You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

SK SG GENAAN
YBB 9105
LAPORAN PROGRAM LAWATAN TS25
KE SK MUKAH

TARIKH : 30 JULAI 2022


(SABTU)
ANJURAN : UNIT KURIKULUM SK
SG GENAAN
1.0 NAMA PROGRAM
Lawatan Penanda Aras TS25 ke SK Mukah

1.1 PENGENALAN
Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi
juga berlaku di luar bilik darjah. Oleh itu, lawatan ini diadakan untuk memberi peluang
kepada pemimpin pertengahan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
positif. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdpc) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah
menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada
tahun 2025, iaitu;
• Memantapkan kepimpinan sekolah
• Memaksimumkan kualiti guru
• Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan.
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah
melahirkan modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras
yang berikut;
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
• Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
• Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu.
1.3 BILANGAN PESERTA PROGRAM
Program ini melibatkan semua guru SK SG Genaan iaitu seramai 8 orang.

1.4 TARIKH PROGRAM


30 Julai 2022 (Sabtu)

1.5 DESTINASI PROGRAM


SK Mukah, Mukah

2.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
• Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
• Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan
• Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan
kemenjadian murid.
3.0 AJK PROGRAM

3.1 AJK INDUK


Pengerusi : En. Bala Anak Laja (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Cik Doris Anak Jana (GPK Pentadbiran)
: Encik Apung Lahang (GPK Hal Ehwal Murid)
: Encik Johnatan Unggut Anak Jack Brodie (GPK Ko-kurikulum)
Setiausaha : Cik Angelina Anak Derong
Bendahari : Cik Sandy Anak Girang
Penyelaras : Cik Angelina Anak Derong

3.2 AJK PELAKSANA


Hadiah & Cenderahati : Cik Sandy Anak Girang
Pengangkutan : Encik Posly Kudy Anak Reba
Penginapan : Cik Freda Ernie Anak Undi
Makanan : Cik Freda Ernie Anak Undi
Dokumentasi : Cik Angelina Anak Derong
Jurugambar : Encik Posly Anak Reba
4.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

29 JULAI 2022 (JUMAAT)


2:00 petang Bertolak dari Tatau
5:00 petang Daftar Masuk ke tempat Penginapan
MAJLIS MAKAN MALAM SK TATAU DI KINGWOOD RESORT MUKAH
(Tema: Denim Kasual/Bayaran : RM50 per pax)
7:15 malam Pendaftaran Warga SK Tatau di Kingwood Resort, Mukah
Bacaan Doa oleh Ustaz Muhamad Idres bin Harmain
Ucapan Aluan Penyelaras Program
Ucapan Guru Besar
9:30 Malam Bersurai

30 JULAI 2022 (SABTU)


8:30 pagi Berkumpul di lobi Kingwood Hotel Mukah
8:45 pagi Bertolak ke SK Mukah
Sesi bergambar di lobi SK Mukah
Ucapan Guru Besar, SK Mukah
Ucapan Guru Besar, SK Tatau dan SK SG Genaan
Slot menandatangani Sijil Kolaboratif (SK Mukah / SK Genaan)
Penyampaian cenderamata daripada SK SG Genaan kepada SK Mukah
Lawatan penanda aras
Sesi Bergambar
Bersurai

4.0 PERBELANJAAN PROGRAM

HARGA
BIL PERKARA KUANTITI HARGA
(SEUNIT)
1. Cenderahati (pendant) 2 RM45 RM90
JUMLAH RM90

5.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan
objektif yang dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga
sekolah yang bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti.
6.0 LAMPIRAN

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ ______________________

(CIK ANGELINA ANAK DERONG) (CIK DORIS ANAK JANA)

Penyelaras Program TS25 Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Sungai Genaan SK Sungai Genaan

Disahkan oleh:

_______________________
(ENCIK BALA ANAK LAJA)
Guru Besar,
SK Sungai Genaan

You might also like