You are on page 1of 10

Tamadun berasal dari perkataan bahasa Arab maddana yang bererti membangunkan atau memajukan.

Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai civilization. Perkataan tamadun juga boleh dikatakan berpunca dari perkataan madana yang bererti membina, mendirikan, menghalus budi pekerti, menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta kebudayaan yang luhur. Tamadun Islam boleh didefinisikan sebagai pencapaian umat Islam dalam bidang kerohanian, dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, seni bina, sains dan teknologi, undang-undang, politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Agama Islam telah menjadi asas utama dalam pembentukan tamadun Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sama lain serta melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu. Kedatangan Islam telah memberi pengaruh yang begitu besar dan menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya yang boleh dilihat dalam sejarah. Antara perubahannya ialah agama, pendidikan, politik, sosial dan budaya, kesenian, perundangan dan sebagainya.

Agama dan kepercayaan Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu mengamalkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Mereka mempercayai semua benda-benda di dunia ini mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan itu, wujudlah pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut . Sejak Raja Mahkota Iskandar Shah mengamalkan agama Islam, agama Islam telah dihayati oleh masayarakat melayu di Melaka. Sebahagian daripada masyarakat Melayu telah meningkatkan ajaran agama Hindu-Buddha dan kepercayaan animisme. Cara kehidupan mereka juga telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Penerimaan agama Islam membawa kepada proses pentakrifan dan pembentukan semula pandangan semesta tamandun Melayu mengikut acuan akidah Islam. Masyarakat melayu telah menganggap Allah sebagai Pencipta Alam. Mereka mempercayai Allah telah mencipta dan mentadbir alam ini dengan penuh kebijaksanaan. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji. Masyarakat Melayu juga merayakan hari-hari kebesaran Islam seperti mengadakan sambutan Maal Hijrah, sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul al-Quran. Selain itu, mereka juga mengamalkan serta menghayati ajaran dan hukum Islam dengan sebaiknya. Kegiatan keagamaan diadakan seperti muzakarah, kuliah dan ceramah. Perayaan dalam Islam disambut dengan penuh penghayatan seperti sambutan Hari Raya Haji dan Hari Raya Puasa. Di samping itu, masyarakat melayu telah mengamalkan tauhid. Fahaman tauhid telah mengubah pandangan semesta orang Melayu daripada zaman Hindu-Buddha dengan metodologinya, penyembahan rajanya, ciri tertentu dan masyarakatnya, alam khayalannya, penyembahan berhalanya, kepada ajaran tauhid yang murni. Kesan ini telah melahirkan masyarakat yang beriman dan harmoni.

Pendidikan Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam, masyarakat melayu bermula menerima didikan agama Islam. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Mereka telah bermula belajar membaca al-Quran dan Kitab Islam. Agama Islam telah menekankan konsep persamaan taraf sesama manusia di sisi Allah. Oleh itu golongan bawahan mendapat perluang menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. Melalui sistem pengajian ilmu tersebut, masyakat melayu telah melahir para pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama yang banyak menyumbang ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah dan Sheikh Wan Hasan Wan Ishak. Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan kaedah ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat. Selain itu, kebanyakkan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa Arab. Guruguru mereka akan mengajari mereka tentang ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf Kitabkitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar alManzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj alTalibin oleh al-Nawawi.

Bahasa dan kesusasteraan Setelah kedatangan Islam, tulisan Arab telah bermula diperkenalkan oleh masyarakat melayu. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Sebagai contoh, mereka telah menggunakan bahasa Melayu menghasilkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Pada masa itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian Agama Islam di seluruh Alam Melayu. Sebab perdana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran Agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Salah satu sumbangan besar Islam kepada masyarakat melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang keduaduanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah dari negara Arab, India dan China. Selain itu, kesan perkembangan bahasa Melayu telah melahir ramai penulis kitab mengenai Islam dan sasterawan melayu. Di samping itu, mereka telah menghasilkan beberapa hikayat yang hebat seperti Hikayat Amir Hamzah da Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

Perundangan Sebelum kedatangan Islam, masyarakat melayu telah menggunakan undangundang adat. Contohnya hakim boleh menggunakan budi bicaranya sarna ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh tanah Melayu sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berdasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi. Hukum Kanun Melaka meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka manakala Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Pada masa kini, tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undangundang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undangundang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undangundang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.

Politik dan Pemerintahan Kedatangan Islam ke alam Melayu telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Di tanah Melayu, kerajaan Islam pernah muncul di Kelantan, Terengganu, Kedah, Melaka dan Johor. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan demi mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu, kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat di Melaka. Sebelum kedatangan Islam, negeri-negeri di tanah Melayu adalah mengamalkan sistem politik Raja Hindu-Buddha. Setelah Islam tersebar di alam Melayu, sistem politik dan pemerintahan masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Sultan mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Mufti atau Alim Ulama sebagai penasihat Sultan dalam Pentadbiran. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sama berperanan sebagai khalifah Allah S.W.T di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syaratsyarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah.

Ekonomi dan Pedaganan Dalam tamadun Islam, konsep ekonomi pada dasarnya menekankan bahawa Allah S.W.T merupakan penguasa yang mencipta alam ini. Semua harta kekayaan hanya milik Allah S.W.T. Individu berhak menikmati hasil titik peluh sendiri. Di Tanah Melayu, aktiviti ekonomi bercorak agraian seperti pertanian, perikanan, perternakan dan sebagainya yang bergantung kepada alam, masih berlangsung selepas kedatangan Islam. Selain itu, kedatangan Islam telah meningkatkan aktiviti perdagangan di kalangan masyarat Melayu. Seiring itu lahirnya pasar serta kota bersifat antarabangsa di mana terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang asing dari Arab, China, India dan sebagainya. Contohnya Melaka merupakan sebuah negara yang maju dan hebat dalam ekonomi dan perdagangan. Perdagangan dahulu dilakukan secara barter dan mata wang semakin berkembang. Sistem mata wang digunakan secara meluas sesuai dengan perkembangan aktiviti perdagangan bersifat antarabangsa pada masa tersebut.

Adat dan Cara Hidup Selepas kedatangan Islam, tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapu, setelah kedatangan ajaran Islam, adat dan cara hidup masyarakat Melayu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam masih terus diamalkan. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undangundang hidup. Mereka mamatuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan

bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaliogus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat. Adat resam pula ialah kebiasaan cara hidup individu dan masyarakat yang secara nyata menggambarkan corak budaya sesuatu bangsa. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mengamalkan adat tradisi warisan nenek moyang. Selepas kedatangan Islam, masyarakat mula mengantikan dengan adat-adat Islam dalam masyarakat Melayu supaya tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesenian Kedatangan Islam juga memberi kesan yang begitu besar terhadap masyarakat Melayu. Kesenian merupakan sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik drama, lukisan dan ukiran. Pengaruh kesenian Islam dalam masyarakat Melayu dapat dilihat pada batu nisan, makam, masjid dan kaligrafi. Batu nisan merupakan karya seni Islam terawal yang masuk ke alam Melayu. Kesenian batu nisan dan makam juga dapat dilihat pada bentun dan hiasannya. Misalnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim berbentuk badan Kapal terbalik yang menggambarkan pengaruh Parsi. Hiasan tulisan ayat-ayat al_quran membuktikan kemahiran pengukirnya dalam seni khat Arab. Tulisan-tulisan syair Parsi atau pola hiasan dedaun juga menyamai gaya Parsi. Pada perinkat awal, masjid yang didirikan masih mempunyai pengaruh Hindu dari segi bentuk dan hiasannya. Ini dapat dilihat daripada ukiran-ukiran seperti bunga teratai, daun-daunan, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri. Namun, secara keseluruhannya, masjid mempunyai maksud tertentu bagi masyarakat Islam, seperti mihrab, mimbar, dipenuhi dengan seni kaligrafi Islam yang dipetik daripada ayat-ayat al-Quran.

Sosial dan Budaya Dengan kedatangan Islam ke alam Melayu, budaya, cara hidup dan pemikiran Islam turut mempegaruhi alam Melayu. Pada perinkat awal, pengaruh elitisme yang diwarisi daripada zaman Hindu-Buddha tidak benyak berubah dalam masyarakat Melayu. Sistem sosial selepas kedatangan Islam masih berasaskan semangat kesedaran kelas. Merujuk kepada kerajaan Melaka, masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Raja, kerabat diraja, pembesar dan ulam istana. Manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Berasaskan sistem sosial yang mengiktiraf perbezaan darjat tersebut, maka lahirlah undang-undang dan adat-istiadat yang bertujuan menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan. Dengan kedatangan Islam, kepercayaan kepada kekuasaan Allah S.W.T telah memberi setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan antara sesama manusia di sisi Allah S.W.T. Setiap individu berhak untuk hidup dengan aman dan tenteram serta bebas melakukan sebarang aktiviti yang baik tanpa batasan warna kulit dan pegangan agama. Selain itu, pengaruh akidah dan akhlak juga memberi kesan dalam kehidupan. Akhlak menjadi perkara asas yang perlu ditanam dan disuburkan dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Ajaran Islam sering membentukkan akhlak yang mulia dalam masyarakat Melayu supaya seluruh masyarakat mampu memajukan dan memperkembangkan sosial masyarakat. Dengan asas akhlak, pembentukan peribadi yang menjadi tunggak masyarakat akan tercapai.

Kesimpulan Kesimpulannya, Islam telah memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Kedatangan islam telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu telah mengubah cara hidup dalam amalan seharian masyarakat. Mereka bermula berhidup dengan cara iman contohnya, mereka akan saling hormat-menghormati orang lain dan bertimbang rasa kepada setiap orang. Selain itu, Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya golongan bawahan mempunyai perluang menerima pendidikan. Islam telah memberi sumbangan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Kesan ini telah membantu kerajaan Melaka menjadi satu kerajaan yang hebat. Di samping itu, tamadun Melayu telah menggunakan undang-undang dan peraturan yang berdasarkan kepada hukum agama Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa Agama Islam telah menjadi sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Masyarakat melayu sering berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak-kehendak Islam. Akhir kata, kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Oleh itu, masyarakat Melayu hendaklah memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina.

You might also like