You are on page 1of 2

Huraikan bagaimana Tamadun Malaysia terbentuk dan sejauh manakah ia releven

dengan masyarakat majmuk

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama yang
berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun
1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri dan setiap yang dilalui sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi
setip insan yang tinggal di dalam negara ini. Semua ini adalah bermula daripada Tamadun
Melayu pada suatu ketika dahulu yang mula menganut ajaran Islam sebagai teras mereka. ini
Ahmad Hakimi 1998, 2006) dan Nik Hassan Suhaimi (1994; 1999) masing-masing mengatakan
Tamadun Melayu adalah satu tamadun yang telah lama bertapak di rantau AsiaTenggara.
Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang Melayu, yang tergolong dalam kumpulan
penduduk asal rantau ini. Oleh itu, Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada
Tamadun Melayu yang dihuni sejak sekian lamanya.

Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan
konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa. Keempat-empat konsep di atas
merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai
pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain. Di Malaysia, terdapat beberapa
kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu yang
sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain
seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tamadun Melayu telah mengalami proses
perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasimanifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam
sebagai asas tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk
sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Pembentukan Tamadun Malaysia boleh dilihat dari segi sistem perundangan tradisional,
agama islam dan adat istiadat melayu dan nilai peradaban tamadun melayu. Dari segi sistem
perundangan tradisional, berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu mempunyai kanun
perundangan yang berasakan adat Melayu dan hukum syariah (undang-undang Islam).

Contohnya, Melaka: Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Johor: Undangundang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 . Tradisi pemerintahan berdasarkan
perundangan dan perlembagaan ini telah dilanjutkan kepada entiti politik Malaysia dalam
Perlembagaan Malaysia dan perlembagaan negeri.

Manakala pembentukan tamadun Malaysia dari segi agama Islam dan adat istiadat Melayu
pula adalah agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang
sebagai berbangsa Melayu. Pelantikan sultan bagi setiap negeri, sultan mestilah beragama
Islam di samping diberi peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri.
Pada peringkat kebangsaan, agama Islam telah dijadikan sebagai agama bagi Persekutuan
Malaysia. Agama lain juga turut boleh diamalkan di negara ini.

Tamadun Malaysia juga dapat dibentuk hasil daripada nilai peradaban Tamadun Melayu .
Kesemua nilai-nilai Melayu berkait rapat dengan konsep iman yang terdapat dalam agama
Islam. Sebahagian daripada nilai-nilai Melayu adalah Keimanan/ketakwaan kepada Allah SWT,
Ketaatan kepada sultan dan menghormati pemimpin , kepatuhan kepada undang-undang dan
adat , mendahului yang tua , saling menghormati orang lain, meraikan tetamu, bertimbang rasa,
bersopan santun, bermesyuarat/ bermuafakat, bergotong royong, dan bekerja bersungguhsungguh

You might also like