You are on page 1of 16

TRADISIONAL

KAUM
PENDIDIKAN MORAL
Disediakan oleh Kumpulan 3:
Kriyaashini
Neroshan
Khoo Han Fei
Wong Mei Ting
Gan Jye Ern
TangLung
● Tanglung merupakan kraf tangan tradisional kaum Cina.

● Pada setiap tahun hari kelima belas bulan lunar pertama merupakan Hari Pesta
Tanglung

● Tanglung diperbuat daripada pelbagai jenis bahan:Kertas,bamboo,kain,plastik,dawai


besi

● Pada zaman kuno,tanglung-tanglung adalah sederhana kerana hanya maharaja dan


kerabat bangsawan mempunyai tanglung yang berhias dengan cantik; Pada zaman
moden ini,tanglung telah dihias dengan pelbagai reka bentuk
kompleks.Contohnya,tanglung-tanglung kini sering dibuat dalam bentuk
haiwan,bunga,cartoon dan sebagainya.

● Tanglung membawa maksud harapan yang baik untuk kesihatan,keselamatan dan umur
panjang
Asal Usul TangLung
● Seekor burung cantik yang terbang bawah ke bumi dari syurga, diburu dan dibunuh
oleh pemburu.Ini memarahi Maharaja Jed kerana burung itu adalah kegemarannya.

● Oleh itu, dia merancangkan suatu ribut api yang memusnahkan kampung itu pada hari
ke-15 lunar.

● Anak perempuan Maharaja Jed mendengari rancangan ini dan memberikan amaran
kepada orang kampung mengenai rancangan bapanya untuk memusnahkan kampung
mereka.

● Kampung itu berada dalam keadaan kelam kabut kerana tiada orang megetahui
bagaimana mereka harus melarikan diri dari kebinasaan yang tidak lama lagi akan
berlaku.
● Meskipun, seorang lelaki bijaksana bercadangkan bahawa setiap keluarga seharusnya
menggantung tanglung merah di keliling rumah mereka, melakukan unggun api di
jalan dan meletupkan mercun pada hari ke-14, 15 dan 16 lunar. Ini akan membolehkan
kampung itu kelihatan telah berada dalam kebakaran ke Maharaja Jed.

● Pada hari ke-15 lunar, tentera yang dikirimkan dari syurga yang misinya untuk
membinasakan kampung melihat bahawa kampung telah dibakar, dan pulang ke syurga
untuk melapornya ke Maharaja Jed.

● Pusa hati, Maharaja Jed berkeputusan untuk tidak membakar kampung.


● Sejak hari itu, orang merayaikan ulang tahun pada hari lunar ke-15 tiap hari dengan
membawa tanglung merah di jalan dan meletupkan mercun dan bunga api
Tanglung pada zaman kuno

Tanglung pada zaman kini


Batik
● Batik merupakan kesenian kaum Melayu.

● Terutamanya di bahagian pantai timur Malaysia iaitu,


Terengganu, Kelantan dan Pahang.

● Menggunakan motif flora dan jarang menggunakan


motif makhluk hidup.

● Namun begitu tema rama-rama masih banyak


digunakan dalam Batik Malaysia.

● Corak lebih besar dan ringkas. Selain itu,


warna-warna yang digunakan juga lebih cerah
berbanding dengan batik Jawa (Indonesia).
Motif flora
Sejarah
● Pada peringkat awal, masyarakat Melayu Malaysia
menggunakan blok kayu bagi menghasilkan tekstil
menyerupai batik.

● Pada penghujung 1920-an, pengusaha batik Jawa


memperkenalkan penggunaan lilin dan blok tembaga ke
bahagian pantai timur Malaysia.

● Penghasilan batik lukisan tangan di Malaysia pada hari ini


mempunyai kaitan dengan batik tulis Jawa.
Jenis-jenis batik

Batik Pelangi Batik Skrin

Batik Blok Batik Canting/Lukis


Kuih Lapis
● Kuih lapis adalah sejenis kuih tadisi masyarakat melayu dan
baba nyonya.

● Kuih ini terdiri dari beberapa lapisan dan boleh didapati


dalam berbagai warna, namun warna merah adalah warna
tradisional bagi masyarakat baba nyonya dan wajib di dalam
kuih lapis.

● Menurut orang Baba Nyonya dulu, siapa tak tahu buat kuih
lapis, tak boleh kahwin.
Sejarah
● Kuih lapis merupakan kuih tradisional masyarakat Baba
Nyonya yang sudah tinggal di sini sejak zaman Kesultanan
Melayu Melaka lagi.

● Kebanyakan masyarakat Peranakan atau Baba Nyonya


ini berasal dari orang Hokkien yang berasal dari
wilayah Fujian, China.
WAU
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu
sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli.
Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.Bentuk jenis wau
ini menyerupai bulan sabit pada bahagian hadapan dan separa bulatan pada bahagian ekornya.
Justeru, wau tersebut kelihatan seperti bulan yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk dengan saiz yang lebih besar berbanding wau lain. Bidang
biasa adalah sepanjang 2.5 meter dengan tinggi 3.5 meter.Ini untuk memastikan corak yang terdapat
pada wau tersebut kelihatan jelas dan menyerlah. Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau ini,
pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi pilihan.
SEJARAH WAU
Nama lain bagi wau adalah layang-layang. Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut. Kaum yang mempopularkan permainan wau ialah kaum Melayu dan Siam
yang ramai tinggal di negeri tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan
negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor,
Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan
bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja,
dan tidak pula disebut bermain wau. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang
dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
JENIS-JENIS WAU
CARA BERMAIN
➤ Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu
seorang juruanjung yang memegang wau dan seorang jurutarik
yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik
melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya
matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias
berwarna-warni.

You might also like