You are on page 1of 5

KERTAS KERJA
CABARAN PENCAK SILAT
E-MAS 3.0
DAERAH MIRI
1. Pendahuluan :

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid
peluang untuk mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan
nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini
hendaklah dilaksanakan secara terancang di semua peringkat dengan
menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat masyarakat, keusahawanan dan
alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan potensi, pembentukan
karakter murid dan Sekolahku SEJAHTERA.

Aktiviti silat di Malaysia telah dilaksanakan sejak ratusan tahun yang lalu
yang mana pengajaran dan pembelajaran telah diwarisi dari satu generasi ke
generasi berikutnya sehingga ke hari ini. Aktiviti silat juga telah dilaksanakan
oleh KPM sebagai salah satu cabang kokurikulum pasukan badan beruniform
kerana elemen disiplin, pembentukan akhlak dan sahsiah, serta jati diri dapat
diterapkan melalui kurikulum silat seperti cara berpakaian, gerak langkah,
istiadat dan lain-lain.

Pertandingan Seni Silat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 merupakan inisiatif


penting yang dilaksanakan oleh KPM dengan sokongan Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) secara dalam talian untuk ahli-ahli persatuan silat seni sekolah-
sekolah KPM.

Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk
mengasah bakat dan berkongsi kemahiran ilmu persilatan walaupun
pelaksanaan aktiviti secara berpusat seperti pertandingan tidak dapat
dilaksanakan.

2. Objektif:
2.1. Menyemai dan mengukuhkan rasa cinta serta menguji tahap pencapaian
dan penghayatan murid terhadap warisan budaya bangsa.
2.2. Menerapkan nilai-nilai murni falsafah persilatan kepada generasi muda
terutamanya murid sekolah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.3. Meningkat daya pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan ahli persatuan
silat sekolah.
2.4. Memastikan budaya persilatan (budaya Melayu) dapat disuburkan oleh
generasi muda (murid sekolah).

3. Perlaksanaan Aktiviti

Perlaksanaan pertandingan dijalankan secara dalam talian peringkat Daerah Miri


bekerjasama dengan SK. Agama (Mis), Miri. SK. Pujut Corner lebih tertumpu kepada
penganjuran pertandingan kategori Silat Tempur Putera dan Puteri. Tempoh
perlaksanaan aktiviti dan pertandingan 25 Julai 2022 hingga 5 Ogos 2022.

4. Kronologi Gerak kerja


a) Surat / poster / google form / makluman

*20 Julai – 28 Julai 2022*

b) Mesyuarat Pengurusan bersama guru pengiring (SK. Pujut Corner, Miri)

* 29 Julai 2022*

c) Tempoh Penghantaran Karya

*1 Ogos- 7 Ogos 2022*

d) Pengumpulan karya dan proses sebelum penilaian

*9 Ogos*

e) Proses penilaian (SK. Agama Mis, Miri)

*10 Ogos*

f) Keputusan rasmi- Poster/Surat hebahan pemenang

*11 - 12 Ogos
5. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Puan Jacqueline Anak Kemping ( Guru Besar SK. Pujut Corner)

Naib Pengerusi : Encik Aleff Bin Abdul Ghani ( Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi : Cik Jenny Uring Ajang ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi : Encik Ng Chee Hung ( Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : Puan Norliana Binti Bakeri

Setiausaha : Puan Slyvia Anak Likau

a) AJK Pendaftaran
- Puan Sylvia Luhat
b) AJK Sijil dan hadiah murid
- Puan Norafizah Binti Abd. Razak
- Puan Surianie Binti Mantali
- Cik Ling Jing Ting
c) AJK Makanan
- Hartini Binti Sahaman
- Bibiana Binti Abd. Karim
d) AJK Sijil dan cenderahati juri
- Hartini Binti Sahaman
- Bibiana Binti Abd. Karim
6. Anggaran Perbelanjaan
a) Makanan dan Minuman Juri, AJK dan Pegawai Teknikal
- 10 Ogos 2022 – Rabu
- 10 orang
- Sarapan

Bil Perkara Harga (RM) Jumlah (RM)


1. Set sarapan pegawai teknik dan juri 8 80
2. Piala
Johan x2 40 90
Naib Johan x2 30
Ketiga x2 20
Jumlah 170

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

__________________ __________________________

(NG CHEE HUNG ) ( JACQUELINE ANAK KEMPING)

PK Kokurikulum Guru Besar

SK. Pujut Corner SK. Pujut Corner

You might also like