You are on page 1of 14

Menganalisis kepentingan perpaduan dan intergrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Keselamatan

Ekomomi

Budaya

Lain-lain

Kepentingan

Setiap golongan etnik di negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi negara.

Seterusnya, menghapuskan penguasaan ekonomi dalam kaum masing-masing sahaja. Semua rakyat harus bergaul dan mengenali sesama lain serta menjalankan perdagangan antara kaum-kaum. Akhirnya, perpaduan dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi negara.

Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama etnik di negara kita. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti.

Sebagai contoh, etnik kaum XXX memulaukan etnik kaum lain tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik.

Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita Malaysia. Semangat cinta akan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di negara kita bagi memastikan semua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada luar dan dalam negara.

Pelancongan Pendidikan bertaraf antarabangsa Nama/Imej negara

Apakah kepentingan yang tertinggal lagi? Sila mengemukakan dan bincang bersamasama.

You might also like