You are on page 1of 5

TAMADUN MELAYU

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(TITAS)

Nama Pelajar ID Pelajar

Haanusree Rajaseelan B1801234

Wong Hui Jin B1801572

Rayshein Rajvarma A/L Kanthy Rajan B1801819

Mohamed Munir Bin Mohamad Malik B1801679

Ummeesh Kumar B1403116

Alya Sofea Binti Ahmad Kamry B1808156


Perkara-Perkara Paling Signifikan dalam Tamadun Melayu
Tamadun Melayu menjadi pemangkin kepada negara yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh masyarakat
Melayu telah mengubah hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu pra-Islam.
Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta Melayu berubah dari fahaman animism
dan Hinduisme kepada konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh sistem-sistem yang ada
di dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi pandangan semesta Melayu.
Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat,manusia sebagai dwi fungsi iaitu
hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sebagai tempat atau alat untuk manusia
menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan
diamalkan oleh orang Melayu. Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah
orang Melayu sudah memahami bahawa hidup mereka tertumpu dan terarah kepada
konsep tauhid atau kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini,
orang Melayu memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib
disembah seterusnyasebagai tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-
kuasa lain seperti manadalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.
Selain agama, Tamadun Malayu yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses
sejarah yang berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah
dan kaedah arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara
bangsa Malaysia merupakan lanjutan dari politik-politik atau kerajaan-kerajaan Melayu
sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa buah
kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-Ria, Lingga
dan sebagainya. Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk
persekutuan yang mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah
menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan
Negeri-negeri Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau
landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun
Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas,
diperintah oleh raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (sekarang
ini system pemerintahan raja berpelembagaan) adalah sumbangan utama tamadun Melayu
kepada tamadun Malaysia. Perlembagaan Malaysia memaktubkan dua institusi beraja iaitu
Yang di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam
pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan
ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan
pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman (judikatif).
Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan baginda
berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atau suruhanjaya
yang dilantik atas perkan baginda.
Tamadun Melayu pra-Islam kebanyakannya mengikuti adat-adat Hindu-Buddha. Ini
adalah kerana kebanyakan empayar pra-Islam Tamadun Melayu adalah negeri-negeri sasar
empayar Hindu-Buddha. Satu contoh adalah Lembah Bujang di Kedah. Lembah Bujang
adalah sebuah kawasan yang terkenal pada masa silam. Faktor perdagangan yang
berkembang antara lokasi India and Cina membantu memajukan kawasan ini, oleh kerana
laluan pintas melalui jalan air Sungai Merbok ke Kelantan dan ke Laut Cina Selatan.
Keadaan muka bumi Lembah Bujang sangat sesuai sebagai sebuah petempatan
kerana mempunyai pantai dan tebing di sepanjang Sungai Merbok yang mudah dimasuki,
jalan air semulajadi di sepanjang Sungai Muda dan cerun bukit yang membolehkan
pedagang-pedagang berlindung. Kemudahan jalan air ini dikatakan menarik minat
pedagang-pedagang untuk singgah di Lembah Bujang. Pedagang-pedagang terutamanya
dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi ke pelabuhan
kerajaan-kerajaan lain seperti Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat juga faktor-
faktor lain yang menjadikan Lembah Bujang sebagai tempat yang penting pada abad ke-4
hingga abad ke-11 seperti pedagangan yang wujud antara Cina dengan India. Buktinya
adalah ratusan ribu pecahan seramik, kaca dan manik dari China, Asia Barat atau Tanah Arab
serta dari India, patung-patung dan arca, batu bersurat serta peralatan yang berkaitan
dengan kehidupan masyarakat kuno.
Pedagang-pedagang dari India dan Cina ini memerlukan tempat untuk mereka
bertukar-tukar barang dagangan. Selalunya, tempat yang terletak di pertengahan jalan
perdagangan kedua-dua negara akan dipilih sebagai pelaburan pertukaran barang. Lembah
Bujang dilihat sebagai tempat yang sesuai di kalangan para pedagang untuk dijadikan
pelabuhan untuk bertukar dan menyimpan barang-barang. Lembah Bujang juga berfungsi
sebagai tempat menunggu pertukaran angin monsun di Selat Melaka dan Laut China
Selatan. Keadaan laut bergelora serta ribut laut yang berlaku semasa Angin Monsun Barat
Daya bertiup di Selat Melaka dan Angin Monsun Timur Laut di Laut China Selatan memaksa
pedagang-pedagang mencari tempat untuk berlindung dan Lembah Bujang merupakan
tempat yang sesuai untuk pedagang-pedagang berlindung.
Kebanyakan barang-barang binaan yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat.
Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan
batu granit. Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui,
seperti Candi Bukit Batu Pahat, Candi Kampung Pangkalan Bujang, dan Candi Estet Sungai
Batu. Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat
penyebaran agamanya iaitu agama sinkretik Hindu Buddha suatu ketika dahulu. Walau
bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat
dibentuk semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan, Perang Dunia II ataupun
dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap menjadi
tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah Bujang.
Perkara Istimewa dalam Tamadun Melayu yang boleh dijadikan Teladan
kepada Malaysia

Budaya dan Sosial


Tamadun Melayu dikenali sebagai salah satu tamadun yang kaya dari segi budaya
dan social. Secara amnya, budaya membawa maksud cara hidup manusia. Ia merupakan
satu process pengembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Manakala, istilah sosial pula membawa maksud hal-hal yang berkaitan dengan
masyarakat dan kemasyarakatan.
Kedatangan Islam ke Nusantara mengambil tempat pada permulaan abad ke-1.
Kedatangan pengaruh Islam dapat memberikan beberapa kesan dalam perkara social dan
budaya di tamadun Melayu. Budaya, cara hidup dan pemikiran turut mempengaruhi orang melayu.
Kepercayaan kepada kekuasaan Allah telah memberikan setiap individu harga diri kerana tiada perbezaan
antara sesama manusia di sisi Allah kecuali keimanan dan taqwa. Pengaruh akidah, syariah dan akhlak telah
memberikan kesan dalam kehidupanseharian ditanah melayu. Dengan ajaran islam yang begitu mudah dan
tidak memberatkan,berlakunya asimilasi antara ajaran islam dan budaya setempat.Islamisasi berlaku di
tanah melayu secara beransur-ansur tanpa penentangan terbuka.Ini adalah disebabkan penyebaran islam
dilakukan bukan secara paksaan. Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan
perbezaan taraf atau sistem kasta. Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat
bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga diamalkan,contohnya
membayar zakat,bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan.
Pada waktu yang sama, menurut kedatangan Islam ke tamadun Melayu, pengaruh Syariah
diberikan tumpuan dalam kehidupan seharian di tanah Melayu. Perkara ini diambil sebagai teladan bagi
masyarakat islam di negara Malaysia sampai hari ini. Sebagai contohnya, Malaysia pada hari ini masih
mengamalkan undang-undang Syariah serta menggunakan makamah Syariah yang selain daripada
makamah Majistred, makamah Rendah dan sebagainya. Mahkamah Syariah ialah institusi
kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi
kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.
Selain daripada itu, terdapat beberapa pengaruh dan kesan kedatangan Ismlam ke tanamh
Melayu yang boleh menjadikan teladan kepada kehidupan social,cara hidup dan budaya
orang Islam di Malaysia.
Sistem politik and perundangan
Berlatarbelakangkan lembaran sejarah Tamadun Melayu wajar menjadi landasan
kepada pembentukan Tamadun Malaysia. Tamadun yang dibentuk berasaskan kepada nilai
sosial dan nilai politik dan perundangan. Asas nilai ini mempunyai peranan yang penting dan
menjadi teras pembinaan tamadun Malaysia.
Interaksi peradaban islam dengan alam melayu telah bermula-mula berkira-kira ke-
10M. Namun begitu, proses perubahan akibat interaksi ini berlaku agak perlahan kerana
pengaruh Hindu masih mencengkam dalam minda masyarakat Melayu, di samping golongan
elit yang masih selesa dengan amalan Hindu-Buddha. Walau bagaimanapun, kehadiran
Islam di Alam Melayu akhirnya telah membawa perubahan besar dalam kehidupan
masyarakat Melayu, sehingga unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dan yang kekal
hanyalah aspek yang bersesuaian dengan ajaran Islam.
Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia. Pengaruh ini begitu jelas pada
masa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana
oleh Kesultanan Melaka bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan atau jual beli,
namun ianya menjangkaui bidang-bidang yang berkaitan dengan hukum jenayah dan sivil.
Hal ini dibuktikan dengan adanya naskhah Melayu dalam perundangan seperti Hukum
Kanun Melaka. Menurut Dr Ph S Ronkel, teks ini mengandungi 27 fasal undang-undang,
sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang terdapat dalam koleksi
di Muzium British mengandungi 44 fasal.
Selanjutnya, undang-undang Malaysia masih dipengaruhi oleh undang-undang Islam.
Ini dapat dilihat pada kedudukan Agama Islam, bidang kuasa dan pentadbirannya dalam
peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan telah
menetapkan Islam adalah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. kedudukan raja
pada setiap negeri (melainkan negeri yang tidak mempunyai raja) sebagai ketua agama
Islam dalam negerinya setakat yang diakui dan diisytiharkan oleh perlembagaan.
Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama
Islam dalam negeri di wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan. Parlimen boleh
meluluskan undang-undang untuk menetapkan peruntukan bagi mengadakan peraturan
mengenai hal-ehwal agama Islam. Parlimen juga boleh meluluskan undang-undang bagi
menubuhkan suatu majlis untuk menasihat Yang Di Perutan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubung dengan agama Islam.

You might also like