. Selain itu, pada kemuncak P&P
perlulah mengadakan permainan kecil bagi menguji keseluruhan apa yang diajar dan
aktiviti ini menambah minat murid untuk mengikuti P&P.

Tindakan : Untuk Makluman

AGENDA 5 : PERALATAN SUKAN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru PJ supaya tidak membenarkan


murid mengambil peralatan di dalam stor sukan tanpa kebenaran dan pengawasan
guru PJ. Segala alatan sukan yang diambil perlu diisi dalam buku log sebelum diambil.

Tindakan : Untuk Makluman


AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN

6.1 : Semua guru PJ dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual baru kepada Ketua
Panitia. Guru bertanggungjawab menjaga dan membawa keluar barang-barang
permainan daripada stor sukan.

Tindakan : Untuk Makluman

AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana
menyumbang idea untuk meningkatkan prestasi dan menggerakkan panitia Pendidikan
Jasmani.

7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

……………………………………… ………………………………………………..
(NUR MARLIANA SOFEA BT UMAR ) (FATIN LIYANA BINTI NASIR )
Setiausaha Ketua Panitia Pendidikan Jasmani

Disahkan oleh,

…………………………………

(SURING AK AUAI)
Guru Besar,
SK Nanga Merit, Limbang

You might also like