You are on page 1of 9

HBAE 3103 ( ULANGKAJI SOALAN SEPTEMBER 2010 )

BAHAGIAN A
Soalan 1.
Nyatakan DUA pendapat yang menunjukkan asal perkataan "Wau".
Perkataan wau digunakan oleh rakyat di negeri-negeri di utara Semenanjung
Malaysia terutama sekali di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Menurut
Wayne Hosking dalam kites of Malaysia perkataan wau berasal daripada
Belanda iaitu berasal daripada perkataan Wouw. Ianya merujuk kepada sejenis
burung besar yang biasa dijumpai di Asia tenggara. Menurut orang tua-tua di Kedah,
perkataan wau berasal daripada perkataan Thailand. Di Thailand layang-layang
dipanggil sebagai wau.
2. Gasing merupakan permainan tradisional yang terkenal dalam kalangan
penduduk kampung di Malaysia.
Kenal pasti DUA fungsi gasing yang popular di pantai timur.
a.

Gasing hiasan

Gasing ini dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidak memilih
kayu dan tidak mementingkan fungsi berpusing.
b.

Gasing permainan

Gasing jenis ini bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untuk
permainan:
i.

Gasing pangkah :

Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat berat yang betul,
memastikan imbangan yang baik dan mendapat keligatan yang baik supaya tahan
urinya walaupun setelah dipangkah.
ii.

Gasing permainan :

Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri. Ianya bukan untuk
pangkah memangkah tetapi untuk pertandingan urinya sahaja.
3. Huraikan EMPAT jenis perhiasan diri berserta contohnya sekali.
Antara perhiasan diri ialah :
a.

Hiasan kepala

Cucuk sanggul ialah hiasan kepala yang diperbuat daripada buluh, tembaga, perak,
suasa dan emas. Cucuk sanggul digunakan untuk menyemat dan menahan sanggul
supaya tidak terburai. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai hiasan yang
menambahkan seri kepada si pemakai.
b.

Hiasan telinga

Anting-anting merupakan sejenis hiasan telinga. Anting-anting diperbuat daripada


emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ia dipakai oleh pengantin
perempuan dan wanita untuk ke majlis tertentu. Bentuk anting-anting selalunya
berjurai dan labuh.
c.

Hiasan leher

Rantai ialah salah satu hiasan leher yang terbahagi kepada dua jenis, iaitu rantai
pendek dan rantai labuh. Rantai diperbuat daripada emas, suasa atau perak yang
bermotifkan awan larat atau flora. Kadang kala ia diikat dengan intan atau berlian.
d.

Hiasan tangan

Sebagai hiasan tangan, cincin dipakai di jari manis, Ada juga yang memakai lebih
daripada sebentuk cincin. Cincin dibentuk dalam pelbagai rupa seperti bertatahkan
permata dan juga cincin tanpa permata iaitu cincin belah rotan. Ada juga cincin yang
diukir indah pada birainya untuk menampakkan seri dan keunikannya.
4. Benang dan bahan pewarna merupakan asas untuk menghasilkan tekstil
melalui proses tenunan dengan menggunakan alat seperti kek tumpoh atau
kek injik kaki. Cadangkan bahan alternatif yang sesuai untuk latihan
pembelajaran membuat songket yang sesuai untuk pelajar di sekolah.
Berikut adalah bahan yang boleh digunakan:
i. Benang kait atau tali rafia pelbagai warna
ii. Bingkat kayu yang berpaku di sekelilingnya
iii. Jarum yang besar
Benang atau tali rafia diikat atau disangkutkan pada paku yang terdapat pada
penghujung kedua bingkai kayu. Ianya disusun secara teratur, baris demi baris,
mengikut jarak yang sama.
Setelah siap, dengan menggunakan pelbagai warna benang atau tali rafia, teknik
menenun dilakukan secara pergerakan selang seli pada barisan benang atau tali
rafia tersebut hingga siap mengikut ragam corak yang lakarkan.
5. Anyaman merupakan seni tradisi dipercayai muncul dan berkembang

dengan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Berikan definisi tentang Seni
Anyaman.
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi,
rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka
bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat
keperluan untuk menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk
mengalas tempat duduk.
BAHAGIAN B
Soalan
1. Kraf seni dalam kebudayaan Melayu mempunyai sifat yang tersendiri,
bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di
dunia tetapi juga berbeza dengan karya seni dari kebudayaan kelompok yang
berhampiran dengannya.
(a) Tafsirkan maksud kenyataan di atas.
Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
kepercayaannya iaitu Islam. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu hiasan
yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan
kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai
fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang amat rapat kaitannya
dengan akhirat.
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak
berubah dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa
dijajah oleh negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak
berbeza dengan apa yang berlaku di negara lain yang pernah dijajah.
Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh budaya mereka. Mereka berusaha
membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya mereka dalam segala
serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf tempatan.
Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya
membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka.
Ragam hias yang terdapat dalam seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh
Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur kerana penjajah tidak menyebar pengaruh
budaya mereka dalam budaya tempatan termasuklah seni kraf.
(b) Kaitkan EMPAT penggunaan ragam hias yang jelas menunjukkan ciri-ciri
keislaman yang diguna pakai oleh tukang-tukang kraf Melayu.

Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam
penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam
sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya
ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman.
Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam
ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah
disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura
manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan.
Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek
untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan
menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan,
mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu
tidak jelas kelihatan lagi.
Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias,
membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri
seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan
arabes, motif yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling
banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,
bunga dan sebagainya, di samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan
rupa geometri
2. Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat
perhatian pihak kerajaan, diberi pengiktiran dan merupakan salah satu
komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Budaya Kebangsaan dan jelaskan
kepentingannya kepada orang Melayu.
Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan
negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan
mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta
berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali,
menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat
berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah.
Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi
muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti
batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan
barang perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya
sama taraf dengan seni budaya tamadun luar.

(b) Tunjukkan manfaat mengenalkan dan mempelajari kraf tradisional kepada


pelajar-pelajar di sekolah.
Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang
terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni
budaya bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak
muda zaman sekarang khasnya murid sekolah.
Kepentingan mempelajari kraf tradisional;
I Menanamkan sikap bahawa kraf tradisional merupakan warisan seni yang perlu
dikekalkan.
Ii Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional perlu dipelajari supaya tidak akan
lupus ditelan zaman.
Iii Menyedarkan pelajar bahawa kraf tradisional mempunyai nilai estetik.
Iv Merasa bangga dengan tradisi warisan Negara.
Kepentingan mengenali kraf tradisional;
I Mempelajari teknik membuat produk:
Setiap kraf mempunyai teknik yang tertentu dan tersendiri berbeza antara satu
dengan lain. Contohnya kraf tembikar menggunakan pelbagai teknik tertentu seperti
picitan, kepingan dan lingkaran pada tanah liat untuk membentuk objek.
ii Memahami dan mengenali bahan-bahan semula jadi yang digunakan dalam
menghasilkan kraf yang berkaitan; Setiap kraf menggunakan bahan yang tertentu
untuk menghasilkannya. Contoh kraf anyaman menggunakan daun pandan atau
mengkuang untuk menghasilkan objek.
iii Mengetahui setiap nama pada corak ragam hias kraf tradisional;
Setiap kraf mempunyai motif yang berbeza pada ragam hias sesuatu objek. Contoh
motif tapak harimau dalam kraf anyaman.
3. Motif batik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh alam sekitar yang terhasil
melalui kepekaan masyarakat tradisional terhadap persekitaran. Motif-motif ini
jelas menunjukkan penyatuan masyarakat tradisional dengan alam.
(a) Kategorikan TIGA fungsi unsur motif flora dan motif geometri di dalam
ragam hias seni Batik.

Fungsi unsur flora adalah seperti berikut:


I Untuk menghiaskan kain batik ela. Motif flora seperti bunga, kudup, putik, daun,
ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur.
ii Untuk menghiasi badan batik sarung.
bunga, kuntum, putik, ranting dan pucuk disusun menjalar datar dengan
bentuk lembut
helaian daun, kelopak serta ranting dan bunga
bunga disusun berdahan tegak
iii Untuk menghiasi bahagian kepala kain (gunung) biasanya motif pucuk rebung
digunakan kebiasaannya, reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran
gaya organik dan geometri.
Fungsi motif unsur rupa geometri:
i Untuk hiasan kaki kain atau gigi susunan garis-garis halus, motif parang rosak,
motif banji atau swastika dan motif pinggir awan digunakan.
ii Garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cangkerang,
siput,
kisi-kisi, jaring bersilang dan lain-lain lagi.
iii Untuk menghiasi batik panjang motif kawung dalam susunan empat bentuk
bujur sering digunakan.
(b) Terangkan EMPAT perbezaan antara Batik Skrin dengan Batik Tulis.
Batik Skrin
a. Reka corak dirancang, dilukis dan ditentukan skim warnanya pada kertas.
b. Pecahan reka corak dibuat mengikut warna untuk menentukan bilangan
pemidang yang akan digunakan.
c. Kelongsong stensil yang diisi dengan bahan laker digunakan untuk melukis
corak pada skrin mengikut pecahan warna dan reka corak. d. Pewarna disapu
dengan licin dan rata dengan cara menarik atau menolak sekuji.
Batik Tulis
a. Motif dan corak dilakar pada kain dengan menggunakan pensel (6D).

b. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana. Lilin (60%) +
damar (40%) + sedikit minyak masak untuk melicinkan aliran lilin.
c. Canting yang berisi lilin cair digunakan untuk melukis mengikut lakaran pensel di
atas permukaan kain.
d.

Bahan pewarna disapu pada reka corak.

4. Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli, telah wujud di negara
ini sejak beribu tahun dahulu. Masyarakat Melayu mempunyai cara tersendiri
dalam menghasil dan mewarnakan tembikar keluaran tempatan.
(a) Bincangkan perbezaan dalam proses mewarna tembikar secara tradisional
dengan moden.
Proses Mewarna Secara Tradisional
Apabila tembikar telah masak, dalam keadaan yang masih panas ia dikeluarkan
daripada tanur dan dimasukkan ke dalam sekam padi selama 10 minit sehingga
menjadi hitam seakan-akan sepuh. Damar disapu di bahagian bawah tembikar
untuk menghindarkan ketelapan.
Proses Mewarna Secara Moden

(b) Sebelum proses membentuk, tanah liat perlu melalui proses pembentukan
(menguli). Pertahankan LIMA pendapat anda mengapa proses menguli penting
dalam pembentukan tembikar.
a. Mengaul dan menyebatikan adunan tanah liat (menjadi doh yang lembut).
b. Anak-anak batu dibuang semasa menguli.
c. Gelembung udara dipecahkan dan tanah liat dipastikan licin dan lembut.
d. Memampatkan dan mengemaskan struktur jisim pada tanah liat.
e. Menggunakan dawai pemotong untuk memastikan tiada ruang udara
5. Ukiran kayu tradisional adalah hasil kreativiti orang Melayu yang unik.
Bentuk dan motifnya terkawal dengan keadaan yang sederhana serta tiada
unsur berlebihan.
(a) Huraikan prinsip ragam hias ukiran kayu tradisional orang Melayu.
Dua faktor yang menyumbang kepada keunikan hasil ukiran orang melayu ialah:

a. Keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu yang digunakan sebagai
bahan binaan, alat, perahu, senjata dan hiasan.
b. Kekayaan tumbuh-tumbuhan yang memberi ilham kepada pencipta untuk
mewujudkan jenis-jenis bentuk dan motif ukiran kayu. Keadaan ini dibantu oleh daya
cipta yang sihat,kemahiran pertukangan, cita rasa tinggi dan pendukungan yang
berterusan.
BAHAGIAN C
Soalan
1. Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara yang
telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi hingga kini. Setiap
hasil kraf ini didapati mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan seharian
masyarakat melayu.
Kenal pasti dan huraikan LIMA faktor yang mempengaruhi penciptaan hasil
kraf dalam kehidupan masyarakat melayu.
a. Warisan Bangsa
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita satu masa dahulu. Kepandaian menghasilkan ciptaan kraf diwarisi
secara turun-temurun. Contohnya dalam penghasilan seni tekatan, ukiran, anyaman
dan sebagainya.
b. Alam Semula Jadi
Penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada satu bentuk seni rupa,hasil
daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya. Tumbuhan (flora) seperti rupa
daun, bunga dan sebagainya dijadikan motif dalam menghasilkan karya.
c. Kepercayaan
Hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam,
mendorong mereka meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhantuhan yang banyak.Hasil ciptaan seni kraf Melayu adalah berdasarkan ajaran agama
Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah
tidak dibenarkan atau diharamkan.
d. Persekitaran
Kraf tangan dihasilkan berdasarkan alam persekitaran. Sumber yang digunakan
dalam proses pembuatan adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka dan
melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan,
alat perburuan dan kenderaan.
e. Kreativiti

Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam


pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni.
Ciptaan-ciptaan baru telah lahir dari hari ke sehari yang merupakan sebahagian
daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian.
2. Tekat merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Ia digolongkan dalam seni
sulaman tekstil iaitu proses menyulam benang emas ke atas kain dasar iaitu baldu
Berdasrkan kenyataan di atas, pertahankan keistimewaan seni tekat sebagai salah
satu seni warisan bangsa.

You might also like