You are on page 1of 15

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol

KSS 1142
ISTILAH-ISTILAH YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN SOFBOL

Kebanyakkan istilah-istilah yang digunakan di dalam sofbol adalah diambil di dalam


permainan baseball. Di dalam sesetengah situasi, istilah ini selalunya dapat menjelaskan
nama pemain ataupun item-item tertentu. Sebagai contohnya sofbol juga dikenali juga
sebagai kittenball kerana golongan wanita selalu memainkan permainan ini. Antara istilahistilah yang selalu digunakan adalah:

1. Altered Bat (bet dipinda): bet telah dianggap dipinda apabila rupabentuk fizikal
bet sah diubah. Contohnya ialah pertukaran bet logam kepada bet kayu ataupun
benda lain.
2. Appeal Play (mainan rayuan): sejenis mainan yang seorang pengadil itu tidak
boleh membuat keputusan sehingga diminta oleh seorang pengurus, jurulatih
ataupun pemain pasukan yang bertahan. Rayuan perlu dibuat sebelum pic yang
seterusnya tidak kira samada pic itu sah ataupun tidak.
3. Base On Ball (diberi bes ke atas ball): membenarkan seorang pemukul
mendapat bes pertama tanpa tanggung dimati dan adalah diberi kepada seseorang
pemukul oleh pengadil apabila empat pic dianggap sebagai ball (tidak tepat).
4. Base Path (lorong bes): suatu garisan khayalan, 3 kaki dari kedua-dua belah
garisan lurus antara bes-bes.
5. Batted Ball (bola pukulan): bola yang kena bet ataupun dikenakan oleh bet dan
ianya jatuh dikawasan fair-play atau foul. Penunjuk tidak semestinya
menunjukkan hajatnya untuk memukul.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
6. Batter Box (petak pemukul): kawasan yang mana pemukul mesti berada
didalamnya dengan tujuan menolong pasukan untuk mendapatkan larian. Semua
garisan dianggap di dalam petak pemukul. Sebelum pic dilepaskan, kedua-dua
kaki pemukul mesti berada dalam petak pemukul.
7. Batter Runner (pemukul pelari): seorang pemain yang telah menyelesaikan
giliran memukulnya, tetapi belum dimatikan ataupun menyentuh bes pertama.
8. Batting Order (giliran pemukul): senarai rasmi pemain-pemain menyerang
mengikut giliran ahli-ahli pasukan itu akan memukul. Apabila kad aturan nama
telah diserahkan, hendaklah juga dimasukkan posisi pemain.
9. Blocked Ball (bola tertahan): bola yang telah dipukul atau dibaling yang
disentuhi, dihentikan ataupun dipegang oleg seseorang yang tidak terlibat dalam
permainan itu ataupun bola itu terkena sesuatu benda yang bukan sebahagian
daripada alat rasmi atau kawasan permainan.
10. Bunt (bola tampan): bola yang diketuk secara sah bukan dihayun tetapi dengan
sengaja dikenakan kepada bet dan diketuk perlahan-lahan kedalam kawasan
padang dalam.
11. Catch (sambut): bola pukulan ataupun balingan yang disambut dengan tangan
ataupun menggunakan glof seorang pemadang.
12. Catchers Box (petak kecer): kawasan dimana kecer mesti berada sehingga pic
dilepaskan.
13. Charged Conference (persidangan rasmi): berlaku apabila :
a. persidangan pasukan bertahan: mereka meminta tangguhan permainan dan
seorang wakil (yang bukan salah seorang pemain yang sedang bermain)

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
dari pasukan itu masuk ke dalam kawasan padang dan pada pendapat
pengadil satu pesanan telah disampaikan kepada kecer (tidak dikira
dengan apa cara sekalipun).
b. Persidangan pasukan menyerang: pasukan menyerang meminta tangguhan
permainan untuk membolehkan pengurus ataupun lain wakil pasukan
berbincang dengan pemukul atau pelari bes.
14. Coach (jurulatih): seorang jurulatih ialah wakil pasukan memukul yang
mengambil tempatnya di dalam petak-petak jurulatih di padang untuk
mengarahkan pemain-pemainnya membuat larian.
15. Crow Hop (lompat gagak): satu tindakan picer semasa mengambil langkah,
mengheret kakinya ataupun melompat keluar dari plet picer.
16. Dead Ball (bola mati): bola tidak di dalam permainan dan tidak dianggap dalam
mainan lagi sehingga picer memegangnya dan berada dalam kawasan 8 kaki dari
plet picer dan pengadil telah melaungkan play.
17. Defensive Team (pasukan bertahan): pasukan yang berada di dalam atas padang.
18. Delayed Dead Ball (bola mati lengahan): satu situasi di mana bola tetap hidup
sehingga tamatnya permainan. Apabila semua mainan telah selesai, pengadil akan
mengisytiharkan bola mati dan menguatkuasakan undang-undang yang
sewajarnya.
19. Dislodeg Base (bes terlajak): bes yang teralih dari kedudukan yang sewajarnya.
20. double play (permainan berganda): mainan oleh pemadang dimana dua orang
pemain menyerang dimatikan secara sah hasil daripada tindakan terus menerus.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
21. Ejection from The Game (disingkir dari permainan ): Disingkir adalah satu
tindakan pengadil yang mengarahkan seseorang pemain,pegawai atau sebarang
ahli pasukan dikeluarkan dari padang dan kawasan permainan kerana melanggar
undang-undang berulangkali atu disengajakan.
22. Fair Ball ( bola Fair ):
a) Berhenti atau disentuh dikawasan fair di antara plet rumah
dan bes pertama atau diantara plet rumah dan bes ketiga.
b) Melantun melintasi bes pertama atau bes ketiga dalam
kawasan fair.
c) Menyentuh bes pertama,kedua atau ketiga.
d) Semasa berada di dalam kawasan fair selepas bes pertama
dan bes ketiga.
e) Mula-mula jatuh di dalam kawasan fair selepas bes pertama
dan bes ketiga.
f) Semasa melintasi kawasan permainan melintasi pagar
kawasan padang jauh.
23. Innings ( ining ):Kedua-dua pasukan bergilir menyerang dan menahan dan telah
terdapat 3 out di dalam kedua-dua pasukan itu
24. Interference (penggangguan): satu tindakan pemain atau ahli pasukan menyerang
yang mengganggu, menghalang ataupun mengelirukan seseorang pemain
bertahan semasa ia sedang melakukan sesuatu mainan.
25. Fly Ball ( bola melayang ): Bola melayang ialah bola yang dipukul keatas.
26. Foul Ball ( Bola foul ): bola foul ialah bola dipukul yang :

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
a)Berhenti di kawasan foul diantara plet rumah dan bes pertama atau
diantara plet rumah dan bes ketiga.
b)Melantun melintasi bes pertama atau ketiga di dalam kawasan foul.
c)Mula-mula menyentuh kawasan foul selepas bes pertama atau ketiga.
d)Semasa diatas atau melintasi kawasan foul,menyentuh badan atau pakaian
pengadil atau pemain atau sebarang objek
asing ditanah.
e)Menyentuh pemukul atau bet di tangan pemukul semasa berada di petak
pemukul.
f)Bola melayang yang terkena tiang untuk menandakan garisan foul.
27. Fair Territory (kawasan dalam): Bahagian padang permainan yang melingkingi
dan diantara garisan faul bes pertama dan bes ketiga dari plet rumah, sehingga ke
pagar terjauh yang mengelilingi.`
28. Fake Lag (cecaman menipu): Satu jenis penghalang ke atas pelari semasa
memaju atau memulang ke bes oleh seorang pemadang yang tidak mempunyai
bola atau sedang menerima bola dan kejadian itu memperlambatkan kemajuan
pelari.
29. Fielder (pemadang): Seorang pemain dari pasukan di padang.
30. Force-Out (Mati paksaan): Ia hanya boleh dibuat apabila seseorang pelari mesti
meninggalakn besnya akibat daripada pemukul menjadi pelari, sebelum pemukul
atau seorang yang mengambil tempat pelari telah dimatikan.
31. Foul Tip (pukulan sipi) Pukulan sipi adalah :

Menuju terus dari bet ketangan kecer

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142

Tidak melebihi kepala pemukul

Disambut dengan sah olleh kecer

32. Helmet (topi keledar): Boleh melindungi telinga dan jenis topi ini mesti
mempunya sama banyak atau lebih bersifat keselamatan yang terdapat padanya.
33. Home Team (pasukan tuan rumah): Pasukan yang bermain dipadang sendiri.Jika
permainan itu main di padang berkecuali maka tuan rumah perlu ditetapkan
dengan persetujuan bersama atau dengan melambung duit.
34. Illegal Bet (bet tak sah): Bet yang tidak mengikut peraturan dan Undang-undang
Bab 1.
35. Illegally Batted Ball (Pukulan tak sah): Semasa membuat pukulan kaki tersentuh
Plet Rumah.
36. Illegally Caught Ball (bola disambut secara tak sah): Iaitu bola yang dipukul atau
dibaling dengan topi, adang muka,glof atau apa-apa yang dikeluatkan dari dari
tempat yang sepatutnya.
37. Illegal Picher (picer tak sah): Jika picer tak sah kembali ke posisi memicing dan
telah melakukan satu pic maka ia akan disingkirkan dari permainan.
38. Illegal Player (pemain tak sah): Seorang pemain yang tak sah adalah :
Seorang pemain didalam barisan yang telah kembali semula ke dalam
permainan selepas digantikan dan membuat demikian tanpa memberitahu
pengadil.
39. Illegal Re Entry (Masuk kembali secara tak sah): Berlaku apabila :

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
-Seorang pemain barisan pertama kembali dalam permainan buat kali kedua
selepas digantikan dua kali
-DH selepas digantikan masuk bermain sekali lagi.
40. In Eligible Player (pemain tak layak): Seorang pemain yang tidak layak lagi
melibatkan diri secara sah didalam permainan kerana telah disingkir oleh
pengadil. Pemain tak layak tidak boleh terlibat dalam permainan. Menggunakan
pemain ini dianggap forfelt
41. In Flight (bola melayang): Bola yang telah dipukul di balaing atau dipickan yang
belum menyentuh tanah atau belum terkena apa-apa kecuali pemadang.
42. Infield Fly (bola melayang dalam): Bola melayang dalam ialah bola melayang
yang dipukul dalam kawasan fair ( tidak termasuk pukulan garis atau satu
tampanan ) yang boleh disambut oleh pemadang dalam dengan mudah. Bila ber
pertama dan kedua, dan ketiga. Ada pelari dan sebelum dua orang pemain
pasukan itu telah mati, Picer, kecer dan semua pemadang dalam yang bertepat di
padang dalam hendaklah dianggap dianggap pemadang-pemadang dalam untuk
tujuan undang.
43. Interference (penggangguan): Satu tindakan pemain atau ahli pasukan menyerang
yang mengganggu, menghalang atau mengelirukan seseorang pemain yang
bertahan semasa ia sedang melakukan sesuatu pemainan.
44. Legal Touch (cecahan sah): Berlaku apabila seseorang pelari atau pemukul-pelari
yang berada di luar bes, disentuh dengan bola yang dipegang kemas dalam tangan
pemadang.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
45. Legally Caught Ball (sambutan yang sah): Berlaku bila seorang pemadang
menyambut bola yang dipukul atau dibaling dengan syaray ianya tidak disambut
dengan topi, adang-muka, pelindung dada atau bahagian lain unifomnya. Ia mesti
disambut dan dipegang dengan sebelah atau dua belah tangan.
46. Line Drive (pukulan garis): Sesuatu pukulan garisialah satu pukulan melayang
yang dibuat dengan tepat serta ditujukan terusnya ke dalam kawasan permainan.
47. Obstruction (penghalang): Penghalang ialah tindakan oleh :
-Seorang pemain bertahan atau ahli pasukannya menghalang atau mencegah
seorang pemukul daripada memukul bola yang dipickan.
-Seorang pemadang (1) dengan memiliki bola (2) bukan dalam tindakan
memadang bola yang telah dipukul atau (3) tidak bersedia menerima bola yang
dibaling, memperlambatkan kemajuan pelari yang sedang berlari ke bes.
48. Offensive Team (pasukan menyerang): Pasukan meyerang ialah pasukan yang
memukul.
49. On-Deck Batter (pemukul menunggu): Adalah pemain menyerang yang namanya
mengikut nama pemain yang sedang memukul seperti yang disenaraikan dalam
Giliran memukul.
50. Outfield (padang luar): Bahagian padang di luar diamond yang dibentuk oleh
garisan-garisan bes atau kawasan yang biasanya tidak diawasi oleh seorang
pemadang dalam dan juga diantara kedua-dua garisan foul selepas bes pertama
dan bes ketiga dan didalam sempadan padang itu.
51. Overslide (melunsur melebihi bes): Tindakan seorang pemain penyerang apabila
menjadi seorang pelari, ia menggelungsur melebihi bes yang ia sedang tujui.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
52. Overthrow (Terbaling): Suatu mainan di mana bola dibaling dari seorang
pemadang kepada seorang yang lain bertujuan untuk mematikan pelari yang
belum tiba ke bes atau sedang berada di luar bes, dan bola terlepas ke kawasan
foul dan masuk kedalam kawasan mati.
53. Passed Ball (bola terlepas): Bola yang dihantar dengan sah yang sepatutnya
dipegang atau dikawal oleh kecer dengan mudahnya tetapi terlepas.
54. Picth (pic): tindakan yang dilakukan oleh picer semasa melempar bola.
55. Pitchers Circle (bulatan picer): adalah kawasan 2.5 meter disekeliling plet picer.
Garisan dianggap sebagai bulatan ini.
56. Pivol Foot (kaki pasak): kaki picer yang menolak keluar dari plet picer.
57. Play Ball (main): istilah yang digunakan oleh pengadil plet bagi menunjukkan
permainan hendaklah dimulakan atau diteruskan apabila picer memiliki bola dan
berada pada jarak 2.5 meter dari plet picer.
58. Quick Return Picth (pic kembali cepat): dilakukan oleh picer dengan tujuan yang
nyata untuk menagkap pemukul yang belum mendapat balik imbangannya. Ini
dilakukan sebelum pemukul mengambil tempat yang dihajati di petak pemukul
ataupun semasa ia belum mendapat balik imbangannya akibat pic yang sebelum
itu.
59. Re-Entry (masuk kembali): adalah satu tindakan seorang pemain barisan pertama.
60. Removal From The Game (dikeluarkan dari permainan): satu tindakan pengadil
yang mengihytiharkan bahawa pemain itu tidak layak terlibat di dalam permainan
itu kerana melanggar undang-undang.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
61. Replacement Player (pemain tukar kembali): seorang pemain yang dimasukkan
untuk satu tempoh tertentu sebagai pengganti kerana seorang pemain terpaksa
keluar untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan.
62. Runner (pelari): pemukul ataupun pelari bes.
63. Starting Player (pemain barisan pertama): pemain-pemain yang disenaraikan di
dalam lampiran giliran pemukul rasmi.
64. Stealing (mencuri): tindakan yang dilakukan oleh pelari besyang cuba mara
semasa pic dilepaskan kepada pemukul.
65. Strike Zone (zon strike): ruang di atas plet rumah diantara bahagian dada dan
bahagian atas lutut pemukul semasa ia berada dalam posisi memukul yang biasa.
66. Team Number (ahli pasukan): sesiapa sahaja yang berhak duduk di bangku
pasukan.
67. Throw (balingan): tindakan yang dilakukan oleh seorang pemadang bila
membaling bola kepada pemadang yang lain.
68. Time: istilah yang digunakan oleh pengadil untuk menagguhkan permainan.
69. Trapped Ball (bola terperangkap): adalah satu pukulan bola yang melayang,
termasuk pukulan garisan yang telah menyentuhi tanah buat seketika sebelum
dipungut oleh seorang pemadang.
70. Triple Play (mainan tiga-mati selaras): satu tindakan terus menerus oleh
pemadang dimana ia berjaya mematikan tiga pemain sekaligus.
71. Turn At Bat (giliran memukul): giliran memukul bermula sebaik sahaja seorang
pemain masuk kedalam petak pemukul sehingga ia dimatikan ataupun menjadi
pelari bes.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
72. Wild Picth (pic liar): satu pic yang dibuat secara sah tetapi terlalu tinggi, rendah
ataupun terbabas jauh dari plet rumah sehingga kecer tidak dapat menahannya dan
mengawal bola berkenaan seperti biasa.
73. TAG.( Tag is the act of a fielder touching )
a) a base with any part of body while holding the ball securely
in his hand (s) or glove or
b) A runner with a ballor
c) Arunner with the glove holding the ball while continously
holding the ball securely following the tag action.
74. Tagging Up.: Tagging up is the action of runner returning to his base,before he
legally advances an a batted fly ball that is first touched by fielder.Not to be
confused with the action of a fielder tagging a base a runner.

ISYARAT-ISYARAT RASMI DALAM PERMAINAN SOFBOL

Pitcher

Catcher

1b

First baseman

2b

Second baseman

3b

Third baseman

SS

Shortstop

LF

Left fielder

CF

Center fielder

RF

Right fielder

SF

Short fielder

Batter

BBR

Batter baseman

Hitter

Fielder

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142

Rolled ball
Hit ball
Thrown
Player movement

SIMBOL SKOR MARKAH

BB

Base on Balls

Bk

Balk

CS

Caught Stealing

Error

FC

Fielders Choice

HB

Hit Batsman

Strike-Out

PB

Passed Ball

SB

Stolen Base

SH

Sacrifice Bunt

SF

Sacrifice Fly

WP

Wild Pitch

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142

Isyarat dan
Maksud
1. Main Bola

Cara Isyarat

Isyarat dan

Maksud
main 2. Strike

Melaungkan

Cara Isyarat
Hulur tangan kanan

sambil mengisyaratkan

ke

sisi,

tunjukkan

picer supaya membuat

bilangan

strike

balingan bola.

dengan jari, sambil


melaungkan bilangan
strike.

3. Selamat

Mendepakan
dengan

tangan 4. Mati

kedua-dua

tangan menghadap ke

Angkat
atas

tangan
dengan

ke
jari

tergenggam.

bawah.

5. Bola Dalam

Luruskan tangan dan 6. Bola Luar/Faul

Melaungkan

tunjukkan

tangan

luar dan kedua-dua

kearah tengah padang

tangan tunjuk kearah

sambil

bola luar.

melakukan

gerakan mengepam.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

bola

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
7. Masa Berhenti

Melaungkan
sambil

time 8. Bilangan Pic

mengangkat

kedua-dua

tangan

lurus ke atas kepala.

Angkat

kedua-dua

tangan ke atas. Jari


tangan

kanan

menunjukkan
bilangan bola. Jari
tangan

kiri

menunjukkan
bilangan

strike.

Dengan melaungkan
bilangan bola contoh
bola 2, strike 2.
9.Bola Terperangkap Mendepakan kedua- 10. Bola Mati
dua

belah

secara
(seperti
11. Pic Tak Kira

selamat)
Angkat

tangan Lengahan
mendatar

Meluruskan

tangan

kiri

selari

dengan

Meluruskan

tangan

bahu.

isyarat
sebelah 12. Bola Layang

tangan dengan tapak Dalam

kanan ke atas kepala

tangan

dan

menghadap

ke picer.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

melaungkan

bola layang dalam.

Buku Sumber Saintifik Iktisas Padang Sofbol


KSS 1142
13. Larian Rumah

Angkat lurus tangan 14. Dua Bes

Meluruskan

(Home Run)

kanan

atas Diberi.

kanan ke atas kepala

dengan

jari

dan

tergenggam

dan

dengan

pusingkan

ke

tangan

mengikut arah jam.

Ruzinorsham bin Mat Said ( 20011-08944 )

menunjukkan

bilangan
diberi.

tangan

dua

jari

bes yang

You might also like