You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) LAKUM,

28500, LANCHANG, TEMERLOH

KERTAS KERJA
‘PROJEK SEKOLAHKU SIHAT & CERIA’

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM)
1.0 PENGENALAN

Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan


minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang sihat, cergas dan kondusif.
Hal ini kerana, persekitaran kawasan sekolah yang kondusif dan ceria adalah
merupakan wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang
cemerlang.

Sehubungan dengan itu, ‘Projek Sekolahku Sihat & Ceria’ ini telah dirancang
khusus di bawah Unit HEM bagi mewujudkan suasana sekolah yang lebih aktif dan
menarik di samping dapat menerapkan elemen menghargai pelbagai bahan di sekolah
melalui pemerkasaan Pusat Sumber Sekolah (PSS)

2.0 RASIONAL

Projek ini adalah merupakan satu daripada aktiviti yang telah dirancang di bawah
Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Oleh sebab itu, projek ini lebih memberi fokus kepada
elemen nilai-nilai murni, kesihatan dan keceriaan sekolah

Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk memastikan murid sentiasa aktif dan
cergas, di samping mewujudkan ruang sekolah yang lebih ceria dan dapat
meningkatkan penghayatan murid terhadap nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.

Projek ini juga bertujuan untuk memberi manfaat kepada murid dengan
mewujudkan laluan lintasan belang atau zebra crossing. Laluan ini dapat
menambahbaik laluan berbumbung yang menjadi tempat tumpuan utama murid ketika
hadir ke sekolah dan pulang ke rumah. Secara tidak langsung, tahap keselematan
murid khususnya dan warga sekolah dapat ditingkatkan.

1
3.0 OBJEKTIF

Melalui projek ini, kami berharap dapat :

i. Merancang dan melaksanakan aktiviti berunsur kesukanan dan permainan.


ii. Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang kondusif,
cantik dan indah.
iii. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv. Meningkatkan penghayatan murid terhadap elemen nilai murni.

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : 5-10 Jun 2023 (1 minggu)

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : SK (Felda) Lakum

5.0 SASARAN

Semua warga SK (Felda) Lakum

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Encik Mohd Fadzli Hafiz bin Md Ma’ain (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : En. Mohd Halimi bin Jalil (PK HEM)

Naib Pengerusi 1 : Pn Amirul Karamah bin Kamarudin (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En EE @ Rostam bin Yatib (PK Kokorikulum)

Setiausaha : Pn Nur Dalila binti Khozari

AJK : Semua warga SK (Felda) Lakum

2
7.0 PELAKSANAAN

‘Projek Sekolahku Sihat dan Ceria’ akan bermula 5 Jun 2023. Terdapat 3 fokus
utama pelaksanaan projek ini.

Pertama, melibatkan elemen Seni Visual. Dalam elemen ini, beberapa kawasan dan
persekitaran sekolah akan ditambahbaik dari segi keceriaan dan keselamatan. Lakaran
awal akan dibuat terlebih dahulu bagi melihat kesesuaian mural dengan saiz dinding
pada kawasan yang telah ditetapkan. Cadangan tempoh bagi menyiapkan projek mural
ini adalah selama 1 minggu. Kawasan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Projek Gambar
Laluan berbumbung murid
(Zebra crossing).

3
Mural Sekolahku Sejahtera

Kedua, melibatkan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dalam projek ini, pihak HEM dengan
Kerjasama PSS berhasrat menambahbaik koleksi bahan yang dapat membantu murid
belajar dengan sumber PdP yang lebih menarik. Justeru, koleksi sumber PdP seperti
carta, model dan bahan maujud yang berwarna-warni akan dibina bersama murid dan
guru.

Ketiga melibatkan elemen kesukanan. Dalam projek ini, pihak HEM dengan kerjasama
unit Kokurikulum akan mengadakan aktiviti senamrobik setiap pada hari Rabu. Aktiviti
ini dirancang sepanjang bulan Jun bagi merangsang emosi positif di samping
menerapkan elemen jasmani yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

4
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
1. Cat Pelaka (Pelbagai warna)
 Merah 2 unit
 Hitam 2 unit

 Kuning 2 unit RM25.00 x 11


 Hijau 2 unit
2 unit
 Biru
1 unit
 Putih
2. Road Marking Paint (White) 5L

9.0  Putih 1 unit RM 100 x 2


 Hitam 1 unit
3.
Nylon Paint Brush
 1 inci 3 unit RM1.50 x 3
 2.5 inci 4 unit RM2.50 x 4
Roller cat 2 unit RM 6 x 2

JUMLAH BESAR RM 497.50


PENUTUP

Perancangan pelaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan untuk
meningkatkan tahap keselamatan, keceriaan sekolah di samping meningkatkan
semangat murid ke sekolah. Justeru, kami berharap agar ‘Projek Sekolahku Sihat &
Sejahtera’ ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sepertimana yang telah
dirancang sekaligus dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan (Felda)
Lakum. Kami juga memohon kerjasama dan tindakan daripada pihak pentadbir sekolah
supaya dapat mempertimbangkan permohonan projek ini. Segala kerjasama daripada
pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

5
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………. ……………………………………….
(PN NUR DALILA BINTI KHOZARI) (EN MOHD HALIMI BIN JALIL)
Penolong Kanan HEM
Penasihat,
SK (Felda) Lakum
Unit Keceriaan dan Kebersihan,
SK (Felda) Lakum

Disahkan oleh,

…………..……………………………

(MOHD FADZLI HAFIZ BIN MD MA’AIN)

Guru Besar,
SK (Felda) Lakum

You might also like