You are on page 1of 24

Kemajuan pemerintahan khulafa Al-Rasydin

KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ


-Semasa pemerintahan beliau tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan kerana timbul pelbagai masalah iaitu
masalah riddah dan nabi-nabi palsu. Ini kerana golongan riddah ini tidak mahu mengeluarkan zakat kepada baitulmal
manakala masalah nabi-nabi palsu ditimbulkan oleh individu-individu yang mengaku diri mereka sebagai nabi
-beliau telah menubuhkan 11 pasukan tentera bagi menghapuskan pemberontakan tersebut
-beliau mengirim tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke qudha`ah dan Abna di syria dengan melindungi orang
–orang islam dari ancaman Rom dan Parsi.
-Pengumpulan Al –Quran beliau bimbang pihak penghafaz al-quran yang semakin kecil bilanganya disebabkan ramai
diantara mereka yang telah syahid di medan peperangan.
-Beliau mengambil berat kebajikan rakyat.Beliau membelanjakan peruntukan setahun beliau iaitu sebanyak 600 dirham
kepada rakyat dan negara
-beliau membahagikan Semenanjung arab kepada Madinah,Makkah,
Taif,Syria,Yaman,Najran,Hadramaut,Bahrain dan Daumat al-Jandal ---
-setiap wilayah tersebut di lantik seorang gabenor dalam mengendalikan urusan kebajikan rakyat,pengurusan
zakat,menjalankan keadilan,kehakiman dan menjadi imam.
KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Pendidikan
-Beliau telah menubuhkan “kuttab”dimana pendidikan yang dititik beratkan ialah membaca dan menulis,membaca al-
quran dan menghafalnya,belajar mengambil wudhuk,solat dan puasa.
- beliau juga memperkenalkan mata perlajaran berenang,memanah,menunggang kuda,serta menghafal syair,madah dan
peribahasa.
Politik
- memperluaskan wilayah dengan pesat dan berjaya hingga meliputi Afrika Utara,Asia Timur dan Khurasan.
-membahagikan kapada lapan wilayah iaitu Madinah,Mekah,al-Jazirah,Basrah,Kufah,Mesir dan Palestin.
- setiap wilayah di tadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh seorang setiausaha(al-khatib),ketua tentera,pemunggut
cukai(sahib al-Kharaj),pegawai polis,pegawai perbendaharan dan hakim.
-Untuk menjamin kesejahteran,keselamatan dan keamanan negara dari ancaman musuh,pertahanan negara diperkuatkan
dengan melatih anggota tentera dengan pelbagai teknik peperangan.
Menubuhkan Jabatan
-menubuhkan satu institusi baru iaitu “Dewan”atau dikenali sebagai “Jabatan”.
- Antara jabatan-jabatan tersebut adalah:
· Jabatan Tentera
· Jabatan Ganjaran dan Pengagihan
· Jabatan Cukai
· Jabatan Pos
-Khalifah Umar turut memberi perhatian serius terhadap kepada Jabatan tentera(Dewan al-Junud). Unit-unit tentera
terdiri dari pasukan berkuda,berjalan kaki,perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.
Sosial
-khalifah menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti sistem peparitan,jalan raya dan perigi dengan
menggunakan pungutan cukai.
-sistem Usyur juga diperkenalkan
- rakyat diberi kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama mereka.
- khalifah bertindak adil terhadap individu dan masyarakat tanpa mengira agama,keturunan,dan darjat.
-orang –orang yang lemah didalam masyarakat seperti anak-anak yatim,wanita dan orang-orang tua dibantu

KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN


-Semasa pemerintahan Khalifah Uthman tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan.
-beliau telah melaksanakan sistem penulisan al-quran yang lebih sistematik kerana penghafal-penghafal al-quran
berpindah ke negeri yang baru dibuka oleh orang-orang islam seperti di Mesir,Syria,Iraq,Armenia dan Azerbaijan.
-Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan Zaid bin Thabit,Abid bin al-As,Abdullah bin Zubayr dan Abdul
Rahman bin al-Harith supaya membukukan al-quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca
yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah,Basrah,Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi
telah disimpan oleh beliau di Madinah,tujuanya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk kegunaan
Khalifah.
KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB
-Semasa pemerintahan Khalifah Ali tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau sibuk
menghapuskan pemberontakan yang timbul.
-Pemberontakan ini timbul kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka yang terlibat
dalam pembunuhan Khalifah Uthmam.
-Beliau sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dan memberi bantuan sekiranya terdapat orang islam
yang di dalam kesusahan.
-Beliau juga mengambil berat tentang masyarakat yang bukan beragama islam.
Ekonomi
-Di zaman Khulafa’Al-Rasyidin Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan
negara.
-Sumber ekonomi di zaman ini berasaskan zakat,kharaj,jizyah,al-fai,dan ghanimah.
Sumbangan Tamandun Melayu dalam bidang
Bidang Perubatan
Pencapaian dan sumbangan tokoh Islam :
Abu Bakar Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi r.h. (251-313H/865-925M)
- Di Barat beliau dikenali sebagai Rhazes
-Beliau merupakan ahli perubatan pertama yang membezakan antara cacar dengan campak,
-menyediakan beberapa jenis ubat daripada tumbuhan dan tanaman, dan
- merekodkan banyak kes klinik dengan tepat.
-Beliau membahagikan ubat kepada tiga kategori iaitu galian (mineral), sayuran dan benda hayat (biological) serta
menjelaskan fungsi masing-masing.
-Al-Hawi adalah karya beliau yang masyhur, diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, dan menjadi rujukan di Eropah
dalam bidang kimia.
-Beliau juga menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang, waktu, gerak, ilmu vitamin, perkembangan,
pembusukan, iklim, ilmu mata, dan alkemi.
Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi r.h. (936-1037M)
-Beliau telah mengenengahkan banyak pengetahuan penting tentang pembedahan antaranya pembedahan biasa,
kaedah-kaedah mengeluarkan batu dari pundi kencing, pembedahan mata dan gigi, pemotongan organ dari tubuh
badan dan sebagainya. ---
-Beliau juga menulis tentang gynaecologi, masalah mata dan telinga. Dalam farmakologi dan farmakognosi, al-Zahrawi
dalam kitab al-Tasrif yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Medical Vademecum menulis mengenai
herba dan ubat dan dianggap sebagai ensaiklopedia perubatan terbesar.
Ibnu Sina (370-442H/980-1037M)
-Abu Ali Husin bin Abdullah adalah nama penuh Ibnu Sina.
-Dikenali sebagai Avincenna di Barat,
-beliau ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis.
-Beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, menjelaskan penyakit yang menyebabkan demam kuning
(jaundice).
-Pengaruh ilmunya luas sekali di Eropah dengan karangannya al-Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine). al-Qanun
dianggap ensaiklopedia perubatan yang paling besar sehingga ke hari ini.
Matematik
-terdapat kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak
-Mereka menulis tentang Hisab al-Hind, aljabar, geometri, logaritma dan falak.
-Ilmu falak ini penting dalam menentukan penentuan awal Ramadan dan Syawal, perjalanan matahari termasuk
pengiraan waktu sembahyang, gerhana bulan dan matahari, kedudukan bintang Thabitah dan sayyarah, galaksi dan
seumpamanya.
-Ilmu Geometri dan Trigonometri digunakan dalam mengira dan menentukan arah kiblat, masalah koordinat sesebuah
bandar, masalah yang berkaitan sfera bumi, kompas perjalanan dan pelayaran.
-Kajian dalam bidang geometri ini ada dilakukan oleh Syeikh Ahmad bin Abdul Latif al-Khatib melalui dua bukunya iaitu
‘Raudat alHussab dan ‘Alam al Hussab.
-orang Melayu turut mahir dalam ilmu Algebra. Ilmu ini digunakan dalam pengiraan zakat, sewa menyewa, wasiat,
perkongsian, pajak gadai, riba, faraid dan seumpamanya yang berkaitan dengan fekah dan hukum agama. Ilmu ini juga
digunakan dalam kehidupan seharian seperti pengiraan perniagaan, pertukaran wang, timbang-menimbang dan
sebagainya.
-Di bawah ialah senarai ulamak yang terkenal dengan kitab-kitabnya yang membincangkan dengan mendalam ilmu-
ilmu matematik.

I. Syeikh Ahmad ‘Abdul Latif al-Khatib. (Raudat al-Hussab fi a’mal al-Hisab, al Nukhbah al-bahiyyah, al-Jawahir al-
Naqiyyah)
II. Syeikh ‘Abdul Rahman Muhammad al-Fatani. (Minhaj al-Qawim pada mengetahui hisab dan taqwim)
III. Syeikh Ahmad al-Fatani (Ilmu Hisab dan Ilmu Falak)
IV. Haji Umar Nuruddin (Miftah al-Ta’lim, al-Durr al-naqiyy fi ma’rifat arqam al-Hindi, Syams al-Fathiyyah)
V. Syeik Tahir Jalaluddin (Pati kiraan pada menentukan waktu yang lima dengan hal kiblat dengan logaritma)
VI. Ilmu Hitungan , Ilmu Falak, Masalah Ilmu Bumi, Hitungan gedang dan Hitungan Kecil.

-sumbangan Tamadun Melayu yang paling besar dalam bidang matematik ialah penggunaan angka kosong dan sistem
perpuluhan , jauh lebih awal yang pernah digunakan di India ataupun arab. Berdasarkan buku Sains Matematik acuan
bahasa Melayu dan Islam, tulisan Dr Shaharir yang merupakan ahli matematik dan sejarawan terkenal di Malaysia, ada
menyebut bahawa sistem angka perpuluhan dan angka kosong di alam Melayu jauh lebih tua daripada di India ataupun
Arab. Dr Shaharir memetik dalam bukunya, bahawa terdapat sebuah prasasti yang dijumpai milik sebuah kerajaan
Melayu purba iaitu Funan, yang turut didakwa oleh sejarawan India, Majumdar bahawa prasasti yang berusia 609
Masihi terdapat simbol kosong pada prasasti itu. Dr Shaharir mendakwa lagi bahawa prasasti-prasasti yang dipahat oleh
Empayar Melayu Srivijaya turut mengandungi sistem angka kosong, dan salah satu daripadanya ialah Batu Bersurat
Kedukan Bukit yang dipahat dalam sistem tulisa Palava dan dalam Bahasa Melayu Kuno.

Kejayaan zaman vedik


SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
-dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan kerajaan besar
-Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja.
-Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola
pemerintahan beraja
-Raja mengamalkan kuasa mutlak.
-Raja dianggap suci dan perlu dihormati.
-Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual...
-Brahmin menjadi penasihat raja.
-Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan
Empayar Maurya
-Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.
-Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja.
-Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
-Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
-Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka kerana Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas
kematian ayahnya, Bindusara dan menakluki negeri Kalinga.
-Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar penaklukan melalui penyebaran
agama Buddha.
-Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan
Perang Kalinga
-Berlaku pada masa pemerintahan Asoka.
-100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera.
-Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian.
Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dan mengembangkanya
PERUNDANGAN
- Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan pentadbiran.
-Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua.
-Kitab ini dihasilkan antara abad keenam hingga abad kedua sebelum masehi.
-Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung pada keseriusan kesalahan
tersebut.
-Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mahir dalam hukum-hakam.
-Pada zaman Dinasti Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
-Segala titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan.Tujuanya supaya dapat dibaca oleh rakyat.
-Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka.
PERLUASAN KUASA
-Mula berlaku pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya.
-Kejayaan perluasan kuasa dibantu oleh pasukan tentera terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera berkuda
dan 10 000 tentera infantri.
-Kawasan dikuasai meliputi seluruh India Utara, Punjab, Empayar Seleucid di Syria dan Sempadan India
Barat.
-Bindusara, putera Chandragupta meluaskan kuasa ke Mysore di Selatan India. .
-Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha.
KEGIATAN EKONOMI
-Berkembang pesat sejak abad ketiga.
- Melibatkan perdagangan kawasan di dalam wilayah India dan perdagangan dengan luar negara.
-Pusat perdagangan penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa.
-Pusat-pusat ini menghasilkan gading, senjata, emas, berlian dan mutiara untuk diperdagangkan.
-Kerajaan Maurya menjalankan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan Asia
Tengah.
-Pelabuhan utamanya menghubungkan India dengan negara luar ialah Broach, Chaul,Kalyan dan Cambay.
-Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan(stresthin) di setiap bandar. Persatuan itu termasuklah persatuan
tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
-Matlamat stresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.
-Terdapat undang-undang untuk mengawal stresthin.
-Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja.
-Mata wang digunakan sebagai medium jual beli.
-Semasa Zaman Gupta , bentuk wang emas telah digunakan.
-Aktiviti perdagangan sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutama tekstil, kain kapas dan
sutera
-Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang.
-Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan.Contohnya hasil pertanian dan buah-buahan.Cukai
ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
-Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu meningkat pada zaman Gupta.
-Pedagang India memperolehi rempah, bedak wangi, gading gajah dari Alam Melayu.
-Memperolehi tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.
-Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang.
PENDIDIKAN
-Bermula pada Zaman Vedik.
-Pendidikan sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu.
-Pendidikan hanya didominasikan oleh kaum lelaki.
-Golongan wanita tidak diberi peluang dalam pendidikan.
-Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda.
-Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran penting.
-Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.
-Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi
hari selepas mati.
-Tumpuan pendidikan ialah agama.
-Segala hukum agama harus dipelajari supaya hidup sempurna.
-Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M.
-Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah.
-Pada abad ke empat lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda.
-Untuk mencapai taraf Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda.
-Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
-Mereka juga harus mempelajari karya sinstifik dan falsafah.
-Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan untuk menambah ilmu , mengatasi buta huruf serta
mendapatkan jawatan dalam pemerintahan
FALSAFAH
-Falsafah India merupakan falsafah terawal di dunia .
-Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar.Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang
menolak kitab Veda.
-Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda.
Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.
-Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme
SAINS DAN TEKNOLOGI
-Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik.
-Pengetahuan tentang astronomi terdapat dalam Rig Veda.
-Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.
-Ahli matematik India mengetahui konsep geometri.
-Mereka memperkenalkan sistem nombor Angka Brahmin dan angka Kharosti..
-Ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga
SENI BINA
-Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan.
-Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri.
-Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 28 kuil-gua.
-Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda
KESUSASTERAAN
-Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit
-Bidang sastera terbahagi kepada bentuk Vedik, Epik dan Sajak
-Sastera agama Hindu dan Buddha terkenal ialah Epik Mahabharata dan Epik Ramayana
SISTEM SOSIAL
Jelaskan susun lapis masyarakat dalam tamadun India
Brahmin (Pendeta),
Ksyatria (Pahlawan)
Vaisya (Pedagang)
Sudra (Petani)
Jelaskan ciri-ciri kasta dalam tamadun India
-Terdapat tanggungjawab berbeza mengikut kasta.Diikuti dengan ketat oleh masyarakat
-Seseorang yang dilahirkan dalam kasta tertentu tidak boleh mengubah kasta lain
-Lelaki dilarang berkahwin dengan wanita kasta lain
-Percampuran di kalangan ahli yang berbeza kasta dilarang
Sistem pendidikan dalam tamandun China
• Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan pendidikan seperti menyediakan rumah
guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan pondok.
• Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
• Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
• Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan
kerajaan.
• Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan.
• Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan
menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah.
• Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan.
• Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat
pusat.
• Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
• sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
• Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.
Dasar pendidikan di China :
• matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.
• Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras dengan ijazah pertama, tahap
kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah seperti yang terdapat pada
zaman moden ini.
• Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-
negeri feudal.
• Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan pegawai-pegawai awam melalui
peperiksaan awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.
• Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki peperiksaan untuk ijazah
pertama di Bandar . Diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.
• Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan
peringkat ketiga di adakan di Ibu kota empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin Shih.
Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
• Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi diberi gelaran Chuang Yuan.
• Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak
menjadi pendidik.
• Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan penasihat dan penyunting.,
kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja, ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan
tinggi dalam negara.
Matlamat sistem pendidikan tamadun China
3.Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara
• Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik, birokrasi dan kedaulatan maharaja serta
mengekalkan keharmonian masyarakat dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara..
• bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin
kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.
• Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum pendidikan China sejak Dinasti Han untuk
mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).
• Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang akan menyokong dan memperkukuhkan
status politik Maharaja China dan kerajaannya.
2.Peperiksaan awam
• Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan yang diamalkan.
• Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
• Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan pentadbiran dalam sistem pemerintahan di
China.
• Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
- Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
• Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.
• Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan.
• Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
• Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy (organisasi intelek)
3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan
• Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai kerajaan.
• Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah, maka kurikulum pendidikan
adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five classics dan The Four Books.
• Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi Ching (Book of changes), Li Chi (Book of
Rites) dan Chun-Chiu (Spring and Autumn Annals).
• The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean dan Works of Mencius.
4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa (diperintah)
• Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan ini.
• Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze atau manusia unggul ( the super or
man).
• Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
• Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China tradisional.
5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi)
• Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk memilih pegawai kerajaan.
• Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang jawatan-jawatan kerajaan di ibu
kota dan wilayah.
• Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.

6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China


- Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.
Langkah-langkah diambil oleh masyarakat Malaysia dalam mengatasi pengaruh dan hegemoni barat
-Hegemoni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu Hegemony yang membawa maksud pengaruh atau
penguasaan
Cara-cara mengatasi Pengaruh Budaya Barat
INDIVIDU
-Berpegang teguh pada ajaran agama
-mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
-Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
-Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak
MEDIA
•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.
KERAJAAN
•Mengadakan kempen.
•Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang kurang bermoral

CIRI-CIRI PERBANDARAN TAMADUN MOHENJO-DARO DAN HARAPPA


Penempatan Tetap
Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan penduduk yang
kecil mula menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses perubahan dan kemajuan ini
dikenali sebagai proses perbandaran atau urbanisasi. Misalnya, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan
ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan
tanaman menyebabkan pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli disamping betik,
tembikai, dan kacang. Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas. Dengan penanaman kapas,
mereka telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas. Selain itu, penternakan turut
dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai digunakan
sebagai alat pengangkutan terutama bagi kafilah.
Perdagangan
Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk menjalankan
aktiviti perdagangan, penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai contoh, perdagangan
merupakan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang penting. Barangan utama yang
diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport utama bagi Tamadun Indus. Selain itu,
terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran Indus telah sampai ke Mesopotamia kira-kira
antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu, orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak yang
diperbuat daripada tembaga atau gangsa dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan
Asia Barat. Dengan kehadiran benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya
membuktikan perdagangan yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq,
Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu, Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan seperti
menenun kain serta pertukangan tangan.
Perancangan Bandar
Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih sistematik.
Misalnya, bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town planning). Bandar
Mohenjo-Daro dan Harappa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar (city proper) dan
pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil dan tinggi. Terdapat juga sebuah citadel yang
didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan
perancangan bandar yang sempurna.
Pembinaan Jalanraya
Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya dibina untuk
menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro dan Harappa, jalan
utama dibina berturut-turut dari Utara ke Selatan dan ke arah Timur serta Barat. Di Kalibangan antara jalan
Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan Utara-Selatan yang lain adalah tiga suku daripada
lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem jalanraya yang lurus dan sistematik adalah ciri perbandaran
yang amat penting.
Kemudahan Maju
Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan yang
sempurna memperlihatkan taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa
yang memiliki kemudahan yang maju. Di pusat bandar, mereka membina rumah kedai dan rumah tinggal.
Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta mempunyai bilik mandi, dapur, tandas dan
longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn berdasarkan corak checker board. Terdapat
juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem saluran
najis di bawah tanah. Dengan itu, kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah
agak maju.
Tumpuan Pelbagai Kegiatan
Setelah perkampungan-perkampungan berkembang menjadi sebuah bandar utama, maka bandar tersebut akan
menjadi tumpuan kegiatan ekonomi, tempat pembinaan kota, istana dan tempat ibadat. Dari segi penduduk, Mohenjo-
Daro dan Harappa mempunyai 40,000 orang penduduk. Dewan orang ramai dibina supaya para penduduk dapat
berhimpun bersama. Jelapang-jelapang dan kedai-kedai dibina di pusat bandar Mohenjo-Daro dan Harappa menjadikan
bandar setelah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu Harappa menjadikan bandar sebuah tumpuan kegiatan
ekonomi. Kubu-kubu dan menara-menara turut dibina untuk melindungi bandar-bandar itu daripada serangan musuh.
Citadel di bandar pula merupakan tempat kediaman golongan paderi atau pendeta. Kesimpulannya, Kota Mohenjo-
Daro dan Harappa menjadi tempat pertemuan rakyat dan tempat mereka untuk menjalankan aktiviti kehidupan
seharian.
Factor tamandun merosot
- Kelemahan pemerintah
- Pemerintah ketika itu Al-Wasiqm, tidak melakukan sebarang pembaharuan.
- Beliau hanya berghantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara.
- Saudara al-wasiq iaitu al-mutawakkil mengmbil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan
pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa turki dan parsi.
- Usaha beliau tidak dapat diteruskan kerana pengaruh turki dan parsi begitu kuat menguasai percaturan politik
kerajaan abbasiyah.

- Perpecahan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan abbasiyah


- Akhir kurun 9 masihi menunjukkan kuasa khalifah semakin terbatas.
- Banyak jawatan-jawatan penting disandang oleh bangsa turki dan parsi.
- Bangsa-bangsa ini mula membentuk kerajaan dan pengaruh sendir.
- Perpecahan ini mengakibatkan keruntuhan kuasa abbasiyah.

- Perebutan kuasa
- Putera-putera al-mutawakkil berebut kuasa khalifah mengakibatkan kelemahan pentadbiran kerajaan
abbasiyah.

- Kegawatan ekonomi
- Rusuhan dan pemberontakan sering berlaku pada akhir zaman kegemilangan abbasiyah yang mengganggu
perkembangan ekonomi kerajaan abbasiyah.
- Para pedagang tidak lagi berkunjung ke baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di baitul mal semakin
merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan.

- Perselisihan aliran fahaman keagamaan


- Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan abbasiyah.
- Ini kerana mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja.
- Keadaan ini mengganggu keamanan negara.

- Serangan dari luar


- Kerajaan abbasiyah di akhir zamannya diserang oleh musuh-musuh dari utara ( gorgia & arminia ), barat( tentera
salib ) dan timur ( kerajaan monggol ).
- Banyak kawasan-kawasan islam diserang serta umat islam dibunuh dengan kejam semasa serangan ini.
- Kawasan-kawasan kecil lain ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan abbasiyah.
- Pentadbiran pusat di baghdad tidak dapat memainkan peranan berikutan serangan-serangan tersebut dan ramainya
pejuang-pejuang islam yang terkorban.
FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang
Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan
miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja
zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan
kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan
diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh
golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan.
Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak
diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli
senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).
Penindasan dan Kezaliman
Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sarna sekali.
Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak
dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui
(589-618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas
rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak
puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj.
Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23).
Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat
Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin yang
menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah
kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan
moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan
berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di
kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan
sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi
tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali,
Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33).
Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan
Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau
perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya
kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang
beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah
mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi
dan so sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat
menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk
memulihkannya.
Malapetaka dan Bencana Alam
Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti
ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar
kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!
ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan
semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah
menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat
perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina
Hj. Zainol, 2000 : 34).
Proses Masuknya Islam di Asia Tenggara
1. Perdagangan
pada taraf permulaan saluran islamisasi adalah perdagangan. Kesibukan lalu-lintas perdagangan pada abad ke-
7 sampai ke-16 M membuat pedagang-pedagang muslim berdatangan dari berbagai negeri. Islamisasi melalui
perdagangan ini sangat menguntungkan karena para raja dan bangsawan turut serta dalam kegiatan
perdagangan. Para pedagang muslim banyak yang bermukim di pesisir pulau Jawa, mereka berhasil
mendirikan masjid, sehingga jumlah mereka menjadi banyak.
2. Perkawinan
Jalur perkawinan ini lebih menguntungkan apabila terjadi antara saudagar muslim dengan anak bangsawan
atau anak raja karena mereka kemudian turut mempercepat proses islamisasi.
3. Tasawuf
Tasawuf dan tariqad, bersamaan dengan para pedagang ke Indonesia datang pula ulama, da’i dan sufi
pengembara dan diangkat menjadi penasehat/ pejabat di kerajaan dan kemudian kemudian para sufi
menyebarkan Islam dengan cara membentuk kader mubaliq dam melalui karya-karya tulis
4. Pendidikan
Para pedagang muslim menguasai kekuatan perekonomian dan dijadikan pusat pengembangan pendidikan dan
penyebaran Islam
5. kesenian
Penyebaran Islam dikembangkan dengan melalui seni seperti seni arsitektur dan seni kaligrafi dan berbagai
seni lain yang bercorak Islam.
6. Politik
Di Maluku dan Sulawesi selatan, kebanyakan rakyat masuk Islam setelah rajanya memeluk Islam terlebih
dahulu. Pengaruh politik raja sangat membantu tersebarnya Islam di daerah ini. Kemenangan kerajaan Islam
secara politik banyak menarik penduduk masuk Islam.
Seni Bina Tamadun China
Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain,
kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti
istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan
Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.
Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli
arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati
kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar.
Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah
liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan.
Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula
terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan
kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Mana¬kala dinding-dinding bandar
diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya
mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada
beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan
sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat.
Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan
pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa
zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu
bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada
kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina
kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan.
Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:
1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata.
2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang
tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan ba-
ngunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunan tersebut.
3 Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.
4 Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China se¬perti Yin dan Yang dan Feng Shui.
Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan uta¬ma. Warna ini melambangkan
keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.
Tamadun China mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak
dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium
kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang
kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada
kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai,
dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan.
Tokong Cina
Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba iaitu tugu peringatan
yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism. Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan
suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang
menyerupai pondok sebagai tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial.
Keempat, stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang berjasa
atau sebagai tempat kesucian.
Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi
dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama
Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan
Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.
Kod Undang-Undang Hammurabi

Hammurabi (1792-1750 S.M) merupakan pemerintah Babylon yang terkenal.


Beliau telah berjaya menyatukan seluruh Lembah Tigris -Euphrates di bawah satu empayar.
Hammurabi menjadi masyhur kerana kod undang-undang komprehensif yang telah diperkenalkannya. Undang-
undangnya ini menjadi asas perkembangan tamadun Mesopotamia.
Terdapat kira-kira 280 penghakiman (judgements) yang meliputi undang-undang sivil dan jenayah. Undang-undang
tersebut diukir di tiang yang tinggi untuk makluman semua rakyat tentang hak mereka.

Kod Undang-undang Hammurabi adalah berasaskan tiga prinsip utama iaitu:

a) Prinsip Pembalasan (law of retaliation in kind) bagi mereka yang mempunyai status sosial yang sama
b) Hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah
c) Orang perseorangan perlu membuat aduan sendiri kepada mahkamah kerana tiada terdapat pendakwa raya.

Antara contoh-contoh prinsip pembalasan adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang anak memukul ayahnya, tangannya akan dipotong.


2] Semasa pembedahan jikalau pesakit mati, pakar bedah boleh dihukum mati.

Antara contoh hukuman yang dikenakan berasaskan status sosial adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.
2] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda satu mina
perak.

SUMBANGAN
Dalam bidang ekonomi, peringkat awal tamadun China lebih mendorong kepada
kegiatan pertanian. Hal ini demikian kerana lokasi penempatan yang berdekatan
dengan sungai, seperti Sungai Kuning. Ekonomi yang utama adalah pertanian dan
diikuti dengan ekonomi sampingan seperti kegiatan berburu, penternakan dan industri
logam, arang batu dan teksil. Masyarakat tamadun China menanam padi sebagai
tanaman utama mereka dan pertanian telah menjadi asas ekonomi Negara China sejak
kewujudan tamadun

Sumbangan tamadun China dalam kemajuan pertaniansehingga kini adalah :


1.      Memperkenalkan batas untuk kaedah penanaman
2.      Penciptaan alatan pertanian seperti tajak, cangkul, penyisir tanah dan tenggala untuk membuat batas
3.      Pembinaan sistem pengairan yang sistematik seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air
dan mengawal banjir
4.      Sistem parit yang mengasingkan tanah padi kepada petak-petak sawah yang kecil
5.      Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
6.      Kawasan bukit diteres untuk pertanian contohnya pada zaman Dinasti Shang
7.      Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, dan kereta sorong beroda serta
penyisir tanah. Kolar kuda dapat menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa mencekik leher kuda dan tidak
mengganggu kelajuan larian kuda.

Cara interaksi memupuk perpaduan


1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan
Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai,
psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai
pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat.
Terdapat lima tamadun besar yang berkembang di Malaysia iaitu Tamadun Melayu, Tamadun India, Tamadun
Cina, Tamadun Barat dan Tamadun Islam.Dalam kata erti lain iaitu agama Islam, agama Hindu, agama
Buddha, agama Kristian dan lain-lain. Kesemua tamadun dan agama ini bergerak dan membina pengaruhnya
dalam kehidupan bangsa yang mendokonginya. Hal ini bukan sahaja membentuk struktur pemikiran dan
kebudayaan pelbagai kaum tersebut bahkan telah membentuk perspektif moral dan kepercayaan mereka.
Walaupun mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi, kepercayaan, kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa,
kita melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk
perpaduan. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza
agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat.
Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi, sikap bersederhana, berkasih-sayang dalam hubungan
kemanusiaan, dan kemesraan.
Hubungan kasih-sayang dan bersederhana dalam kehidupan contohnya merupakan aspek nilai yang wujud
dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap agama telah mengajarkan etika hubungan sesama manusia yang
menekankan kesederhanaan dan nilai kasih sayang untuk semua manusia. Malah sifat ini akan melahirkan sifat
tolong-menolong, suka melakukan amal kebajikan dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk
memenuhi tuntutan masyarakat.
Islam juga melihat perhubungan sesama manusia sebagai sebahagian daripada ibadat. Dasar perhubungan
antara manusia ditekankan dalam mewujudkan persaudaraan, bekerjasama dan sikap saling bantu-membantu.
Permusuhan, konflik dan persaingan yang tidak adil perlu dibendung untuk mengelakkan pertelagahan bagi
mengukuhkan perdamaian dalam hubungan antara manusia (hablum min al-nas). Ini kerana semua manusia itu
adalah makhluk yang berpunca dari penciptaan yang sama iaitu Adam. Allah SWT berfirman dalam Surah al-
Hujurat ayat 12 yang bermaksud, “Wahai manusia! Allah telah menghapuskan rasa besar diri yang
dipertahankan oleh sesetengah orang di zaman Jahiliyah dan telah membasmikan sebarang penonjolan
ketinggian martabat yang disandarkan kepada keturunan. Sesungguhnya hanya dua jenis manusia sahaja: orang
yang baik disanjung oleh Allah dan orang yang jahat yang dihina di sisi Allah. Semua manusia adalah anak
Adam dan Allah telah menjadikan Adam daripada tanah liat.”
Konsep kenal-mengenal antara manusia yang pelbagai bangsa dan kaum merupakan dasar pemupukan
perpaduan kerana di dalamnya terkandung nilai kebebasan beragama, hak untuk menikmati keselamatan,
keadilan, dan perundingan. Persamaan nilai ini merupakan prinsip yang universal dan semua kaum
menerimanya serta mampu dijadikan asas untuk memupuk perpaduan.
2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.
Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan
aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk
menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta
mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.
Rasulullah SAW ketika berpindah ke Madinah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan agama. Umat Islam
ketika itu merupakan golongan minoriti sementara golongan bukan Islam yang terdiri dari orang Yahudi, Arab
Kristian dan Arab Musyrik adalah golongan majority. Nabi Muhammad SAW yang dilantik sebagai pemimpin
tidak memaksa orang bukan Islam supaya memeluk Islam. Tetapi mereka diajak untuk hidup bersama secara
aman dan damai, tanpa sebarang kezaliman dan penindasan. Situasi ini menunjukkan tentang sikap toleransi
yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Malah apabila baginda berjaya menawan kembali Mekah,
penduduk-penduduk Mekah juga tidak dipaksa memeluk agama Islam malah boleh meneruskan kehidupan
seharian mereka tanpa sebarang halangan.
Islam tidak melarang masyarakat Islam untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang lain selagi mereka
tidak memerangi umat Islam kerana agama. Al-Quran menjelaskan bahawa peperangan dan penentangan yang
dibenarkan dalam Islam adalah untuk tujuan mempertahankan diri, kehormatan, harta, keturunan dan agama
sahaja. Perkara ini ditekankan dalam Surah al-Haj 22 ayat 39 yang bermaksud, “Diizinkan berperang bagi
orang Islam yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat
berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya
dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar semata-mata kerana berkata, “Tuhan kami ialah Allah”
Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan nescaya runtuhlah tempat-
tempat pertapaan serta gereja-gereja (kristian) dan tempat sembahyang (Yahudi) dan Masjid (orang Islam)
yang sentiasa disebut nama Allah di dalamnya dan sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang menolong
agamanya (Islam) sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa.”
Sifat tasammuh yang ada dalam Islam tidak semata-mata merujuk kepada toleransi yang dinyatakan. Ia
memberi maksud memberi dan menerima. Dengan erti kata lain, Islam tidak menghalang manusia untuk
menerima pendapat dan pendirian orang lain serta tidak menyekat kebebasan manusia untuk berfikir dan
berkepercayaan. Islam amat mementingkan sikap toleransi sebagai menunjukkan sikap keterbukaan dalam
mendengar pandangan yang berbeza serta bebas juga mengemukakan pandangan selagi tidak menjejaskan
pegangan agama masing-masing dalam ruang lingkup yang dipersetujui bersama.
Sifat toleransi ini merupakan syarat bagi setiap ahli masyarakat majmuk yang menginginkan kehidupan yang
aman dan tenteram. Apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat
beragama dan berlainan budaya ini, ia akan membentuk masyarakat yang harmonis. Allah SWT berfirman
dalam Surah al-Ankabut 29 ayat 46 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab
melainkan dengan cara yang baik.”
Orang Islam di Malaysia sudah menunjukkan sikap toleransi sejak pembentukan Perlembagaan 1957. Sifat
tolak ansur dan persefahaman antara kaum telah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu dengan syarat
kerakyatan yang longgar kepada warga bukan Melayu dan keistimewaan orang Melayu mengikut
perlembagaan sejajar dengan hakikat orang Melayu sebagai tuan Negara ini. Tolak ansur dan kelonggaran
kerakyatan merupakan keuntungan yang besar kepada pihak bukan Melayu kerana selepas setahun Malaysia
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, seramai 800,000 orang bukan Melayu telah diterima sebagai
warganegara.
Sikap toleransi di kalangan orang Melayu terus diamalkan apabila orang bukan Melayu juga diberi ruang dan
peluang untuk bergerak aktif dalam politik dan ekonomi Negara. Hal ini mewujudkan keseimbangan antara
kaum dan mewujudkan kesamarataan sosial serta melahirkan sifat perlumbaan secara adil serta mengurangkan
diskriminasi dan konflik antara kaum yang ada. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat perlu berpegang teguh
kepada asas persetujuan ini dan sentiasa menanamkan nilai faham-memahami dan hormat-menghormati.
3. Menyemai pergaualan dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati
Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan
budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan,
pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat
dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan
masing-masing.
Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting
untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan
agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-
masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas
yang tertentu.
Allah berfirman dalam Surah al-Muntahanah, 60 ayat 8 yang bermaksud, “Allah tidak melarang kamu daripada
berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak
mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu: kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku
adil.”
Ayat di atas memperlihatkan bagaimana Islam amat mementingkan hubungan antara manusia walaupun
dengan orang yang bukan Islam sebagai cara mewujudkan keamanan Negara. Malah sikap adil dalam
kehidupan ini merupakan aspek nilai sejagat yang perlu dikongsi bersama tanpa mengira agama dan bangsa.
Semua masyarakat di Malaysia ini perlu memberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi bagi berbincang
mengenai nilai-nilai agama masing-masing. Mereka perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan
beragama dalam masyarakat sama ada di kalangan masyarakat Islam mahupun masyarakat bukan Islam. Umat
Islam sendiri tidak seharusnya memencilkan diri untuk berbincang tentang Islam hanya dalam kalangan umat
Islam sahaja. Pendedahan terhadap nilai-nilai Islam perlu dijelaskan bagi membantu orang bukan Islam
memahami nilai-nilai Islam yang universal itu dan menghormatinya sebagai agama rasmi Negara.
Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai
bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara
yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. Sejajar dengan ini, perpaduan
yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang
lebih aman, maju, selamat dan makmur.
Nilai keimanan
AKHLAK
Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh
Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap
Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-
Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah.
Akhlak adalah perkataan Arab, iaitu kata jamak (plural) dari perkataan al-khuluq yang bermaksud budi pekerti,
tingkah laku dan tabiat . Perkataan ini pula adalah pecahan daripada perkataan al-khalaq yang bererti ciptaan .
Al-Qur’an menyatakan hakikat ini dalam firmanNya dalam Surah al-Sajdah ayat 5 yang bermaksud :
Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakannya kejadian manusia berasal dari
tanah
Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal)
dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti
raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia
terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan
sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik
sifat lahiriah dan batiniah nya.
Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang
dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan
akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.
Pembentukan akhlak merupakan usaha melahirkan modal insan yang berperibadi mulia; sepadu dan seimbang
antara keperluan rohani, jasmani, mental dan emosi. Melahirkan individu sedemikian tidak semudah yang
digambarkan melalui tulisan, ceramah, motivasi, teori dan angka hasil daripada pelbagai kajian. Gembelingan
usaha dan tenaga yang sepadu dari pelbagai pihak; individu, masyarakat dan negara amat diperlukan untuk
menjana keperibadian Muslim di kalangan umat Islam.
Ekonomi
Kedatangan orang Islam ke Andalusia berjaya mengasakan satu bentuk baru yang dikenali sebagai ekonomi
Mediteranean melalui sistem perladangan, perindustrian, dan perdagangan. Orang-orang Islam sememangnya
terkenal dalam bidang perdagangan dan perniagaan telah menyumbangkan kepakaran dan kemahiran mereka
dalam mengembangkan pengaruh Islam ke Eropah. Mereka mendirikan kedai-kedai dan gedung-gedung
perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelosok dunia..
Hubungan perdagangan dengan Eropah dilakukan melalui jalan darat manakala dengan Asia dan Afrika
melalui jalan laut. Bandar-bandar pelabuhan di Andalusia menjadi tumpuan kapal-kapal dagang Asia seperti
Venice, Itali dan Iskandariah. Hal ini membawa kepada perkembangan ekonomi yang pesat kepada Andalusia.
Manakala di sektor pertanian, orang-orang Islam memperkenalkan metod-metod baru seperti pembinaan
empangan, sistem saliran, tali air, jambatan dan jalan-jalan yang lebih baik di seluruh Andalusia meliputi suatu
kawasan yang luas seperti Toledo, Cardova, Marseille dan Valancia. Sistem perairan sedia ada diperbaiki dan
diperkemaskan sehingga memberi peluang maksimum kepada para petani (Wan Kamariah & Mazlah, 1997).
Tanaman buah-buahan seperti delima (Arab) dan limau (India) diusahakan lebih giat. Industri ulat sutera yang
dipelihara di atas daun-daun tut atau farsad (pokok keratu-mulberry) diperkenalkan untuk eksport. Hasil
tanaman kapas dikeluarkan di Andalusia sejak abad ke-9 Masihi. Pokok-pokok jut yang dibawa dari cina
ditanam untuk dibuat tali dan kertas. Tebu dan manisan lebah yang diperoleh daripada lebah yang dipelihara
telah memberikan hasil lumayan kepada pengusaha. Menurut catatan Arib bin Said dan Razi, Andalusia ketika
itu merupakan pengeluar gula utama.
Kitab al-Arwa oleh abu al Hasan al Qurtubi mengandungi kalendar pertanian dan Kitab al-Fihah oleh Abu al-
Qasim al-Suhrawi menjadi bahan rujukan penting dalam bidang pertanian ketika itu. Tulisan Abd al Rahman
bin Wafid al-Lakhmi menjadi rujukan untuk pertanian di dunia Islam dan Barat. Ia diterjemahkan ke bahasa
Catalan dengan tajuk Agrucultura General pada tahun 1513 Masihi oleh Alfonso de Herrera. Ibn Wafidmenjadi
penjaga Taman Botanikal Di Raja di Toledo. Terdapat banyak lagi kerja-kerja yang dihasilkan mengandungi
pengajian umum mengenai pertanian, penggunaan tanah dengan lebih sistematik, air dan tumbuh-tumbuhan
supaya ia tidak memberi kesan buruk kepada sistem ekologi.
Pengaruh Islam Dalam Pendidikan
Pengaruh Tamadun Islam Di Nusantara Di Dalam Aspek Pendidikan.
Dengan tersebarnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w. secara langsung Islam membawa satu
kuasa besar terhadap ketamadunan manusia sejagat, meliputi seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia.
Dalam perjalanan secajarah kelahiran islam yang memakan masa lebih kurang 1400 tahun yang lalu adalah
merupakan kematangan umat islam di dunia ini. Dengan itu masyarakat islam telah banyak memberi
sumbangan kepada dunia terutama berupa karya-karya saintifik, falsafah dan teknologi.
Dengan demikian apakah yang dimaksudkan perkataan “Tamadun” itu sendiri?Dalam hal ini, banyak istilah-
istilah tamadun yang dapat di ketahui dan diambil daripada pendapat para sarjana ditimur dan di barat. Untuk
mengupas persoalan ini, tamadun boleh didefinisikan mengikut tiga bahasa:
Bahasa Melayu.
Menurut Kamus Dewan, Tamadun didefinisikan sebagai kebudayaan,peradaban dan kemajuaan. Manakala
peradaban diertikan sebagai kemajuan yang meliputi fizikal dan spiritual sesuatu bangsa atau masyarakat.
Bahasa Arab.
Istilah Tamadun dalam Bahasa Arab iaitu “Umran”,”hadharah”,dan “Madaniyyah”. Menurut seorang sarjana Islam dan
sosiaologi Ibn Khaldun menggunakan istilah”Umran” bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Dari segi bahasa perkataan
“Umran” berasal dari perkataan terbitan dari kata dasar “Amara” yang bererti kawasan tanah yang
didiami,tinggal,menetap,berkembang subur lagi makmur[1]. Dalam perkataan yang lain “umran” bermaksud tinggal
menetap yang menjadi asas kepada sesebuah tamadun. Ibn Khaldun telah menetapkan beberapa ciri bagi “umran” iaitu
:
i. Pegangan agama yang kuat.
ii. Sistem kenegaraan yang tersusun rapi.
iii. Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi.
iv. Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka.

Dari segi bahasa “hadharah” bermaksud suatu wilayah,daerah,kota,bandar,kampung atau tanah yang
diusahakan. Istilah “hadharah” digunakan oleh Malik Bennabi(seorang pemikir Islam dari Algeria) dengan
bermakna berada di tahap maju.
Pada abad ke-20, istilah “madaniyah” di gunakan oleh Muhammad Farid dan Syeikh Muhammad Abduh yang
memberi maksud mempunyai perkaitan dengan tamadun atau kebudayaan dan bandar[2]. “Madaniyah” boleh
membawa erti membina, mendirikan bandar, menaikkan taraf ke tahap beradapan, menghaluskan budi
pekerti,menimbulkan sifat keinsanan sejati serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap
kehalusan budipekerti serta kebudayaan yang luhur.
Dalam Bahasa Arab pula ada beberapa istilah yang di gunakan dalam pengertian pendidikan. Perkataan yang
biasa digunakan “ta’alim” yang bermaksud pengajaran.
Allah s.w.t berfirman,yang bermaksud
“ Dan Allah mengajarkan kepada Adam segala nama,kemudian ia berkata kepada malaikat,beritahulah Aku
mana-mana semua itu jika semua benar. ” (Surah Al-Baqarah ayat : 21)
Manakala perkataan “tarbiyah” dipergunakan untuk didikan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“ Hai Tuhanku, sayangilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mendidikku sewaktu kecil”. (surah
Asra’ ayat : 24)
Bahasa Inggeris
Manakala istilah education dalam bahasa Inggeris yang berasal dari Latin educare bererti memasukkan sesuatu
yang bermaksud memasukkan ilmu ke dalam kepala seseorang[4]. Kebanyakkan para sarjana meletakkan
istilah culture dan civilization sebagai dua perkataan dalam satu pengertian sebagaimana yang diungkapkan
oleh seorang sosiologi inggeris yang bernama Arnold J. Toynbee dalam Qiamul Hadhariah Fil Quranil Qarim:
Taufiq Mohd Sabi,(1972) menyatakan bahawa culture itu bermakna civilization yang secara langsung memberi
gambaran kepada fikiran kita mengenai perkara-perkara berikut iaitu agama, senibina, senilukis, akhlak dan
adat istiadat[5]. Perkataan civilization dari kata civitas yang membawa maksud bandar.
Manakala pendidikan boleh didefinisikan sebagai ilmu. Dalam agama Islam, ilmu terbahagi kepada dua iaitu
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Fardhu ain ialah ilmu –ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman
manusia. Ia merupakan ilmu abadi yang menjadi inti dasar kepada ajran islam contohnya ilmu mengenai
aqkidah,syariat, dan akhlak. Fardhu kifayah ialah semua displin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan
keperluan hidup manusia sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduniaan.
Pengaruh Tamdun Islam Di Nusantara dalam aspek pendidikan.
Islam bertapak di alam Nusantara yang meliputi negara Asia Tenggara iaitu Tanah Melayu(Malaysia),
Indonesia,Thailand dan Filipina melalui pedagang Arab yang datang berdagang di Nusantara, usaha
penyebaran agama Islam dari ulama atau tuan guru dari Tanah Arab(Timur Tengah) dan ahli-ahli sufi. Menurut
Asy-Syid Qutb menyatakan bahawa Islam datang untuk menghapuskan segala bentuk perhambaan ciptaan
manusia dan untuk menentukan bahawa “pengabdian” yang mutlak di bumi ini hanyalah untuk Allah s.w.t[6].
Kesimpulan ini dibuat berdasarkan ayat al-Ouran surah Al-Imran ayat 83. Dari kata-kata tadi, terkandung
maksud perubahan dan pembangunan jiwa umat manusia,sebagai umat yang bersatu untuk menyembah dan
tunduk kepada perintah Allah dan untuk mengimarahkan alam sebagai khalifahNya. Umat di Nusantara, tidak
terkecuali menerima perubahan dan pembangunan jiwa walaupun teori Islam telah bertapak di rantau ini
selewat-lewatnya pada abad ke 12 M. Perubahan yang tidak berlaku sebelum kedatangan Islam ialah
perubahan jiwa kepercayaan dan pemikiran yang mencirikan perubahan world-view atau weltanschauung
masyarakat di alam Nusantara, daripada kepercayaan anamisme kepada keparcayaan pada tuhan yang esa;
daripada pemikiran khayaliah kepada pemikiran yang rasional yang mencirikan perubahan intelek yang tinggi.
Perubahan inilah telah memberi jalan kepada umat Islam di Nusantara untuk menjadi khairu ummah yang
berusaha menghargai ahsanu taqwim yang mempunyai sikap dan tabiat menghargai akal fikiran.
Perkembangan ilmu islam bermula di institut pendidikan islam di rumah, masjid,kuttab(pondok), dan sekolah
kemudian wujud ke seluruh nusantara. Struktur pengajian Islam dan institusi-institusinya yang wujud di
Nusantara sama dengan yang terdapat di negeri-negeri Arab[7]. Oleh itu, tempat-tempat pendidikan itu
mengandungi dua peringkat iaitu:
i. Tempat pendidikan sebelum penubuhan sekolah
ii. Tempat pendidikan selepas penubuhan sekolah
Pada peringkat pertama itu, pendidikan dan pengajaran tidak dikhaskan
pada suatu tempat tetapi di berbagai tempat, mulai dari kedai-kedai buku hinggalah ke istana-istana dan malah
di padang. Penubuhan sekolah-sekolah pada masa kedua memerlukan kegiatan-kegiatan pendidikan dan tenaga
pengajar dan penuntut-penuntut secara sepenuh masa. Akibatnya sebahagian tempat-tempat yang dulunya
digunakan untuk pendidikan semakin berkurang walaupun ada diantaranya yang masih dikekalkan.
Sejarah pendidikan Islam menunjukkan bahawa keseimbangan antara ilmu-ilmu agama dan ilmu –ilmu dunia
terdapat pada zaman–zaman kegemilangan dan kekuatan Islam. Dengan itu, wujudnya keseimbangan antara
ilmu-ilmu agama dan dunia dalam kurikulum pendidikan dalam Islam. Secara umumnya, kurikulum
pendidikan dalam Islam itu meliputi ilmu-ilmu bahasa dan agama, ilmu-ilmu kealaman,sebahagian ilmu-ilmu
yang membantu ilmu-ilmu ini seperti sejarah geografi,sastera,syair,nahu, dan balagah dan filsafat dan logika.
Mata pelajaran bagi peringkat rendah adalah al-quran, agama, membaca,menulis dan syair. Manakala
kurikulum pada peringkat formal dalam Islam mewakili semua kurikulum peringkat rendah dan lebih
membahaskan permasalahan agama,syariat dan alam sejagat.
Jadi kurikulum pendidikan dalam Islam bersifat fungsional, tujuannya mengeluarkan dan membentuk manusia
muslim, kenal pada agama dan Tuhannya, berakhlak al-Quran tetapi juga mengeluarkan manusia yang
mengenali kehidupan, sanggup menikmati kehidupan yang mulia dalam masyarakat yang bebas dan mulia,
malah sanggup memberi dan membina masyarakat itu dan mendorong dan mengembangkan kehidupan
masyarakat di situ.
Tempat Pendidikan Islam sebelum Penubuhan Sekolah.
Sebelum penubuhan sekolah, ulama memainkan peranan mencirikan masyarakat di nusantara yang sempurna
yang mempunyai kegiatan kemasyarakatan dan menjalankan tanggungjawab kepada Allah s.w.t, Rasullullah
dan agama Islam. Sistem masjid sebagai markas dapat dilihat sebagai suatu bentuk pemusatan kegiatan islam
sebab masjid itulah yang selalu nya dibina di tempat-tempat yang berhampiran dengan semua jenis kegiatan
seperti di tepi sungai – seperti di Melaka –kerana sungai menjadi jalan berhubungan, supaya setipa yang lalu
akan singgah menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah s.w.t apabila tiba masanya. Berhampiran dengan
masjid itu ada pasar dan pelabuhan. Untuk itu, cuba perhatikan kedudukan masjid Kampung Hulu dan
Kampung Keling serta Surau Kampung Jawa di Melaka yang masih menampakkan sifat keislaman masyarakat
Melayu. Di antara pelajaran-pelajaran yang diajarakan di masjid ialah ilmu Tafsir,Hadith, Fiqh, bahasa
kesusteraan dan sebagainya. Pengajaran disampaikan dalam bentuk syarahan.
Di Indonesia menurut kebiasaan kaum Muslimin apabila kanak-kanak berumur tujuh tahun,ia akan di hantar ke
surau untuk mengaji Al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak.Fenomena pembelajaran berbentuk demikian wujud
sehingga sekarang.
Begitu juga di negeri-negeri yang dilawatinya :
“Maka tiadalah terdapat satu atau dua tempat orang yang mengajar mengaji melainkan adalah dalam sepuluh
dua belas rumah seorang dua orang anak-anak mengaji al-Quran
Ini jelas menunjukkan pendidikan islam di dalam masyarakat nusantara mementingkan ilmu pengetahuan
agama islam di berikan kepada anak-anak mereka sewaktu kecil. Di samping itu, kursus pengajian terbahagi
kepada tiga peringkat, iaitu, permulaan, menengah dan kepakaran. Bagi pendidikan permulaan, kuttab atau
pondok didirikan sebagai institut pengajiannnya. Berdasarkan beberapa bukti, kuttab yang dididirikan adalah
untuk memberi pelajaran awal kepada anak-anak selain di rumah dan masjid. Kuttab menjadi tempat
pertemuan diantara guru dengan murid berhubung dengan proses pembelajaran di peringkat awal. Kurikulum
yang biasa diajar di kuttab biasanya meliputi semua aspek kerohanian dan jasmani, diantara matapelajaran
yang diajar ialah al-quran,hadith, fiqh, akhlak dan tauhid.
Tempat pendidikan Islam selepas Penubuhan sekolah.
Mulai penghujung abad ke-19, terutamanya selepas Perang Dunia I, sekolah pondok, sekolah Arab dan
madrasah muncul di merta tempat di Nusantara dengan matlamat memberi kekuatan dan bimbingan kepada
umat Islam supaya mereka tidak dihanyutkan oleh arus pembaharuan yang bercorak barat[11]. Pembinaan
sekolah agama serta masjid atau surau adalah usaha rakyat sendiri, kadang kala di bantu oleh para dermawan.
Sebagai contoh di Kota Bharu, selain menjadi pusat pentadbiaran negeri Kelantan ia merupakan pusat
pengajian islam. Di Kota Bharu, pengajaran agama melalui sistem persekolahan hanya terdapat di Madrasah
Muhammaddiah. Walau bagaimanapun pengajaran mata pelajaran agama di sekolah ini ialah untuk peringkat
rendah sahaja dan hanya bermatlamat untuk membolehkan murid-murid mengetahui asas hukum agama dan
menulis dalam bahasa melayu, melalui tulisan jawi pada sebelum tahun 1940. Selepas menuntut ilmu di
madrasah, mereka boleh meyambung pelajaran di Masjid Besar Muhammadi dan di surau-surau, sebagaimana
juga pendidikan di Masjidil Haram Mekah. Mereka dididik supaya kelak menjadi orang yang berilmu dan alim
dalam kitab-kitab tertentu dan kuat pula mengerjakan ibadaj sehari-hari. Untuk menjayakan matlamat yang
demikian di samping dikehendaki oleh guru-guru supaya beribadah, mereka mesti pula melalui dua peringkat
yang pengajian yang telah ditetapkan. Dalam peringkat pertama, pelajar dikehendaki menghafalkan nahu asas
Arab. Tujuannnya untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Arab dan dapat memahami kitab-kitab
agama dalam bahasa arab. Disamping itu mereka diajar ilmu agama seperti ilmu fiqh dan tauhid. Kebiasaannya
masa yang diambil untuk mempelajari pada peringkat ini selama dua tahun walau bagaimanpun bergantung
kepada kemampuan pelajar tersebut. Untuk peringkat yang keduia pula, pelajar-pelajar yang memahami bahasa
Arab dan asas keilmuan peringkat pertama tadi diajarkan pula kitab-kitab Arab dan kitab-kitab Jawi karangan
ulama mutaakhirin dan mutaqaddimin. Di peringkat ini, mereka akan mendengar huraian –huraian guru tentang
makna dan maksud didalam kitab –kitab itu ayat demi ayat. Oleh kerana latihan yang demikian maka
timbulnya konsep taqlid dikalangan mereka terhadap pengajaran di dalam kitab-kitab tadi. Justru kerana itu
amatlah tepat dikatakan pelajar yang melalui proses pengajian ini dipanggil ulama yang alim di dalam
menghuraikan makna di dalam kitab-kitab tertentu tadi sahaja. Selepas mereka tamat di peringkat ini, biasanya
digalakkan melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi di Masjidil Haram Mekah. Tetapi pada zaman ini,
sekolah agama dan madarasah telah banyak di tubuhkan oleh pihak pemerintah dan pihak swasta bagi
memenuhi permintaan ibuapa yang lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran biasa.
Tambahan pula, sekolah agama dan madarasah mempunyai sukatan pelajaran yang sama dengan sekolah aliran
kebangsaan cuma kelebihan bagi sekolah agama dan madarasah mempunyai aliran agama. Di dalam kurikulum
sekolah agama atau madarsah mengandungi ilmu agam seperti tauhid, fiqh, syariah, hadith, al-quran, bahasa
arab, tarikh islami dan tafsir al-quran. Selepas tamat pembelajaran di peringkat menengah, pelajar tersebut
boleh menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat ijazah . Jelas menunjukkan bahawa
pendidikan dalam masyarakat di Nusantara dipengaruhi oleh tamadun Islam. Fungsi masjid sebagai pusat ilmu
dapat dilihat sehingga hari. Namun ada sesetengah pihak yang cuba memisahkan agam dengan kehidupan
seharian.
Huraikan pengaruh Islam dalam bidang bahasa kepada masyarakat Melayu tradisional.
1. Memperkenalkan tulisan jawi daripada huruf Arab dan dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.
2. Tulisan jawi telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan serta menjadi hak milik orang Melayu.
3. Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan istilah baru daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran
seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum.
4. Memperkayakan istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu Islam, misalnya fikah, tauhid dan tafsir.
5. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu
bersaing dengan bahasa lain di dunia.
6. Bahasa Melayu meningkatkan tarafnya sehingga menjadi bahasa ilmu.
Nyatakan pengaruh kesenian Islam ke atas masyarkat Melayu.
1. Seni bina masjid sebagai tempat untuk menunaikan solat atau sebagai tempat perkumpulan sosial, mempunyai ciri-
ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga atau pancur air dan bumbung seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan Berta
Masjid Peringgit clan Masjid Tengkera di Melaka.
2. Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat. Ini
dapat dilihat pada istana Melaka.
3. Setiap binaan rumah dan istana dilengkapi kemahiran seni ukiran dengan berbagai-bagai hiasan dalaman yang
bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.
4. Kemahiran dalam kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan melalui seni tulisan pada Batu Bersurat
Terengganu.
5. Seni tulisan khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan terutamanya di masjid atau madrasah, pada batu nisan,
barang tembikar, mata wang, pakaian dan sebagainya.
6. Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh. Petikan daripada
al-Quran ditulis sebagai hiasan di masjid, madrasah dan surau.
7. Tarian dabus yang terkenal di negeri Perak memaparkan pengaruh Arab yang mempunyai unsur keagamaan
yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.
8. Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, tarian mak inang telah ditarikan di istana Melaka pada
majlis-majlis tertentu.
9. Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w., para nabi Allah, dan para sahabat
sangat terkenal di Terengganu, Pahang dan Melaka.
10. Dalam seni dikir, seni kata lagu bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dinyanyikan
dengan iringan pukulan rebana dan kompang.

Nota Kedua Bab 4 ( 4.2 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul )
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum menjadi rasul.
1. Nabi keturunan Qusai bin Kilab (pemimpin Arab Quraisy).
2. Keluarga nabi mengusai Makkah, Kaabah, telaga zamzam.
3. Keturunan nabi bijak mentadbir Makkah dan bijak berniaga.
4. a. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah.
 b. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib.
    c. ibunya ialah Aminah bt. Wahab.

5. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M pada Tahun Gajah: (berlakunya serangan tentera
bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyahterhadap kota Makkah). 
6. Baginda dilahirkan di rumah datuk baginda, Abdul Muttalib dan diberi nama Muhammad bermaksud terpuji. 
7. Oleh sabab bapa nabi meninggal dunia ketika nabi dalam kandungan, Nabi diserahkan kepada Halimatus
Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
8. Pada usia 6 tahun ibu nabi meninggal dunia dan nabi dipelihara oleh datuk baginda. Kemudian datuknya meninggal
dunia lalu dipelihara pula oleh bapa saudara baginda, Abu Talib.

9. Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperoleh sejak baginda berusia 12 tahun iaitu dengan mengikut
rombongan bapa saudara baginda ke Syam.  
10. Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramal oleh pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan
perniagaannya singgah di Basrah.
11. Pendeta ini segera menyuruh Abu Talib membawa baginda pulang kerana khuatir akan  dibunuh oleh orang Yahudi.

12. Pada usia 20 tahun, baginda menjalankan perniagaan Khadijah bt Khuwalid ( digelar sebagai al-thatharah)

13. Sifat terpuji baginda menyebabkan keuntungan berlipat kali ganda. Akhirnya nabi berkahwin dengan Khadijah.
 
4.2.1 Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
1. Empat sifat terpuji nabi : 
                 a. Amanah 
                 b. Siddiq
                 c. Fatanah
                 d.  Tabliq

2. Nabi digelar Al -Amin kerana  


  a. perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai
            
 b. tidak pernah berbohong.

 4.2.2 Bukti Peristiwa Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
       Bukti 1  :  Perletakan Semula Hajar Aswad ( Batu Hitam )
                     Semasa baginda berumur 35 tahun, kewibawaan baginda terserlah apabila baginda berjaya menyelesaikan
suatu persengketaan dalam kalangan kabilah Quraisy. Peristiwa ini berpunca daripada perletakan semula Hajar Aswad (
batu hitam ) ke tempat asalnya iaitu di penjuru timur Kaabah yang telah terjatuh semasa banjir melanda kota Makkah.

                     Pertelingkahan timbul apabila kabilah Arab Quraisy berebut untuk meletakkan Hajar Aswad kembali semula
ke tempat asalnya. Mereka bersetuju melantik Nabi Muhammad s.a.w sebagai hakim. Baginda telah bertindak bijak
dengan meletakkan Hajar Aswad do atas sehelai rentangan kain serban. Baginda kemudian meminta pemimpin setiap
kabilah untuk memegang setiap penjuru serban dan membawanya ke tempat asal. Kemudian baginda sendiri telah
meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya. Tindakan baginda ini telah membuatkan semua orang berpuas hati
serta mengelakkan perbalahan antara kaum.

Bukti 2:
Nabi Muhammad s.a.w dapat menyelesaikan masalah kerana kebijaksanaannya.
Sebagai contoh, 
Baginda memeterai Perjanjian Hubadiyah pada tahun 628M. Walaupun perjanjian ini tidak adil, baginda menerimanya
sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam.

Baginda selalu memikirkan mengenai cara kehidupan masyarakat sekeliling baginda yang tidak bermoral dan taasub
dengan amalan jahiliah dan berusaha mencari jalan untuk mengubah kehidupan mereka sebelum baginda dilantik
menjadi rasul.
Untuk itu, baginda telah mengasingkan diri daripada masyarakat yang sedemikian, baginda
sering bertahannuth (mengasingkan diri untuk beribadah) kepada Allah di Gua Hirak di kemuncak Bukit Nur (Jabal Nur)
yang terletak kira-kira 6 jam dari kota Makkah.
                                 Bukit Nur
Walaupun tempat tersebut terletak di puncak Bukit Nur, tetapi baginda tabah dan sabar mendakinya.
Tempat tersebut dipilih kerana kesunyian dan ketenangan yang wujud di situ membolehkan baginda menyerahkan diri
kepada Allah dengan sepenuhnya.
Ahkirnya, selepas enam bulan nabi bertahannuth di Gua Hirak, pada 6 Ogos tahun 610 M(17 Ramadan) wahyu pertama
telah diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Jibril.
Ketika itu baginda berusia 40 tahun dan bernula era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab Jahiliah yang
menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

Cara Penentangan masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah ilamiah nabi muammad saw
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak
terpengaruh dengan dakwah yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak.
Sungguhpun begitu, semua tuduhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan
rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang berjumpa dengan Nabi bagi memastikan dakwaan
itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.
Menyeksa Nabi dan Orang Islam
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti
golongan miskin dan hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah
dijemur di tengah panas tanpa diberi makan atau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian
beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan, mereka pun mulai menyeksa Nabi dengan meletak najis di
rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.
Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-
tugas dakwah. Antaranya termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja
menolak tawaran tersebut tetapi telah menjawab dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin
berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan bulan di sebelah kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan
berganjak."
Meminta Kerjasama Abu Talib
Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta
beliau menasihati Nabi. Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk
menukarkan Muhammad dengan seorang pemuda lain yang setanding dengannya.
Memulaukan Bani Hasyim
Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam.
Pemulauan ini dilakukan dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan
sebarang perhubungan termasuklah jual beli, bercakap, ziarah-menziarahi dan sebagainya. Orang-orang Islam
telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong kuat Nabi iaitu Khadijah dan
Abu Talib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun kerana tidak semua
orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.
Merancang Pembunuhan Nabi
Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi.
Beberapa orang pemuda telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh
Allah kepada Nabi melalui wahyu. Oleh itu, pada malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah
keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum bertolak ke Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah
bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.
Memerangi Orang Islam
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu,
mereka telah melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu
Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khadak (Ahzab).

You might also like