You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBML4403

KOMPETENSI DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 701016135770002

NO. KAD PENGENALAN : 701016135770

NO. TELEFON : 0198393316

E-MEL : suryatiudai@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PP WILAYAH SARAWAK


KANDUNGAN

1.0. PENGENALAN 1
2.0. ELEMEN-ELEMEN PENYEDIAAN PENGUCAPAN AWAM 2
2.1. Topik atau tajuk 2
2.2. Pengucap 2
2.3. Khalayak atau hadirin 3
2.4. Tujuan 4
2.5. Masa 4
2.6. Bahasa 5
2.7. Penampilan diri 6
2.8. Maklum balas 6
3.0. PERSEDIAAN AWAL PENGUCAPAN AWAM 7
3.1. Analisis majlis, hadirin dan pengucap sendiri 7
3.2. Penyediaan teks ucapan 7
3.2.1. Menentukan topik 7
3.2.2. Penyelidikan maklumat dan fakta 8
3.2.3. Susun, urus maklumat dan fakta 8
3.2. Bahan bantuan persembahan
10
3.4. Nota 10
3.5. Berlatih 10
3.6. Semak semula ucapan anda 11
3.7. Bilik bakal berlangsungnya majlis 11
4.0. KESIMPULAN 11
RUJUKAN 13

ii
1.0. PENGENALAN

Pengucapan awam merupakan bakat dan kemahiran yang ingin dikuasai oleh semua
orang. Namun, bagi kebanyakan kita, bercakap dan berucap di hadapan umum merupakan satu
tugas atau perkara yang jika boleh, perlu dielakkan. Banyak daripada kita takut atau gementar
untuk berucap di depan khalayak. Sebagai seorang pemimpin, pensyarah, guru, penceramah,
mahasiswa, pelajar dan sebagainya yang suatu hari dijemput ke hadapan untuk memberikan
pengucapan awam dalam sesuatu majlis, seharusnya mengambil langkah awal untuk bersedia
memberikan ucapan yang ‘berkesan’. Pengucapan yang berkesan bukan hanya mempunyai
unsur-unsur pengucapan yang jelas, bersistematik atau menarik tetapi menimbulkan rasa
bersemangat, berkeinginan dan bermotivasi kepada pendengar tentang sesuatu isu yang
disampaikan oleh pengucap itu.
Sebelum rincian kandungan tugasan ini ditelusur, ada baiknya makna pengucapan awam
itu dikenal pasti pada medan semantik yang tepat dan luas. Pengucapan awam ialah fakulti atau
perbuatan ‘berucap’. Pengucapan juga bermaksud aksi menyatakan atau menghuraikan buah
fikiran atau pandangan dengan mengartikulasi perkataan (Jais Sahok & Nedumaran Linggapan,
2007:3). Menurut Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (2010:1). Berucap di hadapan khalayak ialah
satu kaedah komunikasi, iaitu komunikasi lisan yang menggunakan anggota komunikasi lisan
dengan bantuan anggota komunikasi bukan lisan. Yang dimaksudkan dengan anggota
komunikasi lisan ialah mulut manakala anggota komunikasi bukan lisan pula ialah seluruh tubuh
pengucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada suara dan juga mimik muka.
Ringkasnya, konsep pengucapan awam ialah satu komunikasi berteraskan adanya
penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej. Yakni satu proses berkomunikasi antara
seorang pengucap, pendengar atau hadirin yang melibatkan penghantaran mesej dalam bentuk
lisan dan bukan lisan melalui bahasa badan, penampilan dan tingkahlaku serta etika.
Oleh itu, kita sebagai pengucap awam perlu membuat persediaan yang rapi dan
terperinci. Hakikatnya, kita tidak perlu takut untuk berucap di hadapan khalayak. Kita perlu
mengambil kesempatan yang terhidang untuk tampil di hadapan audiens dengan penuh yakin dan
bergaya. Sebab, dengan berucap, imej dan wibawa kita di hadapan khalayak akan melonjak,
dikagumi, meningkatkan kerjaya serta kemahiran peribadi dan sosial. Sehubungan itu, tugasan
ini akan menghuraikan elemen-elemen yang perlu ada dalam membuat persediaan pengucapan
awam bagi menghasilkan sebuah pengucapan awam yang berkesan.

1
2.0. ELEMEN-ELEMEN PENYEDIAAN PENGUCAPAN AWAM
Semua perbuatan yang dilakukan hendaklah bermula dengan persediaan. Malah kejayaan
sesuatu perbuatan mempunyai hubungan langsung dan berkolerasi terus dengan persediaan yang
dilakukan sebelum aktiviti yang sebenarnya. Dalam hal pengucapan awam, antara elemen-
elemen persediaan yang mustahak termasuklah:
2.1. Topik atau tajuk
Pada kebiasaannya, langkah pertama di dalam membentuk sesuatu ucapan ialah
pemilihan topik. Sesungguhnya topik ialah nadi kepada sesuatu ucapan: Ia adalah perkara yang
diperkatakan oleh si perucap, topik yang menarik dapat menjadikan kerja-kerja perancangan dan
pembentukan sesuatu ucapan itu menyeronokkan. Sebaliknya penyediaan sesuatu topik yang
terlalu sukar, boleh memakan masa yang lama dan tidak mendatangkan sebarang hasil (Gary T.
Hunt, 1990).
Oleh itu topik yang menarik ialah topik yang menarik kepada individu yang berucap dan
ia juga menarik kepada orang yang akan mendengar ucapannya itu. Justeru itu, khalayak tidak
akan mencerap sesuatu ucapan kecuali jika sesuatu tajuk itu dapat menarik perhatian mereka.
Pengucap tidak akan dapat bercakap dengan berkesan kecuali jika seseorang pengucap tahu dan
mengambil berat tentang topiknya. Maka dengan itu, topik pengucapan awam boleh diilhamkan
daripada isu-isu semasa yang dipaparkan melalui media massa tempatan atau majalah yang
terdapat di pasaran, antaranya: Dewan Ekonomi, Dewan Kosmik, Dewan Masyarakat, Dewan
Bahasa, Dewan Budaya, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Pendidik, The Economist, New York
Times, Business Times, Time Magazine, Wall Street Jurnal dan lain-lain lagi.
Di samping itu pengucap perlu membuat kajian berkenaan topik yang dipilihnya. Kajian
yang dilakukan, melalui apa-apa kaedah pun akan menambah maklumat dan ilmu pengetahuan
untuk pengucapan yang bakal dilakukan.Maklumat yang lumayan akan membantu meningkatkan
kredibiliti sebagai pengucap awam malah diyakini khalayak kerana maklumat yang disampaikan.
Pengucap boleh membuat rujukan di perpustakaan dan berunding dengan individu-individu lain
yang berpengetahuan yang tahu berkenaan topik tersebut.
2.2. Pengucap
Pengucap awam ialah orang yang menyampaikan mesej kepada orang lain dengan
menggunakan bahasa lisan (komunikasi yang diucapkan menggunakan kata-kata) dan bahasa
bukan lisan (cara seseorang berdiri, roman muka, gerak-geri tangan dan pakaiannya). Pengucap

2
yang cemerlang sentiasa bersedia sebelum menyampaikan ucapannya. Persediaan ini bukan
sahaja dari segi kandungan ucapan tetapi juga persediaan mental dan emosi.
Oleh itu seorang pengucap perlu memahami proses persediaan untuk menyampaikan
ucapan di hadapan khalayak bagi membantu mengurangkan rasa takut, gementar dan keliru
ketika berucap. Proses persediaan adalah seperti situasi atau suasana majlis, tujuan dan objektif
ucapan, latar belakang hadirin dan trend masyarakat tersebut.
Pengucap juga perlu memikirkan beberapa perkara penting bagi memudahkan beliau
menentukan bahan dan maklumat yang diperlukan serta sumber bahan dan maklumat tersebut
diperolehi, misalnya topik, tujuan dan mesej sesuatu ucapan itu.
Oleh sebab pengucap sentiasa menjadi perhatian umum, beliau perlu mengambil serius
etika dalam pengucapan awam. Umpamanya, ketelusan dalam menyampaikan maklumat dalam
ucapan. Apa yang diucapkan hendaklah perkara yang betul dan tepat agar para hadirin mendapat
manfaat. Jika sebaliknya, maka ia boleh mengelirukan pendengar atau mendorong pendengar
percaya atau melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip atau etika sejagat yang baik.
Di samping itu pengucap perlu memahami bahawa kredibiliti atau kewibawaan diri
seseorang penceramah bukanlah berdasarkan penilaian pengucap itu sendiri tetapi berdasarkan
penilaian para hadirin. Menurut MacKeon (1941) dipetik dari buku ‘Kecemerlangan dalam
Pengucapan Awam’, tiga faktor yang mempengaruhi persepsi hadirin terhadap kredibiliti
pengucap ialah personaliti dan perwatakan menarik (ethos), kemampuan membentuk dan
mengawal emosi hadirin (pathos) dan pengolahan bahasa yang baik dalam penyampaian (logos).
Ini menuntut pengucap supaya memiliki pengetahuan dan kemahiran tertentu bagi memastikan
kejayaan pengucapannya.
2.3. Khalayak atau hadirin
Khalayak atau hadirin ialah orang yang datang untuk mendengar ucapan kita. Sesuatu
ucapan mestilah sesuai didengar oleh khalayak barulah ucapan itu berkesan, oleh itu sebelum
berucap seseorang itu perlu terlebih dahulu mengenali siapa yang bakal mendengar ucapannya.
Memahami siapakah khalayak dan latar belakang mereka adalah penting bagi seseorang
pengucap dalam merancang persembahan dan kandungan ucapannya. Di samping itu, memahami
khalayak bermakna mengetahui perkara-perkara yang mereka sudah tahu, perkara yang mereka
ingin tahu lebih lanjut lagi, sikap dan kepercayaan mereka sekarang, kumpulan usia mereka,
adakah mereka lelaki, perempuan ataupun bercampur-campur, apa bangsa dan agama mereka,

3
pekerjaan mereka dan lain-lain maklumat yang relevan. Kesemua aspek ini mempunyai
keunikannya tersendiri berdasarkan tempat, suasana dan masa. Analisis ini amat penting bagi
memastikan pengucap membuat persediaan lebih rapi bagi meninggalkan kesan yang baik dalam
ucapannya di samping mengelak hal-hal yang tidak diingini semasa proses penyampaian.
Misalannya, jika khalayak terdiri daripada kanak-kanak, pengucap perlu menggunakan
bahasa yang mudah, menyelitkan jenaka kecil dan cerita, menggunakan APD (Alat Pandang
Dengar) dan berinteraksi dengan mereka kerana kanak-kanak tidak boleh memberi tumpuan
masa yang lama untuk mendengar ceramah yang bersifat satu hala. Manakala, jika khalayak
terdiri daripada golongan professional, semestinya pengucap diharapkan kelihatan professional
dari segi penampilan diri serta tahu bagaimana memenuhi cita rasa kelompok ini. Maka melalui
proses analisis hadirin ini, kita akan dapat cara yang terbaik untuk berhadapan dengan kelompok
khalayak tertentu.
2.4. Tujuan
Apabila memilih tujuan berucap, tujuan itu biar tepat atau terbatas, bukan terlalu am atau
banyak. Apakah tujuan seseorang itu berucap? Terdapat beberapa jenis ucapan; tergantung
kepada tujuan pengucap awam itu sendiri dan tujuan yang jelas akan mengandung kenyataan
yang jelas yang menyatakan tujuan ucapan diberikan. Lazimnya ucapan dapat dijeniskan dalam
pelbagai perspektif penjenisan. Umpamanya seseorang itu boleh berucap untuk memberi
maklumat (informatif) kepada para hadirinnya, ataupun dia boleh berucap untuk mempengaruhi
sikap, pemikiran dan tingkah laku mereka (pembujukan). Apabila seseorang itu hendak memberi
maklumat ada beberapa perkara yang boleh dilakukannya. Dia boleh memberi penjelasan,
penerangan lanjut, membetulkan salah faham, menerangkan bagaimana sesuatu itu dilakukan dan
lain-lain. Supaya ucapannya berkesan, gunakan banyak contoh, ilustrasi, definisi, bukti-bukti,
dalil dan lain-lain alat bantuan. Untuk tujuan mempengaruhi hadirin dia boleh memperteguhkan
sikap mereka, mengubah kepercayaan mereka, memberi motivasi ataupun mengubah tingkah
laku mereka.
2.5. Masa
Penentuan dan agihan masa sangat penting dalam pengucapan awam. Pengucap awam
perlu membentuk sikap mementingkan masa. Umpamanya, pengucap hendaklah datang dan
mula tepat pada masa yang dinyatakan kepada audiens. Andai pengucap lambat, pengucap akan
hilang rasa hormat daripada audiens. Selain itu, pengucap hendaklah berhenti tepat pada masa

4
yang dijanjikan. Jika bercakap melebihi masa yang dinyatakan, siapa-siapa pun pengucap itu,
orang tidak akan mendengar ucapan anda lagi. Lebih buruk lagi keadaannya, mereka akan
bercerita sesama sendiri melalui cara berbisik-bisik. Yang pasti, pengucap tersebut sudah tidak
penting bagi mereka. Maka dengan itu kandungan ucapan hendaklah disesuaikan pada masa
yang diperuntukkan.
Faktor jadual waktu yang diperuntukkan bagi sesi ceramah memberi kesan ke atas
keberkesanan pengucapan awam. Biasanya hadirin kelihatan bertenaga dan mampu memberi
perhatian pada sebelah pagi berbanding dengan tengah hari atau petang. Justeru, penceramah
harus mengeksploitasi waktu ceramah pada sebelah pagi dengan sebaik mungkin dan
memikirkan cara terbaik untuk mengawal minat hadirin pada sebelah tengah hari atau petang.
Misalannya bagi menghidupkan suasana ceria pada sebelah petang dan tengah hari, penceramah
perlu menyelitkan jenaka kecil, mengadakan bengkel, memendekkan ceramah, mengadakan sesi
dialog dengan hadirin dan menggunakan APD untuk mengawal minat hadirin.
2.6. Bahasa
Bahasa untuk berucap ialah bahasa yang digunakan untuk bercakap. Istilah lain ialah
bahasa lisan atau bahasa oral (Abdullah Hassan & Ainon Mohd.,2005). Oleh itu pengucap harus
bijak memilih gaya bahasa apabila berucap di khalayak ramai. Gunakan kosa kata, istilah dan
ungkapan yang sesuai- sesuai dari segi tajuk, isu dan khalayak. Contohnya, untuk khalayak yang
kurang berpendidikan, kurangkan perbendaharaan kata yang sukar dan istilah yang terlalu
khusus. Supaya sebaik-baik kita bercakap hadirin serta-merta boleh faham apa yang kita
ucapkan, pilih perkataan yang hadirin sendiri biasa gunakan. Jangan gunakan perkataan dan
istilah yang kita saja tahu, walaupun istilah itu ‘tepat’ dan ‘betul’ daripada segi nahunya.
Gunakan kata-kata konkrit seperti ‘naik’, ‘meningkat’ dan ‘maju’. Jangan gunakan kata-kata
abstrak seperti ‘kenaikan’, ‘peningkatan’ dan ‘kemajuan’. Gunakan gaya bahasa peribadi, iaitu
gaya yang kita gunakan untuk bercakap hari-hari. Jangan gunakan gaya bahasa rasmi, atau
‘bahasa buku’.
Selain itu, jenis ucapan juga menentukan bahasa yang digunakan Dalam ucapan spontan
dan ekstemporanas, bahasa percakapan formal digunakan manakala dalam ucapan hafalan dan
manuskrip pula, bahasa buku digunakan. Biar apa pun bentuk ucapan, yang penting ialah bahasa
haruslah jelas, mudah difahami dan sesuai dengan tahap pendengar.

5
2.7. Penampilan diri
Penampilan diri akan segera menarik perhatian khalayak. Lakukan persiapan, terutama
dari segi berpakaian. Penampilan yang baik bukan sahaja meningkatkan imej tetapi juga
melonjakkan keyakinan dan kewibawaan diri di mata khalayak. Pengucap harus menyesuaikan
pakaian dengan khalayak yang bakal dihadapi dan juga lokasi tempat majlis itu diadakan.
Misalannya, tentu tidak kena untuk berpakaian rasmi, dengan tali leher, sut, dan sebagainya jika
berhadapan dengan nelayan dan petani. Sebaliknya, jika anda berpakaian “simple” dengan
kemeja-t di majlis rasmi, dengan sendirinya menjatuhkan imej dan kewibawaan anda sebagai
pengucap awam. Malah juga, tentu tidak sesuai berkot jika tempat berucap itu tidak berhawa
dingin atau hanya menggunakan kipas angin. Penampilan dari segi fizikal dan pakaian memang
bukan segala-galanya. Hakikatnya, inilah yang mulai dilihat oleh khalayak sebelum pengucap
mengeluarkan suara.
2.8. Maklum balas
Maklum balas ialah reaksi pendengar kepada mesej yang dihantar oleh pengucap.
Maklum balas terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Maklum balas yang positif ialah
audiens menunjukkan kesungguhan serta kesediaan mendengar pengucap memberi
pengucapannya sehinggalah habis pengucapan itu. Manakala maklum balas negatif, audiens akan
menyampuk atau mencelah serta menambah ucapan pengucap seolah-olah dia lagi tahu
mengenai subjek yang diucapkan (Supyan Hussin & Azhar Jaludin, 2004).
Oleh itu pengucap tidak akan dapat lari dari masalah yang dilakukan oleh pendengar
seperti pendengar atas dasar dipaksa, tidak mahu berubah, tidak mahu mendengar, rasakan
pengucap kurang berpengetahuan, terlalu tua untuk mendengar dan mendengar untuk mengkritik.
Sehubungan itu, seorang pengucap yang berkesan hendaklah bersedia sekiranya menghadapi
situasi sedemikian. Umpamanya, pengucap sentiasa berfikiran terbuka dan tidak mengambil hati
terhadap tingkah laku pendengar sebaliknya menyampai sesuatu yang boleh menarik perhatian
mereka dengan membincangkan isu-isu semasa yang memberikan keseronokan kepada mereka
untuk turut serta membincangkannya. Walau seribu satu masalah yang bakal dihadapi, apa yang
penting ialah pengucap perlu tenang, berkarismatik dan yakin berjaya menanganinya dengan
baik. Sikap demikian berupaya membantu matlamat pengucap awam untuk menjadi seorang
pengucap yang berkesan.

6
3.0. PERSEDIAAN AWAL PENGUCAPAN AWAM
Persediaan sebelum memberikan ucapan adalah aktiviti penting yang perlu dilakukan
sebelum bermulanya ucapan. Dengan itu bentuk persediaan awal yang akan dilakukan bukan
hanya menyediakan teks atau nota ucapan, melibatkan persediaan fizikal yang lain malah
pengucap awam perlu raptai dan memahami isi kandungan ucapannya. Persediaan awal
merangkumi perkara-perkara berikut:
3.1. Analisis majlis, hadirin dan pengucap sendiri
Penganalisisan majlis, audiens dan diri sendiri sebagai pengucap adalah satu keperluan
yang amat penting sebelum tibanya hari sebenar pengucapan. Pengetahuan awal tentang sesuatu
majlis dapat diketahui sama ada melalui surat undangan, bertanya langsung dengan penganjur,
atau pergi sendiri ke tempat majlis itu bakal diadakan. Analisis yang menyeluruh dan mendalam
tentang khalayak pula wajib dilakukan sebelum berhadapan dengan mereka. Sebab jenis
khalayak akan mempengaruhi banyak keputusan dan tindakan pengucap, termasuk dari segi
bahan, statistik, bukti dan fakta yang hendak disampaikan. Malah, gaya persembahan dan stail
pengucap sendiri banyak ditentukan oleh komposisi khalayak. Maka untuk menjadikan sesuatu
ucapan itu sesuai dan dapat diterima oleh audiens, ketiga-tiga perkara tadi perlu dianalisis
terlebih dahulu.
3.2. Penyediaan teks ucapan
Susulan dari penganalisisan majlis, audiens dan diri pengucap, langkah seterusnya adalah
penyediaan teks ucapan. Ucapan yang berkualiti bermula dengan penyediaan teks ucapan yang
serius dan berkualiti. Tidak mungkin seseorang perucap dapat mempersembahkan ucapan
berkualiti jika sekadar bergantung pada daya ingatan, pemikiran dan pengalamannya. Berikut
adalah perkara asas yang perlu diberi perhatian oleh pengucap awam dalam penyediaan teks
ucapan.
3.2.1. Menentukan topik
Topik adalah isi utama sesuatu ucapan. Tanpa topik, sesuatu ucapan itu tidak akan
terfokus. Pemilihan topik adalah perkara mustahak dalam pengucapan. Lazimnya topik
ditentukan oleh penganjur majlis tersebut. Seboleh-bolehnya gunalah topik yang menarik dengan
mengambil kira situasi, tujuan dan audiens. Adalah dinasihat supaya tidak memilih tajuk yang
sensitif. Sebagai contoh, menyentuh aspek budaya sesuatu kaum ataupun agama. Pilihlah tajuk
spesifik yang memberi faedah kepada audiens. Misalannya kita mengendalikan sesuatu kursus,

7
di samping menyatakan topik sesuatu kursus seperti Motivasi Organisasi tema juga boleh
diberikan untuk kursus berkenaan seperti ‘Ahli Digarap, Pasukan Dimantap!’ Sesuatu tema yang
digunakan boleh menguatkan lagi kandungan sesuatu kursus ataupun ucapan.
3.2.2. Penyelidikan maklumat dan fakta
Selepas topik ditentukan, penyelidikan dijalankan untuk mendapatkan bahan, fakta dan
maklumat. Penyelidikan bukan sahaja menyumbang fakta dan ilmu pengetahuan baharu, tetapi
mengukuhkan ucapan. Tujuan akhir penyelidikan adalah untuk memastikan fakta dan hujah
semakin kukuh dan seterusnya dapat meyakinkan khalayak. Proses menyelidik untuk
mendapatkan bahan dan maklumat boleh dilakukan dari sumber yang boleh dipercayai seperti
perpustakaan, internet, lapangan atau dengan mewawancara seseorang.
3.2.3. Susun, urus maklumat dan fakta
Bahan, maklumat dan fakta kemudiannya disusun mengikut idea-idea penting dalam
bentuk rangka atau poin. Drafkan idea di atas kertas, rangka idea anda serta pilih data atau bahan
yang perlu dan yang menyokong hujah anda. Idea hendaklah disusun mengikut kepentingannya.
Cara penyusunannya sama seperti anda menulis sebuah karangan yang mempunyai tiga bahagian
iaitu pengenalan, isi atau kandungan dan kesimpulan. Ketiga-tiga bahagian ini diperjelaskan
seperti berikut:
a) Pengenalan
Dalam peringkat pengenalan, pengucap boleh yang memulakan ucapan dengan
menggunakan pantun, gurindam, soalan, kenyataan orang ternama, keratan akhbar ataupun
majalah dan seumpamanya. Pilihlah pendekatan yang bersesuaian dengan majlis dan sasaran
audiens. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu ada semasa memberikan ucapan
pengenalan, iaitu:

i. Memberi salam atau berkata ‘Hello’ dan terima kasih kerana hadir ke majlis. Bagi
orang Islam pula ucapan ‘Assalamualaikum’ diberi.
ii. Perkenalkan diri.
iii. Terangkan objektif.
iv. Terangkan berapa lama masa ucapan itu diperlukan dan dengan ringkas nyatakan
bentuk ucapan itu akan diberikan.
v. Beritahu pendengar apa yang anda mahu mereka lakukan berkenaan persoalan
yang timbul.

8
b) Isi ucapan atau kandungan
Isi ucapan adalah bahagian yang terpenting dalam pengucapan awam malah masa
yang diperuntukkan dalam pengucapan awam hendaklah diberikan lebih banyak kepada
penyampaian isi ucapan. Pada bahagian isi inilah perkara-perkara penting akan
dibentangkan dan dibincangkan secara lebar dalam ucapan. Pastikan idea atau hujah anda
disusun dengan rapi mengikut keutamaan. Pengucap juga perlu menyediakan contoh,
statistik, kata-kata hikmat, kisah-kisah lucu, fakta-fakta, data-data, graf, carta dan
seumpamanya bagi menyokong hujah ucapan. Dengan mengambil kira masa yang diberi
bagi pembentangan ucapan, pengucap perlu hadkan idea atau hujah anda sebaik mungkin
supaya anda tidak mengheret hadirin keluar dari masa yang ditetapkan.
c) Penutup
Penutup merupakan kemuncak ucapan, bertujuan untuk memperkukuh semula isi
ucapan atau kandungan agar ucapan itu meningggalkan kesan di jiwa dan minda
khalayak. Melalui penutup pengucap awam dapat mengemukakan cadangan spesifik dan
menyeru supaya khalayak bertindak terhadap cadangan yang dikemukakan. Jadi, penutup
ucapan perlu difikirkan dengan semasak-masaknya jika mahu ucapan itu diingati. Kata-
kata bermadah, pantun, kisah lucu, cerita, soalan, gambar dan seumpamanya boleh
digunakan. Contoh ucapan penutup seperti berikut:

i. Menunjukkan gambar-gambar mayat mangsa tsunami yang bergelimpangan


pengucap berkata:
“Adakah kita mahu melihat perkara seumpama ini berulang di masa hadapan?”

ii. Mencabar minda pendengar dengan soalan. Pengucap menyerahkan kepada


khalayak untuk memikirkan jawapan terhadap soalan yang dikemukakan.
Contoh:

 Jika kita tidak mengambil tindakan segera untuk memperbetulkan sikap


kita, bayangkan kesan timbunan sampah-sarap ini terhadap persekiataran
kita? Adakah kita mahu anak-anak kita menghidu bau busuk setiap hari?

9
3.3. Bahan bantuan persembahan
Biar apa pun jenis pilihan ucapan, ada baiknya jika pengucap dapat menyediakan bahan
bantu atau APD (Alat Pandang Dengar). APD ini bukan sahaja dapat membantu pengucap,
malah ia juga dapat memudahkan hadirin untuk memahami apa yang ingin disampaikannya.
Antara APD yang boleh digunakan ialah nota edaran, ringkasan ucapan, slaid (gambar),
transparensi, slaid (komputer), papan putih atau papan hitam dan model atau objek. Ada ketika
pengucap mungkin tidak cukup masa untuk menyampaikan keseluruhan idea penting atau
kandungan ucapan yang telah disediakan. Kemungkinan terdapat perkataan atau konsep yang
dibincangkan dalam ucapan merupakan sesuatu yang baru kepada hadirin. Justeru, dengan
adanya APD ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan
pengucapan awam.
3.4. Nota
Pada masa ini pengucap sudah bersedia dengan segala maklumat yang ingin disampaikan
dalam ucapan yang bakal diberikan. Seterusnya dicatatkan supaya ucapan yang bakal dilakukan
tidak tersasar daripada matlamat asal ucapan itu. Bagi mengelakkan perkara ini, eloklah
disediakan juga secebis nota yang dijadikan panduan ketika ucapan itu disampaikan. Ini juga
bertujuan bagi mengelakkan daripada situasi ‘stuck’ semasa memberikan ucapan.
Tuliskan nota dengan tangan di atas kad indeks, atau gunakan komputer. Jangan sediakan
nota terlalu lengkap, cuma gunakan ruang yang ada selagi mampu. Gunakan warna yang terang
bagi menonjolkan tajuk-tajuk penting. Misalannya, gunakan warna merah bagi fakta penting dan
hijau bagi huraiannya. Memberikan ucapan berpandukan nota adalah kaedah yang unggul serta
memberikan gambaran kepada pendengar yang anda telah membuat persediaan yang rapi
sebelum ucapan dibuat. Ia juga menampakkan keadaan yang lebih professional dan terancang
berbanding memberikan ucapan tanpa sebarang nota.
3.5. Berlatih
Langkah seterusnya, pengucap perlu berlatih menyampaikan ucapannya dengan
menggunakan nota yang telah disediakan. Pengucap boleh berlatih seorang diri atau berlatih di
hadapan cermin supaya boleh melihat diri serta gaya berucap. Terdapat ramai orang yang
berlatih di hadapan seseorang yang lain seperti rakan serumah, isteri atau majikan. Dengan
berbuat demikian, pengucap akan mendapat maklumat dan kritikan serta nasihat. Selain itu,

10
pengucap juga boleh membuat rakaman video atau audio dalam sesi latihan berucap itu dan
kemudian meneliti semula ucapannya. Cara ini juga dianggap berkesan walaupun kosnya agak
mahal. Sesi latihan berucap juga boleh mengurangkan rasa gentar dalam diri anda dan sekaligus
meningkatkan daya keyakinan diri. Malah pengucap akan tahu apa sebenarnya yang ingin
disampaikan dan dilakukan apabila tiba masa berucap nanti.
3.6. Semak semula ucapan anda
Setelah anda berlatih berucap, anda akan dapati terdapat beberapa perkara dalam
kandungan ucapan anda yang perlu diubahsuai atau ditokok tambah. Mungkin anda perlu
menyemak semula susunan idea dan hujah anda. Pastikan anda menyemak rangka ucapan anda
supaya ucapan anda akan lebih rasional dan berkesan.
3.7. Bilik bakal berlangsungnya majlis
Adalah mustahak pengucap mengenalpasti bilik bakal berlangsungnya majlis perucapan
kerana ianya akan memberi pengaruh yang signifikan terhadap perucapan seseorang. Antara bilik
lapang dan di dalam bilik tertutup pun ada perbezaan. Adalah elok kiranya pengucap melawati
tempat atau bilik yang bakal digunakan untuk berucap. Keselesaan bilik, kedudukan pentas serta
susun atur peralatan atau alat bantu semestinya mempengaruhi pendengar. Umpamanya, jika
pengucap menggunakan alat bantu, uji dan teliti alat bantu terlebih dahulu untuk memastikan
semua bahan dan komponen elektronik alat bantuan itu berfungsi dengan elok agar audiens dapat
nampak tayangannya dan mendengar suara pengucap dengan jelas. Di samping itu berlatihlah
sehingga mahir menggunakannya: alah bisa, tegal biasa; hendak seribu daya, enggan seribu
dalih; tidak ada jalan singkat untuk mahir dan pandai melainkan berlatih, practice makes perfect
(Jais Sahok & Nedumaran Linggapan, 2007:73).

4.0. KESIMPULAN
Berucap di hadapan khalayak merupakan satu kemahiran penting pada hari ini dan
kemahiran ini sebenarnya dapat dipelajari. Atas kesedaran betapa pentingnya kemahiran dan
keyakinan berucap, maka tugasan ini cuba memberikan senjata yang berkesan kepada pembaca
untuk menjadi pengucap yang efektif dan berpengaruh.
Sehubungan dengan itu, penekanan diberikan terhadap elemen-elemen penting semasa
penyediaan pengucapan awam. Pelbagai elemen telah dibincangkan daripada pemilihan topik,
faktor pengucap dan khalayak, tujuan pengucapan, bahasa yang sesuai, penentuan masa,

11
maklumbalas khalayak dan penampilan individu pengucap yang sesuai. Penekanan juga
diberikan kepada persediaan awal sebelum penyampaian ucapan seperti menganalisis majlis,
audiens, dan pengucap sendiri; penyediaan teks ucapan; bahan bantu persembahan; penyediaan
nota; teknik berlatih; menyemak semula ucapan; dan akhirnya persediaan bilik berucap bagi
memungkinkan pembaca mencapai tujuan ucapan itu disampaikan. Kesemua elemen-elemen di
sebutkan tadi, sekiranya tidak diberikan perhatian boleh mengakibatkan pengucapan kita tidak
memberi kesan kepada pendengar.
Justeru itu langkah-langkah persediaan pengucapan awam yang telah dikemukakan
dirasakan amat perlu dalam membantu pengucap-pengucap mencari formula yang terbaik untuk
berucap. Ringkasnya, persediaan yang rapi merupakan kunci kepada kejayaan sesuatu ceramah.
Pengucap awam yang tidak bersedia akan kelihatan gugup, gelisah, dan tidak tentu arah semasa
menyampaikan ucapan biarpun ia akan memakai pakaian yang menarik dan hebat. Persediaan ini
merangkumi persediaan mental, emosi, fizikal dan spiritual. Kesemua ini perlu dibuat bagi
meningkatkan keyakinan diri pengucap. Hasilnya nanti ialah pengucap akan kelihatan
berwibawa apabila berhadapan dengan hadirin dan ucapannya akan meninggalkan satu kepuasan
kepada hadirin.

(3551 patah perkataan)

12
RUJUKAN

Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad. (2010). Panduan pengucapan awam: Edisi kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Komunikasi untuk pemimpin. Pahang Darul Makmur:
PTS Professional Publishing.

Adenan Ayob. (2010). HBML4403 Kompetensi dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open
University Malaysia.

Hunt, Gary T. (1990). Perucapan Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jais Sahok & Nedumaran Lingappan. (2007). Berucap bagai juara. Kuching: SEMERBAK 165.

Jeniri Amir. (2008). Berucap Seperti Pemimpin Terbilang. Kuching: Jenza Enterprise.

Md. Izudin Ali & Zetty Zahureen Mohd. Yusoff. (2006). Berucap dengan yakin. Kuala Lumpur:
PTS Millennia Sdn. Bhd.

Mohd. Sofian Omar Fauzee, Mariani Md. Noor & Rosli Jamil Ahmad Zainuddin. (2007).
Psikologi pengucapan awam yang dinamik dan berkesan: Siri motivasi dan
kecemerlangan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Samsudin Wahab. (2007). Belajar berucap. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Saodah Wok, Narimah Ismail & Mohd. Yusof Hussain. (2005). Teori-teori komunikasi: Siri
komunikasi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Supyan Hussin & Azhar Jaludin. (2004). Kecemerlangan dalam pengucapan awam: Siri
motivasi dan kecemerlangan utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.

13

You might also like