You are on page 1of 32

BAB 3

TAMADUN MELAYU:
TERAS TAMADUN MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN

•Menerangkan asas-asas pembentukan


tamadun Melayu
•Menjelaskan kesinambungan antara
tamadun Melayu dan Malaysia
•Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu
sebagai dasar kebangsaan Malaysia
PENGENALAN

• Sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia


yang digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu
• Tertumpu kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang
dikenali sebagai gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi
• Dua aspek penting:
• Bahasa Melayu
• Agama Islam
KONSEP MELAYU

•Istilah Melayu merujuk kepada 3


pengertian :
•Ras
•Kebudayaan
•bahasa
KONSEP MELAYU

1. Alam Melayu
•Merangkumi kawasan kepulauan yang
merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga
sempadan Australia
•Amalan merantau menjadi sebahagian
daripada ciri orang Melayu
•Bergerak bebas dalam lingkungan kepulauan
Melayu
KONSEP MELAYU

2. Melayu dalam Perlembagaan Malaysia


•Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia,
orang Melayu ditakrifkan sebagai:
i. Secara lazimnya berbahasa Melayu
ii. Secara lazimnya mengamalkan adat
istiadat Melayu
iii. Beragama Islam
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

1. Asas Pembentukan Tamadun Melayu


• Masyarakat Melayu sudah bertapak di kawasan
Asia Tenggara sekurang-kurangnya 5000 tahun
dahulu
• Dibentuk dengan penguasaan teknologi
pertanian
• Tempat tinggal tetap
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

•Pertanian tetap untuk menghasilkan makanan


yang mencukupi setiap tahun
•Amalan bermesyuarah bagi masyarakat desa,
manakala masyarakat bangsawan, istana, raja
atau sultan berkuasa mutlak
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

2. Kemunculan Tamadun Melayu Hasil


Penguasaan Laluan Perdagangan
•Berdasarkan bukti arkeologi kerajaan Melayu
telah wujud seawal 2500 tahun dahulu di
Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing,
Perak
•Terdapat pelabuhan-pelabuhan yang
mengendalikan perdagangan jarak jauh yang
melalui Selat Melaka
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

3. Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam


• Masyarakat Melayu melahirkan tamadun-tamadun
awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan
teknologi maritim
• Dua empayar Melayu yang besar dan merangkumi
kawasan yang luas ialah Empayar Funan dan
Empayar Sri Vijaya
• Kedua-duanya menguasai laluan perdagangan di
kawasan mereka
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

4. Tamadun Melayu Selepas Kedatangan Islam


• Agama Islama dibawa ke Alam Melayu melalui tiga
laluan:
i. Secara langsung melalui laluan perdagangan laut
dari tanah Arab dan Parsi
ii. Melalui laluan perdagangan darat ke benua India
sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara
iii. Melalui laluan perdagangan darat Tanah Besar
China sebelum mengikuti laluan perdagangan
laut ke kawasan Asia Tenggara
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

•Kedatangan agama Islam membentuk satu


tamadun Melayu yang baru
•Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan
Melayu Islam yang lain seperti Acheh, Pasai,
Perlak, Patani dan Johor-Riau-Lingga menjadi
pusat keintelektualan dan persuratan Melayu
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

• Antara karya yang dihasilkan:


• Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah,
Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut
Melaka, Adat Raja-raja Melayu, Hikayat Hang
Tuah dan Sulalat al-Salatin Sejarah Melayu
• Tokoh-tokoh alim ulama:
• Hamzah Fansuri, Arshad al-Banjari, Syeikh Dadud
al-Fatani, Yusof al-Makasari, Abdul Samad
al-Falimbani, Wali Songo dan Raja Ali Haji
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

• Istana dan masjid berfungsi sebagai pusat pengembangan


ilmu dan agama Islam
• Dikembangkan kepada semua lapisan masyarakat seperti
pemerintah, pembesar dan orang awam
• Tamadun Melayu Islam adalah zaman kegemilangan
tamadun Melayu
• Empayar Melaka dianggap sebagai kemuncak kepada
pencapaian tamadun Melayu
• Penerimaan agama Islam di kalangan orang Melayu begitu
menyeluruh
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU

• Kerajaan Melayu Islam lebih menjurus kepada


perkembangan ilmu pengetahuan
• Penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca, bahasa
agama dan bahasa ilmu
• Kerajaan Melayu Melaka juga telah membentuk system
perundangan yang dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka
• Kedua-duanya berdasarkan system perundangan Islam
dan adat resam Melayu
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

1. Akidah Islam
• Berpegang kepada akidah Islam sebagai asas
pandangan semesta
• Keimanan dan ketakwaan kepada Allah adalah
perkara yang paling penting dalam agama Islam
• Mentaati segala perintah dan meninggalkan
segala larangan Allah
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

2. Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin


• Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat
Melayu
• Ketaatan dan kesetiaan kepada sultan/raja telah
menjadi sebahagian daripada budaya orang Melayu
• Masyrakat Melayu sangat menghormati pemimpian
• Nilai ini adalah nilai yang asas dalam tamadun
Melayu
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

3. Berpegang Teguh kepada Adat Resam


• Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat
tradisi seperti yang kita lihat dalam amalan hidup
seharian
• Amat menjaga adat resam termasuklah pantang
larang dan adat istiadat yang diwarisi dan
diamalkan turun temurun
• Antaranya; adat menyambut kelahiran,
perkahwinan dan kematian
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

4. Memuliakan yang Tua


•Memberi keutamaan kepada yang tua atau
berusia
•Menganggap bahawa orang yang lebih berusia
mempunyai lebih banyak pengalaman
berbanding dengan orang muda
•Pengalaman adalah sesuatu yang dipandang
penting
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

5. Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan


Silaturrahim
• Amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan
silaturrahim
• Dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam
keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pakcik
dan makcik
• Ikatan kekeluargaan ketika dalam majlis kenduri
kendara dan hubungan silaturrahim dalam amalan
ziarah menziarahi
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

6. Saling Menghormati
• Tamadun Melayu tidak memandang rendah
terhadap orang lain
• Saling hormat menghormati malahan sering kali
bersikap merendah diri
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

7. Meraikan Tetamu
• Nilai yang penting dalam masyarakat Melayu
• Tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah
• Tetamu sentiasa dialu-alukan dan diraikan
dengan sebaik-baiknya
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

8. Bertimbang Rasa
• Orang melayu sentiasa mengutamakan perasaan
orang lain dalam pelbagai keadaan
• Sikap bertimbang rasa menjadokan orang
Melayu tidak mementingkan perasaan diri
semata-mata
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

9. Bersopan Santun, Berbudi Bahasa


• Sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu
yang dikaitkan dengan adat
• Menganggap orang yang beradap sebagai halus
budi pekertinya manakala yang tidak bersopan
santun dabn tidak berbudi Bahasa sebagai
biadap dan kasar
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

10. Bermesyuarah/Bermuafakat
• Cara bagaimana masyarakat Melayu cuba
mencapai persetujuan ramai
• Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan
pendapat mereka dan persetujuan dicapai
dengan mengambil kira semua pendapat
• “Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat”
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU

11. Bergotong-royong
• Nilai ini sebahagian daripada nilai kebudayaan
Melayu yang berteraskan kepentingan
kehidupan secara kumpulan
• Gotong-royong seperti; kenduri-kendara,
menanam dan menuai padi, membersihkan
masjid dan tanah perkuburan.
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

I. Persuratan
I. Persuratan sebelum Islam
Dalam bentuk sastera lisan dan sastera
hikayat. Sastera lisan termasuklah cerita-
cerita mitos (Puteri Santubong), lagenda
(Mahsuri), mergastua (Sang Kancil) dan
ungkapan-ungkapan Melayu (pantun, peribahasa,
mantera, teka-teki).
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

II. Persuratan selepas kedatangan Islam


Terdiri daripada sastera kitab, sastera
ketatanegaraan, historiografi Melayu, kitab-
kitab perubatan, astronomi dan matematik.
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

2. Kesenian
i. Seni tari (zapin, mak yong, inang)
ii. seni muzik (gamelan, cak lempong, kompang)
iii. seni ukir dan khat (ukiran pada mimbar
masjid, ukiran kayu, ukiran tembaga)
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

iv. Seni bela diri/persilatan (silat gayong, silat


cekak, silat lincah)
v. Seni pertukangan (rumah, senjata, perahu)
vi. Seni tenun, sulam dan anyaman (songkek,
tekat, pua kumbu/selendang, tikar,
terendak)
vii.Seni kulinari (acar buah, rending, gulai, nasi-
dagang, ulam, ambang, kerabu)
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

3. Sains dan Teknologi Melayu


i. Teknologi pertanian; bajak, sistem saliran
ii. Teknologi alam bina; binaan rumah dan
masjid seperti rumah kutai, rumah panjang,
kubah, masjid kampung laut
iii. Teknologi tekstil dan warna; mencangting
batik, mesin tenun
PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

iv. Sains ukuran, timbangan dan sukatan; ukuran


(jengkal, hasta, depa, relong), timbangan
(mayam, saga), sukat (ling, cupak, gantang, koyan),
masa (pekan, purnama, musim)

You might also like