You are on page 1of 10

PENGUCAPAN Definisi : Komunikasi yang bermaksud untuk menyampaikan sesuatu maklumat.

Aristotle telah menyenaraikan lima unsur penting untuk pembentukan sesuatu pengucapan umum, iaitu idea pokok yang diperkatakan dalam ucapan, gaya atau bahasa yang digunakan oleh penyampai, pengolahan idea penyampai ucapan dan kebolehan penyampai memberikan ucapan berdasarkan ingatannya (Lane Cooper, 1960). Antara bentuk pengucapan ialah pidato, ceramah, seminar, syarahan, dialog, debat dan sebagainya yang melibatkan pengucapan di hadapan khalayak.

CIRI-CIRI PENGUCAPAN Terdapat beberapa ciri yang boleh digunakan untuk mengenali pengucapan umum. Berlaku di tempat awam Pengucapan umum berlaku di tempat awam seperti di dalam kelas, bilik, dewan kuliah, atau ditempat-tempat orang ramai boleh berhimpun. Melibatkan bilangan sasaran yang ramai Dalam pengucapan, penceramah ialah sumber penyampai dan audien yang mendengar ceramah ialah penerima maklumat yang ingin disampaikan. Interaksi antara sumber dengan penerima maklumat adalah rendah Pengucapan terjadi secara rasmi dan mempunyai struktur yang tertentu. Penceramah tidak dapat berinteraksi dengan orang ramai seperti dalam komunikasi antara individu kerana factor jarak dan jumlah orang yang lebih ramai. Pengisian ceramahnya telah dirancang lebih awal berdasarkan siapakah yang akan hadir untuk mendengar ucapan itu.

Begitu juga dengan suasana penyampaian ceramah memang telah distrukturkan dengan agenda-agenda tertentu. Contahnya, siapakah yang akan memperkenalkan penceramah, bilakah penceramah akan memulakan ceramahnya dan bilakah masanya orang ramai boleh mengemukakan soalah kepada penceramah.

PENGUCAPAN YANG BERKESAN Pengucapan boleh menghasilkan hubungan mesra antara audien dan penyampai. Terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menghasilkan ucapan yang berkesan. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan khalayak Penyampai mestilah pandai menyesuaikan ucapannya dengan keperluan khalayak. Melalui maklum balas, penyampai perlulah tahu mengawasi maklumat dan kesan mesejnya ke atas khalayak. Untuk menilainya, si perucap perlu memberi perhatian kepada khalayak. Memberi perhatian kepada maklum balas khalayak Maklum balas yang diterima daripada khalayaklah yang memberitahu penyampai samada analisis khalayak itu telah berjaya ataupun penyampai berjaya difahami oleh khalayak. Ia boleh terjadi dalam bentuk lisan atau bukan lisan. Hal ini berlaku sebaik sahaja penyampai melihat khalayaknya.

STRUKTUR PENGUCAPAN Di sini terdapat struktur ringkas yang boleh anda gunakan bagi semua jenis ucapan, walau apa tajuk dan siapa yang hadir dalam majlis itu. Ia dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu :

1. pengenalan 2. kedududukan 3. masalah 4. kemungkinan atau kebarangkalian 5. cadangan 6. ringkasan 1. Pengenalan Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada semasa memberikan ucapan pengenalan iaitu: Memberi salam atau berkata hello dan terima kasih kerana hadir ke majlis. Bagi orang islam pula ucapan Assalamualaikum diberi. Perkenalkan diri. Terangkan apakah objektif anda. Terangkan berapa lama masa ucapan itu diperlukan dengan ringkas nyatakan bentuk ucapan itu akan diberikan. (Misalnya Saya akan mengambil masa sepuluh minit untuk memberikan sedikit penjelasan mengapa kita perlu memberi perhatian kepada masalah kakitangan di bahagian penghantaran dan apakah pilihan-pilihan yang ada. Kemudian barulah saya akan memberikan apakah pilihan yang saya rasamat sesuai dan sebab pilhan tersebut dibuat). Beritahu pendengar apa yang anda mahu mereka lakukan berkenaan persoalan yang timbul (misalnya Tolong sediakan pertanyaan jika anda mengikuti ucapan ini, tetapi jika boleh tolong ajukan soalan selepas ucapan saya selesai). 2. Memulakan ucapan

Persoalan yang penting adalah, adakah pendengar mempercayai apa yang bakal anda ucapkan. Kerana menjadi satu lumrah apa yang bakal diucapkan itu mendapat respons yang positif daripada pendengar yang meluangkan masa untuk mendengar ucapan itu.

Rasa diterima ini kadangkala dapat diuji dengan wujudnya ketawa yang besar dikalangan pendengar yang sedang menikmati ucapan itu. Walaupun begitu terdapat cerita-cerita lucu yang akhirnya gagal anda kawal bagi meneutralkan semula ucapan itu. Oleh itu ucapan yang diselitkan dengan cerita lucu akan membahayakan terutamanya apabila jumlah peserta adalah sedikit. Atau juga apabila cerita-cerita itu belum diuji sebelumnya atau jika anda tidak yakin ia boleh menyebabkan orang lain ketawa sesudah cerita itu selesai dinyatakan. Terdapat banyak cara atau jalan mewujudkan humor yanga mana masih membantu anda mewujudkan rasa penerimaan. Semua pendekatan ini berkesan sebab ia menunjukkan anda berniat untuk merehatkan minda pendengar dan bukannya sebagai peluang untuk anda mencipta glamour sebagai individu yang superior. Sesetengah orang percaya permulaan sesuatu ucapan mestilah benar-benar

memaparkan tajuk utama semasa pembukaan ucapan dibuat. Jangan terlalu percaya kepada falsafah ini, anda sebenarnay masih mempunyai masa untuk itu. Jika idea bernas anda wujud ketika itu, ia sudah cukup baik jika idea itu dating secara spontan. 3. Sentiasa berwaspada terhadap paras kefahaman khalayak tentang sesuatu tajuk.

Dalam sesuatu pengucapan umum, walau bagaimana besar pun khalayak, pasti ada satu tahap daling berkomunikasi antara perucap dan penerima. Adalah menjadi tanggungjawab utama perucap untuk menghasilkan satu proses penyampaian maklumat yang berjaya. Nmun kedua-dua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakan. Jika khalayak gagal untuk memahami perkara yang telah disampaikan oleh perucap untuk mengetahui paras kefahaman yang sesuai untuk khlayaknya. Komunikator atau perucap mesti menganalisis khalayaknya lebih lanjut lagi tentang minat dan kefahaman mereka terhadap perkara yang diperkatakan. Sebenarnya langkah pertama kearah menganalisis khalayak secara terperinci atau penyampaian mesej yang berjaya berlaku sebaik sahaja komunikator atau si perucap memaklumkan kepada

khalayak tentang tanggungjawabnya untuk memahamkan mereka terhadap hal yang diperkatakan. Namun begitu cara begini tidak boleh terlalu ditekankan kerana ditakuti akan menimbulkan syak wasangka khalayak bahawa mereka diajar untuk memahaminya.

CARA MENULIS TEKS UCAPAN. Dalam kemahiran menulis, kita harus dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Kita juga digalakkan menghasilkan penulisan kreatif dengan pemikiran yang kritis dan analitis. Kecekapan berbahasa bagi kemahiran menulis adalah seperti yang berikut: Menulis ayat dan perenggan secara mekanis dengan tulisan tangan yang jelas dan kemas. Mengambil rencana ayat dan perenggan dalam bentuk prosa, juga puisi dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul serta mengikut peraturan. Melengkapkan perenggan dengan kata, frasa, dan ungkapan. Mengisi butiran tertentu dengan tepat dalam pelbagai borang Melakar dalam bentuk grafik dan membuat catatan daripada bahan yang didengar dan dibaca. Membuat karangan daripada lakaran dan catatan dengan menggunakan kata, frasa dan ayat yang betul. Menyusun perenggan mengikut urutan isi karangan. Membuat ringkasan karangan daripada pelbagai bahan prosa. Membina ayat yang betul, tepat, gramatis dan indah. Membina ayat-ayat dalam perenggan untuk menghasilkan karangan. Menulis penyataan daripada bahan grafik.

TAKLIMAT PENGENALAN Taklimat boleh ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku. Lebih jelas lagi, taklimat dikatakan sebagai ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat ada sesi soaljawab antara komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin).

PENYEDIAN TAKLIMAT Taklimat memerlukan persedian yang rapi dengan mempertimbangkan beberapa faktor semasa menyediakannya. 1. Pertimbangan khalayak / hadirin 1.1 1.2 1.3 Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan. Penentuan taraf khalayak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandungan taklimat. Menentukan bilangan khalayak yang boleh membantu dalam penyedian nota, tempat, jamuan dan lain-lain lagi. 2. Pertimbangan suasana 2.1 suasana dikatakan formal apabila khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/swasta dan pelawat luar Negara dan ada D.Y.T.M Tengku Mahkota atau Raja Muda.

2.2

Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika khalayaknya terdiri daripada ibubapa, murid, belia, penduduk kampong, buruh, petani dan sebagainya.

2.3

Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks manakala teks taklimat bagi suasana kombinasi formal dan tidak formal adalah ringkas dan mudah.

3. Taraf khalayak Penyampai taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat menlng komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi. 3.1 satu taraf khalayak tetamu yang hadir terdiri daripada pemimpin peringkat menteri, orang kenamaan, rang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya. 3.2 dua taraf khalayak tetamu yang hadir terdiri daripada D.Y.M.M Sultan atau D.Y.T.M Raja Muda/ Tengku Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

FORMAT TAKLIMAT Penyedian taklimat berbeza formatnya mengikut taraf khalayak yang akan hadir. 1. Taklimat satu taraf khalayak Tajuk Salam, sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata-kata aluan Pengenalan diri /organisasi/ jawatan/ dan sedikit ringkasan taklimat.

Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab 2.Taklimat dua taraf khalayak tajuk salam, salutasi berprotokl dan sapaan biasa puji-pujian ringkasan sembah taklimat kandungan sesi soal jawab

KANDUNGAN TAKLIMAT Kandungan taklimat ditentukan oleh taraf khalayak dan bergantung kepada : 1. Apa yang hendak dimaklumkan taklimat begini mempunyai tujuan untuk memberitahu maklumat tentang pihak yang menyampaikan taklimat itu. 2. Apa yang khalayak ingin tahu taklimat jernis ini memerlukan penyedian yang teliti terlebih dahulu, seperti membuat penyelidikan, pengumpulan data dari soal selidik atau temubual serta menyusunnya dengan baik.

Contoh taklimat Teks MUZIUM PERAK Oleh Kurator Muzium Terima kasih saudara Pengerusi Majlis yang dihormati, Guru Sapaan Biasa Besar Sekolah Kebangsaan Larut Matang, Yang dikasihi Guru Penasihat Persatuan Alam dan Manusia sekolah ini, cikgu-cikgu dan ahli-ahli persatuan berkenaan. Assalamualiakum dan selamat pagi. Saya selaku Kutaror Muzium Perak, terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana pihak Persatuan Kata-kata Aluan Alam dan Manusia sekolah ini sudi menjemput saya untuk memberi sedikit maklumat tentang muzium Perak Untuk tidak membuang masa lagi, marilah kita sama-sama meninjau kembali sejarah Muzium Perak ini. Muzium ini terletak Pengenalan Muzium di Jalan Taming Sari, Taiping dan merupakan muzium yang tertua dan Sejarah Ringkas di Malaysia. Muzium Perak telah diasaskan pada tahun 1883 oleh Inggeris secara berperingkat-peringkat. Pembinaan keseluruhan bangunan utama muzium ini siap dalam tahun 1903 dan merangkumi empat buah balai pameran utama dan sebuah pejabat serta perpustakaan. Koleksi bahan-bahan pameran memainkan peranan penting dalam penambahan jumlah bangunan muzium ini. Sejak penubuhannya, Salam Format Tajuk

koleksi ditumpukan kepada bahagian zologi, herbarium, arkeologi Kandungan taklimat dan ethnologi. Beberapa buah buku juga dijilid tahun demi tahun untuk perpustakaan. Pada masa sekarang, muzium sedang mengadakan pameran senjaya zaman batu dan seterusnya akan menhadakan Hari Kandungan taklimat Muzium Terbuka yang akan dirasmikan Oleh D.Y.T.M Pemangku Raja Perak, Raja Nazri Shah. Para hadirin dijemput hadir. Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang Muzium Perak. Penutup Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila kemukan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Terima kasih.

You might also like