You are on page 1of 27

SURYATI BT.

UDAI
701016135770002

1.0. PERKEMBANGAN IDEA

1.1. Pendahuluan

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya
Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.
Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku
Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang
berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.
Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan
pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis,
Terengganu dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim
menuai. Permainan wau dijadikan satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sebelum menjalankan
kerja-kerja menanam padi pada musim seterusnya. Walaupun demikian, permainan wau lebih
merupakan permainan hiburan dan kesenian tradisional orang-orang Melayu. Mereka bermain
wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira
ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat
dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di
antara daerah-daerah.
Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan
menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua,
tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan
memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju
yang dipasang dengan tepat.
Pada dasarnya, wau terbahagi kepada tiga jenis. Pertamanya wau yang dipertandingkan
dari segi kecantikan dan kehalusan seni ukirannya. Keduanya wau dipertandingkan dari segi
kemampuannya naik atau terbang di udara. Ketiganya wau untuk hiasan dan replica. Memang
ramai orang yang boleh membuat wau yang boleh naik tinggi tetapi kurang menarik dari segi

1
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

corak dan juga ukirannya. Ini memerlukan tukang-tukang pembuat wau yang sangat mahir dan
berpengalaman. Tukang-tukang ini juga perlu mempunyai sifat ketekunan dan kehalusan.
Pada peringkat awalnya, wau hanyalah merupakan permainan tradisional yang tidak
mementingkan nilai komersialnya. Permainan wau hanya dijadikan hiburan dan kesenian sahaja.
Dalam tahun 1960 dan 1970, permainan wau telah mula dipertanding dan diberikan hadiah
kepada para pemenang. Sekarang permainan wau atau layang-layang ini telah menjadi popular
bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu, malah turut dimainkan dan diminati oleh kaum
dan bangsa lain juga. Keadaan ini jelas dengan sambutan yang diterima daripada negara-negara
termasuklah Jepun, Jerman, Singapura dan Thailand ketika diadakan pesta wau antarabangsa di
negara kita. Permainan wau juga telah diubah suai dan sering dimainkan dan dipertandingkan di
peringkat antarabangsa bahkan di peringkat dunia.

1.2. Sejarah wau

Tiada catatan sahih mengenai tarikh sebenar serta asal usul kewujudan wau pertama di
Malaysia. Walau bagaimanapun, menurut sejarahwan Clive Hart, kedatangan wau yang pertama
di Malaysia dipercayai berasal dari negara China. Ia berdasarkan karektor yang terdapat pada
layang-layang tradisional China yang mempunyai banyak persamaan dengan layang-layang di
Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Tanah Melayu (Malaysia) telah
menjalin hubungan dengan negara China sejak hampir 2000 tahun yang lalu. Sebagai contoh
salah sebuah negeri di Malaysia iaitu dipanggil “Ho-Lo-Tan” pada kurun ke-5 masihi, “Chih-Tu”
pada kurun ke-6 masihi dan “Tan-Tan” pada kurun ke-7 masihi.
Walau bagaimanapun konsep “layang-layang melayu” telah diperakui oleh orang-orang
Eropah sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu telah menggunakan daun kayu yang lebar untuk
dijadikan wau. Kemudian, sesuai dengan perkembangan kemajuan manusia mereka mencipta
beberapa rekabentuk baru. Berkemungkinan juga wau di Malaysia mengalami satu evolusi dan
menyerap unsur- unsur kebudayaan dari negara China.

1.3. Lagenda wau

Ada satu lagenda mengisahkan asal-usul permainan wau. Ceritanya adalah mengenai
seorang petani yang hidup bersama dengan isterinya dengan mengerjakan padi huma di kaki

2
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

bukit. Mereka tidak mempunyai anak. Satu hari ketika sedang bekerja di ladangnya petani
tersebut berjumpa dengan seorang budak perempuan. Budak perempuan itu dipelihara menjadi
seorang anak gadis yang sangat cantik paras rupanya. Oleh kerana terlalu sayang kepada anak
gadisnya itu, si petani tadi tiap-tiap hari menghantarkan makanan ke tempat gadis itu bermain
iaitu dibaluh padi. Perkara ini telah menyebabkan si isteri jadi cemburu lantas dipukul dan
dihalaunya anak itu hingga lari ikut mata-angin barat. Tahun itu padi yang mereka kerjakan telah
tidak menjadi. Si petani dan isterinya menjadi risau dan berjumpa dengan Tok Nujum. Mengikut
Tok Nujum, anak yang dihalau tadi sebenarnya ialah semangat padi. Untuk meminta maaf,
petani itu hendaklah membuat satu lembaga yang pada masa itu menyerupai Wau Bulan dan
dinaikkan dengan menggunakan tali rami. Dari peristiwa inilah berpuncanya permainan wau.
Cerita ini menunjukan betapa tingginya pandangan orang-orang Melayu terhadap wau,
sehingga mereka menghubungkannya dengan semangat padi iaitu semangat yang melibatkan
pengeluaran tanaman padi yang merupakan bahan makanan utama kita. Keadaan ini adalah
sesuai dengan masa wau dimainkan iaitu selepas musim menuai padi dan ketika itu ialah musim
angin barat bertiup.

1.4. Definisi wau dan layang-layang

Wau merupakan alat permainan yang dibuat daripada kertas, gentian atau kain yang
berangka daripada buluh atau gentian. Wau yang berkepala, bersayap, berekor, dan bertali teraju
diterbangkan dengan bantuan angin. Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan
“wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan
Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan
catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layang-layang
dengan pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut wau. Berbanding dengan wau di
Utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil
dan kurang dari segi motif hiasannya. Secara umumnya, layang-layang di negeri-negeri ini
terbahagi kepada tiga kategori iaitu layang-layang laga, layang-layang anak dan layang-layang
hiasan. Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia
adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut

3
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

sumber, di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang kipas dimainkan
oleh orang Bugis selepas waktu musim menuai padi.
Di Malaysia, terdapat satu lagi istilah yang juga bermaksud layang-layang iaitu ‘wau’.
Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana perkataan
wau ini wujud dan salah satunya menurut Wayne Hosking dalam bukunya yang bertajuk “Kites
Of Malaysia”, mengatakan perkataan wau berasal dari perkataan Belanda iaitu “Wouw” yang
merujuk sejenis burung besar yang dijumpai di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, menurut cerita orang tua-tua di negeri Kedah bahawa perkataan
wau berasal dari perkataan Thailand dan boleh dianggap sebagai teori yang paling kukuh setakat
ini. Di Thailand, layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Dari segi geografi pula,
keempat-empat negeri tersebut merupakan negeri yang paling hampir dengan Thailand. Fakta
yang terbaru dijumpai, hasil dari temuramah dengan penggiat-penggiat wau di Semenanjung
Malaysia menyarankan bahawa perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi yang dihasilkan
oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada
busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau, “wau”, “wau” secara berirama.

1.5. Jenis-jenis wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta di seluruh Malaysia. Terdapat tiga jenis Wau
Tradisional iaitu Wau Bulan,Wau Kucing dan Wau Jala Budi. Pecahan dari tiga kategori tersebut
terdapat beberapa lagi jenis wau tradisional mengikut negeri seperti; Wau Merak, Wau Puyuh,
Wau Kikik, Wau Cenderawasih, Wau Seri Bulan, Wau Helang, Wau Kotak, Wau Kapal, Wau
Dodo Helang, Wau Seri Negeri, Wau Kangkang, dan Wau Barat. Wau yang sangat digemari
orang Melayu ialah Wau Bulan. Reka corak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah
menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu
sehingga kini masih mengekalkan tradisi. Beberapa contoh wau yang popular adalah seperti di
berikut:

4
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

1.5.1. Wau Bulan


Wau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula
berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat
popular di Kelantan.

Rajah 1: Wau Bulan

1.5.2. Wau Kucing


Wau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk
ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

Rajah 2: Wau Kucing

1.5.3. Wau Jala Budi

5
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Wau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan.
Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala. Wau Jala Budi juga merupakan wau yang
menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia.
Wau ini juga dikenali kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena
bentuk daun budi.

Rajah 3: Wau Jala Budi

1.5.4. Wau Merak


Wau yang menyerupai bentuk burung merak. Perbezaan hanya pada ekor iaitu
kembang seperti ekor burung merak.

Rajah 4: Wau Merak

1.5.5. Wau Barat

6
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Seiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau
lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Rajah 5: Wau Barat

1.6. Ciri-ciri wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala
wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Rajah 6: Ciri-
ciri asas wau

7
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Ruang kosong disebelah kiri dan kanan daripada bahagian tengah wau dinamakan
‘sayap’.Mengikut secara tradisional bahagian yang mempunyai hanya satu sahaja warnanya ialah
bahagian ‘leluk’. Bahagian lekuk sering dikatakan sebagai mata wau tersebut. Ia membolehkan
wau men getahui kemana ia hendak pergiapabila berada di udara. Setiap wau mempunyai
bahagian kepala, tulang belakang, pinggang, sayap, dan bahagian punggung atau ekor. Selain itu,
sesetengah penggiat wau gemar menambahkan busur di wau mereka. Hal ini kerana, untuk
menghasilkan bunyi yang nyaring dan kuat. Antara wau dan bunyi yang sering dikaitkan ialah
wau Kucing dan wau Burung. Misalnya, wau burung akan berbunyi seperti burung apabila
diterbangkan. Busur juga merupakan satu elemen yang penting untuk mengimbangkan wau.

1.7. Motif reka corak wau

Motif dalam reka corak wau dimaksudkan sebagai suatu perhiasan yang diukir dengan
menggunakan kertas warna dalam bentuk dua dimensi, kemudian disusun dan digubah
menjadikan pola atau corak hias. Reka corak ini tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi juga
mengandungi makna yang tertentu. Justru itu setiap motif adalah menurut aturan tertentu yang
disesuaikan dan bersangkutan dengan adat resam, agama, kepercayaan, norma hidup dan nilai-
nilai tradisi.
Motif tumbuh-tumbuhan ialah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat tersendiri
dalam seni rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Semua jenis wau
menggunakan motif tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan reka corak hiasan. Keseimbangan
merupakan aspek yang penting dalam sesebuah wau. Justeru itu reka coraknya juga perlu
mengimbangi pada wau tersebut. Dalam sebuah struktur wau, sayap merupakan bahagian
terbesar pada wau yang menyerupai bentuk daun serta dipercayai menjadi asas wau. Motif yang
digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat dan sulur kacang
sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini diangggap bentuk yang
indah dan bersesuaian dijadikan motif reka corak hiasan pada sesebuah wau.
Motif tumbuh-tumbuhan tempatan selalu digunakan sebagai reka corak wau. Antaranya
pokok peria, bunga ketumbit, pokok timun tikus dan pokok letup. Tambahnya lagi, corak-corak
ini semuanya dihasilkan berpusat daripada dada (bahagian tengah) wau dan menjalar keluar.
Semua tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar atau melata. Motif ini bersesuaian pada wau

8
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

kerana ia ditumpukan kepada susun semukur tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan
yang meliuk dan menjalar.Tiap bentuk motif disusun seimbang, umpamanya sekuntum bunga
diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun yang meliut ke atas
dan ke bawah. Susunan ini akan diulang dengan cara yang sama hingga ke bahagian tepi wau.
Penggunaan sulur bayung menyerupai gerak garis yang berpunca dari pangkal melalui
dua bentuk yang berbalas gerak, berbalik ke dalam bakuk dan melentik ke luar ceding
menunjukkan kemungkinan alunan gerak yang hidup. Sulur buyung digunakan pada bahagian
tepi corak wau, dengan daun kelopak kecil yang berjaya menimbulkan ruang di antara rupa
motif. Ianya seolah-olah menjangkit kepada gerak rupa yang lain, yang menerima dan membalas.
Menurut Syed Ahmad Jamal (1992); bahagian tengah, di kiri kanan sayap wau dipanggil
“kijang emas, kijang kencana”, dibiarkan kosong yang menunjukkkan kepekaan dalam
menyusun corak dan memberi imbangan di antara kawasan yang kaya dengan hiasan dan
kawasan yang sengaja dikosongkan untuk memberi nafas. Ini ialah suatu sifat yang terdapat pada
karya-karya seni rupa Melayu, tidak penuh sesak dengan corak dan warna.
Corak sobek Wau Helang menggunakan kertas warna tiga hingga empat lapis. Sobek di
sini bermaksud corak yang ditebuk pada kertas warna, lapisan demi lapisan menggunakan kertas
warna yang berbeza. Corak-corak yang dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi, seperti ukiran
kaedah timbul silat. Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan sederhana serta tiada unsur
yang berlebih-lebihan. Bahagian hujung sesuatu corak jarang sekali berdiri tegak atau melentik
jauh keluar tetapi lebih menyarankan merendah diri. Di sini jelas menampakkan reka corak Wau
Helang juga mempunyai unsur-unsur simbol sifat masyarakat Melayu yang kaya dengan adat
susila. Sikap pentingkan diri adalah dihindari dalam budaya Melayu. Ini dapat dilihat dengan
gambaran motif daun yang menjalar tidak sama sekali menerjah kawan. Semuanya digambarkan
dengan penuh kelembutan serta seiring dengan ciri-ciri kesederhanaan.

1.8. Wau hiasan

Wau hiasan merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat
dan sebagainya. Fungsi wau yang kita dapat lihat sekarang tidak lagi hanya pada kegunaan untuk
permainan bagi memenuhi masa lapang semata-mata. Kini wau telah digunakan untuk hiasan

9
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

rumah-rumah mewah, ruang legar hotel, pusat-pusat membeli belah dan sebagai barangan
cenderamata ataupun hadiah.
Wau hiasan juga turut berfungsi sebagai medium untuk perlambangan atau identiti
sesebuah agensi. Fungsi wau hiasan ini kononnya diwujudkan adalah untuk memperkenalkannya
tetapi adakalanya ia dilihat sebagai sebuah perkara yang lebih menjurus kepada tujuan komersial
sahaja. Ia hanya untuk dikenali dan bukan untuk diselami. Sebagai contoh, syarikat penerbangan
Malaysia Airlines menggunakan motif wau sebagai lambang untuk menunjukkan identitinya
sebagai syarikat penerbangan yang berasal daripada Malaysia.
Terdapat juga tiang-tiang lampu yang dihiasi dengan motif layang-layang ini, seperti
yang terdapat di Pasir Gudang, Johor. Tiang-tiang lampu ini diwujudkan sedemikian rupa adalah
bertujuan untuk memberikan peringatan bahawa ada sedang menuju ke kawasan Muzium
Layang-layang. Tiada nilai yang tersirat didalamnya, hanyalah berfungsi sebagai petunjuk
kepada jalan sahaja.
Fungsi wau hiasan sebagai bahan untuk tujuan komersial sering ditemui di mana-mana
sahaja. Kini fungsi penjualan material ini sudah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.
Sebagai contoh, bentuk wau digunakan untuk menghasilkan ‘brooch’ atau kerongsang untuk
hiasan, ‘keychain’ atau rantai kekunci untuk dijadikan hadiah atau cendera hati ketika menziarahi
sesuatu tempat, sebagai corak di atas kek dan sebagai alat pameran dirumah.
Terdapat juga wau yang dijadikan pameran di kedai-kedai yang bertujuan untuk menarik
minat pelanggan untuk memasuki premis perniagaan mereka. Fungsi ini menjadikan wau sebagai
salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan. Bersesuaian
dengan keperluan masyarakat kini, berbagai-bagai teknik penghasilan wau turut mengalami
perubahan. Ini berlaku kerana bagi memenuhi tuntutan ataupun kehendak yang akan digunakan.

2.0. PENGWUJUDAN IDEA

Pada mulanya, wau dicipta untuk terbang di angkasa sehingga menjadi permainan yang
sangat digemari orang, terutamanya penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kini,
wau telah terkeluar dari tujuan asalnya. Wau dicipta khas untuk hiasan kerana reka bentuk,
corak, serta warna yang begitu mengagumkan. Wau dengan pelbagai saiz dan corak sering
diletakkan sebagai hiasan di dinding ruang tamu, restoran, firma, hotel, pejabat, rumah, dan
tempat-tempat lain.

10
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

2.1. Koleksi gambar sebagai sumber ilham

2.2. Koleksi
gambar motif flora sebagai sumber ilham

11
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

12
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

13
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

2.3. Lakaran asas kepada idea hasil karya

14
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.0. KAJIAN LUKISAN

15
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.1. Olahan motif yang menjadi sumber idea

16
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.2. Olahan motif yang menjadi hasil karya akhir

17
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

3.3. Lukisan objek dan motif yang menjadi sumber idea

18
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

4.0. CADANGAN KARYA AKHIR

4.1. Kajian reka letak

19
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

4.2. Kajian warna

20
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

21
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

4.3. Hasil karya akhir

5.0.

PROSES PENGHASILAN KARYA

22
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut mengambil masa
yang agak lama untuk siap. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek
utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

5.1. Alatan dan bahan

Bahan serta peralatan utama bagi membuat wau hanyalah buluh, kertas warna, gam,
benang, pisau (NT Cutter), gunting dan alas pemotong. Pemilihan buluh yang sesuai adalah
penting. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau raut digunakan tujuan
meraut. Benang digunakan untuk mengikat rangka wau. Gam digunakan untuk menampal corak
dan kertas warna pada badan wau. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa
pembuat wau. Warna-warna yang dipilih terdiri daripada warna-warna terang. Ini disebabkan
warna-warna yang terang lebih menarik dan mudah dilihat dari jauh.

Rajah 7: Alat dan bahan untuk membuat wau.

5.2. Langkah-langkah membuat wau

23
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

5.2.1. Memilih dan membelah buluh

Buluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan.
Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau. Buluh kemudian
dibelah kepada bilah-bilah kecil.

Rajah 8: Membelah buluh untuk dijadikan bilah-bilah kecil.

5.2.2. Meraut buluh

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti
ruas dan kulit. Buluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Pisau khas digunakan
untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Rajah 9: Meraut buluh

5.2.3. Membuat rangka

24
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Rangka wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut
ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang
belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap
perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh. Benang
digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Rajah 10: Membuat rangka wau.

5.2.4. Menampal rangka

Proses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna
perlulah bersesuaian. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua
sentimeter dari rangka bingkai. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam
bentuk ‘V’. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam.

Rajah 10: Menampal rangka

5.2.5. Membuat corak

25
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Lipat dua kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor. Mula melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap. Bahagian ekor pula,
corak dilukis sama seperti yang dilakukan pada bahagian sayap tadi. Corak dipilih mengikut
pembuatnya.

Rajah 11: Membuat corak

5.2.6. Menampal corak

Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas
bagi wau. Corak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.
Rangka yang telah disiapkan tadi akan ditampal dengan tiga lapis kertas dengan berlainan warna.

Rajah 12:
Menampal corak dan memasang rambu
5.2.7. Memasang rambu
Proses terakhir membuat wau ialah memasang rambu. Di bahagian kepala atau
muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang
berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Maka lengkaplah wau bulan.

( 3 059 perkataan )

RUJUKAN
26
SURYATI BT. UDAI
701016135770002

Cinta Seni. (2010). Seni Kraf Wau: Khazanah Tradisional Negara. Diperolehi 30 Januari
2011 daripada laman sesawang http://senivisual1.blogspot.com/2010/02/seni-kraf-wau-
khazanah-tradisional.html

Kathleen Chee. (2008). SPM: Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Pelangi
Sdn. Bhd.

Khairuddin Talib. (2010). HBAE3103 Kraf Tradisional. Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.

Mazlan Othman, Ruzitah Tapah & Rahmat Salihon. (2007). Pendidikan Seni Visual
KBSM Tingkatan 3. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Memori Kedah. (2011). Wau. Diperolehi 31 Januari 2011 daripada laman sesawang
http://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=12&mtopic=1

Panitia Pendidikan Seni SK Senai. (2011). Wau. Diperolehi 30 Januari 2011 daripada
laman sesawang http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=wau-
bulan&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Wan Hashim. (2008). Wau Kuching (Kite). Diperolehi 31 Januari 2011 daripada laman
sesawang http://wanhashimblog.blogspot.com/2008/05/wau-kuching-kite.html

Warisan Budaya Malaysia. (2000). Wau. Diperolehi 31 Januari 2011 daripada laman
sesawang http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah. (2006). Pendidikan Seni Visual KBSM Tingkatan 4.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

27

You might also like