You are on page 1of 7

Nota Alat Permainan : WAU

11:41 PM No comments

PENGENALAN

Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang
Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur
budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau
tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa
buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai
orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan
Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.

Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan


pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan
Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.
Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka
juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di
setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan
pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.

Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan
menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang
tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut
buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong
dengan teraju yang dipasang dengan tepat.

SEJARAH WAU

1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.
2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah
padi.

3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai ‘Layang-layang’ di
negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar
makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.

5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan
rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan
sebagai tarikan pelancong.

KATEGORI WAU

1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian.

 Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.

 Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di
awangan.

 Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.

 Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang
tinggi.

2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan.

 Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.

 Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

3. Wau untuk hiasan dan replika.

 Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat
dan sebagainya.

 Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.

 Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat
wau dan peniaga barangan hiasan

JENIS-JENIS WAU

Terdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang
popular.
Wau Bulan

Wau Jala Budi


Wau Daun

Wau Puyuh

Wau Merak
Wau Barat

Wau Payung Berekor


Wau Helang

Wau Kucing

ALATAN DAN BAHAN

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula
dijadikan tulang belakan
2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan
tujuan meraut.
3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan
wau.
4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.
5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

PROSES PENGHASILAN WAU

1. Memilih buluh
2. Meraut buluh
3. Membuat rangka
4. Menampal rangka
5. Membuat corak
6. Menampal corak
7. Memasang teraju

BAHAGIAN WAU

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

You might also like